Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini kononnya telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.
Sedangkan dunia telah mengetahui Nasharuddinlah orangnya yang telah bertemu dengan Abdullah Ahmad Badawi secara sembunyi-sembunyi untuk membincangkan mengenai kerajaan campuran satu ketika dulu. Hal itu tidak diketahui oleh sesiap sehinggalah mantan perdana menteri itu sendiri membocorkan rahsia. Ahli PAS dan Pakatan Rakyat TIDAK MUDAH MEMAAFKANNYA.
Sewaktu pertandingan jawatan Timbalan Presiden tempohari, perwakilan sekali lagi ditipu kononnya beliau dan pimpinan tiada niat untuk membawa PAS ke dalam Barisan Nasional yang pada ketika itu perwakilan menganggap beliau jujur dan tidak akan mengungkit lagi hal Kerajaan Campuran yang telah dijenamakan semula sebagai Kerajaan Perpaduan.
Tetapi rupa-rupanya tidak. Sebaik sahaja keputusan diumumkan beliau dengan angkuh sekali persis mendabik dada dengan mengungkapkan "I still won" apabila ditanya oleh wartawan perasaannya apabila mengetahui beliau menerima hanya 46% undi perwakilan tanpa ada rasa tawadhu da rendah diri.
Malah beliau begitu galak memproklamirkan kembali gagasan Kerajaan Perpaduan yang telah ditolak oleh majoriti perwakilan.
Nasharuddin lansung tidak menghormati suara mereka yang menentang Kerajaan Perpaduan yang ramai di dalam muktamar. Di hadapan wartawan dan di kaca TV, beliau mempersenda dan memperlekehkan teguran Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Aziz sendiri yang mengaanggap idea Kerajaan Perpaduan itu mengarut.
Beliau menyatakan itu kenyataan peribadi Tuan Guru Nik Aziz. Tuan Guru Nik Aziz pada bila-bila masa adalah Mursyidul Am tanpa mengira di dalam majlis rasmi ataupun tidak kerana jawatan Mursyidul Am PAS yang disandangnya bukan seperti jawatan-jawatan di dalam organisasi sekular seperti Presiden dan Timbalan Presiden yang hanya laku di dalam hal-hal yang rasmi.
Keceluparan Nasharuddin itu jelas menunjukkan beliau tidak menghormati Menteri Besar Kelantan yang telah memberinya peluang untuk bertanding di negeri Kelantan sehingga beliau sanggup mengguris hati tokoh yang telah 20 tahun memerintah Kelantan. Beliau tidak mengiktiraf Nik Aziz sebagai naqib kepada Timbalan Presiden, tidak mengiktiraf suara Nik Aziz sebagai suara Mursyidul Am PAS yang perlu dihormati oleh semua ahli PAS termasuk Presiden PAS sendiri.
Kini tanpa ada sedikit pun rasa keinsafan dan rasa bersalah, beliau ingin semua ahli menghentikan isu dan polemik Kerajaan Perpaduan yang beliau sendiri telah mulakannya. Jika ada kekeliruan dan salah faham ahli, kami ingin nyatakan, kamulah orangnya yang telah menimbulkaj kekeliruan itu. Jika berlaku perpecahan di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat, kami ingin nyatakan kamulah orangnya yang telah menyebabkan perpecahan itu!
Sudah ada ahli PAS Bachok yang menyuarakan supaya Nasha bertanding di Terengganu atau di negerinya sendiri Negeri Sembilan di pilihanraya akan datang.
Jangan disalahkan pihak-pihak lain jika semua jari kini menyatakan bahawa anda seorang pengkhianat parti dan jemaah Islam di negara ini.
Kamu telah mempersendakan ahli PAS dan Pakatan Rakyat serta Tuan Guru Nik Aziz khususnya, dan jika kamu Nasharuddin tidak meminta maaf terhadap apa yang kamu telah lakukan, tunggu sahaja nanti balasan lansung dari Allah s.w.t.
10 ulasan:
Nasha, nasha....
tak tahu apa yg dah kamu buat untuk PAS dan Pakatan Rakyat kecuali perpecahan.
Punca semua ni Hadi ngan Nash kemarok kuasa..dia tau dlm PR dia xbleh jadi PM kot..ganu dah kalah mula lar kemarok nak jadi MB mcm rakan2 yg lain..dia ingat wat pepaduan dia bleh dapat jadi MB kat Ganu kot..bleh blah..
Dulu kat mane2 ceramah dia la yang tanam kan kebencian kat UMNO,siap ckp nak menang dlm PRU dll,hapuskan UMNO dulu,bukan parti komponen lain..ingat aku bleh luper ke..hampeh nyer leader,xkonsisten lgsg..mmg xlayak jadi PM org tua ni..racist pun bleh tahan gak,dulu dok gadoh ngan DAP diala punyer hal..ckp org lain ubat dah expired la,apela,masa PRU,last2dia gak yang lebohh..dia ni bukan nyer nak dakwah kat yg xphm islam ni bagi paham,tp lagi nak begado mcm perangai UMNO.mujur Anwar kuar jail cepat,mamat nila yg jadi penyatu kpd semua parti dlm PR skrg..harap Hadi ngan Nash,hampehhh..skrg aku kecewa sebab...
1.sokongan dan pemahaman bukan islam terhadap agama Islam dah meningkat dan tgh meningkat,si mangkok dua ekor ni dah menjadi punca perbalahan semula dan hilang daya tarik semula bukan islam terutama kepecayaan pada org islam,khususnyer MELAYU..bodoh nyer leader,tah ape yang dia kemarok sgt ngan UMNO..
2.dalam malaysia yang hidup pelbagai kaum ni,kita mane bleh racist,kalao kita nak berdakwah pun kita kene ajar dorang,terangkan,bukan melalui kuasa politik..nak tunjuk jaguh,kuat dll..korang tau betapa marah org cina terhadap aper belaku di perak..sampai org MCA pun korg pi tanyer dia xsokong UMNO..
3.Bukti pengkhianatan org melayu..hipokrit,tidak teguh..mula2 kes lompat di Perak,skrg plak 2 ulamak tinggi tetiba nak bersekongkol plak ngan pengganas UMNO..hadoii..pasni semua persepsi adalah melayu adalah hipokrit dlm politik kerana kuasa dll.
Kesimpulannyer..kita ahli,bukan ahli,penyokong dan sewaktu dgn nyer kene bodoh2 je ngan pemimpin politik ni..
Calon yg bleh jadi PM adalah ANWAR,NIZAR,HUSAM,SALAHUDDIN AYOB..HADI NGAN NASH PI BLAH,MENIPU DAN MEMPERBODOHKAN KAMI.
Seluang dah mula berani malaut. Tengok lah jerong mana yang akan dapat rezeki.
apakah sumbangan Nasya selama ini terhadap PAS? Ada kredibiliti ker beliau nak jadi pemimpin jika suka menipu dan mengkhianati ahlinya dengan masuk dalam kelambu umno senyap2?
seriously.........disapointed.........sape yg bwat statement mengelirukan........2 org nie je.......klu syg sgt kat umno tu.........sruh la depa x pyah tanding kat manik urai..........klu PAS kalah pon kat manik urai.....lg ak brsyukur........ni deklarasi rakyat yg menolak krajaan prpaduan.......biar pdn muka depa............
truly, kami kaum cina sokong pas kerana ada nizar situ bukan kerana dua ekor orthodox ni
nama aje ulamak, tapi penipu besar. Ada ke patut, Tuan guru nik aziz dak kata jangan berbaik ngan umno, kumu 2 ekor aje yang kemaruk kuasa. .aku akan keluar ahli Pas seumur hidup, jika kamu bersatu ngan umno....kenapa kamu tiupkan unsur perpecahan dlm Pas, adakah kamu musuh dalam selimut ?
Nasha patut bertanding di kampung halaman sendiri pada PRU akan datang. Tiada lagi karpet merah. Tiada lagi bunga manggar. Biar dia diuji seperti pemimpin2 lain. Barulah dia tahu langit tinggi rendah. Jika kalah, tengok boleh bertenggek lagi ke dia di jawatan Timbalan Presiden.
Pemimpin2 lain bersusah payah tarik sokongan pengundi terutamanya pengundi non-muslim, dia pula merobohkannya. Betul2 hampeh pemimpin macam ni.
kenapa perwakilan pas memilih orng yg kianat parti pas..apa kah tak ada pilihan lain ..yg layak dok kat kerusi tim tu
Bilo kato tak cerdik marah pulak tapi macam tu la lebih kurang kepalo otak budak Nasa nih dio ingat orang sokong PAS untuk suko suko agaknya.
Lain kali masuk terus umNo jangan menyusahkan dan mendatangkan musibah, belagak alim konon...
Catat Ulasan