9 Jun 2009

Nahas Air France : Mayat dan Ekor Pesawat Ditemui

Agensi berita AFP melaporkan pasukan mencari dan menyelamat Brazil menemui bahagian ekor pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu sekali gus mengorbankan 228 penumpang.

Penemuan bahagian ekor pesawat tersebut dikira sangat penting buat masa ini untuk menentukan punca pesawat tersebut terhempas pada 1 Jun lalu.

Lebih-lebih lagi, kotak hitam dipasang pada bahagian ekor pesawat dan ini membolehkan usaha mencarinya difokuskan pada kawasan terbabit.

Pegawai Brazil memberitahu, 24 mayat telah ditemui setakat ini. AFP

Ketika kemalangan itu berlaku, pesawat itu melakukan penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris. Tiada panggilan kecemasan diterima daripada juruterbang.




Tiada ulasan: