24 Sep 2014

[EDISI BERAT] Hassan Ali Dulu Fitnah Azmin Kongasi Isteri -UPDATED


JATI sedia kerjasama dengan Azmin - Hasan Ali

KLANG: Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) sedia memulakan jalinan kerjasama dengan Menteri Besar baru Selangor, Mohamed Azmin Ali dalam usaha mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja di negeri ini.

Presidennya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memaklumkan, dia tertarik dengan lafaz Ikrar Aku Janji Menteri Besar khususnya dalam tiga konteks berkenan isu berkenaan dan berharap ia dapat dilaksana sebaik mungkin.

"Sebagai Presiden JATI Malaysia, kita akan berikan kerjasama sebaiknya dan kerjasama itu diberikan sekiranya Yang Amat Berhormat betul-betul serius dan punyai kekuatan serta sokongan daripada semua pihak untuk menjamin bahawa Islam, Melayu dan institusi raja itu dapat dipertahankan," jelasnya kepada Astro AWANI selepas Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Sehubungan itu kata Hasan, satu pertemuan akan diatur bagai membincangkan hal tersebut dengan lebih lanjut.

"Saya ada bagitau dia (Azmin) tadi, bahawa kita akan adakan satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin JATI untuk bincangkan dengan lanjut di mana tempatnya kami di JATI yang memang dah lama dalam ketiga-tiga bidang ini,"

"Kalau dapat dijalinkan satu hubungan baik demi Islam, Melayu dan institusi raja akan berikan faedah dan manfaat terbaik kepada Selangor dan rakyat negeri Selangor", katanya.

Antara sepuluh intipati Ikrar Aku Janji yang dilafazkan termasuklah memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam senagai agama negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat pihak lain.

Selain itu ikrar itu turut menyebut akan memelihara kedaulatan institusi raja dan mempertahankannya dari dicemari mana-mana pihak dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pada masa sama kepentingan sah kaum lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

JATI merupakan sebuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggerakkan massa ke arah membentuk masyrakat madani dengan mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Sebelum penubuhan JATI, Dr. Hasan adalah bekas barisan exco kerajaan negeri Selangor.

Namun, selepas di pecat PAS, dia lantang mengkritik kepimpinan Pakatan Rakyat dalam mentadbir negeri itu.

Kelantangannya sering menjadi berdebatan khususnya dengan Azmin termasuk dalam isu Kalimah Allah.

Dr Hasan juga pernah membidas Azmin yang didakwa bersikap sikap angkuh dan biadab terhadap keputusan Majlis Syura Pas berhubung isu tersebut. -astroawani

ULASAN GB

Tiba-tiba Hassan Ali muncul pagi ini menemui MB Selangor yang baru, YAB Azmin Ali. Mungkin nak lobi nak jadi exco? Sedangkan inilah orangnya yang menjaja seluruh negara menabur fitnah menyatakan Azmin kongsi isteri dengan orang lain. (Tonton video di bawah nanti).

Sebelum dari ini GB pernah mengulas, petikan:

Alhamdulillah, akhirnya duri dalam daging itu akhirnya dapat dikeluarkan.

Semuga ketegasan PAS kali ini memberi pengajaran kepada yang lain terutama kepada saki-baki UG yang masih ada di dalam parti yang sebelum ini kelihatan menyokong Hassan Ali.

Tak payah GB sebutkan nama mereka.

Allah berhak untuk memilih siapa saja yang layak untuk dijadikan pemimpin di dalam Parti Islam SeMalaysia sekalipun bukan dari kalangan ulama dan akan mengeluarkan sesiapa dari parti walaupun dia seorang ulama ternama. Kerana perjuangan parti Islam menuntut bukan sahaja "keilmuan" tetapi yang terlebih penting ialah KEIKHLASAN!

Rasulullah saw pernah bersabda:

Aku wasiatkan pada kalian untuk bertakwa kepada Allah serta mendengarkan dan mentaati (pemimpin Islam), meskipun yang memimpin kalian seorang budak hitam berbangsa Habsyi. Sohih riwayat Abu Dawud dan lainnya.

Tidak timbul soal ulama atau profesyenal di dalam memilih pemimpin jika kita teliti hadith di atas. Rasulullah tak menyatakan secara spesifik hanya ulama saja boleh jadi pemimpin atau imam kepada kaum muslimin, malah seorang budak hitam berbangsa Habsyi pun boleh jika Allah mengkehendakinya.

Di dalam satu ulasan GB yang lain, GB menyatakan, PETIKAN:

Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah.

Malah di Selangor sendiri PAS telah berjaya menambahkan kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi DUN.

Dan yang tak mendapat satu undi pun ialah Hassan Ali sendiri, apabila beliau tidak lansung dapat menjadi calon bagi UMNO/BN yang dbodeknya di sepanjang program jelajah dari utara sampai ke selatan tanahair.

Beliau akhirnya dipermainkan UMNO BN.

Umum mengetahui bahawa Hassan Ali amat bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor setelah termakan hasutan dari UMNO BN kononnya beliaulah orang yang paling layak menjadi Menteri Besar Selangor ketika beliah masih lagi di dalam PAS.

Begitu juga ulasan GB yang ini, PETIKAN:

Yang jelas, kini Hassan Ali terus akan mencadi sasau dan cacau... dalam erti kata sebenar, "GILA".

Beliau menuduh orang lain (ADUN Meru yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor )mempunyai masalah mental sedangkan pada hakikatnya tuduhan itu berbalik kepada dirinya sendiri.

Lama kelamaan Hassan Ali gilalah... salah siapa jika terjadi demikian?

Kita tidak berdoa begitu tetapi beliau sendiri memilih untuk menjadi demikian... demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

Di dalam barisan PAS Selangor kini, saki baki geng Hassan Ali masih ada, malah cukup berkuasa. Belum sampai waktunya untuk GB bongkar kesemuanya. Tetapi jika keadaan memerlukan, segala-galanya akan didedahkan demi kebenaran dan keadilan. Jangan main-main dengan hukum kebenaran dan keadilan itu.

KISAH BENAR!!!

Hasan Ali memfitnah Azmin Ali berkongsi isteri










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





48 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali nak jadi exco? hahahahah... GB bawa citer lucu malam ni, hilang tension aku sejak sebulan lalu...

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat kepenting diri . rehat lah

Tanpa Nama berkata...

ini exco remote control edisi UG..takpe proksi geng ganu ramai di Selangor..perangsang pun sudah terangsang..

Tanpa Nama berkata...

Haish...apahal asang ali tu....aku masih ingat fitnahnya pada azmin tu...Satu hari. Selepas solat jumat ,konon azmin kongsi isteri... Mana nak letak muka asang weh....tak lama lag fitnah apa pula! Tak mau cium tangan kerrrrr asang kot2 boleh dilantik penasihat media...

Unknown berkata...

Biawak tu ingat dia abg sbb mereka berbinkn ali jadi nk mengakulh dia nk sokong azmin.
Nk masuk pas semula tk bolih sbb hanyir sangat.
Jadi minta azmin rekomen dia jadi ahli Dap agar dpt dilantik tim. Mb.
He he he....jaga raja,agama dn bangsa.
Biawak kulit tebal kn?

Tanpa Nama berkata...

Islam perlu disebarkan bukannya dipertahankan. Macam permainan bola sepak, kita perlu bermain corak menyerang (sebarkan) bukannya corak bertahan sekirannya kita hendak menang.Kerana terlalu hendak mempertahankan Islamlah yang menyebabkan Islam tidak berkembang di kalangan orang bukan Islam di Malaysia.Ubah minda kita, dengan kuasa yang kita ada, bilangan umat islam yang ramai dan sumber kewangan yang banyak,dan berbagai agensi Islam yang wujud seperti JAKIM, YAPIEM, BAITULMAL dan sebagainya Islam mesti disebarkan (di kembangkan).

air gunung berkata...

Dulu time dia kena sepak dgn PAS bkn main ceramah dgn gaya airmata ...... bedal PR sana sini.azmin yg paling teruk dibedalnya.sampai sanggup ceramah dpn public cerita pasal bini azmin dgn anwar.semuanya ada dirakam.hadoiii.dah minta maaf ker dgn azmin tu.hassan oo hassan.

algodos berkata...

Bukan kah orang ini yang menfitnah isteri YAB berzina?

Tanpa Nama berkata...

Bukan orang ini yang menfitnah isteri YAB berzina?

Wak Dolmat berkata...

Kalau dulu,
Yang capek datang bertongkat
Yang buta tertanya tanya
Yang pekak membakar meriam
Yang bisu bertunda-tunda

Nasi mendidih menganak sungai
Kerak nasi membusut jantan
Hampas kelapa menutup pandang
Tujuh hari tujuh malam
Sultan kenduri gegak gempita
Menyambut Menteri baru dikata

Sekarang ini:

Yang majoriti ditolak pergi
Yang rasuah dipanggil mari
Yang kelentong dijemput datang
Yang dulak dalik mai datang
Yang jati merafak sembah
manalah tau projek datang melayang
3 bilion mata sapa pun jadi merah.
tak menyempat datang menadah

Tanpa Nama berkata...

hassan ali beras jati ni mmg hidung tak mancung, lidah bercabang dan pipi tersorong-sorong.

inilah contoh pelacur politik. biasanya spesis ini sanggup jual agama untuk kepentingan diri.

mungkin duit simpanan dah makin menipis, terpaksalah tebalkan muka menjilat ludah. Nauzubillah.

Tanpa Nama berkata...

Kita doakan MB baru dapat menyambung kesinambungan MB lama,yang penting,Selangor masih tetap dalam genggaman Pakatan Rakyat,puak be end yang kuat rasuah jangan sekarang,kena ikut langkah Pakatan,basmi gejala rasuah dalam perjuangan,barulah layak untuk bersama dalam perjuangan PKR/PAS?DAP. SELANGOR MENJADI NEGERI CONTOH SEPERTI KELANTAN,BERKEMBANG INSYAALLAH,AKAN MENYELURUH KE SELURUH MALAYSIA DALAM PRU 14.

Piee Komtar berkata...

Aku harap sangat YB Azmin tengok balik klip yang GB paparkan dan juga minta bini Hassan Putu Mayong ni tengok juga tentang laki dia yang dengan jelas MEMFITNAH ! Harapkan ada lebai atas kepala...haprak !

Tanpa Nama berkata...

Cara politik mcm ni lah yg buat org akan terus ckp suka hati Sepatutnya jgn bg muka kat org ni tp dek psl politik kita suka guna dan dipergunakan maruah tercalar pun boleh diketepikan Jika Azmin mengadakan pertemuan dgn JATI bererti kita mengiktirafkan Hasan Ali

Nustahil Ikrar sumpah Azmin tak sama ke dgn Khalid dan MB yg sebelum Khalid Semua MB di amanahkan menjaga
sumoah yg sama

Muka tak malu Tak sempat tunggu Azmin tukar baju langsung konon dia lah yg pembela agama melayu dan raja Tak nampak langsung kejayaan JATI selain menuduh kongsi isteri dan isu penglibatan Anwar dgn serangan di Lahad Datu


Tanpa Nama berkata...

Kalau melayu nak berubah Betul betul berubah kita kena jauhkan diri kita dr org mcm Hasan Ali

Hasan Ali sama spesis mcm Ibrahim Ali

sizzly7761 berkata...

Sila jauhkan diri anda dari Hasan Akidah dan Jati kerana di khuatiri akidah anda akan terpesong dan anda mungkin akan menjadi seorang pemfitnah yang menuduh isteri orang berkongsi dan berzina macam Hasan juga! Ingat tu Azmin....

Tanpa Nama berkata...

Anak didik pas di bawah tuang presideng ug. Macam babi tonyok celaka haram jadah sial!!!

Tanpa Nama berkata...

nilh sikp mnusia dua alm. tiba2 muncul bjupa ain ali dgntujuan membincg psl JATI sblim ni hasn dh byk but dosa dgn mereka cerita yg mngaibkn azmin dn isteri. x pyh hasn nk main drama dunia pn dh knl spa kau. kpd azmin bhti2 puak ni yg tlunjk lurs klengkng brkait.

Tanpa Nama berkata...

Nak kucar kacirkan pkr..nampak sgt tektik lama..

Tanpa Nama berkata...

Azmin dilihatnya muda dan berpotensi untuk dijerat. Jika dilayan Hasan jati ini, dia akan menjalankan jarumnya membusukkan PR, tapi jika tidak dilayan dia tentu akan membuat tohmahan supaya Azmin dibenci dan kehilangan kepercayaan pihak2 tertentu. Pastinya Azmin menghormati Hasan jati berdasarkan faktor usia, kehebatan berceramah disamping ketokohan serta popularitinya. Diharap Azmin bijak mengatur langkah dan dapatkan pandangan rakan pemimpin, janganlah bertindak sendirian.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada YAB Azmin diantara pemimpin PKR yang saya respect, nasihat saya jangan dilayan si mangkok hayun Asang Ali ni..muka tak tahu malu. Saya nak cabar dia tunjukan berapa ekor pengikut dia (ahli Jati) di seluruh Malaysia ni? harap cakap berkokok je bolehlah. Konon nak perjuang Islam,Melayu & Raja..kan ke benda tu dah termaktub dalam perlembagaan.

Tanpa Nama berkata...

Tiada ada apax kaitan diantara PR dengan Hassan Ali adalah lebih baik untuk PR. Ingat balik ceramahx beliau yang berapi api dan menghentam hentam. Cukuplah satu kali diperkenakan olih ...

Tanpa Nama berkata...

Mengapa DAP marah sangat pada PAS?

DAP sebenarnya sangat menginginkan Pilihanraya Negeri (PRN) tetapi terhalang oleh adanya 4 exco PAS dan kini terhalang lagi apabila Azmin jadi MB yang baru (krisis dah tamat).

Kenapa DAP mahukan PRN masa krisis MB? Sebab dia nampak ada peluang menang besar sebanyak 24-25 DUN sbb sokongan padu pengundi cina sedangkan undi melayu pecah 3 (PKR PAS UMNO). Dia akan letakkan 3-4 orang calon melayu. Bila menang majoriti maka dia push ADUN melayu tadi jadi MB. Itulah pasal dia marah sangat pada PAS sbb cita-cita dia nak perintah Selangor terlepas. Itu sbb DAP senyap masa krisis tak tapi melenting bila krisis tamat.

4G berkata...

GB dedahkan saja saki baki parasite UG pas yg masih ada bewrsekongkol dngn asang beras jati nie...ana cukup meluat btui tgok muka asang berbulu ayam nie..ingatlagi dia my masjid area ana d Penang semasa dia masih lagi MP PAS dan naib presiden pulak tuu..ingat dia na bagi kuliah magrib tpi rupa kempen suh beli ubat dan buku motivasinya..berat dia nie slagi ta bertaubat....heran betui kalu di penang ni hafiz nordin bekas ketua pemuda pas lah dok usung dia hulur hilir...tu 1 g species yg mulut capui..dlm pas ni memang ada segelintir ustaz yg mulut longkang na senang kenai trademark puak2 ni akan maki pimpinan pas yg pro PR lebih2 dan anuar..i.e.mat sabu dan khalid samad...

Tanpa Nama berkata...

Mulut Longkang. Kalau dia mintak maaf dgn azmin dia juga kena mintak maaf dihdpan khalayak yg pernah mndgr fitnahnya. Dia kena tanggung dosa org2 yg percaya dgn fitnahnya.

Patutlah dosa memfitnah lebih besar dari dosa mbunuh.

Bgaimana dia brhdpn dgn allah d hari prhitungan kelak?

Berterabur gigi & buih2 air longkang busuk akan membuak2 keluar dari mulutnya mempertahankan diri di hadapan allah.

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya agenda simunafik Hasan Ali ini dipromosikn olih puak2 UG dalam PAS spt Dr Zuhdi, Dr Doa Laknat tu.

Hasan Ali, Aidit Ghazali bertopengkan agenda JATI hanya untuk mengaut projek dari UMNO.

Skang ludah terpaksa dijilat balik kerana nak cari peluang soru dengan MB Baru.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan saya untuk YAB Azmin, kalau boleh jangan layan Asang mangkuk hayun ni, buang masa je. Tapi kalau nak kenakan dia..satu je jalan, terima tawaranya untuk berjumpa dan aturkan semua Ahli MPP PKR untuk berdialog dengan dia. Minta dia hadirkan 4 saksi yang adil diatas 'Tuduhan BERKONGSI ISTERI' maknanya menuduh orang berzina. Basuhlah muka dia sampai bersih dan lunyai.

Tanpa Nama berkata...

jgn berurusan dgn virus ini nanti pentadbiran negeri rosak dan membusuk lalu memecahbelahkan rakan2 pr

Tanpa Nama berkata...

Masa tu sahaja yg Hassan Beras Jati yang dapat berjumpa dgn Azmin. Lepas tu jgn harapla...hanya 2 tahun utk Azmin buktikan kewibawaannya menerajui Selangor sebelum pilihanraya umum. Ada masa utk utk Jati? hakpuiii...tiada masa utk Azmin layan...

rajawali berkata...

semuga selangor bertambah maju dan makmur dengan kebijaksanaan mb azmin.muga menjadi contoh untuk negeri lain.

Tanpa Nama berkata...

Siapa sebenarnya Dr. Pendoa Laknat, Dr. Azhari b. Aripin?

Tuan punya Daraini Management Academy (DMI) yalah Dr. Azahar bin Yaakub @ Ariffin. DMI mendapat banyak projek latihan modul Islamik dengan agensi2 kerajaan BN/UMNO khususnya Kementerian Pendidikan bawah TPM.

Rupa gambar sama tapi pakai nama berlainan (rythmic gymnastics untuk mengelirukan?) dalam dua organisasi?

Sama macam JATI Hasan Ali, Aidit Ghazali. Cakap berdetum2 pasal Islam, Raja, Melayu dan anti-PAS. Last-last Aidit Ghazali dapat projek baik runding terus UITM dengan Kementerian Pendidikan. Hasan Ali apa lagi.

Balik kpd mamat pendoa laknat, kita tak perlu jadi pakar sains roket untuk merumuskan rupabentuk trojan-trojan belaan dalam PAS dengan agenda pecah belah (divide and rule).

Balik kpd doa laknat, secara kebetulan mamat ni digambarkan duduk sebaris dengan TGHH, Vellfire, Dr Zuhdi Whatsapp UG dalam program perkasa dakwah pra-Muktamar.

Dakwah apa? Ada udang disebalik batu? Agenda trojan? Konspirasi terancang??????

Tanpa Nama berkata...

Siap yg pernah kerja bawah hasan ali akan tahu perangai sebenar dia....tanya Amran vokalis Raihan....Amran pernah jadi fasilitator Ali masa kem motivasi di Hulu Langat tahun1990-an.....Hasan ali bersama deraian airmata buaya beliau !!!

Tanpa Nama berkata...

ini hassang mesti mau hti hti woo. igt blk dia puya celita kasi buruk asmin kaw kaw spi klu air mta mau tujk itu celta x bik puya butut2 asmin bikin. org mlyu ckp klu jpa ulr x bunh itu ulr ksi hntam ini asmin dlu spi mti. byk busk puya olng. ini MB bru sndri mau igt.

Tanpa Nama berkata...

Hati2 azmin...pembelit ularmamak dah sampai...agen ug tegar tu...

Tanpa Nama berkata...

rocky the great brown flesh vibrator says: Hassan Ali orang gila paling femes; meracau bengkak dahi tepuk sendiri sebab "alaaa... kalo aku sabar dulu, sekarang ni aku dah jadi MB Selangor"
Munafiq hakiki yang perlu dilihat dan diteladani dan WAJIB para penyair guna nama beliau sebagai simpulan bahasa atau bidalan!!!

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali ada penyakit PHD (Permanent Head Damage)yg kronik.

assang ganu berkata...

Aku harap YB Azmin dapat bertindak dengan bijaksana. Lupakan terus Pak Hassan Pemfitnah ni. Bayangnya pun tak payah dilihat, apa lagi nak bagi kerjasama. Memang muka tak malu. Tuduh YBAA kongsi isteri, siap dengan memek muka yang sangat menghina ! Macam dia tu baik; pembela Melayu dan Islam. Sudahlah Pak Hassan, belah laaa luuuu....Tengok Cermin Lihat Rupa Sendiri...Haprak !

Tanpa Nama berkata...

Ado lagi mamat ni.ingat dia x mau trlibat lg dgn politik.
Sbb eser ingat beras jati tu dio Ceo nyer.
Hi2 spesis braim Ali gak roper nya.

bat8 berkata...

Jangan begitu kawan....kalau kita boleh kata dan buat kat orang, kita kena ingat orang juga ada hak yang sama dengan kita untuk buat perkara yang sama kat kita. Sebab itu akhlak itu begitu dititik beratkan oleh Islam. Kalau kita je boleh gasak orang tetapi orang tak boleh pun nak pertahan diri dari serangan kita - itu perangai yahudi. Kat Malaysia ni, tu perangai UMNO. Jangan samakan perangai PAS dengan UMNO. PAS itu berlandaskan 4 sumber Islam.UMNO berlandaskan pragmatisme - apa yang boleh menarik sokongan itulah landasan semasa.

in response to Mengapa DAP marah sangat pada PAS? DAP sebenarnya sangat menginginkan Pilihanraya Negeri (PRN) tetapi terhalang oleh adanya 4 exco PAS dan kini terhalang lagi apabila Azmin jadi MB yang baru (krisis dah tamat). Kenapa DAP mahukan PRN masa krisis MB? Sebab dia nampak ada peluang menang besar sebanyak 24-25 DUN sbb sokongan padu pengundi cina sedangkan undi melayu pecah 3 (PKR PAS UMNO). Dia akan letakkan 3-4 orang calon melayu. Bila menang majoriti maka dia push ADUN melayu tadi jadi MB. Itulah pasal dia marah sangat pada PAS sbb cita-cita dia nak perintah Selangor terlepas. Itu sbb DAP senyap masa krisis tak tapi melenting bila krisis tamat. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah. Says baru tgk video INI. Tergàmaknya dia

Tanpa Nama berkata...

Islam wajib ditegakkan, UG patut disingkirkan

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali dapat sokongan TGHH? Presiden Pas perlu diganti orang seperti TGNA!!!

Tanpa Nama berkata...

Siapa sangka manusia yang memimpin qiamullail di serata masjid pada tahun 80-an sehingga membuat jumaah menangis teresak-esak menjadi manusia ' bangsat ' yang hina.

Cis!

Tanpa Nama berkata...

Gara2 perangai Hj Hadi dan geng ugnya...doh tak stim lagi nok ikuti pkembangan pas kini...sukar dah nak percaya dgn presiden yg kluk klek dan kuat buat u turn ni...

Tanpa Nama berkata...

Azmin perlu lantik EXCO yang boleh bekerja dan komitmen dengan Pakatan, jika tidak lingkup lagi terlungkup

Tanpa Nama berkata...

Tak perlulah kita marah dan memburukkan beliau. Terimalah hakikat bahawa Hasan Ali adalah seorang ahli politik. Tak pelik pun sekiranya mereka yg dulunya musuh tiba2 berubah menjadi kawan atau sebaliknya. Tindak tanduk seseorang ahli politik boleh saja berubah-ubah mengikut keperluan dan situasi semasa. DS Anwar Ibrahim juga dahulunya sewaktu bersama Umno mengutuk dan menghina Pas dan Dap,Sedangkan pada hari ini beliau mencemuh Umno dan bersahabat dgn Pas dan Dap. Begitu juga dgn saudara Mat Sabu dan Karpal Singh yg suatu ketika dulu pernah mendesak Tun Mahathir supaya mengambil tindakkan terhadap tuduhan salah laku membabit DS Anwar Ibrahim. Sikap berdendam bukanlah perkara yg penting jika wujud keperluan dan kepentingan, maka mereka boleh saja bergabung semula dalam satu pasukan.

Tanpa Nama berkata...

Lantik EXCO Pas dari dua Adun Pas hero Pakatan dan hero rakyat, bukan politik balas dendam, tapi wajar

Tanpa Nama berkata...

In response to Anon 6.19 am:

Ye.. politik tu politik juga.. tapi
adakah dibenarkan saorang Islam berpolitik menuduh orang berkongsi isteri tanpa 4 orang saksi yang adil? Jika gagal membawa 4 orang saksi, hukumnya ialah yang menuduh wajib disebat sebanyak 80 x rotan. Wallahu 'alam.