23 Jun 2015

Parti Baharu Membawa Harapan Dan Impian Baharu... InsyaAllah


Tersingkir daripada kepimpinan PAS jadi rahmat terselindung, kata G18

Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Dzulkefly berkata badan ini akan menggabungkan semua masyarakat sivil di negara ini terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi membentuk satu wadah baharu politik Malaysia berteraskan Islam yang lebih progresif berbanding parti lama mereka.

"Kami yakin wadah ini akan lebih diterima masyarakat Malaysia kerana sifatnya yang inklusif dalam sebuah negara berbilang agama dan bangsa ini," katanya yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Pusat Penyelidikan PAS itu.

Selain bersatu dengan PKR dan DAP, wadah baharu itu akan menghimpun semua NGO Islam di Malaysia yang mempunyai cita-cita sama.

Dzulkefly bagaimanapun berkata, beliau dan pimpinan G18 akan mengambil pendekatan tidak akan berkonfrontasi atau menjadikan parti lama mereka iaitu PAS sebagai musuh.

"Kita akan melihat masa depan dan cuba melupakan perbezaan pendapat kita dalam PAS. Kita akan membawa gagasan masa depan dan lupakan masalah lama kita," katanya.

Dzulkefly berkata, sepanjang Ramadan ini kumpulan berkenaan akan mengadakan mesyuarat bersama pertubuhan Islam dan bukan Islam serta pemimpin masyarkat di seluruh negara bagi menjelaskan peranan pergerakan itu.

Pengumuman lanjut, katanya hanya akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri dan selepas mendapat maklum balas daripada akar umbi serta pertubuhan yang berkaitan.

Menurut laporan, kumpulan itu juga merancang untuk menganjurkan pameran bergerak di seluruh negara dan akan menyokong kempen “Harapan Baru” atau “The New Hope and Dream” selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. – TMI


ULASAN GB

Ada yang berhujjah bahawa penubuhan parti Islam yang baharu tidak dibolehkan apabila PAS masih ada. TETAPI itu persoalan ijtihadiyah belaka. Kerana bagi kita apabila PAS telah menyeleweng dan telah terkeluar dari akhlak Islam, maka penubuhan sebuah parti Islam yang baharu adalah WAJIB.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Apabila PAS telah tergelincir dari landasan perjuangan dengan bertukar menjadi sebuah parti yang tidak lagi berakhlak Islam, penuh dengan cacian, makian seperti BARUA, TOLOL, JEBON. ANWARINAS, MUNAFIK HARAKI serta menggunakan pelbagai kaedah yang tidak Islamik untuk menaikkan para ulama dan menyingkirkan golongan profesyenal, maka kewujudan parti Islam alternatif adalah SATU KEWAJIPAN.

Begitulah imbauan suratul Maidah:54

"Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kalian yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, satu puak, satu parti yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya."

Mereka menjustifikasikan fitnah, caci-maki dan segala perbuatan "kufur" itu kerana kononnya golongan proofesynal dituuduh bersekongkol dengan DAP menolak hukum hudud sedangkan apa yang sebenarnya tidak berlaku hal sedemikian.

Golongan pprofesyenal bertindak sama seperti yang disaran oleh ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusof Al-Qardhawi iaitu, [VIDEO] Al-Qardhawi: Tegakkan Kehidupan Islam Dahulu, Bukan Hudud.

Pelbagai pihak mencadangkan mereka yang ditewaskan secara kumpulan dalam pemilihan PAS itu mengambil jejak langkah Reccip Toyyeb Erdogan yang menubuhkan parti baharu iaitu AKP, dan berpisah daripada rakannya dalam parti Refah yang membentuk parti Saadet.

Kini AKP sudah 3 penggal memerintah Turki manakala Saadet hilang daripada Parlimen Turki selepas mendapat undi sekadar 5%.


Malah pemimpin PAS lebih mengutamakan perkara-perkara hukum dalam Islam, berbanding kepada perjuangan menegakkan sebuah negara yang disebut "baldatun tayyibatun warabuun ghaffur".

Ini mengingatkan kita kepada tempelakan Erdogan terhadap pimpinan parti Islam Refah atau parti asalnya.

"Bagaimana kalian mengejar akhirat sedangkan kalian meninggalkan dunia ini...? Kelak kalian akan ditanya di akhirat, mengapa kalian tinggalkan umat di dalam kemiskinan, kedhoifan serta kejahilan sehingga dengan mudah diratah oleh musuh-musuh Islam. Jangan mati sebelum kalian penuhi segala amanah di atas dunia ini untuk menuju akhirat."

Demikian "profesyenalnya" pemikiran Erdogan berbanding dengan jumudnya pemikiran para ulamak di dalam parti Refah yang pernah dianggotainya, malah sebagai ketua Pemudanya!

Justeru itu, apabila PAS bertindak dengan langkah sama seperti parti Refah di Turki dulu, maka sudah sewajarnya sebuah parti Islam lain ditubuhkan supaya perjuangan Islam sebenar itu dapat dimanifestasikan dalam bentuknya yang sebenar dan syumul.

GB tertarik dengan sebuah catatan di lama sosial menerangkan kemunafikan golongan dalam PAS:



Jadi sesuai dengan gelaran yang diberikan terhadap golongan profesyenal yang disingkirkan dari PAS dengan gelaran ERDOGAN, maka sewajarnyalah langkah Erdogan menubuhkan parti baru di Turki dituruti jejak langkahnya demi kesinambungan perjuangan Islam dan biarkan PAS menjadi REFAH yang semakin hilang di persada politik dan perjuangan Islam di Turki.





45 ulasan:

Potailangek berkata...

Wahai ug2 sekelian,jgn la tkut dn gusar sekira nya golongan kamu d jalan yg benar..
Hahahaha...kata ank jantan..bersaing lah secara ank jantan..

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah jadi sebagaimana yang diwar-warkan, G18 bentuk parti baru maka adalah tempat untuk aku menyalurkan undi aku di PRU akan datang. Undi aku satu jer tak banyak, ada orang kata tak kemananya undi sebijik jer tetapi bagi aku yang satu tu cukup mahal dan bernilai. Paling tidak aku tak sia-siakan undi aku dengan undi BN. Bagi aku undilah apa-apa pun asalkan bukan umnoBN dan bukan Pas. Pas dah membunuh kepercayaan aku lagipun TGNA dah tak ada maka dah tak ada manusia atas muka bumi Mesia ni yang boleh membuatkan aku untuk tidak menyokong Pas.

Unknown berkata...

SYABAS,Dr.Dzul dan G-18, Anda dan G-18, Memulakan satu langkah yg Bijaksana.Biarkan Parti PAS melalak kesaorangan,tunjukkan pada mereka Akhlak islam yg dituntut.Dari Firasat hati saya kemunculan wadah baru ini, akan bertapak lebih jauh, sebab permulaan G-18, Bukan disebabkan "EMOSI" dan "KEMARAHAN yg tidak bertempat"Tujuan wadah baru ini ialah sebagai alternatif pada rakyat malaysia "HARAPAN BARU" yg diterajui oleh pemimpin yg berpengelaman dan telah diuji dgn sepak teraajang politik malaysia, mengunakan "AKAL" fikiran yg dianugerah oleh ALLAH dgn cara bijaksana dan berkidmah.

Bravo,kipidup,"The new hope and Dream""Harapan Baru"Sebagai rakyat biasa, kami pastikan, tun-tuan tidak kesaorangan, kami akan bantu,sedaya upaya kami,jika kami tak pandai ceramah,kami cuba sebarkan cara "one to one" Jika tak mampu juga pada ahli2 keluarga terdekat,jika tak mampu juga kami akan pastikan memberi bantuan cara bantuan keewangan cara berterusan.

YOU WILL NEVER WALK ALONE.

Tanpa Nama berkata...

Pas kan ke dah "KUAT" kita kan ke kuat,, ikut suka lah nak barua ka tolol ka jebon ka tp kita kan ke dah kuat
Membangun bersama kepimpinan Cai
Selagi pegang jawatan di Penang dan Selangor aku anggap Pas dah tak ada maruah dan TAK ADA TELUR lagi dah. Bikin malu Agama sahaja begini kelaku.

Cai cai Cinta duvid juga ye
engkar kehendak muktamar

Saiful berkata...

Setuju

Tanpa Nama berkata...

tulisan admin dh cukup jelas dn tepat utk jd bahan primosi dn kempen kpd rakyat yg kecewa dgn PAS yg telah rosak dilacurkan oleh bapak2 ayam UG.

mari kita guna tulisan admin sebagai bahan kempen utk wadah baru kumpulan G18.

Allahuakbar !

Tanpa Nama berkata...

Tin milo jadi saksi, bukan berkira dengan sumbangan selama ini, kita tidak mahu undi kepada parti yang melukut tepi gantang.biarlah parti berjuang kehadapan dan bukannya kebelakang dengan fitnah, label dan veto ke jepung.

azhar rangkuti berkata...

Bacaan sy, bukan stakat ahli2 PAS yg pro Progresif saja yg akan menyertai parti baru ini tetapi ahli2 KeADILan yg mpunyai fikrah haraki & penyokong2 PR yg tak bparti tmasuk ahli2 NGO Islam turut akan sertai bagi mengukuh & mgerakkan parti bkenaan

Tanpa Nama berkata...

slogan PAS...... hidup hj hadi !

slogan parti baru G18....... allahuakbar !

Hj Aduka berkata...

Ramai orang sudah GILA........GILA GILA GILA. Lupa gelaran ulama.

Hj Aduka berkata...

Ramai orang sudah GILA........GILA GILA GILA. Lupa gelaran ulama.

air gunung berkata...

Aku dah lama fenin dgn pepuak neh.lebih2 lg bila kepimpinan terpilih dgn CAI.Bkn serabut lagi dah.tahap mual muntah hijau.

Walau pon ada kesukaran dgn wadah barj.tp aku yakin insya Allah akn berjaya dgn syarat ia dilakukan utk masyarakat atau ummat utk kembali kpdnya.

Mr Oren berkata...

100 hari adalah masa yg realistik.. Kita perlu kumpul kekuatan.. Beyond G-18 ni, kenal pasti siapa lagi yg boleh jadi penggerak, bukan sekadar penyokong.. Setakat ni saya masih bimbang banyak yg bercakap dari yg bekerja.. Saya sokong Dr Zul, tak payah berkonfrontasi dgn Pas, kita perlu bangkit dengan kekuatan sendiri, bukan atas emosi.. Mana tahu masa depan ber'tahaluf' dengan Pas..
Satu lagi, dekatilah ulama.. Ramai lg ulama dalam dan luar Pas hatta ahli Dewan Ulama sendiri yang progresif.. Renungi semula gagasan Almarhum TG Yusuf Rawa berkenaan Dewan Ulama dan Intelektual, mungkin boleh dipraktikkan..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun menjangkakan ramai orang2 tak berparti akan join parti baru,terdapat juga ahli-ahli PKR yg tak dipedulikan pun akan join juga,orang 2 umno yg berfikiran positive pun akan join,ORANG-ORANG NON-MUSLIM yg bersama PAS pastikan 100% join parti baru. Saya menjangkakan dalam masa 3 tahun ahli parti baru akn mencecah 500,000 orang, ini bermakna Parti baru boleh beat PKR,INI BUKAN TAKBUR, jika cara gerak-kerja pemimpin-peminpin G-18 all out, serta digerakkan hard-core yg bekerja secara sistematic insyalah pada PR14, PARTI BARU AKAN DOMINATE bersama DAP.

Ridd berkata...

Ya betul....saya undi yg ke 2...!

Ridd berkata...

Kata saja dimana ingin bermula kami akan hadir di pelancaran parti baru ini. Bina Pakatan Rakyat Malaysia yg baru....biar chai terjun dengan labu2nya.

Ridd berkata...

Kita dah berjaya PRU yang lepas, rupanya atas usaha yang gigih dari cai2 dan jebon2 nilah Rakyat jadi mangsa BALA bertimpa2 melanda di Negara ini. Pentanda jelas Rakyat mau kan Parti Baru. Kata Tidak pada PAS.

Tanpa Nama berkata...

Ber beza sekali orang orang BER FIKIR dan orang orang BER HARAP

Tahniah Mat Sabu And The Geng

Mana ada sama orang orang Bijak dengan orang orang Tidak Cerdik

PAS dan bebudak BER HARAP akan pupus di makan masa sebelom PRU14

Sebiji Rumah Banjir pon tak di buat tapi jaja jaja agama saja

Apa punya manusia ini ????

Ridd berkata...

PAS parti pasrah.....klu tak tak rasa velfire dan mini copper bro....paling miskin pun BEEMEER Bro..!

Unknown berkata...

Assalamualaikum buat rakan2 pecinta Malaysia yang permai.
Saya cadangkan mereka yang mahir dapatkan ujudkan satu blog
khusus seperti Teranungkite untuk kita mulakan satu episod
baru berdiskusi dengan penuh dedikasi, harmoni dan saling bertukar
pendapat yang mampu membina Harapan Baru.

Kita promosi laman ini.

Saya yakin ramai yang akan jadi pengunjung dan memberi komentar
yang bernas.

Kita bersihkan laman ini dari kutuk mengutuk dan caci mencaci.
Jadikan ia laman penyatu bangsa Malaysia yang tetap menjunjung Islam dipuncak tanpa menghina sesiapa.

Malaysiabaru berkata...

Jika Abg Mat Sabu boleh sapu Bersih 1.0 2.0 3.0 sehingga beratus ribu

Maka adalah tidak mustahil

Parti Pasma boleh cecah ratus ribu ahli

Unknown berkata...

yaa...ulama pas yg TIGASUKU memang GILA KUASA!! Berebut jwtn dlm parti sampai runtuh akhlak Islam.

Tanpa Nama berkata...


Ciri2 PARTI baru itu..

>>> Mudah & SIMPLE

>>> Keahlian manual dan on-line, galakkan/MUDAHkan on-LINE! on-LNE!!!

>>> Mnjd sbnr7OBOR CAHAYA maha7TERANG mnyuloh sgl kbejatan

>>> Pemimpin yg bnar7DEWASA bukan-FEUDALISTIK yg gila-NOBAT-glamor budak2 hingusan

>>> Gerak kerja paling7PANTAS-cekap...sprt sebutan hadis:"sabak tum SABQAN baiida"

>>> Jadilah parti UNIVERSAL trbuka kpd semua.. "SATU-bangsa" anak2 Adam as

>>> Sbnr7MERIT-bakat-result-KERJA wajiblah mnjd TOP-priority

>>> Ddlm urusan rkyat/ummah...please jgn lah lg berlengah2


Mudahkan keahlian kpd "SEMUA-anak2-BANGSA-Adam as" mnjd ahli dgn on-LINE, insy'ALLAH keahlian mncecah satu-JUTA org ddlm masa yg singkat TIADA masaalah..




Tanpa Nama berkata...


Ciri2 PARTI baru itu..

>>> Mudah & SIMPLE

>>> Keahlian manual dan on-line, galakkan/MUDAHkan on-LINE! on-LNE!!!

>>> Mnjd sbnr7OBOR CAHAYA maha7TERANG mnyuloh sgl kbejatan

>>> Pemimpin yg bnar7DEWASA bukan-FEUDALISTIK yg gila-NOBAT-glamor budak2 hingusan

>>> Gerak kerja paling7PANTAS-cekap...sprt sebutan hadis:"sabak tum SABQAN baiida"

>>> Jadilah parti UNIVERSAL trbuka kpd semua.. "SATU-bangsa" anak2 Adam as

>>> Sbnr7MERIT-bakat-result-KERJA wajiblah mnjd TOP-priority

>>> Ddlm urusan rkyat/ummah...please jgn lah lg berlengah2


Mudahkan keahlian kpd "SEMUA-anak2-BANGSA-Adam as" mnjd ahli dgn on-LINE, insy'ALLAH keahlian mncecah satu-JUTA org ddlm masa yg singkat TIADA masaalah..




sb dehlawi berkata...

sebelum ni aku tak sanggup lihat pas kelate jatuh. tapi sekarang klau pas kelate jatuh pun biarkn...biar dio rasa betapa rakyat dah meluat prmainannpolitik gerombolan paschai...siap kau.

Unknown berkata...

Lantiklah tghaa sebagai penasihat dan kami d bawah akan bekerja d bawah .salam dari pkln kubur

Unknown berkata...

Semoga Allah swt berikan kita semua cahaya untuk terus bergerak ke hadapan. Semiga gerakan Uslam yang baru ini menjadi wadah kepada pejuang Islam berlandaskan al-Qur'an dan As Sunnah. Berpegang kepada akhlak Rasulullah saw dalam landasan perjuangan. InnShaa Allah. Aameen.

Tanpa Nama berkata...

Siap kau PASCAI pada PRU14,kau akan berkecai.Kamu patut "diHUDUD"dahulu,sabelum hukum hudud dijalankan.

IrWrWs berkata...

Alhamdulillah Ustaz AA sudah mula berasa betapa JIJIKNYA jika dikaitkan dgn dap apatah lg jika benar2 menawarkan diri utk berkhidmat kpd dap spt beberapa kerat pemimpin pas melalui parti baru (kalau berjaya ditubuhkan).. kalau dah ulamak yg sygkan akhirat mcm Ustaz AA pasti x tergamak utk menjadi lembu dap..

Tanpa Nama berkata...

Betul tuan.. sy antara warga yg tidak berparti.. dun saya pas, parlimen pkr, lps ini jgn mimpi pas nak dpt undi dr sy lagi, klu takde parti yg sy suka bertanding dun..sy undi rosak je

Tanpa Nama berkata...

Rakyat kelate ambe pecaya sayang ke husam, tau gerak kerja dia camne, bantu mangsa ketika musibah banjir. Hok mengaku ulama ni buat gapo? Pas kelate kalu jatuh pun memey patut... Ganti la g18 pon asal matlamat islam tercapai

Tanpa Nama berkata...

Anda jangan membuat fitnah wahai Wan Rosli

Ustaz Ahmad Awang kesal kerana dituduh sebagai calon yang ditunjuk oleh DAP oleh Haji Hadi.
Bukan kerana beliau merasa jijik dikaitkan dengan DAP. Pemimpin progresif PAS menjalinkan hubungan yg baik dengan semua parti komponen dalam PR termasuk DAP, tetapi bukan menjadi budak suruhan seperti yang ditfitnah dan ndituduh oleh rpo-ulama dalam PAS.

Setiap fitnah itu akan tetap ada harga yang perlu dibayar di sisi Allah!

Tanpa Nama berkata...

Salam semua. Kisah benar untuk semua pembaca blok ini. Sejak saya mula mengundi pada tahun 1999 memang saya haramkan tangan saya memangkah BN walaupun ibu bapa saya orang kuat BN. Saya sangat sayang kan Pas. Kebetulan tahun itu saya baru saya bergelar siswazah. hari ni saya telah menjadi seorang profesional dalam bidang saya. Hari ini juga saya telah dikecewakan oleh PAS yang meminggirkan golongan profesional seperti kami. Walaupun saya tidak pernah mengambil bahagian dalam mana-mana muktamar PAS tapi saya sungguh kecewa betapa peranan golongan profesional dipinggirkan. Sumbangan saya walaupun tak sebesar sumbangan G18 tapi sekurang-kurang PAS lebih diterima masyarkat berbilang ketika ini. Tapi kini PAS sudah jauh dari sudut hati saya. Demi Allah saya katakan bahawa saya perlukan Parti Islam Baru yang mampu membawa perjuangan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Salam....Moga tabah dan teruskan perjuangan hakiki untuk diri dan keluarga, demi survival politik masing2....syabas dan tahniah! -akurakyatbiasa-

Tanpa Nama berkata...

Sama la kita. Tgna dah tak ada fitrah alam...tapi gugurnya khalid samad, salehudin ayob, husam musa, dr hatta secara blok dan fitrah tak dpt aku terima!

MYPROGRAM berkata...

Teruskan perjuangan utk parti baru seperti parti erdogan. In sya Allah. Saya dalam golongan ulama pas pun akan ikut serta membantu parti baru kerana pas sekarang dah teruk. Tahniah sahabat semua.

Tanpa Nama berkata...

Pas pasa aku sudah tiada maruah sejak kes pil kuda lagi smpi skrg berakhir la riwayat pas...pas hanya la sebuah parti yg berlandaskn islam tp skrg jd pelacur yg menjual nama islam.lebih hina jijik nya pas pada mata aku skrg,aku percaya rata2 pengundi2 lain pun mcm aku juga.aku xla fanatik sgt politik tp dgn pas mmg btl2 jijik rasanya.bluerkkkkkk

Tanpa Nama berkata...

Saya nak minta jasa baik admin web ni utk senaraikan nama para-para G18 kita di dalam suatu ruangan khas artikel atau apa saje termasuk dgn gambar mereka sekali. Ni utk reference penyokong PR yg mana kurang arif atau mengambil tahu tentang golongan G18 ini. Harap admin gb bole jadi pemangkin kepada sokongan kumpulan G18 neh. Terima kaseh.

zab berkata...

Haji Hadi menulis surat terbuka kepada semua ahli PAS, agar kekal dalam jemaah. Hujahnya sama, atas dalil yang sama. Saya rasa takjub, bagaimana seorang ketua yang melabel ahli sendiri, menuduh dengan tanpa usul periksa inginkan ahlinya bersatu kembali. Imam solat pun boleh di'mufarakah'kan, inikan pula imam parti yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai visi yang jelas untuk kesejahteraan umat.

Benarlah kata arwah ayah saya, seorang yang pernah jadi ahli UMNO, lebai PAS hanya tahu jerit 'Islam, Islam!' tapi anak sendiri dibiar berpeleseran pada waktu solat. Hanya nakkan Islam tapi tak tahu nak menterjemahkan kehidupan Islam itu.

Sekarang pemuda UMNO kata mereka tak takut kat pemuda PAS. Sebab tiada visi jelas mahupun upaya untuk mendekati orang muda. Mahu tidaknya, ketuanya semasa banjir Kelantan dulu ada mengatakan banjir itu sebab tolak hudud. Dia takmau melihat kroni dia yang ada kontrak balak meranapkan tanah takungan hujan.

Saya berpegang pada hujah GB, masalah mewujudkan jemaah Islam lain hanyalah masalah ijtihad. Kalau AKP terbukti berjaya dengan gerak kerjanya yang hampir dengan rakyat dan orang biasa, maka kita juga boleh tonjolkan Islam dengan cara yang sama. Label melabel bukanlah cara orang bertamadun, mahupun orang yang ada Iman dan orang yang memperjuangkan Islam.

Tanpa Nama berkata...

rupanya penyokong kuat geng ulama pas wan rosli ni kuat berfitnah. di bulan ramadan pula tu. Allah nak tunjuk!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah...kami ternanti-nati penubuhan parti Islam baru yang progresif. G-18 mesti merealisasikan harapan kami dan rakyat akar umbi yang ujud dan selama ini istiqamah mengundi PAS. Kebanyakan ahli keluarga kami belum berparti dan G-18 mesti kreatif menubuh parti memudahkan kami menjadi ahli dan membuat sumbangan dan berinteraksi dengan pimpinan dan program parti. Pengurusan parti terutama kewangan mesti telus dan terurus. Gunakan segala teknologi IT dan media mengurus parti.

Hari ini Hadi Awang menulis surat terbuka menyeru terus bersama jemaah PAS. Tak sudah-sudah, betul-betul berbelit-belit lidah bericara. Dulu halau dan label ahli berbagai, tapi kini minta duduk terus dalam parti kalau tak tenggelam nanti. Al Quran dan hadis diguna bermotif peribadi. Mungkin dia dah lupa apa yang dah dilakukan hari-hari sebelum ini. Ini cakap orang jenis apa ni.

Pada G-18, awas mungkin ada usaha divide and rule. Tunjukkan berhemah, berlapang dada dan tolak ansur yang tinggi nescaya segala rintangan dapat di atasi. Harap jangan ada yang flip-flop dan termakan pujukan dan janji.

Kami menanti.....

Memang semua kehendak Allah dan Allah lebih mengetahui......Allahuakbar

Tanpa Nama berkata...



Penubuhan parti Islam tidak di bolehkan selagi PAS masih ada? Kenapa dalam Islam boleh ada mahzab dan bermacam-macam fahaman ? Kalau macam itu, tak payah PAS berjuang untuk jadikan Malaysia sebuah negara Islam sebab dalam dunia ini dah banyak negara Islam. Biarlah negara kita macam ini asalkan kita terus menjalani kehidupan dengan Islam yang sederhana.

Ada dua parti Islam. Satu PAS dan Satu Parti G18. PAS lebih menumpukan pada politik untuk menegakkan hukum-hukum Allah. Dan parti G18 pula lebih menumpukan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat seperti parti AKP. Atau parti Islam lain yang lebih pada memperjuangkan nasib pekerja. Yang penting pendekatan yang akan di ambil oleh pemimpin akan menunjukkan samada mengikut standard Islam atau tidak?

Kita tak boleh mengukur UMNO sama seperti PAS atau Parti G18 kerana UMNO bukan parti Islam. Islam itu dah tetap maka kita guna kan untuk mengukur sejauh mana pemimpin parti sampai ketahap Islam yang tertinggi. Islam bukan satu produk yang perlu di hasilkan oleh mana-mana parti atau organisasi.

Jadi betul lah kata Dzulkefly, beliau dan pemimpin G18 tidak akan mengambil pendekatan berkontrontasi dengan PAS sebagi musuh. Lagi pun tak ada untung nya menjadikan PAS musuh atau tidak. Buang peluru je.

Lagi pun setelah lebih 10 tahun, rakyat memerlukan harapan baharu, wadah baharu dan lebih dari itu satu pendekatan yang baru. Seperti yang di katakan oleh Khalid Samad, jangan kata semua nya ok. ada masalah selesiakan cepat-cepat termasuk lah jika ada yang mula nak khianat supaya kita dapat selamatkan kawan kita itu dari tersasar jauh. Kurang kan lah rundingan secara sulit macam PKR dah buat keputusan tapi tak boleh umumkan. Telus juga lah dalam membuat keputusan bukan telus semasa buat perjanjian atau buat projek. Tidak lagi perlu cara REFORMASI. Tidak pelu juga cara BERSIH. Jangan berlebih-lebih menjaga kepentingan politik, rakyat jugak yang kena main. Bermula dari penubuhan bukan setelah parti di tubuh. Insya-allah dan kita yakin dengan G 18 kerana mereka inilah HARAPAN KITA YANG SEBENARNYA !!!

Kepada Allah kita kembalikan.



Tanpa Nama berkata...

harapan orang ramai pada mat sabu dan geng
menubuhkan parti baru sangat-sangatlah besar.
selagi hadipek yang nyanyuk itu masih presiden
selagi itulah pakatan rakyat bertelagah sesama sendiri.
jangan u-turn mat sabu dan geng tubuhkan cepat.
pas dah goyang siku dan lutut pun dah mengeletar.
kah... kah... kah... kah... kah...

azhar rangkuti berkata...

Cadangan yg bernas

Tanpa Nama berkata...

jika tubuh parti baru tlg jgn guna perkataan islam dlm namanya. jgn jadi mcm pas. nama parti islam tapi akhlak tak cerminkan peribadi islam. rosak imej islam dikalangan non muslim