Apabila segala persiapan telah dibuat alam bentuk tempahan khemah untuk mendirikan pondok semakan daftar pemilih, SPR mengarahkan hanya khemah bersaiz 8 x 8 kaki sahaja boleh digunakan.
Lebih membingungkan SPR juga menarik balik peraturan supaya setiap kenderaan yang mengangkut pengundi ke pusat pembuangan undi tidak perlu lagi mengguna pelekat logo SPR.
Persoalan spontan yang timbul dalam fikirasn rakyat apakah tindakan terbaru SPR ini seolah-olah mahu menggalakkan gejala undi hantu semasa pilihan raya kecil Penanti esok ?
Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan sikap SPR yang gagal mematuhi ketetapan yang dibuatnya sendiri sambil mengkritik tindakan badan itu yang mengubah peraturan sewenang-wenangnya tanpa pemberitahuan melalui surat rasmi dan hanya menyampaikan arahan baru secara lisan melalui panggilan telefon.
"Pakatan Rakyat tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan persiapan yang telah dirancang sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama SPR sebelum ini. Malah khemah telahpun di tempah dan bayaran telah dibuat bagi tujuan tersebut," tegas beliau pada sidang akhbar harian Pakatan Rakyat di Yayasan Aman, Penanti.
Ahli Parlimen Machang itu juga berkata Pakatan Rakyat tetap akur dengan ketetapan bahawa pondok atau barong semakan daftar pemilih hanya boleh didirikan 50 meter radius dari pusat pengundian.
Mengulas mengenai peraturan baru berkenaan pelekat kenderaan Saifuddin berkata SPR juga tidak membenarkan kenderaan membawa pengundi menggunakan pelekat atau bendera parti. Peraturan ini juga disampaikan secara lisan tanpa notis hitam putih kepada Pakatan Rakyat.
Berhubung perkara yang sama, Pengarah Strategik PKR Tian Chua berkata tindakan SPR ini menimbulkan seribu satu spekulasi dan pandangan negatif.
Ketua Penerangan Latheefa Koya pula berkata SPR harus bersikap lebih profesional dan bukan membatal atau menarik-balik apa-apa ketetapan dengan begitu mudah sekali.
6 ulasan:
selagi ubn memerintah malayia..jangan harap apa apa agensi bertindak adil dan telus..walau pun dikata kan badan bebas...jangan harap la...rakyar tidak dapat di perbodoh kan selama lama nya...rakyat akan guna kan kuasa undi mereka bila ada pru atau prk.
Jom semua tak usah halalkan duit kita dibayar gaji untuk lembu-lembu tu hingga ke akhirat. InsyaAllah gaji mereka yang menjadi lembu suruhan tetap haram!!!
dia takut dengan bayang2. dulu mereka buat tak apa
memang betullah lembu suruhan umno/bn yg bodoh
arghh...korang nie macam-macam....
kalau jenis tak puas hati tu, sampai akhirat pun tak puas hati....
sudah-sudah la dok mengutuk orang tue...cuba la jadi insan yang sentiasa berpuas hati dengan apa yang ada...
apa, kalau pembangkang jadi pemerintah, aper yang korang dapat???huru hara??bodoh tol la korang nie....melayu yang jahaamkan melayu...ha,korang-korang nie la!!!!
kenapa??korang nie sentiasa adil sangat ker?berapa kali sangat korang sembahyang sehari???dosa korang mengutuk tu lebih banyak dari pahala yang korang dapat waktu buat sembahyang...
huh..korang nie jenis yang bercakap je pandai, solat jumaat ntah berapa kali ntah korang miss...
korang nie jenis pemikiran yang dah dikuasai syaitan....yang jenis tak pernah putus asa untuk memecah belahkan orang islam....ntah la...aku pun tak tahu nak cakap apa dengan orang yang macam korang nie....
kalau la aku nie ada power yang hebat, dah lama korang nie aku hantam2....pijak2....pukul2.....
jenis tak sedar diri...bukan menyokong tetapi banyak mengumpat!!!!
pakai la akai tu sikit,kita nie hidup dalam suasana yang aman dan demokrasi, buat apa yang kroang nak susah2kan hidup korang tu....
jangan la jadi jahil sangat, menghasut sana, menghasut sini...setakakat bercakap, menulis dalam blog ni,berapa kerat sangat yang pandang pendapat korang tu????cuba cerita sket dengan aku!!!!
hahaha cik anon kek ateh ni yg lebih... awat terase macam diri itu Babi Negara ke?
Catat Ulasan