30 Mei 2009

5000 UMNO Tak Mahu Mengundi Dia Punya Pasal

Kononnya kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding, demikian kata Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam. "Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi. Di samping itu, katanya, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

Pakatan Rakyat tidak sedikit pun terjejas dengan sebarang tindakan pemboikotan ynag ingin dilakukan oleh UMNO pada hari mengundi esok.

Ini kerana yang rugi bukan PKR tetapi UMNO sendiri. Dengan UMNO BN tidak meletakkan calon sepatutnya, ahli-ahlinya sepatutnya menyatakan protes kerana tindakan itu seolah-olah mengesahkan kenyataan bahawa UMNO BN Penanti sudah benar-benar ditalkin dan dikuburkan.

Walauapa pun hujjah yang dikemukakan untuk tidak mengundi esok sebenarnya meletakkan UMNO dan BN sebagai sudah mengibarkan bendera putih seramai-ramainya. Ia tidak akan menang lagi di masa-masa akan datang kerana kehadiran mereka sudah menjadi golongan terpencil dan golongan yang tidak relevan di dalam arus politik di Penanti khususnya dan Pulau Pinang amnya.

Yang nyata, tiada esok bagi UMNO BN dan tiada UMNO BN esok di Penanti.


1 ulasan:

Hamba berkata...

Cerita tentang datuk, nenek undi BN ni teringat pulak kisah dakwah Rasulullah di Mekah. Kisah kaum musyrik Mekah yg taknak terima Islam sebab takut berpisah dgn agama datuk nenek mereka... Nampaknya pemimpin UMNO ni pun guna hujah sama dgn pemimpin musyrik Mekah dulu... Datuk nenek diaorang masuk gaung, diaorang pun sama2 ikut masuk gaung juga... Pandai..memang pandai pemimpin UMNO ni... Alif Mim nun tendang wau, bunyinya sarkis.... UMNO=Sarkis....