Sambil mendengar celoteh pengacara dan tetamu, pengacara membuka peluang untuk pendengar memberi pandangan. Lalu keluarlah pelbagai pandangan yang kebanyakannya menghentam mat rempit dan peragut yang dalam masa beberapa hari ini telah menyebabkan 3 nyawa terkorban.
Saya tidaklah terlalu memberi perhatian terhadap pandangan-pandangan dalam TV kerana saya perlu keluar rumah segera. Tapi tiba-tiba telinga saya menangkap perbualan seorang lelaki yang berdasarkan suaranya saya kira separuh umur yang turut memberi pandangan terhadap gejala rempit ini.
Pendengar ini menyalahkan ibu bapa yang katanya memberi kebebasan kepada anak menunggang motor, walaupun usia masih semuda 10 tahun. Dia memberi contoh dirinya sebagai pemimpin keluarga yang tidak mengizinkan anaknya menunggang motor selagi belum mempunyai lesen yang sah.
Tiba-tiba dari isu rempit, pendengar itu bercakap pula mengenai isu pemimpin yang seperti sesetengah ibu bapa, tidak menunjukkan contoh yang baik. Inilah yang menarik perhatian saya untuk dikongsi dalam blog ini.
"Ibu bapa sekarang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Mereka seperti juga Kerajaan sekarang yang tidak memberi contoh yang baik kepada rakyat. Contohnya apa yang berlaku di Perak, kami rakyat Perak pilih Kerajaan yang baik, tapi mereka tukar kepada kerajaan yang...."
Tiba-tiba belum lagi habis pemanggil itu menghabiskan pandangannya,talian tersebut diputuskan oleh pengacara TV. "Terima kasih pemanggil kita...panggilan seterusnya...", kata pengacara TV sambil tersipu-sipu senyum.
Dalam hati saya berkata, jika pemanggil itu menyokong Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kudeta Perak, adakah panggilannya akan diputuskan? -pendikargunungkriang
9 ulasan:
Bravo Yeop yang buat panggilan tu...Mukadimah baguih kemudian baru sampai maksud sebenar...tersusun
Bukan sorang yang dengor, ramai Yeop...
ha ha baru tahu....memang BN dah gila
umno DAH BERUBAH DULU SAMSENG SEKARANG DAH TAK LAGI SAMSENG TAPI GENGSTER..HE..HE...HE YET FONG ..EH TERSASUL PULAK...HE..HE..SAJA
ni bkn kali pertama, dah byk kali kena potong line,pastu buat konon2 mcm terputus,haprak la balaci2 bn tu, next agenda, jom kita kuburkan bn selama2nya!!!!
biasa lah rtm kita tak open. hanya untuk umno saja. mari kita semua boikot saja lah. next agenda kita KUBURKAN BN HARAM TU.
HIDUP PKR
Apa yang berlaku di Dewan Negeri Perak dan kekerasan polis ke atas Speaker sah Sivakumar, rupa rupanya atas arahan Speaker Haram Ganesan, telah tampak menonjol Malaysia sebagai negara penghina demokrasi top five dunia.
Hidup Barisan Nasional! Hidup Najib ! Hidup Altantuya
Rampaskuasa MB & Speaker DUN Perak, UMNO gagal menunjukkan mereka patuhi Perlembagaan, Undang2 dan Prinsip Demokrasi.
AMNO kearah ala dictatorship melalui proses kuasa pentadbiran dan kuasa istana.
AMNO tegakkan kuasa melalui 2 ADUN yang masih dalan siasat BPR/SPRM ditudauh terlibat rasuah.
Proses perundangan dan demokrasi dipersetankan.
Budaya gasar & rakus kuasa AMNO ini, akan membuat rakyat semakin sangsi terhadap kepimpinan baru AMNO sama ada boleh memikul kepimpinan dengan "penuh amanah, bertanggungjawab dan adil" supaya tdak akan mengkhianati rakyat?
SEMOGA AMENO DIJANGKITI SELSEMA BABI..AMIN YA RAB 'ALAMIN..7X ULANG SELEPAS BANGUN SUBUH,NESCAYA SETELAH 7HARI7MLM AMENO MAMPUIH
aku tak tau nak kata apa kat umno ne melainkan perkataan umno haram jadah
Catat Ulasan