Perlantikan speaker haram yang dibuat tanpa mengikut prosedur dan membelakangkan peraturan dewan serta mencabar kuasa speaker. Lihatlah bagaimana angkuhnya BN apabila mengingkari arahan speaker ketika speaker mengarahkan 10 ADUN keluar dewan kerana mereka ini masih digantung. Bukan setakat itu ADUN BN dengan biadabnya merampas speaker dengan menggantikan speaker yang baru walaupun pada hakikatnya usul bagi perlantikan speaker baru itu ditolak.
Tidak cukup dengan itu BN telah menggunakan Polis untuk menyeret keluar speaker dengan sehina-hinanya tanpa ada pertimbangan. Kedudukan speaker yang mempunyai tempat paling atas di dewan rakyat telah dinafikan. Inilah sebenarnya gambaran sebenar BN yang hanya pandai menggunakan media massa miliknya untuk menutup kebiadaban sebenar mereka.
Dalam Buletin utama TV3, Zambry dengan angkuh memutarbelitkan fakta dengan mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah menimbulkan kekecohan dan tidak menghormati dewan. malah beliau juga tanpa rasa bersalah mendakwa bahawa Pakatan rakyat mengamalkan undang-undang rimba pada hal mereka lah sebenarnya pendokong undang-undang rimba apabila mengingkari perintah speaker apabila diarahkan supaya keluar dewan terhadap 10 ADUN yang masih lagi dalam tempoh penggantungan.
Di mana lagi letaknya nilai demokrasi sebenar. Apakah demokrasi hanya diguna pakai atas kepentingan tertentu sahaja. Di mana perginya pakar undang-undang. Banyak persoalan-persoalan yang wujud. Arahan siapakah pula yang menghalalkan polis memasuki dewan tanpa kebenaran speaker malah mengheret speaker keluar dan membawa menaiki kenderaan ke tempat yang tidak diketahui.
Apakah ianya tidak menjadi satu kesalahan kerana telah menidakkan hak seseorang yang dibenarkan oleh undang-undang.
Tragedi hitam 7 mei ini telah memalitkan lumpur pada BN sendiri sebenarnya. Rakkyat yang melihat kejadian ini sudah pasti akan melihat BN sebuah gagasan yang tidak bermoral dan rakus. Orang-orang yang lalu lalang dan sedang minum kopi di kawasan berhampiran juga khabarnya ada yang ditahan polis tanpa sebab. beberapa pemimpin parti pembangkang pula dimuatkan ke dalam trak untuk dihantar ke balai polis berhampiran. Demokrasi kah ini? Adilkah ini? Pejuang bangsa dan agama kah ini? agama Islam tidak mengajar kita jadi begini. Agama-agama lain juga menyarankan supaya penganut-penganut agama berbuat baik.
Ingatlah, BN adalah rakus. Rakus dalam semua keadaan. Rakus merampas kuasa dan rakus melacurkan demokrasi. Yang membantu orang yang rakus, jawablah nanti diakhirat. Tuhan itu adil. Ustaz-ustaz dalam BN kenapa masih lagi mengunci mulut untuk memperbetulkan kerakusan BN ini. - warung pak katib
2 ulasan:
aper ar nak jd ngan bn ni.. korang mmg giler kuasa, giler babi..patut korang kena h1n1 baru ko tau
ini lah sebenarnya...mereka yang berpolitik dan memisahkan agama....hilang maruah dan peradaban..tiada rasa malu kepada...Allah dan Rasaulullah s.a.w.Merekalah sebenarnya yang membelakang agama...meminggirkan Al-quran dan Sunnah.Mereka inilah yang menghancurkan rasa hormat musuh kepada yang beragama Islam.Inilah yang dikatakan Islam baka.Wallahuallam.
Catat Ulasan