8 Mei 2009

Wan Azizah: Tragedi Semalam Adalah Konspirasi Berbahaya Najib Altantuya

Apa yang dilakukan oleh wakil-wakil Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri Perak semalam merupakan satu konspirasi terpendam dan berbahaya yang dirancang oleh Najib untuk memusnahkan demokrasi di Negeri itu.

Memetik dari kenyataan Presiden KeADILan Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata Kurang daripada dua bulan setelah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, Najib sudah menggadaikan slogan beliau sendiri – ‘1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

“Kini amat jelas bahawa slogan itu hanya suatu gimik politik, dan beliau tidak menghormati rakyat langsung,” kara Wan Azizah.

Lagipun, penggunaan mahkamah dan polis untuk campur tangan dalam hal ehwal di bawah dewan undangan negeri adalah jelas suatu percanggahan doktrin pemisahan kuasa yang diiktiraf oleh setiap kerajaan demokratik.

“Malah, tindakan membawa masuk polis ke dalam dewan untuk mengheret keluar Speaker V. Sivakumar adalah satu perbuatan jenayah,” jelas beliau dalam kenyataannya.

Persidangan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini adalah sangat memalukan dan merupakan titik hitam yang terbaru dalam politik Malaysia.

“Rakyat negeri Perak telah memilih wakil-wakil mereka dalam bulan Mac 2008, tetapi Umno-BN tidak mengikut peruntukan Perlembagaan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang sah,” beliau berkata.

“Rakyat negeri Perak tentu akan menuntut Najib untuk bertanggungjawab di atas peristiwa hitam dalam sejarah negeri itu,” kata Wan Azizah mengakhiri kenyataan beliau. -sk

3 ulasan:

Abah berkata...

Semoga dengan tindakan yang diambil oleh DS Zombe dan kunco-kunco akan mempercepatkan talihayat UMNO ke penghujungnya. Seluruh dunia menyaksikan sikap mereka yang rakus didalam tujuan merampas kuasa pemerintahan. Ayuh kita ajar mereka di PRU ke 13 nanti.

Anak Perelih berkata...

Mulakan gerakan penerangan di kampung kampung Melayu... sebar VCD, risalah kepada mereka yang selama ini hanya memperolehi maklumat dari TV3 dan utusan... UMNo hanya berharap untuk menggunakan mereka demi perut dan bawah perut mereka...

romeo berkata...

TU la aku dah kata,rakyat Malaysia malang dpt PM yg bodoh undang2.Zaman paklah di lantik jd pemimpin (PM)umno mula2 tonjol jd iman.Najib rompak kerajaan Perak dari PKR.Nasib apa nak jd dgn Malaysia.Penyakit H1NI terus mati.penyakit laknat umno merosakkan rakyat 1 malaysia.