Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong pihaknya kini masih dalam proses mengenal pasti keluasan tanah yang bakal diambil alih.
Menurutnya, pemantauan yang dibuat sejak tiga bulan lalu mendapati empat daripada tujuh habitat kelip-kelip berada dalam keadaan kritikal kerana terdapatnya aktiviti penebangan pokok untuk dibuat ladang kelapa sawit.
“Walaupun tanah di kawasan ini berstatus tanah pertanian tetapi hanya tanaman seperti pokok berembang, rumbia, nipah dan pokok sagu sahaja yang boleh ditanam dan ia penting dalam kehidupan kelip-kelip,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Elizabeth berkata segala kegiatan pembalakan di tiga kawasan selainnnya akan dihentikan mulai esok. Satu tabung khas juga akan ditubuhkan untuk tujuan pengambilan tanah dan membantu memelihara habitat kelip-kelip itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan