5 Mac 2009

Undang-undang ini negeri kanda yang bikin ....

Kalaulah Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee masih hidup, mungkin sahaja beliau tersenyum sinis dengan insiden yang berlaku di Ipoh, Selasa lalu (3 Mac 2009), apabila Dewan Undangan Negeri Perak bersidang di bawah pokok.

Setidak-tidaknya Speaker DUN Perak V. Sivakumar merealisasikan kerajaan ‘Pasir Dua Butir’ dalam filem ‘Laksamana Do Re Mi’ yang bersidang di bawah pokok. Apalagi menteri-menterinya memakai topi ‘fire briged’, yang menjadi lambang sekumpulan skuad pemadam api, angkara ‘rampasan kuasa’ yang digerakkan oleh Menteri Pasola.

Jam 5.00 petang di TV1 (4 Mac 2009), Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Syed Abdul Hamid Albar turut melahirkan rasa malu dengan insiden DUN Perak bersidang di bawah pokok, berikutan FRU digerakkan menghalang ADUN masuk ke Dewan.

Bagaimanapun Dato’ Seri Syed Hamid tak menyalahkan Menteri Pasola yang merampas kuasa, sebaliknya menganggap Sivakumar memalukan negara kepada pandangan masyarakat antarabangsa. Dato’ Seri Syed Hamid tak berasa malu, Menteri Pasola menyebabkan sistem perundangan di Malaysia dipertikai oleh masyarakat antarabangsa kerana amalan ‘Musang Berjanggut’ : "Undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. itu semua boleh padammmm

Apalagi Menteri Luar Dato’ Seri Dr Rais Yatim yang turut bertandiang untuk jawatan Naib Presiden UMNO 24 Mac 2009 ini, turut memberitahu pelantikan Menteri Pasola itu harus mengikut titah perintah Sultan.

Maknanya, dalam isu pelantikan Perdana Menteri juga Yang Dipertuan Agong berhak menolak ketua parti, justeru Dato’ Seri Dr Rais Yatim juga hendaklah mematuhi titah perintah DYMM Yang Dipertuan Agong sekiranya baginda menolak Presiden UMNO (selepas Perhimpunan Agung UMNO nanti) untuk menduduki kerusi Perdana Menteri.. Pimpinan UMNO tak seharusnya mempertikai kuasa DYMM Yang Dipertuan Agong sekiranya perkara tersebut berlaku!

Musang Berjanggut yang berbangga memberitahu ‘Undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. itu semua boleh padammmm’ juga menerima padah apabila terkurung di dalam peti besi, di samping dipersembahkan kepada Sultan Alam Shahbana yang diperkuda oleh Puspawangi.

Kritikan yang dibuat Tan Sri P Ramlee menerusi filem-filemnya pada dekad 1950-an dan 1960-an, sekarang menjadi amalan UMNO/BN apabila pimpinannya tak menyedari: Pelanduk lupakan jerat; tapi jerat tak pernah lupakan pelanduk. Tak hairanlah Melayu Abdul Wahab dan Melayu Abdul Wahib terus ‘kena jual’ apabila amalkan undang-undang Siddiq Sigaraga dengan Tuan Penasihat yang menunggu 25%. Aduhai!

Dharmala N.S.

EPISOD MUSANG BERJANGGUT


EPISOD TIGA ABDUL

Tiada ulasan: