5 Mac 2009

SPRM Ada Kuasa Mentafsir Undang-undang?

SPRM tiba-tiba membuat kenyataan, kali ini bukan dari Ketua Pesuruhjaya yang kini berhadapan dengan kes polis terhadapnya kerana salahguna kuasa tetapi oleh Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa yang berkata Speaker DUN tidak kebal undang-undang dan boleh disiasat atas dakwaan melakukan kesalahan itu.

"Berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima, Speaker DUN Perak disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009. Speaker adalah seorang pegawai badan awam yang tidak terlepas daripada disiasat mengikut seksyen itu, jika disyaki melakukan kesalahan menggunakan jawatan dan kedudukannya. "Beliau tidak kebal dari tindakan undang-undang, tambahan lagi jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar tindakan atau amalan biasa tugas rasminya," katanya.

Tambahnya, Sepaker tidak kebal dari tindakan undang-undang, tambahan lagi jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar tindakan atau amalan biasa tugas rasminya.

Beberapa peguam hari ini membidas kenyataan SPRM di atas yang mensifatkan tindakan SPRM itu sebagai usaha untuk menjustifkasikan tindakan mereka menyoal-siasat V.Sivakumar, Speaker DUN Perak sebelum ini.

"Dengan membuat kenyataan yang mentafsirkan Speaker dan ahli dewan undangan negeri sebagai penjawat awam, jelas menunjukkan SPRM telah melangkaui bidang kuasanya," tegas seorang peguam.

"Artikel 132(3)(b) dari Perlembagaan Persekutuan adalah instruktif. Ia jelas mengkategorikan bahawa “perkhidmatan awam tidak melibatkan” Speaker Parlimen dan juga Speaker dewan-dewan undangan negeri," tambahnya.

"Seperkara lagi, SPRM tiada hak untuk mentafsir apa-apa istilah atau kalimat yang ada di dalam sebarang akta atau undang-undang. Ia hanya tugas judiciary selepas pihak legislatif membahas dan meluluskan sesuatu undang-undang."

Perkembangan mutakhir di dalam negara kita berlaku gejala dimana undang-undang telah diperkotak-katikkan sedemikian rupa oleh beberapa pihak yang menganggap dirinya terlalu berkuasa sehingga doktrin pengasingan kuasa di antara legislatif, kehakiman dan eksekutif telah dicabuli dengan begitu parah.

SPRM secara terang-terangan bertindak melangkaui bidang kuasanya apabila dengan terlalu berani mengisytiharkan mereka berhak untuk mentafsirkan undang-undang mengikut selera mereka walhal ia tidak lansung mempunyai kuasa sebesar kuman untuk melakukan hal demikian.

Mempersoalkan tindakan Speaker hanya berdasarkan kepada aduan-aduan liar pihak UMNO-BN yang merasa diri mereka tertekan akibat terkepung oleh tindakan Speaker yang menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi Hak dan Kebebasan DUN untuk menggantung dan menghalang mana-mana ahlinya dari menghadiri persidangan akibat perlakuan yang dikira menasabah boleh dikenakan tindakan serta memanggil Sidang Tergempar sewaktu sidang itu tidak perlu memperolehi perkenan Sultan, adalah tindakan yang jelas didorongi oleh kepentingan-kepentingan dan amat berpihak.




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SPRM punya bos ni nmpk mcm dh terlebeh sudu dari kuah pulak aku tguk..dia ni lawyer ke..kalu tak, baik duduk diam2..jaga anak sendiri lg baik..