5 Mac 2009

Bukit Gantang Bakal Mengulangi Sejarah Panglimanya?

Mengikut sejarahnya Dato Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz merupakan bekas Menteri Besar Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1 Ogos 1957 telah dipecat daripada UMNO untuk menubuhkan satu parti baru bernama Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party).

Maklumat dari Wikipedia:

Haji Abd Wahab selaku Menteri Besar Perak telah menubuhkan Parti Kebangsaan Perak (Perak National Party). Pada peringkat awal, parti-parti politik bercorak kenegerian sahaja. Ketika itu seseorang boleh menyertai dua atau lebih parti politik.

Kemudian pada Mac 1953 Dato' Panglima Bukit Gantang (walaupun sebagai Pengerusi UMNO Perak) telah mula mengusahakan penubuhan sebuah parti politik yang lain di luar kekuasan UMNO dan memberikan sokongan politiknya kepada Dato Onn Jaafar yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence of Malaya Party / IMP).

Pada April 1953 beliau telah dipecat dari UMNO tetapi cawangan-cawangan UMNO Perak telah menyokong Haji Abd Wahab dengan majoriti undi percaya 37 berbanding 15. Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman memberi amaran kepada cawangan-cawangan UMNO di Perak bahawa mereka akan dipecat jika terus-terusan mengakui Dato' Panglima Bukit Gantang sebagai pengerusi UMNO Perak. Akhirnya sebahagian besar UMNO Perak keluar menyertai Dato' Panglima Bukit Gantang menubuhkan Parti Kebangsaan Perak yang menjadi teman politik Dato' Onn dan Parti Kemerdekaan Malaya


Justeru Bukit Gantang ada sejarah uniknya. Jika Panglima Bukit Gantang sendiri pernah menolak UMNO, apakah yang boleh menyekat penduduk Bukit Gantang kali ini menolak UMNO sekali lagi apabila jelas perjuangan UMNO yang ada kini sudah jauh terpesong dan merugikan umat Islam dan bangsa Melayu akibat dari kerakusan kuasa dan tamak haloba pimpinan tertinggi UMNO?

Apatah lagi di dalam keadaan Perak kini di dalam krisis politik yang begitu hebat berlaku sehingga roh Panglima Bukit Gantang terganggu akibat kedurjanaan pihak tertentu membelakangkan pilihanraya dan pilihan rakyat diadakan untuk seluruh negeri Perak.

7 April 2009 - Apakah "Bukit Gantang" bakal mengharumkan nama pengasasnya apabila penduduk setempat menolak UMNO sekali lagi di dalam pilihanraya kecil? Biar Pilihanraya Kecil Bukit Gantang menjadi pembuka mata seluas-luasnya kepada yang terbelenggu di tempayan UMNO yang telah mengkhianati waadat di Bukit Seguntang di antara Srti Tri Buana dengan Demang Lebar Daun. hari dimana diharap Datuk Seri Nizar akan membacakan talqin untuk UMNO Perak dan agar roh Panglima Bukit Gantang bersemadi secara aman di alam barzakh selepasnya.


Tiada ulasan: