5 Mac 2009

Bukit Selambau: Samy Vellu Liabiliti Kaum India

Polis telah menemui Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu selama lima jam di ibu pejabat MIC Rabu lalu berhubung siasatan terhadap Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

MIED, Institut Pembangunan Pendidikan Maju - merupakan entiti pendidikan MIC yang diberi tanggungjawab membina dan mengurus Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun mengesahkan polis telah memulakan siasatan ke atas pembinaan dan penyelenggaran AIMST selepas anggaran kos awal universiti itu melonjak dari RM230 juta kepada RM500 juta di akhir tempoh pembinaan awal tahun lalu.

AIMST, yang terletak di Semeling, Kedah, mula dibuka 18 bulan lalu sebagai hasrat MIC memiliki dan menguruskan sebuah universiti.

P. Chitrakala Vasu, 38, yang kini bercuti daripada jawatan itu memberitahu, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berhubung tuduhan yang beliau menyelweng dana MIED dan projek pembinaan AIMST.

"Saya bersih... Samy Vellu yang perlu menjawab tuduhan-tuduhan ini. Beliau adalah Pengerusi MIED dan beliau perlu menjawabnya," kata Chitrakala pada sidang media satu ketika.

Pada Disember lalu, Tan Sri M. Mahalingam, salah seorang penandatangan cek MIED, disingkirkan sebagai Bendahari Agung MIC oleh Samy Velu, yang memberi alasan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula parti.

Laporan media juga menyebut berlaku beberapa penyalahgunaan dalam pemberian kontrak khususnya membabitkan kerja-kerja landskap dan perkhidmatan keselamatan di AIMST.

Bulan lepas, Naib Presiden MIC dan Pengarah MIED, Datuk S. Sothinathan membuat dua laporan polis di Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Sentul di sini mengenai kehilangan fail MIED.

"Beberapa orang masyarakat India sedang menunggu Presiden MIC itu dengan sepasang kasut buruk jika beliau datang ke Bukit Selambau," kata seorang penduduk yang telah mual dengan Samy Vellu.

2 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

nape GB... tajuk anda kelakr le.... ade ke SAMIVELLU liability??? betul ke? SAMY kan tewas sg siput, ape kate bertanding kek selambau...

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/kes-derhaka-baru.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/baginda-pun-tak-kisah-pemilihan-umno-di.html

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/post-mortem-ke-2-kugan-ini-betul-betul.html

Tanpa Nama berkata...

duit,bang..kalau duit punya hal, serban besar bakul pun boleh tolak sebelah..