13 Mac 2008

Tindakan Syed Husin Ali Melampau

Tindakan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali membuat kenyataan tidak akan terlibat dalam pembentukan kerajaan negeri Perak itu serta menghantar rombongan tujuh Adun PKR di Perak menemui Penasihat Undang-undang dan seterusnya mengadap Raja Muda Perak menyatakan bantahan mereka adalah satu tindakan melampau.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri Perak yang baru terpaksa batal lagi hari ini apabila anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR pula tidak berpuashati selepas Lim Kit Siang semalam membuat kenyataan untuk memboikot istiadat majlis angkat sumpah Menteri Bsar Perak petang ini.

"Kerajaan negeri Perak belum pun dibentuk tetapi PKR dengan tindakan Naib Presidennya telah mempersoalkan pengagihan kerusi EXCO," demikian tegas seorang pemimpin PAS peringkat Kawasan di sini petang ini.

Tindakan Syed Husin Ali dilihat "lebih sudu dari kuah" itu sbenarnya tidak pun diketahui oleh sebahagian besar pimpinan PRK Pusat.

Beliau yang sebelum ini merupakan pemimpin Parti Sosialis Malaysia telah menjadi Timbalan Presiden PKR apabila partinya bergabng dengan Parti Keadilan Rakyat.

Sebelum ini beliau telah terang-terang menyatakan:

“Kami meminta komposisi ini dibincang semula dan sekiranya tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, KeADILan tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.”

Sikap keangkuhannya itu yang menyamai keangkuhan Lim Kit Siang, Penasihat DAP telah menyebabkan pembentukan kerajaan negeri Perak terpaksa ditangguhkan.

"Sebenarnya sumbangan Syed Husin Ali tidaklah besar mana pun malah bole dianggap sifar di dalam menjana kemenangan Barisan Alternatif," bentak seorang ahli PKR sendiri ketika mengulas tindakan Tmbalan Presiden PKR tersebut.

Tiada ulasan: