13 Mac 2008

Semua Adun DAP akan hadir majlis angkat sumpah MB Perak

Semua wakil kerajaan campuran negeri PKR, DAP dan PAS akan menghadiri istiadat angkat sumpah jawatan Menteri Besar yang baru negeri ini petang ini, kata Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham.

Ngeh yang akan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Perak berkata semua wakil DAP akan menghadiri majlis itu di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar pada pukul 4 petang ini, demikian dilaporkan oleh BERNAMA

DAP hari ini memohon maaf atas kenyataannya semalam bahawa Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu membantah pelantikan setiausaha perhubungan PAS Perak Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

KenyAtaaan Lim Kit Siang itu telah menimbulkan bantahan bukan sahaja dari rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia yang menuduh Lim Kit Siang sebagai manusia yang sombong dan angkuh disamping terlalu bersikap chauvinis dan ttelah mengundang keresahan di kalangan rakyat.

Lim Kit Siang juga dikatakan telah menjadi dalang uTama terhadap apa yang berlaku kepada setiap keputusan negei Pulau Pinang yang diperintah oleh anaknya Lim Guan Eng untuk mengenepikan calon tunggal PAS di negeri itu.

Semburan demi semburan dilakukan oleh pengunjung blognya yang melahirkan kekecewaan terhadap sifat Lim Kit Siang yang "arrogance" itu malah ada yang menyatakan tidak mungkin DAP akan diberi peluang lagi selepas ini setelah mengetahui belang sebenar pemimpin tertinggi DAP tersebut.

Umum mengetahui bahawa di mana-mana seluruh negara pengikut dan pendokong PAS lah yang telah bersungguh-sungguh berhimpun dan menanggung segala risiko untuk keluar berramai-amai memberikan penentangan kepada Kerajaan BN bermula daripada episod Perhimpunan BERSIH 10 November tahun lalu sehingga ada yang tertanya-tanya dimanakah penyokong-penyokong DAP sewaktu itu.

Keikhlasan PAS terbukti dimana sesiapa saja yang bertanding di atas tiket Barisan Alternatif akan diberikan sokongan tanpa berbelah bagi termasuklah ahli bebas seperti Ibrahim Ali di Parlimen Pasir Mas Kelantan, dan pemimpin-pemimpin DAP di seluruh negara sekalipun selepasnya kepercayaan ahli PAS tersebut dinodai dan diperkosakan oleh keangkuhan mereka yang tebabit.

Tiada ulasan: