17 Jan 2014

Di Sweden, Undang-undangnya Bertentangan Dengan Ajaran Islam

Pasangan ditahan kerana didakwa pukul anak di Sweden dikenalpasti

KUALA LUMPUR: Pasangan warga Malaysia yang didakwa memukul anak lelaki mereka kerana tidak menunaikan solat di Sweden dikenalpasti sebagai Azizul Raheem Awalludin, kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah.

Identiti mereka diperolehi hasil siasatan wartawan Astro AWANI yang turut mendapatkan pengesahan mengenainya dari sumber yang enggan dinamakan. Sumber itu turut berkata nasib samada pasangan terbabit akan didakwa di mahkamah Sweden atau tidak akan diketahui hari ini.

Dari pemerhatian di media sosial, empat anak pasangan terbabit turut dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan kini di bawah penjagaan sebuah keluarga angkat. Mereka turut dikatakan merindui kedua-dua ibu-bapa mereka. Ia disuarakan menerusi beberapa paparan di media sosial.

Sementara itu, menurut pakar psikologi, Dr Hariyati Shahrima Abdul Majid, adalah jelas sebarang situasi dimana anak-anak dipisahkan dengan ibu-bapa mereka adalah satu pengalaman yang traumatik sekiranya tidak dikendalikan dengan sebaiknya.

Katanya, kanak-kanak perlu berada di sisi mereka yang boleh dipercayai dan melindungi mereka. Meskipun mereka berada dalam jagaan, mereka seharusnya diberikan kebenaran untuk menemui ibu-bapa mereka yang ditahan.

“Adakalanya, dalam kes penderaan sebenarpun, anak terbabit masih enggan melaporkannya,” kata Dr Hari yati.

Astro AWANI turut menghubungi Wisma Putra, Tourism Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kedutaan Sweden dan Swedish Ombudsman for Children, namun kesemuanya enggan memberikan sebarang komen mengenai kes terbabit. – Astroawani


Reaksi pembaca kes warga Malaysia ditahan polis Sweden kerana 'mendera' anak


KUALA LUMPUR: Konsep ‘dera’ di Sweden mungkin berbeza dengan konsep dera di Malaysia, terutama sekali untuk kes-kes yang melibatkan kanak-kanak.

Jesteru ramai berpadangan bahawa tindakan pasangan warganegara Malaysia yang ditahan atas tuduhan ‘mendera’anak mereka kerana tidak menunaikan solat adalah disalah ertikan.

Dalam komen yang diperolehi dari laman web Astro AWANI, seorang pembaca berkata definisi dera di Sweden berlainan dengan definisi dera yang difahami di Malaysia kerana Sweden mengamalkan ‘no spanking law’ iaitu undang-undang yang melarang ibu bapa menghukum anak mereka dengan cara memukul.

Menurut pembaca yang dikenali sebagai Kembara Srikandi, definasi 'spanking' di negara itu, andai dipukul meskipun tidak meninggalkan kesan adalah salah disisi undang-undang Sweden.

Seorang lagi pembaca pula berpendapat, di Sweden ibu bapa bukan sahaja tidak dibenarkan memukul anak, malah menengking pun tidak dibenarkan.

“Bukan setakat 'spanking', tengking anak pun tak boleh, sebab itu generasi kanak-kanak di Sweden sememangnya terkenal dengan kebiadaban mereka dengan orang tua, disebabkan undang-undang reka cipta manusia atas nama hak asasi,” kata pembaca tersebut yang menamakan diri Anak Dagang.

Di laman Facebook Astro AWANI pula, ada respon yang bersetuju dengan tindakan pasangan itu dan ada yang juga yang tidak bersetuju.

Komen dari Mohammad Saiful Anwar mengatakan, “Hanya orang yang tidak berilmu sahaja akan menyokong anak yang tidak solat. Pukul untuk mengajar anak, bukan untuk mendera.”

Komen dari Baizura Rahman pula mengatakan bahawa merotan anak selepas umur 10 tahun sekiranya tidak solat adalah disuruh dalam Islam setelah dinasihati dan ditegur dan ianya disebut dalam hadis Nabi.

Sementara itu, seorang pembaca iaitu Alyaa Syafiah pula berpendapat, merotan anak kerana tak solat sebenarnya tak perlu kerana tindakan itu akan menyebabkan anak-anak itu solat di depan ibu bapa sahaja.

Sebaliknya, dia merasakan adalah lebih baik sekiranya menggunakan pendekatan psikologi untuk memnujuk anak-anak itu mendirikan solat jemaah bersama-sama.

Di Sweden, undang-udang yang melarang ibu bapa memukul, mencederakan atau memalukan anak-anak mereka telah diwujudkan pada tahun 1979.

Undang-undang tersebut bertujuan memupuk konsep penjagaan anak yang positif serta membendung penderaan terhadap kanak-kanak.

Undang-undang itu juga mengharamkan sebarang bentuk hukuman terhadap kanak-kanak samada ringan ataupun berat.

Bagaimanapun ada sesetengah pakar di Sweden perpendapat bahawa semenjak undang-undang itu dilaksanakan, kanak-kanak Sweden menjadi degil dan biadap.

Menurut sebuah laporan South China Morning Post yang diterbitkan pada 28 Oktober, 2013, seorang ahli psikitri iaitu David Eberhard berkata undang-undang tersebut telah menyebabkan kanak-kanak Sweden telah mula menuntut hak sama rata dengan orang dewasa.

Katanya ia telah menyebabkan kanak-kanak itu menjadi penentu keputusan untuk keluarga mereka seperti bila hendak makan, tidur, menonton televisyen dan sebagainya.

Pada Sabtu, sepasang warga Malaysia dilapor ditahan polis Sweden kerana dikatakan menghukum anak sebab tidak menunaikan solat.

Menurut sumber, suami isteri itu ditahan susulan laporan penderaan oleh salah seorang anak mereka kepada seorang guru di mana guru berkenaan kemudian melaporkannya kepada polis Sweden.

Menurut sumber, kes tersebut dijangka dibicara 16 Januari ini.
-astroawani




ULASAN GB

Terbalik. Di Sweden ibubapa bukan sahaja dilarang memukul, malah menengking anak-anak tidak dibenarkan. Sedangkan di dalam Islam, anak-anak tidak boleh bercakap kasar, apatah lagi menengking kedua ibu-bapanya.

Firmanullah s.w.t.

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau Kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra’:23)

Memukul anak untuk memberi pengajaran supaya solat dianjurkan di dalam ajaran Islam., Tetapi dianggap sebagai satu penderaan oleh undang-undang di Sweden.

Nabi saw pernah bersabda: "Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan pisahkan dari tempat tidur."

Hadis ini adalah merupakan seruan wajib sembahyang. Kanak-kanak itu belum lagi wajib bersembahyang tetapi yang wajib ialah bapa menyuruhnya bersembahyang.

Semuga Allah swt selamatkan keluarga berkenaan kerana mematuhi ajaran Islam sekalipun ia bertentangan dengan undang-undang dunia.

Gagal Rogol Syafikah, Suspek Bunuhnya & Tolak Adik-adiknya Ke Dalam Sungai


Akhirnya dua suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan tiga beradik dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini tahun lalu ditahan Rabu.

Bernama melaporkan mereka merupakan dua remaja lelaki yang berusia 18 dan 19 tahun yang ditahan di rumah masing-masing di Kampung Gelam berhampiran Jalan Datuk Kumbar antara pukul 5.30 petang hingga 11 malam.

"Kita telah mendapat perintah tahanan reman untuk suspek sehingga 22 Jan ini untuk siasatan lanjut bersabit kes bunuh yang melibatkan tiga beradik pada November tahun lalu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya pada sidang media di sini Khamis.

Beliau berkata kedua-duanya yang tidak bekerja ditahan hasil siasatan lanjut pihaknya serta maklumat orang awam.Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek dipercayai menjadi orang terakhir bersama gadis-gadis pada malam kejadian itu.

Kes melibatkan kematian Noor Syafikah Naia Rusdi, 14, yang mayatnya ditemui di kawasan sawah Alor Senibong kira-kira 3.45 petang pada 30 November lalu.

Sementara mayat adik-adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Puteri Nurul Akma, 3, ditemui pula kira-kira 4 petang esoknya di gigi air sungai di Kampung Padang Tani, Langgar kira-kira 3.5 kilometer dari tempat mayat kakak mereka ditemui.

Tiga beradik itu dikatakan keluar dari rumah mereka dengan menaiki sebuah motosikal kira-kira pukul 7.30 malam pada 29 November untuk ke rumah seorang rakan Noor Syafikah Nadia di Kampung Gelam yang tidak jauh dari kampung mereka, dan tidak pulang-pulang sehingga mayat mereka ditemui.

Mereka dikatakan pergi ke rumah majikan Norsyafika Nadia di Kampung Gelam, kira-kira 6km dari sini. Norsyafika dikatakan mahu pergi mengambil bayaran upahnya hasil kerja membersihkan botol-botol.

Norsyafika Nadia telah berhenti persekolahan tahun lepas untuk membantu ibu bapanya untuk menyara kehidupan keluarganya.

Apabila kanak-kanak perempuan tidak pulang ke rumah pada tengah malam, ibu mereka Siti Aishah Ariffin, 41, telah membuat laporan pols di Balai Polis Langgar kira-kira jam 2 pagi pada 30 Nov.

Badan Norsyafika Nadia ditemui di swah padi kosong di Kampung Alor Senibong, Jalan Langgar, pada kira-kira 3:45 pada 30 Nov, manakala kedua-dua badan mangsa yang lain yang ditemui terapung di terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda di Kampung Padang Petani pada kira-kira 16:50 pada hari berikutnya.

Memetik laporan akhbar The Star, polis telah menemui petunjuk baru, yang menunjukkan bahawa tiga saudara perempuan telah dibawa ke sebuah rumah kosong di Kampung Gelam oleh kedua-dua remaja berkenaan. Salah seorang daripada mereka cuba untuk merogol Norsyafika Nadia namun gagal.

Ketiga-tiga baradik itu kemudiannya dibawa ke sawah padi di mana dia cuba untuk merogol Norsyafika Nadia sekali lagi. Apabila mangsa cuba melarikan diri, beliau dibunuh.

Nur Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma kemudiannya ditolak ke terusan dan dibiarkan lemas setelah melihat kakak mereka itu meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Komisioner Mohd Nashir Ya berkata kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari.

"Mereka ditahan di rumah-rumah mereka berikutan maklumat awam," katanya.

"Kedua-dua suspek yang menganggur," kata beliau sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Bapa perempuan Rusdi Rani, 39, mendakwa bahawa Norsyafika Nadia muncul kepadanya dalam mimpi pada malam Selasa , dengan muka yang bercahaya, dan memberikan dia nama orang yang telah membunuhnya.

"Beliau berkata bahawa jika saya mahu menyelesaikan kes itu dengan cepat, saya perlu menangkap orang yang ia lakukan kepada beliau. Dia kemudian menyebut nama pembuuhnya," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Rusdi berkata, walaupun ia agak sukar dipercayai , beliau terus membuat laporan di Balai Polis Alor Setar pada hari berikutnya berdasarkan kepada maklumat yang diberi dalam mimpi beliau.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada nama yang disebut adalah diantara suspek yang ditangkap.

Beliau berkata sejak kematian anak-anak perempuannya, dia telah melakukan solat hajat setiap malam memohon petunjuk Allah untuk menyelesaikan misteri kematian anak-anak perempuannya.

"Saya tidak tahu kedua-dua kanak-kanak remaja telah ditahan tetapi saya tidak akan memaafkan orang yang membunuh anak-anak perempuan saya, " katanya, dan berharap kes itu akan diselesaikan tidak lama lagi dengan tangkapan terkini.

Sementara itu, nenek kepada gadis-gadis berkenaan Robiah Daud, 59, berkata dia gembira kerana polis berjaya memperolehi penemuan baru terhadap kes itu.

"Saya harap saya boleh melihat muka suspek dan bertanya kepada mereka mengapa mereka melakukannya. Ini merupakan kes yang serius dan apa yang mereka lakukan amat kejam ," kata beliau. (BERNAMA/MSTAR/The Star/GB)


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Jururawat Dikurung Dan Dirogol Kenalan Facebook

Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19 Subang lapor Harian Metro.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.

Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.

16 Jan 2014

Aiiiik, Suruhanjaya & ISP Kangkung Pun Ada?

SKMM nafi sekat ISP 'kangkung'

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) supaya menyekat sebuah artikel di lamanweb BBC mengenai kangkung yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Merujuk kepada artikel bertajuk “#BBCtrending: Be careful what you say about spinach”, Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman berkata ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Sheikh Raffie berkata, SKMM tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ISP atau mana-mana pihak untuk menyeka artikel itu.

Bagaimanapun, beliau "tidak pasti" sama ada ISP telah menyekat sendiri artikel itu tanpa pengakuan pihak berkuasa itu.

Artikel tersebut "tidak lagi disekat" pada jam 11.51 pagi ini selepas pelbagai laporan berita dan aduan daripada warga siber memenuhi beberapa forum dalam talian sejak malam tadi. -mk

ULASAN GB

Penyakit "kangkung" nampak sudah merebak luas. Bukan setakat kita ada PM Kangkung, menteri kangkung, parti kangkung, professor kangung, pegawai-pegawai kangkung, akhbar dan tv kangkung, blogger & fbookers kangkung, kini sudah ada Suruhanjaya Kangkung dan ISP Kangkung!

Jawapan Ketua Komunikasi Korporat SKMM, Sheikh Raffie Abdul Rahman terhadap kegagalan orangramai mengaksas #BBCTrending sejak malam tadi cukup meragukan. Katanya:

ia tidak dapat diakses mungkin kerana beberapa sebab, termasuk lebih bebanan kerana terlalu ramai pengguna internet cuba mengakses artikel itu pada masa yang sama.

Jawapan kangkung dari seorang pegawai Suruhanjaya Kangkung!

Dia ingat pelayan komputer yang digunakan oleh BBC sama seperti pelayan-pelayan yang digunakan oleh syarikat-syarikat di Malaysia atau yang digunakan oleh SKMM dan TMNet. Cukup kelakar apabila orang yang buta IT cuba memberikan jawapan mengenai IT kepada rakyat yang kebanyakan sudah celik IT.

Sekarang mengapa pula sudah boleh diakses? Kerana dah kena hentam cukup-cukup di alam siber baru tengadah dan ternganga?

hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Lagi disekat lagi banyak penghebahan tentang kangkung disiarkan di alam siber. Hari ini akhbar online Indonesia yang terkenal, kompas.com turut menyarkan berita tentang PM Kangkung kita.


PM Malaysia Tersandung Pernyataan soal Kangkung


KUALA LUMPUR, RABU — Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menjadi bulan-bulanan ledekan warganya di media sosial internet dalam beberapa hari terakhir setelah berkomentar soal harga kangkung. Dalam sebuah pidato, Najib mengeluhkan mengapa rakyat tidak berterima kasih kepada pemerintah karena harga kangkung turun.

Begitu video rekaman pidato tersebut diunggah ke Youtube, hari Minggu lalu, para aktivis internet di Malaysia mulai membuat lelucon dan sindiran terhadap isi pidato tersebut. Seorang pengguna mengunggah foto desain kaus bertuliskan ”Keep Calm and Eat Kangkung”.

Sebagian pengguna lain membuat akun ”Hari Kangkung Sedunia” di Facebook dan membuat berbagai video atau foto parodi soal kangkung.

”Hari ini harga kangkung turun. Bila turun, kenapa tidak memuji pemerintah? Saat (harga) naik, pemerintah dipersalahkan. Itu tidak adil,” ujar Najib dalam rekaman video pidato tersebut.

Menurut kantor berita Bernama, pidato PM Najib itu disampaikan untuk menjelaskan kenaikan harga barang-barang di Malaysia belakangan ini. Ia berpidato dalam acara pemberian bantuan kepada korban banjir di Kemaman, Negara Bagian Terengganu, Minggu.

Pernyataan Najib ini dianggap tak sensitif di saat rakyat Malaysia mengeluhkan kenaikan harga barang-barang kebutuhan pokok. Rabu (15/1), Wakil PM Malaysia Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan komisi khusus untuk menangani kenaikan biaya hidup dan harga barang-barang tersebut. (BBC/DHF)
-kompas.com


[PANAS] Najib & UMNO Terkangkang Isu Kangkung, Lamanweb #BBCTrending Disekat!

Setelah isu kangkung membahang beberapa hari ini sehingga ke peringkat antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menyekat pautan ke lamanweb laporan BBC (UK) #BBCtrending: Be careful what you say about spinach.

Isu "kangkung" telah menjadi bahan ejekan di Internet, sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung sehingga menarik perhatian media antarabangsa berkenaan.

Agensi berita BBC tersebut di bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan mengenai kangkung.

“Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung,” laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, perlbagai pendekatan diambil rakyat Malaysia sebagai reaksi kepada ucapan Najib itu, termasuk ratusan ribu tweet, pembukaan laman Facebook dan ciptaan remix komen perdana menteri di YouTube.

Selain itu, BBC juga melaporkan kewujudan lirik lagu popular dan tradisional selain penjualan kemeja-t sinikal dengan tulisan “Keep calm and eat kangkung” (bertenang dan makan kangkung).

Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun...."

“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Walau bagaimanapun pihak yang menyekat laporan BBC tersebut menganggapkan semua rakyat Malaysia buta I.T. kerana orangramai masih boleh mengakses lamanweb tersebut menggunakan proxy dan juga mencarinya di google cache dan webarchive.org




"Printscreen" penuh lamanweb tersebut juga telahpun tersebar luas dan boleh diakses di SINI

Sementara blog GB telah membuat "printscreen" beserta sebahagian terjemahan & ulasan seperti di bawah.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Bumi Seakan Enggan Menerimanya: Gempa Berlaku Ketika Ariel Sharon Hendak Dikebumikan


Tel Aviv- Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.

Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.

” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.-Mynewshub

ULASAN GB

Demikianlah perjalanan Hukum Kebenaran dan Keadilan.

Sepertimana kisah kezaliman Firaun yang tercatat di dalam Al-Quran, maka ia kini berulang ke atas manusia yang zalim dan kejam semasa ia berada di atas mukabumi Tuhan.

Bukankah kesemua ini menceritakan kebenaran Kalamullah di dalam Al-Quran? Dari kisah Firaun, Allah SWT telah ber­janji bahawa jasad Firaun akan berkekalan sehingga hari kiamat sebagai peringatan dan pengik­tibaran kepada manusia yang melampau.

Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 92 yang bermaksud: :

"Maka pada hari ini, Kami se­lamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) ses­ungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda - tanda kekuasaan Kami!"

Kini Ariel Sharon. Alam seakan-akan menolak kekhadirannya di perut bumi Allah sewaktu ia hendak dikebumikan sehinggakan berlaku gempa bumi di Utara Israel. Hukuman Allah tetap berjalan....

wallahu 'alam

15 Jan 2014

[TERBONGKAR] Isteri Curang Ketika Suami Keluar Bekerja

Melaka – Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.

Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan ‘kekasih gelapnya’ di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.

Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata, geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambil alat tersebut.

Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.

“Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra,” katanya di sini semalam, menurut -Maklumat.my

[VIDEO] #BBCTrending, Najib Berjaya "Harum"kan Nama Negara Dengan "Kangkung"nya


Sejak isu "kangkung" meletup awal minggu ini, nampaknya PM Kangkung telah berjaya "mengharumkan" nama negara.

Portal berita BBC yang berpusat di London menyatakan Najib kini dibelasah hebat dengan isu kangkung - dan BBC mengangkat isu kangkung tersebut sebagai BBCTrending untuk minggu ini.

Dengan kerajaan kini diserang hebat akibat kenaikan harga dalam keperluan asas seperti minyak dan elektrik, Najib telah memilih untuk menonjolkan pengurangan dalam kos sayur hijau bernama "kangkung", menurut laporan tersebut. Kangkung - yang dimakan secara meluas di Malaysia, dimasak sebagai tumis dengan sedikit bawang putih atau cili.

Namun harganya murah, tumbuh meliar di tepi-tepi sungai, sawah padi dan parit-parit, namun ia bukanlah makanan utama bagi rakyat.

Sejurus selepas video Perdana Menteri mengenai pengurangan harga kangkung disiarkan, pelbagai sindiran dan jenaka mula menjadi trend di media sosial di Malaysia.

Terdapat ribuan tweet, laman Facebook yang wujudkan - dengan mempunyai lebih 10,000 pengikut - remix video mengenai ucapannya dimuatnaik ke YouTube, lirik untuk lagu-lagu rakyat yang popular dan tradisional telah dibikin semula (lihat video di bawah) dan kemeja-T tertera tulisan "Bertenang dan makan kangkung" beredar laju di pasaran.

Fenomena "kangkung-gate", seperti yang digelar oleh sesetengah pihak, telah membangkitkan kemarahan orangramai yang kini sedang bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, geram dengan gejala rasuah dan perbelanjaan mewah oleh kerajaan Najib.

Kisah kangkung ini begitu meletup di dalam media sosial yang ramai juga yang telah telah mengadu garis masa (timeline) di FB mereka jadi tersumbat. "Obsesi kangkung ini begitu pantas menjadi satu bahan ketawa", tambah laporan BBC itu.

Antara koleksi terbaik sesi balas pantun #Kangkung oleh rakyat Malaysia!!


Hari-hari makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Budak budak bermain kangkung,
Kangkung meliar diatas tanah,
Rakyat kurus muka dah cengkung,
Asyik kangkung yg dimamah..

Cari kangkung ditepi paya,..
Kangkung dijual dpasaraya,..
PM kangkung dh kaya raya,..
Peduli apa rakyat derita...

PM kangkung bininya pun kangkung,?
Menterinya kangkung kabinetnya pun kangkung,
Kenapa UMNO menjadi kangkung?
Mungkinkah sebab memakan kangkung?

Pulau kangkung jauh ketengah,
Gunung kangkung bercabang tiga,
Hancur Umno kangkung disumpah seranah,
Hati Najib kangkung yg busuk dimaki juga

Sorong kangkung, tarik kangkung,
sayur kangkung dlm perahu,
dpt professor, professor kangkung,
dpt pm pun cuma turunkan hrga kangkung

EMAS kangkung Bawa belayar,
masak kangkung didalam peti,
PTPTPN Kangkung kena bayar,
NFC KAK JAT bawak mati.....

lenggang lenggang kangkung ,
kangkung ditepi paya,
biar rakyat tiada untung .
asalkan keroni aku kaya.

Ramai orang menanam kangkong,
kangkong ditanam ditepi paya,
kalau setakat pandai berlenggang kangkong
janganlah cuba hidup bergaya.

Makan kangkung sambil cangkung.
Goreng kangkung dalam tempurung.
Barang naik rakyat tanggung.
Menteri kaya hari hari melancong

Kangkung tua bawak belayar.
Kangkung muda cicah mentega,
Hutang ptptn jgn lupa bayar,
Undi be end lg kan dah kena...

Goreng kangkung dlm perahu,
Sdap dimakan berada dirumah,
Dari dlu lg kta dah thu be end 2 penipu,
Untng sape lg? mst la borosmah..

Sana kangkung sini kangkung,
Atas kangkung bawah pun kangkung,
Depan kangkung belakang kangkung,
Buat masa nie semuanya kangkung

Sayur kangkung d luar pagar,
Ambl galah tlg tarikkn,
Saya bdak ddk brcangkung,
Klau salah tlg panggungkn...

Beli kangkung di Pasar Selayang
Kangkung dijual si mat Bangla
Terima Kasih PM Tersayang
Kangkung Murah Rakyat Bahagia

Hari-hari Makan kangkung,
Peniaga kangkung banyak untung,
Otak pun naik kulat makan kangkung,
Syukur dapat PM Najib kangkung,

Bantah #NajibKangkung
-sharpshooter






"TV, Akhbar & Blogger Kangkung" Putarbelitkan Isu Giat Mara Jadi isu Perkauman


Giat Mara ditutup tiada kaitan dengan Melayu, kata exco Selangor

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Dr Halimah Ali berkata isu rampasan tanah Pusat Giat Mara Selayang seperti mana yang dilaporkan media baru-baru ini tiada kaitan dengan hal ehwal pendidikan anak Melayu.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor menegaskan apa yang dilakukan DAP menerusi kerajaan negeri sebaliknya adalah berkaitan dengan hak pemilikan tanah yang masih belum selesai.

“Bukan pasal DAP yang tutup Giat Mara. Itu masalah tanah yang mungkin Giat Mara belum selesaikan setelah mendirikan Giat Mara. Itu prosedur biasa.

“Ini bukannya pasal Melayu. Ini pasal tanah. Kami akan bincangkan esok dalam mesyuarat exco. Kami nak dapatkan maklumat status tanah setelah bertahun-tahun (ia didirikan). Kita nak tahu cerita sebenarnya,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Selangor Chronicle melaporkan DAP menerusi kerajaan hegeri Selangor merampas tanah Pusat Giat Mara Selayang atas alasan ia dibina secara haram di atas tanah kerajaan maka tindakan meroboh perlu dilaksanakan.

Menurut laporan itu, exco Selangor Ean Yong Hian Wah dan wakil dari Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bersama-sama kontraktor telah datang ke Pusat Giat Mara itu bagi mengeluarkan arahan agar pusat itu ditutup serta-merta.

Sebelum ini, Pusat Giat Mara Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari, menurut laporan berkenaan.

Sumber sama mendedahkan, Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebelum Pakatan Rakyat (PR) merampas Selangor pada pilihan raya umum 2008.

“Perkara pertama yang mereka lakukan ialah membekukan semua permohonan TOL untuk tanah yang diduduki. Manakala geran yang dikeluarkan pula, diperam sehinggalah kepimpinan PR berasakan peluang untuk mereka mencari publisiti sudah tersedia.

“Apabila peluang itu sudah tiba, mereka pun mengadakan majlis publisiti media kononnya PR prihatin memberikan geran kepada penduduk TOL walaupun sebenarnya telah diluluskan pada zaman pentadbiran Barisan Nasional.

“Kini, setelah semua status TOL ditarik balik, premis yang berada di atas tanah kerajaan negeri Selangor automatiknya berstatus haram,” katanya. -TMI
br>


... TV3suku duk canang pasal penutupan GIAT MARA Selayang yg dikaitkan dengan Kerajaan Negeri Selangor. X kurang juga cerita karut marut blogger2 UMNO-BN yang sebenarnya dah lari dari topik. Ramai yg tertanya tanya apa sebenarnya yg berlaku.. Aku cerita sedikit lah..

Masalahnya Giatmara mengguna premis sebagai pejabat untuk UMNO bergerak. Didapati bendera UMNO banyak digantung di premis tersebut. Jadi apabila orang awam membuat aduan, pihak Kerajaan Negeri membuat siasatan dan mendapati tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri. Pusat Giat Mara telah dibangunkan di atas tanah Kerajaan Negeri Selangor dan berstatus Lesen Menduduki Sementara (TOL)

Giatmara tidak pernah membuat apa-apa bayaran untuk penggunaan premis tersebut, sama ada bayaran sewa, cukai dan sebagainya. Lagu duk buat port untuk UMNO adalah!!! Maka dengan menggunakan kuasa undang undang yang SAH, Kerajaan Negeri Selangor mengambil langkah untuk mengelak dari salahguna premis tersebut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

So tak payahlah juak juak penjilat dan media lidah biawak UMNO-BN nak spin cerita bagai.. Isunya JELAS dan NYATA!!! Ikut surat rasmi, cuma ditutup premis. Tak disebut apa yg akan dibuat. Diberi masa 12 bulan utk pindah. Sama gak ngan beberapa Pusat Giat Mara lain. Di Sabak Bernam ditutup atas arahan sama manakala Pusat Giat Mara Kapar sedang menunggu hari je..

ADA FAHAM??!!!
-FB orenji


[HEBAT] Mahasiswi Saudi Kempen Agar Lelaki Beristeri 4


Simbol 4 jari ala penunjuk perasaan di Mesir menular ke Arab Saudi. Namun simbol itu bukan menggambarkan sokongan kepada Muhammad Mursy dan Al-Ikhwan, melainkan mengajak untuk poligami.

Dilaporkan oleh Saudi Gazette (25/10/2013) dari laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, sejumlah mahasiswi perguruan tinggi di Arab Saudi melancarkan kempen di laman microblogging Twitter, mengajak para lelaki yang mampu secara fizikal dan kewangan agar memiliki isteri lebih dari satu.

Seperti biasa, kempen itu mendapat pujian, kritikan dan pastinya ejekan dari pengguna Twitter.

Mereka yang bersetuju berpendapat bahawa berkahwin 4 isteri akan mengurangkan jumlah wanita tunggal di usia matang, di mana menurut sebuah laporan tahun 2012 angkanya sudah melebihi 1 juta di Arab Saudi.

Namun menurut pengguna Twitter bernama Sultan al-Subaie, lelaki yang sudah berkahwin satu isteri sebaiknya tidak menikahi wanita lain lagi, sebab hal itu akan menimbulkan banyak masalah dalam rumah tangga yang sebenarnya tidak perlu ada.

Selaras dengan pemikirannya, pengguna Twitter lain menambah, seorang lelaki hanya boleh menikahi isteri kedua jika dia yakin dapat memperlakukan keduanya secara adil.

Sami al-Dandashi melihatnya agak berbeza. Menurutnya, misalkan seorang lelaki beristeri 4 dan masing-masing punya dua anak sehingga total 8 anak, maka negara Saudi akan menghadapi masalah kelebihan jumlah penduduk.

"Perawan tua mungkin akan dapat diselesaikan, tetapi masalah kelebihan penduduk akan meningkat," ujarnya.

Sebuah kajian tahun 2011 oleh Kementerian Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi menunjukkan bahawa wanita usia di atas 30 tahun yang belum berkahwin jumlahnya mencapai 1,529,418. -diyatullah.com

Kenapa Susah Sangat 2 Orang "Pegawai Kangkung" Ini Hendak Letak Jawatan?


Saifudin Abdullah tuntut pengerusi SPR dipecat

Pemimpin Umno, Datuk Saifudin Abdullah menyertai pelbagai pihak mendesak agar ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terutama pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof diberhentikan.

Beliau berkata, pengerusi SPR yang bebas sangat diperlukan ketika keyakinan awam terhadapnya semakin menurun.

"Kita memerlukan sesaorang yang tekun, bebas dan seorang yang tidak bercakap bagi pihak Barisan Nasional (BN).

"Awak tidak membantu BN sebenarnya," kata Saifudin merujuk kepada ahli SPR yang bercakap seolah-olah mewakili BN, dalam satu forum malam tadi.

Pengerusi baru Bersih 2.0, Marina Chin menuntut agar semua ahli SPR dipecat kerana masyarakat awam sudah kehilangan keyakinan kepada mereka.

Katanya, petisyen akan dilancar selepas ini untuk membuat tuntutan itu dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan ini datang ketika bekas pemimpin SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman, berkata persempadanan semula dibuat untuk mempastikan sesetengah pihak kekal berkuasa.

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz baru-baru ini berkata, Pakatan Rakyat perlu menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya kerana ia untuk kebaikan semua pihak termasuk mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan Pakatan tidak akan menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya itu kalau ia dikendalikan oleh ahli SPR yang ada.

Bersih 2.0 menuntut dihentikan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang sedang dilaksanakan oleh SPR sehingga masalah berkaitan dengannya diselesaikan.

"Bersih 2.0 sekeras-kerasnya dengan ini, sekali lagi menggesa supaya persempadanan semula yang sedang berlangsung dihentikan serta merta sehingga senarai pengundi dibersihkan, dan SPR yang baru perlu dilantik dengan penglibatan langsung masyarakat sivil.

"Kenyataan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ini melengkapkan lagi episod panjang kecurangan dan salah laku yang terpalit ke atas SPR selama ini.

"Bagaimanapun, kami percaya kecurangan ini boleh dihentikan. Namun ia perlu dilakukan sekarang," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 itu. -TMI


Bebas suspek skandal PKFZ, Gani Patail didesak letak jawatan


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pembebasan bekas menteri tersebut maka kini mewujudkan tanda tanya siapa yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

"Dalam laporan PAC ada menyatakan bahawa tiga surat sokongan dikeluarkan oleh Chan dan ia satu kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 409B.

"Walaupun terdapat saranan daripada PAC, peguam negara tidak mengendahkan laporan tersebut dan ia satu penghinaan kepada pihak pendakwa dengan pembebasan Chan dan Tun Ling Liong Sik yang turut dikenakan dakwaan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan menahan bekas presiden dan timbalan presiden MCA itu hanya sandiwara bagi membuktikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius mengenai pembanterasan korupsi seperti yang dicanangkan walaupun mengetahui tuduhan tersebut akhirnya akan ditarik kembali.

Dengan persoalan adakah kegagalan mendakwa disengajakan atau tidak, Tony mendakwa sikap ketidakcekapan Gani itu amat tidak boleh diterima oleh rakyat.

Sehubungan itu, katanya, jika Najib serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya maka kini merupakan masa terbaik untuk menghukum Gani.

"Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang kononnya Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

"Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun," katanya.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, berkata kepada The Malaysian Insider bahawa tuduhan ditarik balik selepas mempertimbangkan bukti daripada peguam Chan.

Keputusan untuk menarik balik tuduhan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahman di mahkamah.

Peguam utama Chan, Datuk Tan Hock Chuan, berkata pihak pendakwa juga memutuskan untuk tidak menjalani perbicaraan selepas mendapat tahu tentang pembebasan satu lagi Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu Kabinet.

"Chan dibebaskan kerana tuduhan digugurkan," katanya.

Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007.
-TMI


ULASAN GB

Sudah banyak pihak meminta kedua-dua "pegawai kangkung" ini meletakkan jawatan. Tetapi mereka buat tak faham macam pekak badak.

Mengapa mereka bersikap demikian? Kerana mereka dijaga dan dibela oleh PM Kangkung. Yang pekak badak sebenarnya PM Kangkang yang seorang itulah sekalipun rakyat sudah mengadakan perhimpunan BERSIH sebanyak 3 kali menuntut supaya pegawai kangkung itu ditukarkan.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Sekalipun PM Kangkung enggan mendengar tuntutan rakyat, Allah tetap akan mendengar. Kedua-dua pegawai kangkung termasuk dengan PMnya sekali akan TETAP menerima hukumanNya.

14 Jan 2014

"Sultan Candy Crush" Melaka Ditahan Polis...

Jasin - Individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah telah ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam kira- kira jam 10.45 pagi tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Penahanan itu berlaku susulan satu laporan polis dibuat oleh Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Balai Polis Ayer Keroh, petang semalam, bagi mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan Noor Jan yang mengaku sebagai Sultan Melaka.

Laporan polis yang dibuat itu diketuai Presiden MGBM, Zali Mat Yasin dengan diiringi beberapa ahli EXCO majlis belia berkenaan, antara lain memohon supaya polis bertindak segera ke atas individu terbabit bagi mengelak lebih ramai masyarakat keliru dengan dakwaan dibuatnya selama ini.

Sementara itu, semalam, kerajaan negeri meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang ahli perniagaan yang mendakwa sebagai Sultan Melaka kerana ia mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata selain itu, tuntutan individu itu juga mencemar institusi Yang di-Pertuan Agong yang menjadi ketua bagi Negeri Selat membabitkan Melaka dan Pulau Pinang selain Sabah serta Sarawak.

“Noor Jan didapati mencabar Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui secara bersama oleh semua pihak di negara ini dan tiada sebab beliau mahu menafikan apa yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan itu.

“Sekarang, sudah sampai masanya pihak berkuasa bertindak mengikut undang-undang sedia ada bagi memastikan tiada orang ramai yang keliru dan terpedaya dengan gelagat beliau,” katanya, menurut sumber RakyatNews.


Pelajar Praktikal Dakwa Kena Raba Dengan Timb Pengarah

Seremban – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan.

“Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan lain.

“Mangsa kemudian menepis tangan suspek kerana tidak selesa dengan kelakuan timbalan pengarah berusia lingkungan 40-an itu. Namun suspek tidak mengendahkannya lalu meneruskan niat jahatnya itu dengan penuh ghairah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Jelebu itu merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Pahang, baru menjalani latihan praktikal di pejabat berkenaan, kira-kira sebulan lalu.

“Akibat tindakan timbalan pengarah tersebut, mangsa kini dilaporkan trauma namun dipercayai masih menjalani latihan praktikal di situ.

“Kakitangan pejabat yang mengetahui mangsa dicabul menasihatkannya agar membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksyen ini jika sabit kesalahan. -SH

MIC: Pemuda UMNO Biadab Tumbuk Timbalan Menteri


MIC hari ini menggesa tindakan diambil ke atas ahli Umno yang menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan dalam satu mesyuarat di Hulu Selangor pada Ahad lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap ahli Pemuda Umno Hulu Selangor dan menggesa polis campurtangan untuk mengambil tindakan.

“Lelaki ini telah mengundang malu kepada seluruh sayap pemuda Barisan Nasional (BN) dengan apa yang telah dilakukannya. Kepimpinan Umno mesti campurtangan dan mengambil tindakan terhadap ahli tersebut.

“Dia juga mesti diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan,” katanya.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku dalam satu mesyuarat cawangan Umno di Hulu Selangor pada Ahad yang mana Kamalanathan selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor turut menghadiri mesyuarat itu.

Timbalan menteri itu dilaporkan dikasari selepas lelaki berkenaan berang kerana Kamalanathan tidak mengendahkan permintaan pertukaran anaknya yang juga merupakan seorang guru dari Johor ke Hulu Selangor.

Ketua Polis Hulu Selangor Supritendan Shukri Yaacob berkata Kamalanathan membuat laporan polis selepas kejadian itu dan polis masih menyiasat. -TMI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

P.Kamalanathan Terlentang Di Hospital Ditumbuk Setiausaha Pemuda UMNO Bhgn Hulu Selangor


Timbalan Menteri Pendidikan II merangkap Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan terlentang di hospital kerana ditumbuk oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor hari ini.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian.

Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika Ahli Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula.

Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor.

Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.

Menurut sumber, difahamkan suspek yang menyerang Kamalanathan telah ditahan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Isu ini turut "mendedahkan" hal-hal lain berkaitan dengan "hubungan asam" UMNO-MIC sehingga ada yang tergamak memanggil timbalan menteri berkenaan dengan panggilan yang menghinakan - "kicap". (UMNO memang suka menggelar, kaum Cina dipanggil sepet. Begitulah rasisnya UMNO!). Bacalah: