14 Jan 2014

Pelajar Praktikal Dakwa Kena Raba Dengan Timb Pengarah

Seremban – Timbalan Pengarah sebuah jabatan, didakwa mencabul seorang pelajar praktikal di pejabatnya di Wisma Persekutuan, di sini.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku minggu lepas terbongkar selepas pelajar berusia 20-an itu mengadu kepada kakitangan jabatan berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada dalam sebuah bilik di pejabat berkenaan.

“Ketika mangsa sedang membuat kerja, suspek secara tiba-tiba menghampiri mangsa lalu mengusap pipi mangsa sebelum tangannya merayap ke anggota badan lain.

“Mangsa kemudian menepis tangan suspek kerana tidak selesa dengan kelakuan timbalan pengarah berusia lingkungan 40-an itu. Namun suspek tidak mengendahkannya lalu meneruskan niat jahatnya itu dengan penuh ghairah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa yang berasal dari Jelebu itu merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di Pahang, baru menjalani latihan praktikal di pejabat berkenaan, kira-kira sebulan lalu.

“Akibat tindakan timbalan pengarah tersebut, mangsa kini dilaporkan trauma namun dipercayai masih menjalani latihan praktikal di situ.

“Kakitangan pejabat yang mengetahui mangsa dicabul menasihatkannya agar membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksyen ini jika sabit kesalahan. -SH

4 ulasan:

X penolong pengarah berkata...

Nasihat kepada mereka yang seangkatan dan SENIAT dengan penolong pengarah tersebut : Pastikan mereka yang hendak diraba itu memang mahu diraba; jangan main terjah sahaja. Ingatlah bahawa hukum konvensional ada dan hukum Allah itu pasti ada.

Amuraria berkata...

ini kes gian daa , astaga! istifar banyak kalu tak tahan pi spital kasi anu tu, ABU !

Awanama berkata...

Melayu lagi..... Iman taqwa Melayu sangat rapuh macam keropok udang ke? Tau tau nak ngentot aje, macam khinzir... Kecik kecik belsjar agama, dah besor tak nak pulak jadi moftea.... Jadi kangkong pulak.

Awanama berkata...

Apa la pengarah ni..gelojoh betul..kalau yer pun nak raba, kasi lah dulu umpan sikit sebanyak..bukan main terjah jer...