17 Jan 2014

Jururawat Dikurung Dan Dirogol Kenalan Facebook

Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan diri daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19 Subang lapor Harian Metro.

Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar, berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.

Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang Jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.

Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar bogelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.

15 ulasan:

IbnAbdHalim berkata...

Kalau dapat tangkap dan dihukum, hukuman yang wajar untuknya ialah dikembirikan. Kalau tak ada hukuman tersebut elok dipancung saja anunya. Kalau mahkamah tak dapat jalankan maka yang diluar mahkamah boleh tolong cari 'ahli' yang mahir dalam bab tersebut di kalangan massa.

Awanama berkata...

saya bersetuju admin terus siarkan berita2 sebegini untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja terutamanya tentang bahaya "cinta fb".

Awanama berkata...

saya bersetuju admin terus siarkan berita2 sebegini untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja terutamanya tentang bahaya "cinta fb".

Awanama berkata...

Fuhhh

Awanama berkata...

kadang kala musibah menimpa kita disebabkan jauhnya kita dgn Allah. klu remaja tu betul2 menjaga hubungan dengan Allah, pasti dia akan sentiasa dilindungi Allah.

Awanama berkata...

Perogol ini gaya Melayu lah nih.... Banyak sangat makan Kangkong, itu sebabnya. Suka ngentot free tak bertanggungjawab.

Hancur negara jika umat sebegini ramai , akibat Kangkong otak jadi binasa.

Awanama berkata...

Dude Internet kebaikkan memang ada beb tapi keburukannya pun ada juga. We all tak kasih lu nak bersosial dengan komputerlah, tablet, I - phone dan seangkatan dengannya, but be sosial juga dengan manusia beb sebab by sosial dengan manusia baru we kenal sifat orang macam mana, perangai orang itu macam mana and what so ever.

nilah jadi kalau 24 hours surf internet (tak kira for good things or bad thing) and lu langsung tak mahu sosial dengan manusia. STOP IT DUDE AND GET YOUR BUD OUT FIND YOUR REAL FRIEND NOT VIRTUAL FRIEND WHICH LU PUN TAK TAHU DIA TU ANGEL OR DEMON.

Awanama berkata...

Sedih. Anak Melayu kelihatan sentiasa bodoh dan mudah diperbodohkan. Suka meniru benda2 baru walaupun ianya tak senonoh. Mat rempit,gila fb,kaki gian dadah,cinta siber, lari ikut kekasih warga asing, tiru fesyen pakaian dan stail rambut terpacak dan entah apa2 lagi. Semuanya kebanyakan Melayu. Tolonglah jaga marwah bangsa dan sedar dirilah.

Awanama berkata...

laksanakanlah dgn sgra hukum hudud...wahaiiiiiii unooo

iswara berkata...

nak buat mcm mn supaya kes sebegini tak berulang lagi.Sdh banyak berlaku kes demi kes namun jalan penyelesaian tak kunjung tiba.Org sekarang lebih takut kpd Umnoo daripada takut kpd Allah.jika takut kpd Allah maka Hudud mudah dilaksanakan.

BaDiN berkata...

Gunalah bahasa Melayu original kalau nak komen wahai 8.12AM.gabungan kedua2 bahasa nak panggil apa pulak.Hilang Jati diri Bahasa Melayu .BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA,

Awanama berkata...

Kepada muda mudi diluar sana sy ingin menyeru peliharalah maruah anda kerana itu satu amanah dr Allah swt

aciaci90 berkata...

Inilah akibatnya apabila berlaku pembangunan yang tidak seimbang.

Awanama berkata...

ini ialah peringatan kpd perempuan2 yg ska melayan lelaki di FB.pereceraian pun byk berlaku skrg krn trpedaya dgn lelaki d FB.Knp lh bodoh sgt perempuan skrg.berhati2 lah bila berkenalan d fb tu. bg yg dah kawen xpyhlah berkenalan dgn lelaki yg kamu jumpa di FB.lgpun berdosa berkwn dgn lelaki lain wpon di alam maya tanpa keizinan suami..

Awanama berkata...

kawalan minda dn jiwa adlh aspek utama. Yg dewasa kna lah jd matang dn ada iman bknnya buat remaja jd kecundang dgn godaan dr yg dewasa..