12 Mac 2013

Gugurkan 8 Pemimpin Rasuah Ini - PKR Cabar Najib

PKR hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) supaya menggugurkan beberapa calon mereka yang terlibat dengan gejala rasuah daripada bertanding pilihan raya umum ke-13 (PRU13) demi menjaga air muka mereka, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR itu menegaskan, walaupun beberapa pemimpin BN itu tidak didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya mengambil inisiatif tidak meletakkan mereka sebagai calon bagi membuktikan keikhlasan beliau melaksanakan slogan politik bebas rasuah.

“Jika Najib benar-benar jujur untuk meletakkan calon yang bersih dan boleh diterima rakyat, maka beliau harus memberi komitmen untuk ‘menggugurkan’ pemimpin Umno ini dari menjadi calon dalam pilihan raya akan datang .... bukan sekadar menghantar nama untuk disemak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Antara nama yang dikemukan Rafizi sebagai calon yang terpalit dengan tuduhan dan siasatan SPRM bersabit rasuah adalah Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz; dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

Antara nama lain adalah Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Abdul Taib Mahmud; Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin; dan juga Menteri Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

“Jika Umno tidak bersedia untuk menggugurkan pimpinan ini terbukti bahawa Umno tidak serius meletakkan calon bersih dan boleh menang seperti disebut-sebut Najib sendiri,” kata Rafizi kepada pemberita.

Rafizi juga menegaskan, gejala rasuah sememangnya wujud dalam pengurusan balak di Terengganu apabila SPRM mengarahkan siasatan dijalankan, dan badan penguatkuasa anti rasuah itu mengarahkan fail dibuka bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Beliau turut mengemukakan dokumen rasmi yang mengesahkan kes itu telah disiasat SPRM serta salinan resit cek yang berupa bayaran yang “terpaksa dibuat syarikat menjadi mangsa membayar deposit bernilai RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu.

” “Sehingga sekarang tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yabg ditandangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan balak di Terengganu,” dakwa Rafizi.

Rafizi pada 26 Februari lalu mendesak Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menjawab berhubung isu skandal penyelewengan dan rasuah dalam pengurusan balak di negeri itu.

Beliau mendedahkan modus operandi wang rasuah bersabit balak di Terengganu, yang melibatkan 12 syarikat pembalakan yang dipaksa memeterai satu perjanjian pembelian saham dengan proksi untuk membeli sebuah syarikat bernilai RM2.

Menurut Rafizi, syarikat itu dijual dengan harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan.

Menurut Rafizi, pada 17 Julai tahun lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada sebuah syarikat bagi kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.

Pihaknya juga jelas Rafizi berjaya menjejaki penama dan syarikat yang terbabit dengan urusniaga pembelian saham, dimana satu perjanjian dikeluarkan kerajaan Terengganu agar syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli Berkat Seribumi. -TMI

Dr Manuty Dedahkan KPN Akui Pakatan Rakyat Mungkin Tawan Putrajaya

Ketua Polis Negara sendiri akui Pakatan Rakyat ada kemungkinan besar tawan Putrajaya, dedah Pengerusi Biro Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Manuty mendedahkan maklumat tersebut dalam ceramahnya ketika sesi Jelajah Merdeka Rakyat di Lumut, Perak kelmarin.

Katanya, Tan Sri Ismail Omar yang memegang jawatan Ketua Polis Negara sejak 2010, secara terbuka mengakui keupayaan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.

Kenyataan Ismail itu dipetik dari ucapannya dalam Kursus Tarbiah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di hadapan 200 orang profesor senior kira-kira tiga minggu lalu.

“Kursus Tarbiah itu turut dihadiri Tun Mahathir, dia (Ismail) beritahu, Pakatan Rakyat ada potensi besar ke Putrajaya dan keadaan akan jadi huru hara.

“Beliau terlupa, bila kita (PR) kata kita nak tawan putrajaya, kita dah sediakan persediaan rapi, kita ada empat orang general terlatih sebagai penasihat keselamatan kita

“Isu huru-hara hanya dicipta untuk takutkan rakyat, tapi tak apalah, yang penting ketua polis sendiri akui kita mampu tawan putrajaya,” Katanya.

Kenyataan beliau dikuatkan lagi dengan kenyataan Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid yang turut mendedahkan persiapan rapi telah di lakukan oleh tentera untuk menghadapi perubahan kerajaan.

“Pelan perancangan strategik telah dirancang oleh pihak polis.

Kalau Anwar jadi Perdana Menteri, macam mana polis nak bawa dia (Anwar) ke Istana Negara untuk angkat sumpah, itu pun sudah ditunjukkan pada saya,” katanya.

Ceramah yang turut dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim turut menyaksikan pemimpin rakyat itu berjalan di bawah sinaran cahaya lampu suluh untuk naik ke pentas.

Walaupun terpaksa bergelap, semua penyokong tetap bersama kontinjen Jelajah Merdeka Rakyat di Perak sehingga berakhir jam 2 pagi.

UMNO Ganas, Pakatan Rakyat Bakal Menang Lebih Besar


Keganasan Umno akan memberi kemenangan lebih besar kepada Pakatan Rakyat, jadi tidak timbul soal bertindak balas, kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keganasan yang mengancam nyawa apabila kayu dan telur dibaling ke arah bangunan ibu pejabat PKR di Damansara, semalam.

Minggu lalu, keganasan juga telah berlaku dalam satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka yang menyebabkan dua orang hadirin cedera berdarah di kepala.

Katanya, semua keganasan itu berlaku dengan jumlah yang kerap semenjak Umno dan Barisan Nasional dilihat tidak mampu bangkit dari kekalahan PRU tahun 2008.

Menurutnya, keyakinan terhadap mereka untuk terus memerintah terus merundum.

Maka, ujarnya di atas kedudukan getir itu, penyokong Umno tertekan dan mula membuat kacau menyedari mereka masih dipelihara oleh undang-undang.

“SAMM tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana ia telah banyak kali berlaku dan ia juga sebahagian dari proses perubahan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

SAMM juga, kata beliau tidak terkejut mengetahui sebuah balai polis terletak selang dua pintu dari lokasi serangan berlaku dari Ibu Pejabat PKR.

“Bagi SAMM, jika kekacauan seperti ini tidak dibendung, ia akan berlarutan hingga ke musim pilihanraya. Dijangka semakin dekat tarikh PRU pasti lebih banyak lagi keganasan dicetuskan,” ujarnya.

Justeru, katanya tangkapan harus dilakukan ke atas penganjur perhimpunan untuk kekang keganasan seterusnya.

“Juga telah terbukti ia bukan perhimpunan yang aman apabila objek kayu dan telur dilontar membahayakan keselamatan awam. Terdapat beberapa video yang boleh dijadikan bahan bukti,” katanya lagi. -HD


"Kalau Saya Takut, Saya Tak Buat Apa-apa" - Bapa Saiful


Bapa kepada Saiful Bukhari mengulangi kenyataannya sebelum ini mengenai penglibatan Pegawai Khas kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai antara dalang konspirasi kes Fitnah II.

“Kenyataan saya jelas. Dalang di belakang kes liwat II ialah Khairil Anas Jusoh,” kata Azlan Md Lazim ketika menjawab soalan wartawan pada sidang media semalam.

Menyifatkan tiada keperluan untuk bersumpah bagi membuktikan kebenaran, Azlan juga sedia mengulangi pendedahannya berkaitan konspirasi berkenaan.

“Dalam Malaysia ini, kita sudah tengok banyak orang bersumpah. Saya tegaskan dalam kenyataan, saya tidak takut. Kalau takut, saya tidak akan buat apa-apa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, tindakannya mendedahkan hal sebenar berkaitan konspirasi itu bukan bertujuan menganiayai anaknya, Saiful Bukhari.

“Kasih sayang saya tidak berbelah bagi. Sebagai bapa, saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di sebalik tabir, apa yang orang tak tahu.

“Terpulang pada masyarakat untuk percaya,” katanya yang menolak tanggapan kononnya pendedahan dan penyertaannya dalam KEADILAN, mengkhianati Saiful Bukhari.

“Bukan bermakna saya menyertai KEADILAN, saya akan sisihkan Saiful dan anak-anak yang lain,” katanya yang turut menyebut nama timbangan anaknya yang lain, ‘Tati’ dan ‘Su’.


Azlan sertai PKR selamatkan Saiful

Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata, penyertaan Azlan Mohd Lazim ke dalam PKR bertujuan membebaskan anaknya, Saiful Bukhari daripada cengkaman Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Pakatan Rakyat dan PKR telah memberi sokongan kepada Azlan untuk "melawan" fitnah Umno-BN dengan mempergunakan anaknya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga individu bertanggungjawab memperkenalkan Azlan kepada PKR berkata, penyertaan Azlan juga akan membantu dalam memberi keyakinan kepada rakyat bahawa wujudnya konspirasi politik jahat terhadap Anwar.

"Saya diberitahu oleh Azlan, dia terpanggil untuk sertai PKR adalah kerelaan hati dan untuk membebaskan anaknya daripada BN.

"Azlan juga memberitahu saya, PR dan PKR telah memberi sokongan kepadanya untuk melawan fitnah yang dibuat oleh Saiful.

"Penyertaan Azlan juga membantu kita bagi keyakinan kepada rakyat tentang wujudnya konspirasi jahat terhadap Anwar," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

Jumaat lalu, Azlan telah mengejutkan semua pihak dengan kenyataannya kepada media mengenai adanya konspirasi politik jahat terhadap Anwar yang dikaitkan dengan kes liwat kali kedua.

Mengulas lanjut, Johari juga berkata, penyertaan Azlan adalah tepat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

"Ini masa yang tepat, dekat juga dengan PRU13," katanya.

Dalam pada itu, Johari memberitahu, Azlan masih belum membuat sebarang keterangan kepada pihak polis walaupun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan bahawa pihaknya akan memanggil beliau dalam masa terdekat.

"Belum, belum, belum, belum ada sebarang maklumat dan tindakan," katanya.
-SH

VIDEO-VIDEO Rakaman Macai Pro-UMNO Serang Pejabat PKR


Telor, kayu, batu dan kon plastik berterbangan ke arah bangunan ibu pejabat PKR petang ini, dipercayai dibuat oleh macai pro-Umno.

Ekoran itu, beberapa bahagian bangunan itu pecah dan telor bertaburan di depan pintu masuk pejabat PKR itu.

Serangan ini dipercayai untuk mengukuhkan dakwaan kononnya Tian Chua menghina pasukan keselamatan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pembelot negara ekoran tragedi Lahad Datu.

Setiausaha Kerja Wanita PKR Pusat, Maisuri Zainal, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu sekumpulan 40 orang berbaju merah berhimpun di hadapan pejabat parti itu, di Tropicana.

Difahamkan, kumpulan tersebut diketuai Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah.

"Kumpulan itu mula berhimpun dengan beberapa sepanduk yang dibawa oleh sekumpulan mat motor yang mengatakan 'Anwar pengkhianat' dan mengecam Tian Chua.

"Ia berkaitan krisis Lahad Datu, kononnya.

Selepas itu, mereka mula membaling telur dan memecahkan papan tanda pejabat kami," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kekesalan kerana tiada sebarang tindakan dilakukan pihak polis yang turut berada di situ, biarpun sedar insiden tersebut.

Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di balai polis berhampiran.

JMM, sebuah NGO yang menyokong Umno sebelum ini juga yang bertindak menghantar kek najis kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.-HD







Laporan sebelum ini
klik untuk baca


Hentikan Segera Bayaran Ufti Kepada Kesultanan Sulu - Karpal Singh


Peguam Karpal Singh berkata kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.

Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata keturunan Kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.

"Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah mengetepikan tuntutan itu.

"Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah diiktiraf kerajaan Filipina," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal juga berkata beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.

"Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya. - Bernama



11 Mac 2013

[BERGAMBAR] Samseng UMNO Buat Onar, Baling Kayu, Telor Depan Pejabat PKR


Hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya petang tadi, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Kakitangan yang cedera, S Balakumaran berkata, lehernya terkena kayu, manakala dadanya dibaling batu dan telur.

“Pada mulanya, mereka bakar bendera parti. Kemudian, mereka patahkan kayu bendera dan baling sehingga terkena leher saya dan luka. Mereka juga baling telur dan batu ke arah dada saya,” katanya ketika dihubungi.


Beliau memaklumkan kekecohan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu berlangsung selama sejam.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah Syed Othman menyelar perbuatan samseng berkenaan yang menyebabkan kerosakan beberapa kemudahan.

“Mereka buat kecoh dan baling telur, batu dan kayu. Kira-kira 4 kakitangan ibu pejabat terkena telur. Logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) patah,” katanya.

Katanya lagi, turut kelihatan bersama samseng itu adalah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan Yang DiPertua GAPS Shah Alam, Wan Indra Putra Ahmad.

Katanya, mereka mendakwa kononnya datang untuk membantah kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

KEADILAN membuat laporan di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya berhubung insiden itu. -RM/KD







GEMPAR!!!!!!... RIBUAN PEMUDA UMNO DAN PERKASA BERDEMO DEPAN IBU PEJABAT PARTI KEADILAN RAKYAT DI TROPICANA, PETALING JAYA SEBENTAR TADI!!!!!!



Inilah dia ribuan para pejuang ketuanan Melayu terdiri dari macai-macai UMNO, balaci-balaci PERKASA buat demo bising terpekik terlolong depan Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya, Selangor sebentar tadi.

Sebelum itu hujan turun dengan lebatnya maka bertempiaran lari litang pukang mencicit tak cukup tanah cari perlindungan.

Sebaik saja hujan reda barulah mereka keluar dari tempat persembunyian berteduh.

Yang datang menyalak terlolong pun boleh dikira dengan jari.


Bawa kain rentang yang difahamkan ada kaitan dengan pencerobohan Sulu dan kemasukkan ayah Saiful Bukhari kedalam PKR pagi tadi.

Sekadar terlolong lepas itu baling bendera dan cone ... P[xxxxxxx -sensored GB]!!!!

Kalau beginilah semangat dan jati diri yang ditunjukkan oleh para pemuda UMNO dan PERKASA, alamatnya PRU 13 INS'YALLAH UMNO BUNGKUS.
-omakkau


Ulasan GB

Banyak laporan polis telah dibuat mengenai kes golongan yang pro-UMNO ini membaling kayu, batu dan telor. Tetapi malangnya pihak polis tidak mengambil tindakan sehingga menyebabkan gejala "samseng" ini menjadi-jadi.

Beberapa hari lalu, di Melaka, anggota polis sendiri cedera terkena balingan batu oleh para samseng UMNO di sana, tetapi polis masih mempertahanka tindakan samseng itu, sebaliknya menyalahkan Pakatan. Baca di SINI.

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Itu ketetapan sunnatullah yang tidak boleh dielakkan. Polis yang bersikap tidak professional dan pilih kasih di dalam menjalankan tugasnya akan tetap terhukum juga satu hari nanti. Itu pesanan kita.

Kickdefella Gagal Untuk Heret Nik Aziz & Timbalan Ke Mahkamah

Mahkamah batal sapina, Nik Aziz dan timbalan tak perlu beri keterangan

Kuantan - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya, Datuk Ahmad Yakob tidak perlu hadir memberikan keterangan sebagai saksi perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa terhadap penulis blog, Kickdefella yang ditetapkan pada 2 dan 3 Mei depan.

Mahkamah Tinggi Kuantan minggu lepas membenarkan permohonan dua pemimpin itu untuk membatalkan sapina yang diserahkan Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz selaku defendan kes saman tersebut.

Keputusan dibuat Hakim Datuk Seri Mariana Yahya manakala permohonan dikemukakan peguam, Wan Jawahir Harun yang mewakili kedua-dua pemimpin itu.

Sebelum ini, Husam memfailkan tuntutan saman RM5 juta terhadap Kickdefella berikutan penyiaran artikel yang didakwa berunsurkan fitnah terhadap beliau.

Perbicaraan kes terbabit terpaksa diteruskan selepas kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Pada 19 Disember tahun lalu, Peguam, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Kickdefella memaklumkan perbicaraan kes itu terpaksa diteruskan selepas kedua-dua pihak gagal mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

Menurutnya, untuk perbicaraan seterusnya yang ditetapkan pada 28 Februari hingga 8 Mac 2013, pihaknya akan mengemukakan lima saksi dan menyerahkan sapina untuk memanggil Nik Abdul Aziz, Ahmad Yakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan peguam, Nordin Noor.

[VIDEO] Bapa Saiful Sertai PKR


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Md Lazim mengumumkan menyertai KEADILAN pagi ini di ibu pejabat KEADILAN, di sini.

Borang keahlian diserah kepada Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan disaksikan Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; MP Kuala Langat, Abdullah Sani dan MP Shah Alam, Khalid Samad.

“Saya dah lama menyokong perjuangan KEADILAN, sejak 1998. Tetapi sebagai penyokong akar umbi.

“Saya mengikuti dengan penuh minat perjuangan KEADILAN. Saya menyokong penuh dan mengumumkan sebagai ahli KEADILAN.

“Saya juga mendoakan semoga ahli dan parti komponen Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita. -KD

Saya tak berniat khianati Saiful -Azlan
PETALING JAYA: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menyatakan pendedahan beliau berhubung kes Fitnah Liwat II sebelum ini bukan berniat mengkhanati anaknya itu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi, beliau juga turut memohon maaf kepada Saiful atas apa yang telah berkalu.

"Saya ingin meminta maaf kepada saiful atas apa yang berlaku. Saya tak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri," katanya.

Terdahulu pada sidang media sama, beliau mengumumkan menyertai PKR dan menyerahkan borang permohonan ahli kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Azlan juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kes Saiful kerana sudah membuat kenyataan awal pada Jumaat lepas.

"Bukan bermakna saya menyertai PKR, saya akan menyisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya.

Pada JUmaat lalu, Azlan mengejutkan banyak pihak apabila mengadakan satu sidang media khas mendakwa kes Fitnah Liwat II membabitkan anaknya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi pihak tertentu.

Beliau turut mendedahkan beberapa nama termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin tertinggi negara yang didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi untuk memusnahkan karier Anwar .
-HD


Ulasan GB

Bapakku dah jadi bapak derhaka.... kata Saiful.. hehehe

Bukti UMNO Memang Pandai Bersandiwara, 35 Ahli UMNO Sertai UMNO


PAS Kawasan Setiu menganggap laporan kemasukan ahli PAS ke dalam Umno adalah drama sinetron biasa disiarkan setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU).

Demikian ditegaskan Naib Yang Dipertuanya, Dr Azman Ibrahim yang merujuk laporan akhbar hari ini kononnya 35 ahli PAS dari Cawangan Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai Umno.

“Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan. Kesian kepada yang ditipu dan tertipu,” ujarnya yang juga Pengarah MTD Jabli kepada Harakahdaily.

Justeru, beliau hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut.

Yang pertama, katanya mereka perlu menyatakan nombor keahlian PAS, parti sesat yang didakwa oleh Ali Bakar yang telah disertainya selama 20 tahun.

“Yang kedua, beliau ahli PAS cawangan mana lantaran agak pelik masakan di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, jawatankuasa PAS Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah bersua sebelum ini.

“Hairan bukan?” ujarnya.

Jelasnya, 35 ahli PAS cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan terbubarlah cawangan tersebut sedangkan pada malam sebelumnya, beliau menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya.

Tambahnya, tiada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli PAS ke dalam Umno.

“Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dahulu dua perkara yang diminta tadi.

“Kegagalan bermakna kamu adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai,”
katanya.

Sehubungan itu, tambah beliau ini bermakna lebih tepat dinamakan majlis itu sebagai 'Majlis Ahli Umno Masuk Umno'. -HD

Ulasan GB

Memang bingai puak UMNO ni. Taktik primitif yang digunakan.

Samalah dengan media-media pencacai yang melaporkan.

Mereka ingat rakyat masih bodoh dan mudah diperbodohkan!

Remaja Ditembak Mati Sahkan Laporan Filipina Benar?


Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.

Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi semalam di Kampung Sungai Bilis.

Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.

Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.

Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.

Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.


Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.

"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.

Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.

Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.

Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.

Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.

Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.

Ulasan GB

Baru GB ulas semalam, GB tulis

Kita menyokong tindakan polis dan tentera mempertahankan negara tetapi kita tidak menyokong tindakan berlebih-lebihan sehingga yang tak sepatutnya dibunuh tapi dibunuh.

Dunia kini sedang memerhatikan kita. Tidakkah berita dari Filipina itu benar-benar mengecewakan rakyat Malaysia dan amat menjejaskan imej Malaysia di mata dunia?

Di dalam kes di atas, neburut KPN, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan.

Ia sesuatu yang sukar diterima kerana "tiada senjata, tiada ancaman" tetapi secara tiba-tiba hanya bersandarkan "wujudnya pergerakan" tembakan dilepaskan.

Kecuaian sedemikian tidak sepatutnya berlaku, ia seolah-olah mengesahkan tuduhan Filipina bahawa wujud keganasan polis Malaysia sepanjang operasi memburu penceroboh sehinggakan ada yang bukan penceroboh turut dibunuh.

Di lain masa orang awam pun hendak apabila ternampak polis bersenjata. Kot-kot nanti terkena "tembakan spontan".

Professionalisma polis dan tentera Malaysia perlu dipertingkatkan sebelum imej negara menjadi hanyir di persada antarabangsa.

Si Saiful Yang Malang - Hanya 8% Menyokongnya


Di dalam satu bancian yang dikendalikan oleh akhbar Sinar Harian yang bertanyakan mengenai keyakinan pembaca terhadap pendirian samada Saiful atau ayahnya Azlan, didapati lebih 90% pembaca memilih untuk berpihak kepada Azlan.

Daripada sejumlah 2258 orang yang menyertai Bancian tersebut, 2070 (92%) orang telah memilih Azlan dan cuma 188 (8%) memilih Saiful.

Berikut ialah soalan yang ditanyakan di dalam bancian trersebut.


Saiful sebelum ini telah menuduh bapanya, yang telah mendedahkan anaknya itu dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berikut ialah kenyataan penuh bapa Saiful Bukari, iaitu Azlan Mohd Lazim.


Kenyataan penuh bapa Saiful Bukhari


Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.

1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.

2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.

3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.

4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.

5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.

6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.

8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.

9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.

10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.

11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.

12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.

Sekian. Wassalam.

Yang Benar,

………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)



Laporan sebelum ini
klik untuk baca


10 Mac 2013

[GEMPAR] Apakah Berita Polis Bertindak Ganas Ini Benar?


Ribuan warga Filipina dilaporkan melarikan diri dari Sabah dan pulang ke negara mereka bimbang tentang penderaan dan keganasan yang didakwa akan digunakan oleh polis Malaysia ke atas orang Suluk dan mereka disyaki penyokong keluarga Kiram, menurut laporan media Filipina.

Golongan pelarian itu diwawancara oleh The Philippine Daily Inquirer semalam, mendakwa mereka melarikan diri dari Malaysia timur selepas menyaksikan keganasan yang dilakukan pihak berkuasa dalam usaha menghalau penceroboh awal minggu ini.

Seorang pelarian berkata, lelaki Filipina ada yang diheret dari rumah mereka dan dipukul, dan memaksa mereka berlari sebelum polis menembak ke arah mereka, walaupun mereka menunjukkan dokumen imigresen mereka yang sah untuk tinggal di Malaysia.

Laporan juga dikatakan sampai ke Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, dimana adiknya Agbimuddin Kiram mengetuai pencerobohan di Sabah, mengatakan warga Malaysia berketurunan Tausug juga dibelasah di tangan polis, termasuk mereka yang memegang MyKad.

Orang Tausug juga dikenali sebagai orang Suluk yang datang dari kepulauan Sulu di Filipina.

“[Rakyat Malaysia] mendakwa mereka sudah beri ‘toleransi maksima’, tetapi itu tidak benar. Mereka memberi ‘keganasan maksima’ dan itu yang sedang berlaku. Perempuan, termasuk wanita mengandung, dan kanak-kanak juga ditembak oleh tentera Malaysia,” kata anak Jamalul, “puteri” Jacel Kiram, yang dilaporkan di Manila Standard Today.

Jurucakap Kiram, Abraham Idjirani mendakwa seorang perempuan hamil turut dipukul ketika operasi, menyebabkan beliau terpaksa melahirkan anak tersebut ketika ditahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, tempat di mana penceroboh itu menyembunyikan diri.

“Wanita mengandung itu melahirkan anaknya di balai polis, tetapi anaknya mati selepas itu. Orang ramai diheret oleh pihak polis,” kata Idjirani, menurut Manila Standard Today. “Mereka bukan sahaja menahan orang Filipina dan penyokong sultan, tetapi warganya sendiri.

” Dalam laporan Philippine Daily Inquirer, seorang warga Filipina berusia 32 tahun mendakwa abangnya ditembak mati di tangan polis Malaysia semasa mencari mereka yang disyaki penyokong Kiram.

“Mereka mengheret lelaki ke luar rumah, tendang dan pukul mereka,” katanya melalui panggilan telefon dari Patikul, Sulu, selepas beliau tiba di Filipina Jumaat lalu bersama 200 pelarian lain.

Taradji mendakwa pasukan keselamatan Malaysia menyerang kampung di daerah pesisiran pantai Sandakan di mana beliau tinggal di situ pada malam Isnin, dan di situ abangnya Jumadil ditembak mati selepas diarahkan pihak polis untuk berlari sepantas mungkin.

Menurut The Inquirer, seorang pegawai berkata kira-kira 1,000 orang pelarian meninggalkan Sabah untuk ke Sulu dan Tawi-Tawi, sementara lebih ramai lagi akan meninggalkan Malaysia apabila pihak berkuasa meneruskan operasi menghalau penceroboh Sulu.

Taradji juga dilaporkan berkata pihak berkuasa Malaysia sengaja membiarkan mereka yang ditahan kelaparan jika mereka disyaki mempunyai kaitan atau menyokong pencerobohan Sulu.

“Walaupun anda mempunyai dokumen yang sah, anda juga akan ditahan. Jika anda bertuah untuk tiba di penjara, anda mati kelaparan kerana mereka tidak akan memberi makanan kepada anda,” katanya menurut The Inquirer.

Taradji dilaporkan merupakan seorang pemegang MyKad, dan tinggal di Sandakan sejak beliau berusia enam tahun, tetapi beliau tetap meninggalkan Sabah selepas melihat sendiri keganasan yang dilakukan oleh polis terhadap warga Filipina.

Seorang lagi pelarian, Carla Manlaw yang berusia 47 tahun memberitahu The Inquirer berkata beliau meninggalkan Sabah selepas mendengar berita berlaku keganasan ke atas warga Filipina dan polis sengaja menembak ke arah mereka.

“Majikan saya tidak ada masalah dengan pekerja Filipina. Tapi apa yang membimbangkan saya ialah polis,” katanya lagi.

Datuk Bandar Jolo, Hussin Amin memberitahu Inquirer beliau bercakap dengan pelarian dari Sabah dan berkata beliau mendengar cerita tentang keganasan oleh polis Malaysia.

“Tentera dan polis menyerbu rumah dan walaupun mempunyai dokumen sah seperti pasport atau kad pengenalan, mereka tidak peduli. Dokumen tersebut dikoyak depan mata mereka. Lelaki diarahkan untuk berlari dan akan ditembak jika mereka berbuat demikian. Mereka yang enggan akan dipukul teruk. Warga Filipina di penjara diseksa,” katanya lagi.

“Kita mahu kerajaan menyiasat perkara ini. Pelarian dari Sandakan juga menceritakan perkara yang sama. Jika ini benar-benar berlaku, pihak berkuasa Malaysia tidak hanya memburu penyokong Kiram di Lahad Datu,” kata Amin lagi, menurut laporan Inquirer.

Kerajaan Malaysia berulang kali berkata akan memburu semua penceroboh Sulu di Lahad Datu sehingga semua militan keluar dari negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan militan enggan untuk pulang walaupun diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan The Star Online.

< “Mereka tidak meletakkan senjata mereka tanpa syarat, dan ini akan berterusan,” katanya semalam.

“Kita dengar mereka ada memasang jerangkap samar, jadi nasihat saya supaya semua berhati-hati dan keselamatan menjadi prioriti teratas,” katanya lagi.

Hisham mengesahkan jumlah kematian penceroboh Sulu ialah seramai 53 walaupun terdapat lagi banyak mayat yang belum dikira.

Malaysia melancarkan serangan bertali arus ke atas pemberontak Sulu pada Selasa pagi, dan jet pejuang melepaskan bom dan artileri di Kampung Tanduo, tempat mereka berlindung.

Selepas serangan udara, tentera darat masuk untuk melaksanakan operasi “menghapuskan semua militan”, dan pergi dari rumah ke rumah di kawasan berbukit dan di sekitar perkampungan tersebut untuk memburu militan.

Walaupun peningkatan dalam laporan kematian penceroboh Sulu, keluarga Kiram berkata hanya 10 orangnya sahaja yang terkorban, dan mengatakan ia cuma propaganda oleh Malaysia untuk mendakwa mendapat kemenangan ke atas mereka.

Jurucakap Sultan, Idjirani berkata Malaysia perlu membenarkan wartawan luar, terutamanya dari Filipina untuk ke zon konflik di Lahad Datu, untuk mengesahkan kematian penceroboh Sulu.

“Malaysia mesti benarkan media asing dan tempatan ke zon konflik untuk mengesahkan dakwaan mereka, jika tidak, ia masih boleh didebatkan,” katanya dalam The Philippine Star pada laporan Jumaat lalu.

Agbimuddin berhubung dengan keluarganya di Filipina pada jam 2.30 petang Jumaat semalam, menurut Philippine Daily Inquirer, dan berkata mereka masih hidup dan sedang berjalan tetapi menderita akibat kelaparan. -TMI


‘We’re treated like animals’
Filipinos flee police brutality in Sabah


ZAMBOANGA CITY—“They dragged all the men outside the houses, kicked and hit them,” 32-year-old Amira Taradji said on Friday as she recounted her family’s ordeal in Sandakan, which started when Malaysian security forces launched a crackdown on suspected supporters of Sulu Sultan Jamalul Kiram III in Sabah.

Taradji said Malaysian policemen ordered Filipino men to run as fast as they could and shot them.

Among those killed on Monday night during the police sweep of a Filipino community in Sandakan was her brother, Jumadil, she said.

Taradji, who was originally from Calinan in Davao City, was among some 400 Filipinos who fled Lahad Datu, Semporna, Tawau and Kunak in Sabah for Sulu as the violence sparked by the intrusion of the followers of Jamalul into the eastern Malaysian state spread at the start of the week.

In other Philippine areas near Sabah, hundreds more have arrived since the police crackdown started and many more Filipinos are expected to return home anytime soon, according to government officials.

Speaking to the INQUIRER by phone through the help of a Sulu local official shortly after arriving in Patikul town by a commercial vessel from Sabah late Friday, Taradji said the police sweeps had become dreadful for both Filipinos and Sabahans known as Orang Suluk (people who originated from Sulu).

Taradji reported the arrest of Filipino men in Tawau and Kunak.

Some of the arrested men, who showed immigration papers, were shot dead, she said, recounting reports by other Filipinos who fled Sabah with her.

“Some of those arrested did not see jail because they were shot and killed,” Taradji said.

She said those who had been locked up were also unlucky, as the Malaysian authorities were not feeding them.

Extreme fear

Taradji had lived in Sandakan since she was 6 years old and she was a holder of MyKad, the identification card issued to Malaysian citizens and permanent residents.

She said that despite her and her family’s being holders of MyKad, they hastily abandoned their home when the police sweeps started Monday night.

She said that from a distance, she saw how those caught during the raid suffered in the hands of Malaysian policemen.

“We sailed from Sandakan to nearby islands. From one island to another, until we reached a small island where we took [an outrigger] for the Philippines. We begged hard so they would allow us into one of the [their boats],” she said.

Carla Manlaw, 47, said the extreme fear of Malaysian policemen, with stories of abuses and killings, prompted her and other Filipinos to leave for Bongao in Tawi-Tawi.

Manlaw and 99 others, including children and elderly people, reached Philippine waters in two motorboats after sailing for about two hours from Sandakan. They were intercepted and escorted by a Philippine Navy ship to Bongao late Friday.

“My employer had no problem with having a Filipino worker. But what bothered me was the police,” she said.

Manlaw said the other Filipinos in her boat fled because of fear. “What will they do to us?” she said, quoting her fellow refugees.

She said that when she heard that a vessel was leaving for Bongao from Sandakan, she immediately grabbed her things and went for it.

Investigate now

Mayor Hussin Amin of Jolo, Sulu, said the accounts of Filipinos fleeing police abuse in Sabah were “alarming and disturbing” and the Philippine government should look into it.

He said he had spoken with many refugees and their stories were the same: Malaysian soldiers and policemen do not distinguish between illegal immigrants and MyKad holders.

“Soldiers and policemen stormed their houses and even those with legitimate working papers like passports and IC papers were not spared.

These documents were allegedly torn before their eyes.

Men were told to run and were shot if they did.

Those who refused were beaten black and blue. Filipinos in jail were executed,” Amin said by phone late Friday.

What’s really happening?

“We are asking our government to investigate now. Refugees from Sandakan and Sabah had spoken to us about their ordeals. If indeed what they have been telling us is true, then Malaysian authorities are not just targeting the Kirams in Lahad Datu,” Amin said.

The New York-based Human Rights Watch also wants to know what is really happening in Sabah.

Phil Robertson, deputy Asia director of Human Rights Watch, issued a statement on Friday saying that while the “situation on the ground in the conflict zone in Sabah is still quite murky,” Malaysia “should provide clear and accurate information on what had occurred.”

Robertson said the Malaysian authorities should “ensure the protection of all civilians in the area, and allow humanitarian access for the provision of emergency assistance to those affected by the violence.

Detained without charges

“We’re concerned about the Malaysian government’s use of the Security Offenses Special Measures Act to detain reportedly more than 50 individuals, and call on the government to either charge them with a recognizable criminal offense or release them. All parties to the conflict should heed the call of UN Secretary General Ban Ki-Moon to ‘act in full respect of international human rights norms and standards,” Robertson said.

Amin said that for now, he tended to believe the stories told by the refugees that Filipino men, especially Tausug, were being killed in the streets and in detention centers in Malaysia.

“Our people are treated like animals there and this has to stop because they are no longer hitting the Kirams,” Amin said.

He said one reason why he believed the stories was his observation that children and women were so “deeply traumatized” that they tried to flee when they saw Filipino policemen as they arrived in Jolo.

“Some (of them) even attempted to jump to the sea, thinking they were still in Malaysia,” he said, referring to scenes at the Jolo port this week.

“I spoke to them and gave them assurance that they were all home and no one would harm them now and the policemen securing the port were not Malaysians but Filipinos protecting them,” Amin said.

Humanitarian crisis

Social welfare officials, who spoke to the Inquirer on condition of anonymity, said they anticipated that more than a thousand Filipinos from Sabah would arrive in the next few days.

One official said the crush of evacuees would “pose a problem” greater than the difficulties caused by the massive deportation of Filipinos from Malaysia in 2002.

Some 64,000 undocumented Filipinos were forced out of Sabah in that year and feeding or relocating them became a nightmare for officials.

Amirah Lidasan of the militant group Suara Bangsamoro said she pitied women and children who braved danger at sea to escape the Sabah violence.

The waters between Sabah and the Philippine areas of Tawi-Tawi and Sulu are known for huge waves that could swamp and capsize small vessels.

Survival problems

Taradji said another problem facing many Filipinos fleeing Sabah was how to live in the Philippines after living for decades in Malaysia.

She said she managed to bring some money to sustain her family for a few days.

But after that, she and her husband do not know how to feed the family, she said.

“We do not even know which way is Calinan now,” Taradji said, adding that the Philippines is now a foreign land to her and her family after living for the past 26 years in Sabah.

Manlaw had the same thing to say.

“We have no future here, unlike in Sabah where we had jobs,” she said.

Like Taradji, Manlaw and the other refugees who arrived in Bongao were being assisted by government agencies.

With reports from Cynthia D.Balana in Manila; and Allan Nawal, Inquirer Mindanao


Ulasan GB

Apakah berita mengenai keganasan polis Malaysia di atas benar?

Apakah polis bertindak demikian kerana bermotifkan membalas dendam kerana kematian lapan orang anggotanya sehingga menjadi mereka yang tidak bersalah pun turut dikasari dan ditembak?

Apakah polis dan tentera Malaysia sudah hilang pedoman sehingga yang tak bersalah pun dijadikan mangsa?

Kita menyokong tindakan polis dan tentera mempertahankan negara tetapi kita tidak menyokong tindakan berlebih-lebihan sehingga yang tak sepatutnya dibunuh tapi dibunuh.

Dunia kini sedang memerhatikan kita. Tidakkah berita dari Filipina itu benar-benar mengecewakan rakyat Malaysia dan amat menjejaskan imej Malaysia di mata dunia?



TG Nik Aziz: Kebenaran Akan Terserlah Dengan Sendiri


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai ‘peliwat’ semakin jelas kebenarannya.

Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu kelmarin.

Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini.

Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti.

Beliau juga turut menolak dan tidak percaya dakwaan yang mengatakan Anwar membayar kepada ayah Shaiful, sesuatu yang tidak mungkin.

“Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,”ujarnya.

Dengan pendedahan itu, katanya diharapkan nama baik Ketua Umum PKR itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini.

“Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,”ujarnya.

Terdahulu beliau beramah mesra dengan 500 orang veteran PAS dalam Parlimen Kota Bharu.

Najib Belum Terima Mandat Sebagai PM, Hanya Menumpang Mandat Pak Lah


Ketika artikel ini ditulis, rakyat Malaysia meraikan lima 5 tahun ulang tahun tsunami politik melanda Malaysia.

Parlimen pun masih belum dibubarkan. Rakyat Malaysia semakin resah, malah pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan atau pun pembangkang lebih resah menanti tarikh pembubaran parlimen.

Mengimbau lima tahun lalu ketika tsunami politik 2008 melanda, Malaysia berPerdana Menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah.

Beliau pengganti Dr Mahathir Mohammad yang memegang jawatan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama hampir 30 tahun.

Pak Lah, ketika lantikannya dikenali juga sebagai Mr Nice Guy lantaran perwatakannya yang lemah lembut.

Beliau dipilih oleh Mahathir untuk meraih kembali sokongan rakyat lantaran imej ‘diktator’ yang lekat pada Mahathir semenjak zaman reformasi 1999 dan ternyata strategi ini membuahkan hasil.

Selain itu, beliau juga sebagai seorang tokoh berlatarbelakang agama yang amat sukar sekali dicari dalam Umno, malah waris kepada tokoh ulama di Pulau Pinang.

Ciri-ciri inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, terpesona dengan perwatakan dan latar belakangnya dan melupakan kejahatan dan kezaliman Mahathir sebelum itu.

Sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Pak Lah tidak perlu mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi mendapat mandat baru dari rakyat.

Beliau hanya mengambil masa lima bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen pada 4 Mac 2004 dan seterusnya mandat baru diperoleh pada 21 Mac 2004.

Mandat yang beliau peroleh bukan calang-calang mandat, malah yang terbaik buat Umno dan Barisan Nasional pasca reformasi 1999 dan dalam sejarah Umno dan BN.

Ternyata strategi Umno/BN untuk mengalihkan beban imej Mahathir sebagai diktator dengan pengganti barunya Abdullah Ahmad Badawi, berhasil cemerlang, gemilang dan terbilang!

Namun, Pak Lah sebenarnya seorang PM yang lemut dan ‘lembik” serta lemah dalam pentadbiran negara, sehingga beliau diserang luar dan dalam sebaik sahaja Umno BN gagal meraih 2/3 majoriti parlimen pada 2008.

Gambar-gambar beliau yang ‘selalu tidur’ menjadi bahan jenaka rakyat yang menjadi satu faktor kegagalan beliau untuk mendapat 2/3 majoriti pada 2008.

Namun di dalam kelembutan dan kelembikanya, Pak Lah dengan macho dan berani membubarkan parlimen dalam masa lima bulan sahaja selepas perlantikannya sebagai PM untuk mendapat mandat baru.

Selepas itu, mandat tersebut digunakan sebaiknya sebelum membubarkan parlimen kira-kira empat tahun selepas itu yang menyaksikan tsunami politik negara pada 2008.

Menumpang mandat Pak Lah

Disebabkan kegagalannya meraih 2/3 majoriti parlimen dalam sejarah Malaysia, beliau diserang luar dan dalam malah oleh mantan PM, Dr Mahathir.

Tidak perlu lama untuk mengakui kelemahan dan kesilapan, beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan menyerahkannya pada 3 April 2009 kepada Najib Tun Razak, PM Malaysia ke-6.

Najib semenjak zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang lantang dan agresif. Ucapan dan pidatonya juga berapi-api, amat jauh sekali dengan Abdullah Badawi.

Dari segi sejarah, Najib pernah menjadi ahli perlimen termuda, timbalan menteri termuda dan menteri besar termuda di Malaysia. Malah beliau antara pemimpin Umno yang mempunyai kepetahan berpidato yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin Umno lain.

Sedar tidak sedar, hari ini sudah hampir empat tahun rakyat Malaysia berPerdana Menterikan Najib Razak. 3 April bulan hadapan genap empat tahun beliau menjadi PM Malaysia ke-6 dan mungkin yang terakhir.

Malah, sedar tidak sedar juga sebenarnya mandat yang diterima oleh Najib hari ini sebenarnya mandat rakyat untuk Pak Lah, bukan untuk Najib.


Ya, beliau harus sedar bahawa mandat yang beliau pegang hari ini adalah mandat yang diperoleh oleh Abdullah Badawi pada 8 Mac 2008 dan beliau hanya menumpang mandat Pak Lah.

Selemah-lemah Pak Lah, beliau dengan beraninya membubarkan parlimen dalam masa setahun selepas menerima mandat PM dari Mahathir.

Namun sehebat-hebat Najib, sudah empat tahun beliau masih menggunakan mandat Pak Lah yang lemah dan masih belum berani membubarkan parlimen.

Syarhan Humaizi Halim adalah Ketua Pemuda PAS Gombak.