Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata seorang remaja ditembak mati ketika pasukan keselamatan sedang mengesan penceroboh berhampiran zon merah.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan pengganas pada kira-kira jam 9.45 pagi semalam di Kampung Sungai Bilis.
Tiga lelaki dewasa dan dua wanita dewasa secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak dan pasukan keselamatan dengan serta menahan dan memeriksa kumpulan tersebut.
Ketika pemeriksaan dibuat, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu petang ini.
Pemeriksaan selepas itu mendapati, tembakan itu mengenai dua individu.
Seorang remaja dianggarkan berusia antara 12 hingga 15 tahun ditembak mati manakan seorang lelaki dipercayai berusia dalam 30-an cedera di kaki.
Ismail berkata polis masih berusaha untuk memastikan identiti individu terbabit termasuk lima yang ditahan.
"Mereka tidak memiliki apa-apa dokumen jadi kita menyiasat dari mana mereka datang dan apa yang mereka buat di sana," katanya.
Kampung Sungai Bilis merupakan satu kampung yang terletak dekat Tanjung Batu.
Kesemua tujuh individu berkenaan, termasuk yang maut dan cedera dikeluarkan dari lokasi berkenaan oleh satu pasukan medik dengan kenderaan berperisai, katanya.
Kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang senjata, katanya.
Jumlah berkenaan menjadikan seramai 62 orang terbunuh sejak krisis itu bermula pada 12 Februari lalu – 53 di pihak penceroboh, lapan pegawai polis dan kini seorang remaja yang masih belum dikenalpasti.
Dalam perkembangan berkaitan, Ismail berkata polis turut menahan tiga orang di Kampung Perigi, Semporna pada pagi ini dan dua lagi di satu kawasan lapang di jalan menghubungkan Semporna dan Tawau.
Ismail berkata penahanan berkenaan berhubung kait dengan siasatan kejadian di Kampung Simunul, Semporna yang mengorbankan enam orang pegawai polis.
Ulasan GB
Baru GB ulas semalam, GB tulis
Kita menyokong tindakan polis dan tentera mempertahankan negara tetapi kita tidak menyokong tindakan berlebih-lebihan sehingga yang tak sepatutnya dibunuh tapi dibunuh.
Dunia kini sedang memerhatikan kita. Tidakkah berita dari Filipina itu benar-benar mengecewakan rakyat Malaysia dan amat menjejaskan imej Malaysia di mata dunia?
Di dalam kes di atas, neburut KPN, pasukan keselamatan mendengar bunyi dari kawasan semak dan secara spontan melepaskan tembakan ke arah berkenaan.
Ia sesuatu yang sukar diterima kerana "tiada senjata, tiada ancaman" tetapi secara tiba-tiba hanya bersandarkan "wujudnya pergerakan" tembakan dilepaskan.
Kecuaian sedemikian tidak sepatutnya berlaku, ia seolah-olah mengesahkan tuduhan Filipina bahawa wujud keganasan polis Malaysia sepanjang operasi memburu penceroboh sehinggakan ada yang bukan penceroboh turut dibunuh.
Di lain masa orang awam pun hendak apabila ternampak polis bersenjata. Kot-kot nanti terkena "tembakan spontan".
Professionalisma polis dan tentera Malaysia perlu dipertingkatkan sebelum imej negara menjadi hanyir di persada antarabangsa.
29 ulasan:
hujjah GB ada rasionalnya
GB....
rasanya bukan salah polis atau anggota keselamatan tu... ini berpunca dari sikap org atas... dari Datuk Seri Hishammuddin yang memula ckp mereka bukan pengganas dan militan... apabila 8 org sudah mati... pasukan keselamatan malaysia dah pandang serong atau.. secara psikologi mereka akan bertindak ganas kepada semua rakyat filipina di sana... saya tak ckp tindakan pasukan keselamatan tu salah... cuma sebab tindakan bos diorang yang tak ambil endah pasal pencerobohan ... DAN PIHAK MEDIA tak ada langsung ulasan pasal pencerobohan tersebut... macam saya terbaca berita pencerobohan dari satu blog... ckp kenapa kerajaan malaysia tak buat apa2.. YA BACA DARI BLOG... berita YAHOO pon tak keluar lagi.... dan apa sudah jadi... 8 org mati.. kerana ketidak cekapan org atas... dan kalau ada kematian tak sengaja... mmg tak dapat dielakkan di sini...
Salam.. Kita dlm mood perang..suasana genting. Lg pun rasanya mereka berada dlm zoon merah. Di sini nyawa adalah pertaruhan. Susah la nak ckp....
Mintak2 la ianya bukan sesuatu yang disengajakan. Dalam situasi yang serba kemungkinan mcm ni, kita x boleh salahkan polis semata2. Takkan nak tunggu musuh bertindak dulu baru kita nak bertindak? Dalam perang, bergantung kpd siapa cepat. Bukan spt bertanding berebut kerusi, kalau x dpt kerusi, terkeluar pertandingan. Ini kalau kita kena tembak, nahas la jwbnya
Polis janganlah terlalu "trigger-happy" seperti yang banyak kes di mana kanak2 dan wanita tertembak atau ditembak.Kena faham dalam keadaan sekarang di mana penduduk Sabah dalam ketakutan, dan tempat paling selamat bagi orang2 kampung ialah menyorok dalam semak. Kenapa tidak diberi amaran terlebih dulu sebelum menembak? Tindakan terburu2 membunuh akan menanamkan rasa benci dan dendam yang akhirnya pihak polis juga yang akan menerima padahnya.
islam pun ada kaedah berperang
They are in the red zone - Kill or be killed. Jika tertembak nak buat macam mana?.
Jgn salahkan polis/ATM dan lain2 anggota keselamatan.
Dari site lain - Pihak risikan tentera/polis telah beritahu MKN awal 6 bulan sebelum kes ini timbul awal Februari lepas - apa menteri Pertahanan & Menteri Dalam Negeri buat? Samada sleeping on the job atau ada agenda lain. Yang jadi mangsa rakyat & anggota keselamatan.
Merak Langit
mode perang memang betul, tapi dalam perang ada apa yang dipanggil "sentry" dan "stand to", makna kata alert "at all time", sari situasi kat atas it is more like a "gelabah puyuh"... atara sebab gelabah puyuh ni pasal tak ada "sentry and tand to" bila dapat tahan someone yang jadi target maka dah rasa selamat, bila bergerak semak, terus tembak tanpa fikir.....
aku sangat setuju dengan komen Farouk kat atas tu cuma nak tukar sikit, ini bukan gelabah puyuh dah ni tapi dah tahap gelabah tenuk.
kalau yang mati tertembak tu orang filipina kira OK lah tapi bagaimana kalau mereka rakyat tempatan. mana slogan baru yang tiba2 dicanangkan kerajaan "keselamatan rakyat didahulukan"?. itu dari satu persepektif, tapi kalau mangsa tembakan orang filipina sekalipun tetapi bukan combatant sulu macam mana. suasana perang satu hal. malah dalam perang dan berhadapan dengan musuh yang jelas sekalipun kita perlu ada compassion. kalau tidak kita pun sama lahanat macam dia orang lah jugak. pihak keselamatan kena boleh bezakanlah, ini bukan perang koboi. bukan jabatan haiwan buru anjing liar, JANGAN GELABAH TENUK
yg aku masih dan tetap heran, kenapa masih polis yg mengetuai dan terlibat di barisan hadapan..dh lah dgn bjalan lenggang lenggung, tanpa full gear, jaket kalis peluru ngan topi besi pun x pakai..tentera pulak main jet ngan mortar dr blkng..tp sasaran jet ngan mortar masih diragui..empty target atau sekadar buat soundtrack seolah2 bperang..
jgn cakap camtu bae. Anggota kita duk dlm zon merah. Kalo xpenah duk dalam situasi diorg, aku fikir baik accept jer tindakan "pantas" diorg. Sorry tu say, kita nak bebaik sgt aper citer. Penceroboh tu dah Sembelih anggota kita ( ok la, boley terima lagi sbb risiko kena camtu mmg dah diletak dlm diri anggota - diorg berkhidmat utk negara ). Apa pon, we can't afford to lose anymore man. Finito.
bangganya najib dapat bunuh umat islam Sulu, sebagaimana Mahathir dapat bunuh orang islam Memali...?
situasi amat genting.. samada musuh tembak kita atau kita tumpaskan dia dahulu
m sharul abdullah paham atau tidak org komen ramai2 kat sini nih? kalau polis @ tentera tembak kasi mampos semua tentera sultan sulu jamalu karam tu tak aper lah tak ada org nak kata aper pun. masalahnya sekarang nampak semak goyang pun dah tembak ni apa hal? nampak sangatlah polis kita penakut tapi kalau ngan rakyat sendiri yg tak melawan bukan main lagi. ni org panggil MANGKOK HAYUN. keja gaji buta jer. atau nak balas dendam sebab 8 anggota polis dan terkorban? kalau tanya sama samy blue tentu dia kata "nak buat macam mana tuhan ala punya takdir". kalau tak caya pegi tanya sama samy bleu.
sama ada berada dalam red zone atau tidak itu bukan persoalannya. m shahrul sendiri macam tahu2 jer macam mana keadaan di red zone, setahu akulah dah lama malaisia ni tak penah ada konflik sebegini hingga melibatkan kekuatan tentera melebihi satu division nih?
pasal sembelih ni aku pening sikit sebab sampai hari ni kpn tak dak sebut pun ada mana2 anggota yang terkorban kerana disembelih atau mungkin aku terlepas pandang kot?
lagi satu pesan kpd anggota keselamatan di sabah janganlah gelabah tenuk sangat dan jangan goyang tak tentu hala jangan macam lagu DSAI - tanya sama najib apa pasal GOYANG, nati jawab najib sabah nak hilang
anon 2:21 PM
situasi memang genting, itu sebab kena berhati2, bukan tembak membuta tuli...
kalau mcmtu tembak saja semua yg bergerak di zon merah? betul ker macamtu?
Bodoh dan bangang!
Komen GB: "Ia sesuatu yang sukar diterima kerana "tiada senjata, tiada ancaman" tetapi secara tiba-tiba hanya bersandarkan "wujudnya pergerakan" tembakan dilepaskan."
Adakah GB mahu sekali lagi anggota keselamatan kita ditembak curi sekali lagi? Kejadian itu berlaku dalam suasana genting, tak kan nak pergi tengok/siasat dulu baru nak tembak. Kalaulah mereka itu pengganas sudah tentu mereka tembak dulu anggota keselamatan kita.
Kita yang selesa tinggal di tempat aman bolehlah berkata itu ini. Kita tak rasa sendiri suasana perang dan nyawa menjadi pertaruhan mempertahankan negara.
Bagaimana pula komen GB berkaitan anggota keselamatan kita dibunuh dan disiksa mayatnya?
anon 3:03 PM
anggota keselamatan kita yg dibunuh tu adalah angkara menteri KDN yang pada awalnya menyatakan bahawa penceroboh itu bukan pengganas...
apalah mahu spin lagi
spin jangan tak spin, spin sampai goyang seluruh body baru cun. kalau ikhlas tengok balik kenyataan menteri kdn, kpn dan PAT. apa kata dema bila orang tanya pasal lahad datu sewaktu pringkat awal benda ni nak jadi. jangan sebarkan khabar angin adalah ungkapan paling popular dema. tapi bila 8 polis menyungkor baru gelabah penyu masing-masing. PAT dalam kenyataannya selepas 2 anggota polis terbunuh mneyatakan penceroboh bukan sebarang kumpulan bersenjata berdasarkan gerak gempur dan taktikal mereka atau dengan kata lain penceroboh adalah season combatant. lagi satu yang jadi kemusykilannya adalah apakah pihak polis amnya dan PPH BAT 69 tak ada intel ke? takkan tak tau yg penceroboh ada mortar. pakai doktrin combat mana masuk menyusup dengan senjata ringan sedang musuh ada light artillery? yg keduanya menteri kdn kata rundingan sedang berjalan, kalau dah sedang berunding tiba2 masuk jugak apa hal?
habis tu mana kata khabar angin nyer? khabar anjing kot? memang dasar melayu kot dah terhantuk baru nak tegadah. apa2 pun lahad datu adalah sandiwara bn yang dah lari skrip dan plot yang haywired dan diluar kawalan director.
apa2 hal pun takziah kepada keluarga anggota polis yg terkorban. risiko jadi komando. sabar ajerlah dengan takdir, cuma takdir kadang2 tu manusia yg lemah ni persoalkan juga bila nisbah perbuatan manusia tu dah melampau sangat.
setuju dgn anon 3.03pm..ni zon MERAH..bukan roadblock polis..ni adalah situasi PERANG...bagi anon 4.18pm...statement awak tu x sesuai dgn isu sekarang...statement tu hanya sesuai pada day 1 tapi bukan sekarang...anyway...ABU...
Kepda semua yang menulis, anda semua tak tahu situasi di kampung tersebut. Saya pernah berkhidmat di kawasan felsa sahabat dan kampung tanduo, tanjung batu, tanjung labian, lok buani, tanjung bilis dll biasa saya kunjungi atas dasar khidmat kepada penduduk miskin. Ramai penduduk kampung itu merupakan warga tanpa ic dan kebanyakan yang tiada ic ialah warga filipina yang sama ada mencari nafkah di kawasan felda dengan bekerja sebagai buruh, pembantu rumah dsb. Keadaan perkampungan bagi yang tak biasa adalah sangat daif dan ramai penduduk warga negara yang merasa terancam dengan kedatangan warga filipina ini. Mereka sama dengan penduduk tempatan dari segi rupa dan boleh bercakap slanga sabah. Jadi pasukan keselamatan tentunya akan berada dalam keadaan 'high tensional stress' kerana tidak kenal siapa lawan atau sebaliknya. Yang mangkuk duia ekortu duduk dalam semak buat ape? Bukankah keadaan begitu mencurigakan? Sudahlah berada dalam kawasan merah, menyorok pulak. tak kan polis/tentera nak tanya dulu 'siapa tu? keluar kalau tidak aku tembak!'. Kalau dalam filem bolehlah. Polis dan askar sedang dalam operasi pembersihan, bukan operasi banci penduduk. Oleh itu biarlah berfikiran matang sikit bagi yang komen tak tentu hala. Semuga polis dan tentera Malaysia dapat terus membersihkan semua kampung di lahad datu, semporna dan kunak dari pengganas laknat tu. Kembalikan ketenangan di lahad datu seperti ketika sebelum kejadian ini. Semuga penduduk lahad datu bersama pasukan polis dan tentera mengembalikan keamanan di LD.
Setuju dgn enam jahanam...kpd mereka-mereka yg asyik menyalahkan pihak keselamatan tidak merasai sendiri situasi sebenar yg dihadapi anggota polis & tentera ketika ini.Kalau dah dlm zon merah tindakan mesti cepat dan tangkas.Pengganas menanti sambil bersembunyi manakala kita pula mencari.Mana yg lebih berisiko?Sudah tentu pasukan keselamatan yg lebih berisiko,terdedah dengan serangan & tembakan yg datang dari pelbagai arah.Jadi berfikirlah cara positif.Apa-apa pun selamat berjuang kpd pasukan keselamatan.Pengorbananmu amat disanjung..
teringat masa dulu-dulu,zaman gile main counter strike.jari ni memang cepat sgt nak tarik picu.tak kira la kawan atau lawan.sape tibe-tibe tersembul kena tembak.
kepada sape2 yang kondem pasukan keselamatan kita tu, anda tak layak pun nak kondem mereka.you are not in their shoes.gi main paint ball tu kalo nak rasa feel tembak atau ditembak.
Aku ada seorang kawan yg bapak saudaranya merupakan salah seorang dpd 2 rakyat Malaysia yg pernah menganggotai pasukan French Foreign Legion. Di depan mata kepala aku dia menyatakan kehairanan tindakan pasukan keselamatan Malaysia dari segi taktikal dalam menangani isu kumpulan bersenjata Sulu di Sabah ni. Kata dia menyalahi semua aspek taktikal yg dipelajari dan dialami beliau sepanjang 13 tahun bersama pasukan tersebut.
Ini kenyataan dpd mulut seorang bekas tentera yang pernah menyertai lebih daripada 30 misi pelbagai jenis seperti misi expeditionary, occupation, airborne, SnR, peacekeeping dan lain-lain lagi. Pernah berada dalam kawasan pertempuran yang jauh lebih sengit dan mencabar daripada Lahad Datu.
Teori dan praktikal tak akan sama.Perlu disesuaikan dgn keadaan.Tak semua ilmu yg dipelajari ketika latihan boleh dipraktikkan 100% bila berhadapan situasi.Serahkan saja pada yg arif.
Dengan mood menafikan dari pak menteri hingga ketua pasukan...tak mustahil alasan banyak digunapakai bagi menutup kesalahan dan kecuaian..bukan baru satu pengalaman pihak polisi salah tembak atau salah guna kuasa seperti kes adik amirul..tak mustahil alasan pergerakkan dalam semak penyebab tembakan dilepaskan adalah rekaan dan alasan untuk menyedap cerita..sekadar curiga sebab mereka memang kerap sebelum ini bertindak dgn penuh kecurigaan terhadap rakyat yg tak bersenjata malah mereka yg tak melawan.
Bg sya la kn sbg rkyat SABAH (pribumi),,d sbh kmi gelar bngsa mrka ni sbg 'suluk'..tnya la mna2 pribumi sbh ttg suluk ni,xtpu korg arr..smua tau bngsa dorg ni mmg btl2 kjam xkira kcil,bsar,tua,muda,org awam suluk mau pn pngganas..klu korg ni luar drpd sbh,haaaa dtg la tgok n rsai hdup d klilingi suluk2 ni,,kdr jnayah d sbh mningkat 101% d sbbkn bngsa suluk ni,,apatah lg pngganas suluk,laaaagii gns n kjam!!Bngsa mrka bknnya prlu d usir tp hrus d musnahkn,xkira kcik,bsar,tua,muda,awam suluk atau pnggns..
dalam situasi perang x same mcm tangkaP PATI yg di tunjuk dlm 999, sb kt tahu tempat dan pergi serbu pd mlm hari je..Kalau dalam situasi sekarang kalau aku berada di tempat polis tu pun aku akan tembak..sb nyawa di hujung tanduk..tp nak salah polis tu pun x boleh 100% sb kepada remaja berkenaan BOLEH berada di zon MERAH sedangkan pihak berkuasa sudah war2 kan kosongkan kediaman..dah la identiti remaja berkenaan tidak di ketahui..(PATI ke WARGANEGARA) NI SILAPNYE RCI..sblm ni pun aku pernah berada di zon perang jugak..so sekarang ni kene paham situasi.. pada pandangan aku kalo anda berada di tempat polis berkenaan pun aku rase tindakan sama yg korg lakukan..peluru x bermata bro..tu silapnya kalo pihak polis berada di hadapan dan tentera di belakang..-PSSTUDM-
Anggota kslmtan yg terkorban kat semporna tu bukan sebab pengganas sulu tp oleh kartel dadah yg dah terlalu marah sbb business kena kacau..
bakakuk..Manusia x semua jahat..kalo benci ngan di org pun..jgnlh sampai ckp macam tu. X mencerminkan semangat 1 makaysia bahalul.tulah kalo minum mantokuo jak..palui.
Catat Ulasan