Di dalam satu bancian yang dikendalikan oleh akhbar Sinar Harian yang bertanyakan mengenai keyakinan pembaca terhadap pendirian samada Saiful atau ayahnya Azlan, didapati lebih 90% pembaca memilih untuk berpihak kepada Azlan.
Daripada sejumlah 2258 orang yang menyertai Bancian tersebut, 2070 (92%) orang telah memilih Azlan dan cuma 188 (8%) memilih Saiful.
Berikut ialah soalan yang ditanyakan di dalam bancian trersebut.
Saiful sebelum ini telah menuduh bapanya, yang telah mendedahkan anaknya itu dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.
Berikut ialah kenyataan penuh bapa Saiful Bukari, iaitu Azlan Mohd Lazim.
Kenyataan penuh bapa Saiful Bukhari
Assalamualaikum wmth dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa.
1. Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Khairil Annas Jusoh, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri. Mereka inilah merupakan dalang kepada semua FITNAH LIWAT yang dilakukan terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya.
2. Saya amat kesal atas segala fitnah yang telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan anak saya Saiful Bukhari.
3. Malah anak saya lansung tidak pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepada saya. Saya mengetahui hal anak saya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan. Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapat keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan.
4. Semua kenyataan-kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anak saya dan saya sendiri telah dirancang dan diskripkan oleh peguam Zamri Idrus bersama Khairil Annas Jusoh.
5. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini.
6. Saya ingin menyatakan walaupun pada ketika perbicaraan berjalan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anak saya, yang sebenarnya saya lakukan ini semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya yang sudah tidak beribu. Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7. Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini.
8. Saya lakukan pendedahan ini kerana setelah sekian lama saya mengumpul maklumat-maklumat samaada semasa dalam perbicaraan mahupun yang dikirim kepada saya oleh orang ramai, saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan. Pihak pemerintah langsung tidak pernah menemui saya untuk berbincang kes ini apatah lagi mahu bertanya pendapat saya. Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh Khairil Annas Jusoh. Ianya dilakukan dengan begitu terancang sekali.
9. Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
10. Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi. Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini.
11. Saya merayu kepada seluruh rakyat negara ini untuk tidak mempercayaai fitnah ini dan marilah kita sama-sama bangun, bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah merestui perjuangan ini.
12. Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke 13 nanti.
Sekian. Wassalam.
Yang Benar,
………………………………
(AZLAN MOHD LAZIM)
klik untuk baca
13 ulasan:
Mana perginya CYBERTROOPER UPAHAN umNGOK TAKKAN MAKAN GAJI BUTA? ATAU DAH TAK DAPAT UPAH?
Pembaca Sinar Harian 80% penyokong pembangkang
So tidak adil la perkara mcm ni dibesar-besarkan
Kita tunggu, Allah Maha Berkuasa, kita tengok siapa Azlan sebenarnya
penipuan, pembohongan tak kan di benarkan oleh Allah SWT.Dan manusia yg hidup dlm fitnah dan pembohongan.. Allah tak kan mengurniakan ketenangan, jiwa sentiasa meronta2, dan tidak ada ketenangan sepanjang masa, realiti manusia akan berdetik hati nya mahukan kebenaran...hanya manusia yg tidak beraqidah dan tidak beriman saja yg tetap dgn lagha nya.. syabas...en. azlan, kita bukan sekadar hidup di dunia tetapi yg lebih lama kita akan berada di akhirat Allah. cybertrooper umngok...bertaubat lah..kesenangan dunia hanya sementara.
semuga allah mengampunkan yg telah bertaubat dan menyedarkan juga memusnahkan yg belum mengaku dan masih melakukan kemungkaran....hormat dari saya diatas keberanian en azlan
Jika Konspirasi UMNO, semoga allah tumbang dan hancurkan mereka...kerana menzalimi...
Pembaca Sinar Harian kebanyakkan penyokong pembangkang? Ko tak tengok ke isi dalam Sinar Harian tu 90% mengampu KERAjaan UmNGOK-Be End
Anonymous said...
Pembaca Sinar Harian 80% penyokong pembangkang
So tidak adil la perkara mcm ni dibesar-besarkan
Kita tunggu, Allah Maha Berkuasa, kita tengok siapa Azlan sebenarnya
MARCH 10, 2013 AT 10:32 PM
Cik Anom
Kalau Macam tu suruh la Utusan Malaysia UM (Umno Malaysia) yang 100% sokong umno buat survey Dan kita tengok resultnya....
Ada brani....tak kan berani punya...
heran gak aku pikirkan isu terbaru ni. azlan kata konspirasi saiful kata tidak. masa saipul kata lubang ekzoz dia kena sumbat dulu seingat aku lah azlan berdiri sama tegak dan duduk sama berlipat dengan anak dia. dan ramai orang percaya dengan si azlan ni tak dak yang kata dia ni penipu ker pembohong ker, tapi bila dia kata semua yg berlaku ni konspirasi ada pulak mangkok hayun yang nak tengok siapa si azlan ni? jangan jadi bodoh si azlan tu bapak si saipol lah bukan mak sedara dier.
kalau anom. 10.32 katakan 80% yg membaca Sinar adalah penyokong PR, yg pastinya 95% yg bacakan Utusex Meloya adalah penyokong umno..pembaca2 Sinar makin meningkat jumlahnya sedangkan utusex bro makin kurang ..maknanya pm tanpa mandat rakyat tu akan jd ketua pembangkang lps PRU 13 ni..
btol-btol. ko try laa keluarkan survey tu dalam Berita Hairan ker..Utusan Sex ker..TV3 suku ker. kita tengok sapa yang betul. Sinar4 Harian tu aku rasa 100% sokong BEE End. Keluar sikit-sikit berita pembangkang tu sandiwara jer. ko ingat senang-senang suratkhabar pro pembangkang nak dilayan macam sinar hairan tu..hakk tuihhh...
Alhamdulillahh, ada juga juak Umno yang membaca Sinar Harian. Semogaada kebaikkannya.
badan gagah tapi tak mampu tangkis
kalau tak mahu,lawan seribu daya,
kalau aku tolak dikeroyok nama menyerah mungkin tidak....?
Anonymous said...
badan gagah tapi tak mampu tangkis
kalau tak mahu,lawan seribu daya,
kalau aku tolak dikeroyok nama menyerah mungkin tidak....?
Sangat Setuju dengan komen ni..
Catat Ulasan