13 Jul 2016

Asalkan UMNO, Dia Boleh Merusuh Dan Semarakkan Api Perkauman?

Kira-kira 200 penunjuk perasaan berhimpun di depan ibu pejabat DAP di sini, hari ini untuk menyatakan protes terhadap wakil rakyat DAP Nga Kor Ming susulan kenyataannya yang didakwa biadab, dan berunsur provokasi.

Penunjuk perasaan yang kebanyakannya berbaju merah berarak sejauh satu 1km dari Ibu Pejabat Umno Cheras sambil menyanyikan lagu ‘Inilah Barisan Kita’ dan membawa plakad tertera ‘penghina Islam harus dihukum’ dan ‘DAP rasis’.

Kekecohan berlaku apabila sebaik tiba di depan ibu pejabat DAP, kira-kira 30 anggota polis membuat sekatan dan tidak membenarkan mereka masuk.

Parti Baharu Pimpinan Mahathir Bakal Kukuhkan PH

Ada kemungkinan satu parti politik baharu akan ditubuhkan, barangkali diketuai oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada FMT, bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata Dr Mahathir mungkin membuat kemunculan semula dalam usaha menggantikan kerajaan sedia ada diketuai gabungan yang pernah dianggotai negarawan itu.

“Kami akan mengadakan mesyuarat Khamis ini bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

12 Jul 2016

PAS Nak Tunggu Negara Bankrap Baru Nak Tentang UMNO BN?

1MDB: Jangan jadi pemimpin bodoh, kata Mohamad Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menasihatkan pemimpin politik tidak menampakkan kebodohan diri sendiri apabila mempersoal pendedahan Sarawak Report mengenai 1MDB.

Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, pendedahan Sarawak Report itu dibuat kerana laporan audit 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Apakah PAS Sedia Terima Nasihat Atau Hanya Nak Jadi Penasihat?

Lima nasihat kepada Pas kalau nak menang

SHAH ALAM – Kekalahan Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukanlah perkara luar biasa. Sebagai salah satu parti politik yang ikut bertanding dalam arena PRK tanah air, sudah menjadi adat bagi parti yang bertanding untuk menang atau kalah.

Bagaimanapun kekalahan Pas dalam kedua-dua PRK tidak boleh di pandang enteng oleh pimpinan parti itu.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis menggariskan lima perkara yang perlu dilakukan Pas sebelum bermulanya musim Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

11 Jul 2016

[VIDEO] Akibat Kegagalan Brek Bas Tempuh 10 Kereta

Dua cedera selepas kereta mereka naiki dirempuh bas ekspres yang turut merempuh sembilan lagi kenderaan di Kilometer 265.8 Lebuhraya PLUS arah selatan selepas Terowong Menora di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, bas ekspres yang dipercayai hilang kawalan akibat kegagalan brek, merempuh 10 kereta di depannya.

Komander Lebuh Raya Zon Utara Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Asisten Superintendan Hazil Reza Mohd Ghazali berkata, kemalangan itu mengakibatkan dua mangsa dalam kereta, dipercayai kereta pertama dirempuh bas berkenaan, cedera..

Mat Taib Sokong Pandangan Husam

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhamad Taib setuju dengan pandangan Datuk Husam Musa mengenai New Politics atau Politik Baru di Malaysia bahawa rakyat negara ini perlukan muafakat baru.

Bagi bekas naib presiden Umno itu berpendapat, dengan memilih parti lama tidak banyak yang boleh diubah walaupun hasrat untuk berubah ada.

"Saya melihat untuk Malaysia menjadi lebih dinamik dan maju di masa hadapan rakyat hendaklah berani berubah untuk memilih parti baru untuk mentadbir negara dengan mendepankan tokoh-tokoh muda untuk menerajui negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

10 Jul 2016

Ada Yang Meroyan Minta Salahuddin Kembali Kepada PAS....

Salahuddin kembali ke Pas?

Sambutan Aidil Fitri Syawal tahun ini begitu bermakna bagi saya setelah setahun bermula dengan Gerakan Harapan Baru( GHB) dan seterusnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah), sebuah parti yang saya bersama membinanya dari hari pertama kewujudanya.

Di samping rakan-rakan seagama yang begitu ramai datang bertamu di rumah saya di Kg Tg Piai, Pontian, demikian juga rakan-rakan dari kaum Cina dan India yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya. Saudara mara saya dari kaum tionghua juga tidak ketinggalan setiap tahun datang begitu ramai mewarnai panorama rentas budaya dan politik.

UMNO Kepada PAS: "I Love U" Kerana Wujudkan 3 penjuru

GB agak sibuk kebelakangan ini. Jadi kekurangan masa untuk kemaskinikan blog ini seperti dulu.

Begitulah untuk entri kali ini cuma ada satu cedokan dari status FB Harapan Pb. Pendek tetapi agak menarik.

Ia berkisar mengenai kedudukan PAS di dalam arena politik negara yang kini berada di dalam apa yang dinamakan blok ketiga. PAS bersama IKATAN (bekas UMNO). UMNO gembira teramat sangat apabila berjaya memusnahkan Pakatan Rakyat dengan bantuan PAS. Dan langkah UMNO itu berhasil di dua PRK yang lalu dengan kewujudan pertandingan 3 penjuru yang menyebabkan UMNO menang dengan majoriti yang besar.

9 Jul 2016

Prof Agus Belasah Pentaksub Tegar PAS

Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.

Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri.

8 Jul 2016

Rakyat Malaysia Yang Gila Saja Tidak Akan Sensitif Dengan Skandal 1MDB - Husam

Husam rayu Raja-raja titah dedah laporan Audit Negara 1MDB

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memohon kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya menitahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB, berikutan pendedahan di laman web Sarawak Report semalam.

Katanya, tindakan itu bagi membolehkan rakyat membaca apa yang sebenarnya berlaku kerana laporan itu kini diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Bolehkah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu menitahkan baginda diberikan taklimat khas oleh Ketua Audit Negara? Serta menitahkan satu salinan laporan ini diberikan kepada mereka?

Bukankah Najib Pernah Minta UMNO Contohi Keberanian IS?

Media jangan beri ruang siar agenda IS – Khalid

KUALA LUMPUR: Pengamal media yang memberi ruang kepada anggota kumpulan militan IS untuk menyampaikan agenda mereka boleh dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Media yang ingin mencari kelainan berita dengan menyiarkan temu bual media bersama anggota Daesh warga Malaysia di sana (Syria) sebenarnya boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Polis Negara di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, hari ini.

6 Jul 2016

Setelah Kau Hentam Dan Kafirharbikan Mereka, Kau Ajak Masuk Islam...

Ajak masuk Islam selepas ‘kafir harbi’ memalukan, kata Amanah

PETALING JAYA: Amanah hari ini menganggap tindakan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang menjemput Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memeluk Islam sebagai bertentangan dengan cara dakwah Islam.

Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang berkata ia lebih-lebih lagi selepas kontroversi “kafir harbi” yang dicetuskan Abdul Rahman.

“Kalau sudah mengajak bergaduh dengan menimbulkan isu kafir harbi, selepas itu nak mempelawa masuk Islam, itu bukan cara Islam,” kata Ahmad kepada FMT.

5 Jul 2016

[VIDEO & GAMBAR] Serangan Pengebom Berani Mati Di Madinah, Qatif & Jeddah

RIYADH: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan berani mati di Arab Saudi pada Isnin, selepas berlakunya dua serangan di tempat lain di rantau ini, sebelum berakhirnya Ramadan.

Tiada pihak yang serta-merta mengaku bertanggungjawab untuk ketiga-tiga serangan, dengan yang terbaharu dilancarkan di bahagian luar Masjid Nabawi di Madinah, menyebabkan empat anggota pasukan keselamatan terbunuh dan beberapa yang lain cedera.

Sejak akhir 2014, Arab Saudi telah dilanda serangan bom dan tembakan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS) tetapi beberapa serangan pada hari yang sama, yang terdahulu berlaku di Qatif dan Jeddah adalah luar biasa.

[VIDEO] Shafie Apdal Keluar UMNO, Rakyat Sabah Bangkit

Shafie umum keluar Umno

SHAH ALAM – Susulan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno sebelum ini, Datuk Shafie Apdal hari ini mengumumkan untuk keluar daripada parti berkenaan.

Menurut Shafie, walaupun telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.

4 Jul 2016

Zaidi Dakwa PAS Sudah Jadi Parti Assabiyah Melayu

PAS BUKAN LAGI PARTI ISLAM TAPI SUDAH JADI PARTI ASOBIYAH MELAYU

Ini berdasarkan Dalil Al Quran surah Hud Ayat 113 dimana Allah SWT berfirman (bermaksud); "Dan jangan sekali2 kamu cenderung hati kepada orang2 yg zalim itu kelak kamu disambar api neraka".

PAS dibawah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz (ATGNA) melawan Umno BN habis habisan sebab itulah Umno BN mengenakan berbagai tekanan kepada ATGNA dan Kelantan. Tapi hasil kebijaksanaan memerintah dan polisi jimat cermat Kelantan dapat bertahan.