10 Jun 2015

Malapetaka Bagi PAS Apabila Ulama Buta Undang-undang


Asmuni: PAS tiada pilihan, kena laksana usul

Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

“Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

“Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.

“Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.

“Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan,” Asmuni dilaporkan berkata. -mk


PAS perlu keluar Pakatan atau diketawakan

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyatakan PAS perlu keluar Pakatan demi ‘mempertahankan jati diri’ parti berkenaan.

Menurut Hanipa, jati diri PAS akhir-akhir ini banyak dipersoalkan golongan proulama yang mendakwa toleransi parti berkenaan dengan DAP sudah melepasi tahap dibenarkan Islam.

Kata Ahli Parlimen Sepang itu, pendirian Dewan Ulama kepada DAP dapat dilihat kepada kenyataan ketuanya, Datuk Dr Mahfoz Mohamed yang menyatakan golongan progresif tidak arif dengan dasar PAS dan sering menghalang keputusan dengan fakta bernas.

Justeru ujar beliau, PAS yang kini dikuasai golongan konservatif tidak wajar berundur selepas membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP.

“Jika tidak, PAS akan diketawakan kerana tidak berpegang dengan prinsip,” katanya.

Menurut Hanipa, tanpa kumpulan sederhana dalam PAS ketika ini, parti itu sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan visi dan misi seperti diingini.

“Kalau mereka tidak berani bertegas dengan pendirian mereka seperti yang dijelmakan dalam muktamar lalu dan masih mahu terus bersama Pakatan mereka pasti akan ditertawakan.

“Maka satu satunya jalan bagi mempertahankan jati diri PAS, kepimpinan baru wajar berani, tegas dan konsisten mempertahankan prinsip perjuangan dan satu satunya jalan bagi merealisasikan hal tersebut ialah dengan keluar daripada Pakatan secara hormat,” jelas Hanipa lagi.



ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang buta undang-undang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka snediri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.

Tidakkah itu melucukan? Mereka mengusul, mereka meluluskan dan kemudian mereka menyatakan "ia belum muktamad."

"Belum muktamad" itu berlaku apabila tersentak dengan pengumuman perletakan jawatan Mohd Sabu di dalam kerajaan Pulau Pinang. Tetapi mereka dari kumpulan ulamak yang turut memegang jawatan di dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor keberatan mahu melepas jawatan sebelum mendapat arahan PAS Pusat.

Berdasarkan kenyataan dua orang peguam di atas, Asmuni dan Hanipa, muktamar perlu diadakan semula jika mahu usul itu ditarik balik atau jika hendak diubah.

Dan jika MSU dan AJK PAS Pusat membuat U-Turn menterbalikkan usul yang telah diluluskan tanpa bahas di dalam Muktamar, MSU dan AJK PAS Pusat boleh diheret di mahkamah kerana ia ultra vires. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya. Peranan mereka ialah melaksanakan usul yang telah diluluskan oleh Muktamar. Jika MSU berpendapat ia melibatkan soal pentafsiran hukum yang memberi kuasa MSU melakukannnya, maka ia hanyalah untuk makluman "pembawa usul" berkenaan. Dan jika hendak di terbalikkan usul itu, dari sudut pertubuhan dan perundangan, muktamar perlu diadakan semula.

Demikianlah episod untuk ketika ini. Kita tunggu dan lihat apa berlaku jadi esok.

37 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

belum memegang jawatan sudah menampakkan kebodohan..betul2 memalukan diri

sendiri

Tanpa Nama berkata...

NAMPAK TIDAK CERDIK BETUL

Parti IPF pun tak sebegini.

PAS akan pupus sebelum PRU14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Tahun 90han dulu, dalam satu majlis taaruf pas dengan semangat 46 (bekas ahli umno)..wakil semangat 46 cakap dia sanjung pas ni dari segi ilmu agama je...tapi admin (pentadbiran)...ZERO.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak mentadbir negara macam ni....

Tanpa Nama berkata...

Saya faham semua orang mahhu pejawat Pas dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor meletak jawatan ekoran usul memutuskan hubunan Pas Dengan DAP.

Kebetulan pula penjawat Pas kelihatan amat berat hati melepaskan jawatan kecuali Mat Sabu dan Mujahid.

Saya sokong penjawat Pas dalam kedua-dua kerajaan itu TIDAK meletak jawatan. Teruskan pegang jawatan masing-masing.

Kita lihat nanti bagaimana rupa hidung mereka. Kalau golongan profesional dianggap jadi kuda tunggangan DAP, apakah nanti kumpulan yang bergayut dengan jawatan ini lebih teruk daripada kuda bahkan lebih bodoh daripada kaldai?

Kuda dan kaldai tidak pernah kena cucok hidung. Hanya di kekang mulut sahaja. Sebaliknya lembu dcucok hidung dan ditambat setiap masa.

Dalam keadaan DAP telah menunjuk jalan keluar tetapi penjawat ini masih lagi bergayut mohon belas ehsan, apakah taraf yang sesuai untuk diumpamakan mereka ini?

Dalam keadaan mereka dipandang hina oleh orang keliling mereka, mampukah mereka melaksanakan tugas mereka dengan berkesan dan ikhlas? Hati nurani mereka akan sentiasa memberontak kepada diri sendiri kerana setiap bulan ambil gaji tapi setiap masa juga senantiasa menentang pehak yang membayar gaji mereka.

Pertentangan diantara akal dan nafsu akan setiap masa mengganggu jiwa mereka.

Apabila berdepan dengan penjawat daripada DAP, mereka tidak berani lagi angkat muka kerana mereka sebenarnya sedar diri yang mereka berada dalam jawatan itu adalah atas ehsan DAP. Jadi jika DAP bentak mereka suruh berdiri, mereka kena berdiri dan bila DAP arah duduk, mereka kena duduk.

Jika enggan, DAP boleh nyahkan bila-bila masa tanpa apa-apa pertimbangan lagi.

Kesimpulannya, jika mereka tidak melepaskan jawatan, maka mereka sebenarnya akan jadi berpuluh kali lembu yang dicucok hidung.

Walau bagaimana pun saya sangat-sangat sokong mereka jangan letak jawatan kerana saya ingin sangat tengok rupa mereka adakah jadi kuda, kaldai atau pun lembu.

Tanpa Nama berkata...

jangan salahkan mereka sbb meraka sebulat menyata utk mengunakan siku dan lutut bukan akal jadi apa yg disepakati harus kita terima dengan hati yg redha, lps ini mungkin projek menjentik pula.

otoote berkata...

aiks!....mana pi ....sonyap ajo MokhtarSenik ...AzliMuso.... DinLututSikuTantawi..... NikAmar...NikAbduh....mano poei eh....
Siap le korang.....korang nyebabkan menantu dan anak dan cucu tuang presideng ilang jawatang....ilang juta2....korang nyusahkankang kehidupang anak menantu presideng.....aku tak tau la spa presideng akan lebel korang nanti...tunggu la....adakah barua? broker? tolol? munafik? pil kudo?....
ntah le....nasib korang le....jgn lw korang berani pijak bumi Rusila....kihkihkih
satu2 jalan selamat korang ialah....jeng jeng!..
psssttt...jgn heboh....korang ajak TimPresideng baru pi brainstorming kat Kenyir lagik skali....plan camno nak nyahkan Presideng pulok....kihkihkih

Tanpa Nama berkata...

Presiden pun dah di cuba bg perintah satu negeri suatu masa dahulu..akhirnya hancusss...tak pandai nak tadbir negeri camana nak tadbir negara...

Tanpa Nama berkata...

Zuhdi Marzuki, sila komen!

wan amero berkata...

Molek sungguh cadangan tuan hamba...tuan ib ketot boleh ajar budak2 main mercun sambil muqayyam ker multaqa ker mung celako ko kan?

Tanpa Nama berkata...

tak pupus la...nanti akan jadi parti UMNO + PAS = UMPAS

Tanpa Nama berkata...

baru beberapa hari pegang jawatan hasil fitnah label melabel mengikut budak2 muda yg bodoh dlm PAS, dh terserlah kebodohan tk tau undang2 parti rupanya.

nnti kena tindakan ROS jgn cari peguam hanipa maidan dll yg ada dlm PAS. mereka semua jebon ingat tu.

pegilah suruh nik beduh masuk court jadi lawyer PAS.

Tuhan nk tunjuk sekejap aje. tk guna berjuang islam tapi masih berpakaian iblis.... SOMBONG BONGKAK TAKABUR

iblis merasa kasta dia 'ulamak' dpd api yg tinggi maka dihinanya Adam as yg kastanya rendah dpd tanah.

kalau hati penuh mazmumah jgn bicara pasal perjuangan Islam.


padan muka.

adlan saidin berkata...

Terbaik

Tanpa Nama berkata...

Setuju otoote/

Geng-geng TITM kena bawa sekali lagi berba'ahiah diTasek Kenyir..ahhahhahah kali ni nak jatuhkan Tuang presideng dan mursydul am,mokthar snake,dr.Zuhdi...hahhahhhahah kan kaorang terror dalam bab..putar-belit ni....ooopsssjangan lupo Tok usen Ceroi...Baru BEST KALAU TIDAK GENG-GENG KAORANG Syuruuuuuuuu mIssla bro. Majlis Syuruuu Ulamak tak boleh di harap sebab dia dah kenyang melantak elaun...

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnye perasan diri suci murni walak.salah sendiri tp masih ego.lihatlah keegoan dan kebodohan pas akan menghancurkannya

Tanpa Nama berkata...

nak kutuk lebih2 depa ni semua ustad belako...ishhhhh tapi mmg kuda kayu sungguhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Nampak gayanya seakan Allah bayar tunai kepada Puak2 ularmak Pas ni.Jauh dari mendapat keredhaannya.Hey lebai serban besar sendiri mau ingat Allah tau apa yang ada dalam benak fikiran kamu kendati kau tutup dengan serban yang besar membelit.PUAK2 MU HANYA SESUAI JADI PALING TINGGI GURU BESAR SEKOLAH AGAMA RAAYAT.Bab merentah dan mentadbir out.Bukan nak kutuk tapi realitinya begitu.Akhir kata ambo nak nasihat kepada puak2hak pegang kuasa dalam Pas la ni bo lah jadi nggor bengong jangan dok belit nak jilat JUBOR LGE{DAP}semula.Sebabtu kalu nak wat keputusan kena fikir molek.Puak2mu ni jenis spesis ILMU SEJENGKAL AKAL SETENGAH JENGKAL.

Sam Sung berkata...

Geng ug ni tau ke undang2..udang dorg tau la..kahkahkah
Pggl la Tok Usin Cirit tu tlg ulamak2..kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

Cuba bayangkan kalau PAs memerintah Malaysia, lopeh tu hukuman hudud pulak berkuekkuaso. Ngoghi den. Kojap-kojap jatuh hukuman potong tangan, lopeh tu batal, lopeh tu potong pulak. Mampuih!!! Bukanlah den melawan hukuman Allah s.w.t. Tidak sekali kita orang Islam. Den cumo tak cayo kak lobai-lobai kita. Main sorobu jo, main torkam jo. Bila ado problem sumo kelam kabut. Yang buek taik ontok jo.Den memanglah ado satu undi tapi den boleh pengaghoh keluago den 20 orang kek satu kawasan di Selangor. Untuk permulaan kalau geng presideng datang bagi tazkirah kek mosojid bulan puaso ni den balik ghumah. Tak koso den donga cakap geng kuek fitnah!!

Ibnu Saad berkata...

Itulah akibat bila tak berhati2 dan gelojoh dlm sesuatu perkara.yg malu diri sendiri.skrg apa pula alasan utk nak tutup kebodohan yg tlh dibuat .

Ibnu Saad berkata...

Itulah akibat bila tak berhati2 dan gelojoh dlm sesuatu perkara.yg malu diri sendiri.skrg apa pula alasan utk nak tutup kebodohan yg tlh dibuat .

Tanpa Nama berkata...

.

DAP dah tak hormat Presiden pun masih cakap belum muktamad.

Mana penting maruah Presiden atau Jawatan.

Jangan marahlah kalau lepas ini Presiden kena kutuk.


Kita kembalikan kepada Allah.

Tanpa Nama berkata...

Semua AJK pas pusat yang baru jangan lupa AMANAT HAJI HADI ye..kena faham molek. Jangan harap serban je...

Tanpa Nama berkata...

Sapa ada anak dara tu ingat sikit
Mokhtar senik tu suka pelari anak dara orang
Tuang presiden pon tak leh lepa nak tambah jugok tu jadi 3
Nik abuduh tak apa pasal dia bodoh stupid idiot
Haron din tak ngeneng projek ngan umno ke
Mamat ni kan penjilat umno

Saadun Sulaiman berkata...

Muktamar PAS yang ke 61 ini saya perhatikan tak ubah macam budak budak yang sedang main pondok pondok ke apa. Mereka kerap menyebut "CHUP" dan "TAK ACI" setiap kali apa yang mereka laku kan di tentang hebat oleh pehak lawan. Begitu lah juga dengan cadangan yang di utara kan Oleh "LEBAI MALANG" yang bernama Mokhtar Senik dan dengan tanpa pemikiran yang waras pehak DUPP seolah olah setaraf dengan para pelajar di PASti terus sahaja menerima nya dengan sebulat suara. Kini setelah melihatkan "KEMUSNAHAN" yang bakal melanda, senang senang mereka menyatakan bahawa usul yang di terima sebulat suara itu belum muktamat.
Apa ni?

Kini ada cadangan agar di adakan muktamar semula. Tajaan yang di terima dahulu sudah pasti tidak akan di terima lagi. Yang sudah menang melalui "CAI" sudah pasti tak akan setuju. Akhir nya hasrat agar PAS bersendirian akan menjadi kenyataan. Yang memegang jawatan di dalam kedua dua kerajaan Negeri, P. Pinang dan Selangor, apa tunggu lagi, bungkus lah tikar bantal kamu.

Tanpa Nama berkata...

Cuba bayangkan kalau PAs memerintah Malaysia, lopeh tu hukuman hudud pulak berkuekkuaso. Ngoghi den. Kojap-kojap jatuh hukuman potong tangan, lopeh tu batal, lopeh tu potong pulak. Mampuih!!

Warighhh menarikk ekau punyo komen; Den raso kalauu, tok lobai ni memerintahh negaro,habiss kito semuao,hukum HUDUD pun berpilih-pilih, kalao monantu presding kono takap rasuah, bicaro-bicaro lopaih,takdo keno tangkap tuu!! ini warigh den, Habihh MESIA ni tongang -langang dibueknyo.

Ngoghi..ngoghi..ngoghi Den...

Tanpa Nama berkata...




.

Ini bukan buta undang-undang tetapi buta hati.

Andaikan lah PAS yang berkuasa di negeri Selangor. dah tentu-tentu DAP kena siku punya lah !! Maksud siku kita di sini ialah Demo tau.

Apa pun jika sekali pun PAS Selangor yang memutuskan hubungan dengan DAP dan bukan DAP yang memutuskan nya tetap DAP kena letak jawatan.

Nak jaga malu punya pasal, pro ulama akan buat Muktamar Khas dan perwakilan yang telah di caikan akan tetap meluluskan usul memutuskan hubungan DAP. Ini kita yang punya cai lah, kalau kau orang dah bertaruh, kita tak masuk campur. Ulama kata kubur masing-masing tu yang jemaah dalam parti di asing-asingkan.

Kepada Allah kita kembalikan.



wan amero berkata...

Nik abodoh nik amar rover mb mat rileks.
Tok gomo harun jin.
tuan guru tar snake(dia ni bab betino ooooo kalah jepun)Tak leh lepa kalu ada anak tino jgn bawak balik rumah...bahaya.

abdrahim kassim berkata...

Ini lah jadinya anak anak yg iq zero hantar ke sekolah ugama. Walaupun dapat ba azhar dan bergelar ulamak tapi iq masih zero jugak..

Tanpa Nama berkata...

Biar mampuih belako...dahla sombong..bodoh lai..

Malaysiabaru berkata...

ROS atau Suruhanjaya pertubuhan mungkn haramkan PAS kerana mempermainkan mesyuarat agung

Adakah perlantikan ajk pun boleh ubah dan dibtarik balik dan ditangguh selepas di adakan pada muktamar?

ROS mungkin haramkan PAS parti ajaran sesat

Tanpa Nama berkata...

Peristiwa ini akan beri pengajaran kpd PAS bahawa kuasa tu perlu utk melakukan sesuatu. Dah rasa tu, tiada kuasa semua jawatan terpaksa dilepaskan. Jawatan dah tiada nak buat apa lagi, tersengihlah jawabnya.

Tanpa Nama berkata...

Yup pandai ko...patut pas gagal perintah kelantan...bangang jgk ek

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nk tegak syiar islam mcm ni...semua belum sesuai

tokjeng berkata...

Dpt jawatan atas ihsan DAP?haha..what a joke..ke yg tulis komen kt atas ni yg dpt ehsan DAP

Tanpa Nama berkata...

UMNO + PAS = N0-PAS

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Tindak-tanduk Ketua Dewan Ulama Pas dan ahli-ahlinya sekadar mengiakan sahaja peribahasa Inggeris yang maksudnya lebih kurang "seseorang itu dilihat kebodohannya apabila membuka mulut". Jika Dewan Ulama Pas tidak mengusulkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP sudah tentu risiko hilang perkongsian kuasa di Selangor dan Pulau Pinang tidak wujud. Exco2 Pas di Selangor sudah menggelupur bakal kehilangan jawatan. Ahli2 Majlis Perbandaran / Daerah yang disandang oleh ahli-ahli Pas di kedua-dua negeri tersebut seakan-akan sudah tidak sah lagi. Ibarat talak tiga, masakan boleh tinggal serumah! Bila kuasa dilihat bakal hilang kerana keceluparan mulut, maka pimpinan tertinggi Pas seakan-akan hendak membuat pusingan 360 darjah. Tetapi segala sudah terlambat, terlajak perahu boleh undur, terlajak cakap hilang kuasa.

Rupa-rupanya, ulama-ulama Pas tidak secerdik yang kita fikirkan. Hebat memperkatakan hukum hakam agama, tetapi buta kayu mengenai undang-undang parti dan organisasi. Ahli-ahli akar umbi Pas seakan-akan tertipu dengan kelicikan ulama-ulama Pas berpolitik. Ahli-ahli Pas berkorban apa sahaja semata-mata mahu melihat BN tidak lagi memerintah. Dalam situasi Umno BN lemah longlai tiada tenaga, dengan tidak semena-mena Pas memberikan tonik pemberi tenaga kepadanya. Umno boleh dijentik dan jatuh dengan isu GST, 1MDB dan kejatuhan ringgit, tetapi Pas pascamuktamar menyelamatkannya. Tahniah Pas!. Tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu. Pemimpin Pas sudah mamai, kerana Umno tipu....