5 Jul 2016

[VIDEO & GAMBAR] Serangan Pengebom Berani Mati Di Madinah, Qatif & Jeddah

RIYADH: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan berani mati di Arab Saudi pada Isnin, selepas berlakunya dua serangan di tempat lain di rantau ini, sebelum berakhirnya Ramadan.

Tiada pihak yang serta-merta mengaku bertanggungjawab untuk ketiga-tiga serangan, dengan yang terbaharu dilancarkan di bahagian luar Masjid Nabawi di Madinah, menyebabkan empat anggota pasukan keselamatan terbunuh dan beberapa yang lain cedera.

Sejak akhir 2014, Arab Saudi telah dilanda serangan bom dan tembakan yang didakwa dilakukan oleh kumpulan Negara Islam (IS) tetapi beberapa serangan pada hari yang sama, yang terdahulu berlaku di Qatif dan Jeddah adalah luar biasa.


Masjid Nabawi yang terletak di bahagian barat, adalah salah sebuah tempat suci bagi umat Islam, di mana makam Nabi Muhammad SAW terletak di sini dan menarik jutaan pengunjung setiap tahun.

"Pasukan keselamatan telah mengesyaki seorang lelaki yang sedang menuju ke arah Masjid al-Nabawi dan lalu di kawasan letak kereta pelawat," kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

"Apabila mereka cuba menahannya, dia bertindak meletupkan dirinya dengan tali pinggang letupan yang dipakainya, menyebabkan dia dan empat anggota keselamatan lain maut," kata kenyataan itu, sambil menambah lima lagi mengalami kecederaan.

Kementerian itu berkata, serangan maut di Madinah berlaku ketika solat Mahgrib selepas umat Islam berbuka puasa.

Pengeboman di Madinah dan Qatif pada Isnin berlaku serentak.

Dalam letupan di Jeddah, dua pegawai keselamatan cedera, kata Kementerian Dalam Negeri.

Penduduk Qatif berkata bahagian badan ditemui berhampiran sebuah masjid kumpulan Syiah dan Kementerian Dalam Negeri mengesahkan ia adalah pengeboman berani mati sambil menjelaskan bahawa 'bahagian badan tiga orang telah ditemui' di lokasi itu tetapi identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.

"Pengebom berani mati, pasti. Saya dapat melihat badannya terbelah," kata seorang saksi serangan di Qatif.

Seorang lagi saksi, yang hanya mahu dikenali sebagai Ayman, memberitahu AFP bahawa berlaku dua letupan berhampiran masjid kumpulan Syiah.

Memetik kenyataan kerajaan di Twitter, Al Jazeera melaporkan korban di kalangan pegawai keselamatan berlaku selepas mereka menghalang penyerang berkenaan memasuki masjid.

Ketika kejadian kawasan Masjid Nabawi dipenuhi ramai orang, termasuk warga asing, yang bersedia untuk berbuka.

Beberapa saksi memberitahu mereka langsung tidak menyangka letupan berkenaan adalah serangan pengganas bunuh diri.

Warga Afrika Selatan, Ziyaad Patel, 36, berkata pada awalnya dia beranggapan bunyi itu datang daripada letupan meriam atau mercun meraikan sesuatu.

"Tetapi kemudian saya dapati gegarannya sangat kuat, seperti ada bangunan runtuh," katanya kepada AP.

Pengeboman pertama pada Isnin berlaku berhampiran konsulat Amerika Syarikat di Jeddah, telah dilakukan oleh seorang penduduk Pakistan yang kemudian dikenal pasti oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai Abdullah Qalzar Khan, seorang pemandu swasta berusia 35 tahun yang tinggal bersama isteri dan ibu bapanya di Jeddah selama 12 tahun.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, General Mansour al-Turki telah memberitahu saluran berita kerajaan, Al-Ekhbaria, bahawa pengebom berada lebih dekat dengan masjid di kawasan itu berbanding konsulat.

Kementerian itu dalam satu kenyataan yang disiarkan berkata bahawa sebahagian tali pinggang bahan letupan pengebom telah meletup.

Kedutaan AS di Riyadh melaporkan tiada kecederaan di kalangan kakitangan konsulat.

Pada Ahad, berlaku serangan di ibu negara Iraq, Baghdad yang mengorbankan lebih daripada 200 orang. Sebelum itu, pada Jumaat berlaku serangan di Dhaka, beberapa hari selepas lapangan terbang Ataturk di Istanbul diserang.





13 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

Ini yg ana selalu dok aebut d ulasan

Pemerintah aaudi lebih kejam dari Yahudi ..di yemen 6000 org d sembelih jet Saudi... Di Palestin hanya 1500,org shh yg mati

Bila ana tegur Saudi terus di halang masuk umrah...

Tapi hakikatnya Saudi lah punca perang d iraq di Afghanistan libya Mesir syria dan lubnan. 911 juga rakyat Saudi...

Every aars in Muslim nationa has the fingerpribts of Saudi

Latest najibullah rembat 2.6b Saudi... Apakah ini suatu campurtangan Saudi lagi di Asia temgara

Terimalah jika tidak mahu taubat..

Malaysiabaru berkata...

Ssmbungan..

Disebabkan 2,6b kita di paksa (blackmail) saudi utk hantar askar di syria dan yemen.

(jgn nak tipu ana dah tengok asakar kita d lubnan) dan di padang pasir saudi
Dan bila hishamudin campurtangan di negara Arab kita dah bawa perang timur tengah ke asean.

Ana terpaksa bersetuju dgn al baghdadi yg monarki saudi adalah pembelot islam. Yg lain sikit pun ana tak setuju..

Padahnya hisapudin bila bawa perang Arab ke asean. Mat Bangla mat melayu yg hantar askar ke sana akan terpaksa terima balzannya

Kerana 2.6b Malaysia skrg jadi hamba abdi saudi wahabi algilababi

Boley Jalan berkata...

Bukan saudi dah........ini semua perbuatan kafir harbi lah. Kalau ikut mufti Pahang kafir harbi di malaysia ialah DAP.....bukan MCA dan MIC? Kah kah kah......ente ada faham malaysia baru! Tapi org kafir harbi ini tidak menghalalkan cara.........olamak terkini saja yg buat lagu tu......sapa tak setuju adalah kafir harbi! Kerajaan patut tangkap para pengganas ni.........salah sorang tu penonton video jarman! Lagi satu siapa yg mengundi selain dari parti ampu sana ((PAS)......Berdosa dan kena jawab diakhirat jika PAS kalah. Ini lah gulungan yg melakukan keganasan yg sebenarnya........termasuk pengsonglap 2.6 billion! PENGGANAS SEBENAR PAKAI SERBAN.......atas nama islam halal kesemua termasuk duit anak yatim!

Tanpa Nama berkata...

Bahasa kelam kabut. Lain kali nak taip tu buka kamus. Sekadar teguran membina

kerengga berkata...

Semua orang boleh buat dakwaan dan tuduhan tapi bukti takde

Malaysiabaru berkata...

Apenyer takde bukti bhai.. Anta pegi lubnan dan lihat kem tentera kita d sana. Dan juga d jeddab..

Takkan lepas ana tulih ni kem dah tutup tanpa kesan

Bukti: Najib mengaku terima 2.6b.. Mulut Najib horse mouth bhai

Bukti... Dok dalam gua ker bhai...

Malaysiabaru berkata...

Ana masih tak paham

Adakah mufti Pahang agen i.si.s ... Menyemarakan pemberobtakan thdp kapir .. Tapi mufti modified konsep i.si.s yg wajib d bunoh dap shj bukan non muslim lain??

Boley jalan tak? Idiea ana

Malaysiabaru berkata...

Tang mana ante tak pahem..
Jgn tegur mcm budak tadika..bgtau ana

...united nations added Saudi arabia into the blacklist of nation manupulating humam rights and for the killing of young children in yemen.!!!

Aneh nya blacklist ini di tarik balik setelah di desak oleh Amerika dan zionis...

Wonderful isnt it

Tanpa Nama berkata...

Betul.... ramai yang pakai serban tu kena awasi.... kuat kelentong....cakap lain buat lain... mungin juga kerana kepala tak kena matahari.

Zulfahmi Fahmi berkata...

Ok. Malaysia Batu. Kau ni mesti ejen syiah kan?
Sama2 kita selamatkan Amanah drpd unsur2 syiah ni.

Tanpa Nama berkata...

zulfahmi, aswj berkembang atas dokongan penguasa2 zalim! sila kaji sejarah. imam2 4 tu hidup zaman siapa? aswj ujud 300 tahun stlh wafatnya Nabi saw. jadi dimana sunnah aswj ini? lupa ke pd hadis berkenaan dgn mengada2kan bidaah?

imam2 4 adalah alternatif kerajaan zalim kpd imam2 syiah dr keturunan Nabi saw. kerajaan zalim masa itu perlukan ulama2 yg boleh diketengahkan bagi membendung pengaruh keturunan2 Nabi saw. ketika imam2 4 bebas menyebarkan ajaran mereka, pada ketika yg sama imam2 syiah dr keturunan Nabi saw disekat, penjara dan akhir sekali dibunuh!

korg cuba fikir. kalau khalifah2 zalim ini sanggup bunuh keturunan Nabi saw, knp imam2 4 ini tidak dibunuh padahal mrk org biasa?

sila baca bgmn imam hanifah diperintahkan oleh khalifah utk menyediakan 40 soalan agama yg paling susah utk ditanya kpd imam syiah keturunan Nabi saw dlm sesi dialog umum dgn harapan utk memalukan imam syiah agar gagal menjawab soalan2 tsb.

imam hanifah dah jadi mcm mursyidul am pas, menerima arahan dr penguasa zalim!!!

sila baca apa yg Imam Syafie kata berkenaan dgn imam2 syiah...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa nama 5.06pg anda mmg syiah ye.. Puih. Kebencian anda pada aswj buat anda jadi bodoh sejarah. Bacalah sejarah bagaimana para imam mujtahid yang 4 diseksa oleh penguasa shingga imam malik misalnya bahu beliau dislocated.. Cerita dalam syiah penuh dgn kpalsuan apatah lagi syiah tidak mewarisi ilmu sanad serta jarah wa ta'dil.. Maka bercakaplah sesiapa pun apa yg dia nak cakap tanpa tahu bnar atau tidak. Sejarah telah mnukilkan pengkhianatan besar syiah dalam kejatuhan khilafah di baghdad.cuba baca sejarah yang Betul dahulu.. Moga Allah berikan anda hidayah..

Tanpa Nama berkata...

Laa ada juga Syiah kat dlm nihh... Kalau ahli sunnah pun dipertikai.. Mmg la xboleh pakai... Ke laut la jawabnyer..