5 Jul 2016

[VIDEO] Shafie Apdal Keluar UMNO, Rakyat Sabah Bangkit

Shafie umum keluar Umno

SHAH ALAM – Susulan penggantungan jawatan beliau sebagai Naib Presiden Umno sebelum ini, Datuk Shafie Apdal hari ini mengumumkan untuk keluar daripada parti berkenaan.

Menurut Shafie, walaupun telah keluar dari Umno, beliau akan tetap meneruskan perjuangan di Sabah demi rakyat di negeri itu yang telah memilihnya sebagai wakil rakyat.


“Perjuangan kita akan diteruskan di bumi Sabah ini. Perjuangan kita akan diteruskan di Sabah dan di Semenanjung untuk membela bangsa dan negara.

"Saya mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan saya, salah laku saya selama saya memimpin Umno ini," katanya ketika berucap dalam program Rakyat Bersama Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sebentar tadi

24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno(MT) memutuskan agar Muhyiddin dan Mukhriz dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

"Saya dah fikir panjang, tuan-tuan nak saya letak jawatan. Selama ini saya bertahan, bersabar.

"Jadi saya berhenti serta-merta. Saya sayang Umno, tapi jangan hina saya, jangan zalimi saya dalam Umno," katanya.

Dalam ucapannya, Shafie mengingatkan rakyat di negeri itu agar tidak menjual undi mereka hanya untuk mendapat wang bernilai RM300-RM500 namun mereka menderita bagi tempoh lima tahun berikutnya.

“Jangan pilih saya sebab parti, sebab agama, sebab bangsa atau warna kulit tapi undi saya kerana perkhidmatan saya,” katanya yang disambut sorakan oleh penyokong yang hadir di program tersebut.

Selain itu, dalam sidang media selepas pengumuman itu, Shafie turut menafikan dakwaan yang menyebut beliau menyertai parti lain.

Beliau turut memaklumkan masih belum memutuskan perancangan untuk masa depan politiknya selepas ini.

IKLAN BERBAYAR


ULASAN GB

Gelombang kebangkitan rakyat Sabah begitu ketara dengan kehadiran ribuan rakyat di perhimpunan Shafie Apdal di atas.

Ertinya rakyat Sabah sudah celik. Mereka tidak mahu lagi menjadikan Sabah sebagai "simpanan tetap" UMNO/BN.

Peringatan dari Shafie untuk rakyat Sabah adalah jelas:

Shafie mengingatkan rakyat di negeri itu agar tidak menjual undi mereka hanya untuk mendapat wang bernilai RM300-RM500 namun mereka menderita bagi tempoh lima tahun berikutnya.

Sebagai seorang Naib Presiden UMNO, tentunya pengaruh Shafie Apdal bukan sedikit khususnya di negeri Sabah.

Mohd Salleh Tun Mohd Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Abdul Rahman Dahlan, Menteri di JPM tidak besar mana pengaruhnya di kalangan rakyat Sabah berbanding Shafie Apdal.

Kedua-duanya boleh menganjurkan perhimpunan sepentas dan melihat apakah rakyat Sabah menyokong mereka seperti sokongan yang diberikan keapda Shafie Apdal. Ada berani?




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa syafie apdal dah boleh lead parti baru yg berpangkalan di Sabah. Memandangkan sokongannya kuat disana umno boleh pupus..

Malaysiabaru berkata...

Menjentik shafie adalah kesilapan paling besar Najib

Seorang naib presiden umno yg pertama dari Sabah pengasas umno Sabah..

Shafir perlu langgar United mohd Najib organisasi secara sendirian tak perlu u.s.a sebab u.s.a geng lapuk

Kami di semenanjung akan sokong shafie... Kami mahu shafie swing 10% undi protes umno cukup. Jgn join party pembangkang. Sendirian kamu boleh shafie

We work together and hidupkan

A.B.U di Sabah!!!

Tanpa Nama berkata...

Keluarga kami...ada 8orang pengundi berdaftar. Selama ini undi BN. Lepas ini tidak lagi!

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya fixed deposit BN di sabah dah matured. Kena withdraw dah..

Lelaki Dicermin berkata...

Boleh aku komen.. bukan nak komdemkan shafie afdal..memang seronok tgk shafie kat atas pentas. Kita pun terfikir kuatnya pengaruh shafie afdal..itu bg pehak dia.. bg pehak najib..dah lama buat kiraan pengaruh shafie..shafie keluar umno..najib letak salah seorg ajk umno semporna jd pemimpin umno semporna.. bg peruntukkan melebihi had..menjelang pru 14 rakyat semporna ckp umno bagus.last2 shafie afdal tinggal keseorgan je..selagi umno pegang media dlm malaysia ni.jgn mimpilah pipit hendak jadi enggang...mahyuddin tu skg byk cacat celanya..dulu apa yg mahyuddin buat kat KPM semua baik..skg..nak di buka fail2 tertentu..kalau takde semangat mcm anuar ibrahim..samaada pembangkang atau ahli umno yg kena tendang...mcm ayam je tokoh2 tu..berani berkokoh..umno akan tunjukkan punggung penuh dgn tahi..berpuluh2 tahun umno pegang malaysia ni..menteliti rakyat malaysia ni.. umno dah tahu nak buat perkiraannya..

Tanpa Nama berkata...

Sokongan lebih kepada semangat kenegerian bukan sebab ketidakadilan UMNO atau Najib yang terlibat dengan 1MDB.

Apa pun.. Sabah lagi bagus dari Johor.
Muhyiddin di aibkan dan di kaitkan dengan moral pun, orang Johor ... tapi kalau pasukan bola kena hina ..

Ini lah Johor !!


Ungku Mohd Noor Mahmood berkata...

Rakyat Sabah dah biasa bertukar kerajaan satu ketika dulu. Harap buat lah perubahan kali ini. Ajar lah pemimpin yang angkuh dan bongkak kamu tu......

andikbolong berkata...

insyallah .. ada tempat amanah disabah

andikbolong berkata...

betul..orang johor umno masih melekat dedak yg dulu masih terasa tu yg susah sangat nak bangun..tidor dan tidor rakyat johor.. sebab najib bugis.. dan zahid jawa koy tu yg majority ralyat johor diam...

Tanpa Nama berkata...

Tapi satu jea aku nak ckp, pemimpin2 umngok ni kalau dah jatuh barulah teringat rakyat, lepas tu tiba2 pulak otak dan pemikiran jadi bergeliga, seolah oleh baru sedar setelah hilang mabuk todi...waktu di atas suka sgt mperbodohkan rakyat, lagi rakyat bodoh lagi dia suka...jadikan pedoman...

Lelaki Dicermin berkata...

Betulah tu.. mahyuddin, muhriz dan sahfie afdal.. kena tendang dr umno..rasa air kat cawan tak berkocak.kalau siaran tv kat rumah guna astro..cerita yg kena tendang dr umno ni..rakyat akan tukar siaran..masa anuar ibrahim kena tendang dr umno..baru ampangan nak pecah..

Tanpa Nama berkata...

"Jangan pilih saya sebab parti, sebab agama, sebab bangsa atau warna kulit tapi undi saya kerana perkhidmatan saya,” katanya ..

Yang dia kata jangan pilih sebab parti, sebab agama, sebab bangsa atau warna kulit, itu saya setuju.. tapi pilih sebab perkhidmatan itu yang saya tidak setuju.

Ramai pemimpin yang boleh beri perkhidmatan yang baik apalagi kalau macai kaki bodek dedak nombor satu.

Yang hipokrit dan munafik yang bagi perkhidmatan teruk pun mengaku buat yang terbaik demi agama.

Yang masuk hospital dan keluar hospital pun boleh bagi perkhidmatan yang baik.

Saya pilih yang bersih, amanah dan bersedia berkorban untuk rakyat.

Kalau perkhidmatan baik tapi masih dalam UMNO, itu tidak menepati bersih, amanah dan bersedia berkorban untuk rakyat, kerana kekayaan yang diperolehinya dengan cara yang senang.

Kalau perkhidmatan nya baik tetapi berbohong dan merasa diri lebih Islam dari orang lain pun tidak menepati bersih, amanah dan bersedia berkorban untuk rakyat.

PH bersih sebab tuntut pilihanraya yang bebas dan adil.
PH tidak memilih kesenangan. Untuk kesenangan bukan nya bersama PH.
PH bersedia berkorban untuk rakyat.Kena tangkap dan naik mahkamah perkara biasa.

Ramai pemimpin UMNO yang memberi perkhidmatan yang baik tapi bersetuju dengan Najib bakun duit rakyat dan menutup skandal 1MDB.

Dalam PAS semua tak ada. Baik perkhidmatannya, baik bersih jiwa dan hati nya dan amanah nya kerana bermuka dua ..

Wallahualam.

Kepada Allah kita kembalikan.






Malaysiabaru berkata...

Ayat yg kamu perlu guna shafir

' org Sabah tak perlu undi umno sebagai protes thdap United mohd majib org ' dan juga tak perlu undi pembangkang'

' tapi jika kamu dgt benci kpd Najib yg amat sgt saya tak boleh kamu undi pembangkang'

Kita akan kembali kpd umno setelah menyingkirkan mereka musa aman tali barut United m.n org. Dan bersihkan umno dari salah guna kuasa..'

Saya minta pru14 semua penyokong saya tidak kluar mengundi atau bantu jentera umno'

'setelah mereka tewas pru14 kita akn ambil umno sebenar kembali dan bersihkan sehingga suci'

Amanat safie afdal

Tanpa Nama berkata...

Berapa orang yang di pecat oleh Mahathir? Dan berapa orang yang di pecat oleh Najib?

Di situ kita tahu masalah siapa yang besar dan paling teruk ?

Ini pun PAS tak tahu nak guna untuk di jadikan petunjuk ?

Semasa Mahathir, masalah memang betul disebabkan matawang. Tapi masa Najib, negara lain tidak menghadapi maalah. Yang bermasalah ialah 1MDB.

Masa Mahathir hanya orang yang dekat dia yang dapat dedak tetapi masa Najib sampai rakyat rakyat sekali dapat dedak termasuk ulamak PAS ! Dedak tidak baik untuk otak dan merosakkan hati.

Tanpa Nama berkata...

Ye memang betul lelaki di cermin!!
Umno bukan bodoh..umno dah buat perkiraan

Abdullah Omar berkata...

Diharap Sabah bangkit bukan hr ini je. Tp smpi PRU14 hgga Bee End tkonteng2

Tanpa Nama berkata...

HIDUP SHAFIE !!!!!!!!!!!!!

Biar RAHMAN SALLEH MAT LOL tinggal di SEPILOK saja.....

Tanpa Nama berkata...

mp belut, orang belut pn dah tolak ???..tapi najib ambik sbb blh jilat abis utk hidup... anak keruak apa dia buat masa jadi km sabah dulu...saham sabah apa jadi...juga jadi pilihan najib sbb utk jilat semua pekong dia n rosmah ..tak salah jika tm kata yg ada dalm umnogok semua melayu bangsat utk hidup...kau ingat cina nk respect sma melayu jenis ni..depan manis belakang g mampos sama lau idiots janji biz aku jalan atas kebangsatan kamu....yb shafie,persetankan melayu2 bangsat ni... terajang umnogok dalam laut cina selatan n tubuh kerajaan negeri baru yag lebih telus ganti musang aman yg tentu penyamun geng najib...????hidup sabahan...!!!!

Pencolekhangek berkata...

Orang bekas ameno juga yang bagi tahu ameno beli undi sdi Sabah. Semoga mereka yang berbuat demikian menerima balasan dari Allah s.w.t.