4 Apr 2016

[VIDEO 2 & 3) Mansuh GST - Ucapan Beberapa Pemimpin Di Dataran Merdeka

Berikut dipaparkan ucapan-ucapan berapi dari pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan sebaik saja peserta perarakan demontstrasi tiba di Dataran Merdeka semalam.

Diantara yang berucap ialah Faiz Fadzil, (AMANAH), Datuk Saifuddin Abdullah (KEADILAN), YB Nurul Izzah, (KEADILAN), Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH), YB Khalid Samad (AMANAH), YB Dr Mohd Hatta Ramli (AMANAH), Anthony Loke (DAP), YB DS Nizar Jamaluddin (AMANAH), YB Rafizi Ramli (KEADILAN), Mohammad Sabu (AMANAH) dan akhirnya ucapan bekas Pedana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir,.

3 Apr 2016

[VIDEO 1] Mansuh GST - Berarak Dari Sogo Ke Dataran Merdeka

Pelbagai pihak bantah GST bergerak menuju ke Dataran Merdeka

Tapak perhimpunan Mansuh GST yang berlangsung di ibu kota hari ini mula dipenuhi dengan peserta perhimpunan yang datang dari pelbagai parti politik dan NGO, lapor Malaysia Dateline.

Mereka mula bergerak dari empat tempat perkumpulan utama iaitu Masjid Jamek Kampung Baru yang dipimpin oleh pasukan Amanah, Jalan Sultan yang dipimpin oleh DAP dan Pasar Seni atau Central Market oleh PKR dan Kompleks Sogo oleh pelbagai NGO.

2 Apr 2016

Terbongkar: Najib & Rosmah Belanja Sakan Seperti Laporan Sebelum Ini Adalah Benar

Tarikh dakwaan beli sakan sepadan percutian Najib

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang didakwa membeli-belah sakan seperti dilaporkan The Wall Street Journal didapati padan dengan tarikh pasangan itu bercuti di Eropah selatan.

Percutian itu diikuti dengan lawatan kerja dua hari Najib ke Belanda untuk merakamkan ucapan takziah kepada negara itu dan membincangkan tindakan seterusnya dengan rakan sejawatannya berhubung kejadian nahas MH17 pada tahun 2014.

[VIDEO] Selamatkan Malaysia: Najib Perlu Undur Segera

Kesemua pemidato di dalam Pidato SELAMATKAN MALAYSIA anjuran AMANAH Melaka yang diadakan malam kelmarin bersetuju bahawa Najib perlu berundur dengan kadar segera demi untuk SELAMATKAN MALAYSIA.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, Sdra Faiz Fadzil memberi contoh sebuah negara iaitu Myanmar yang kurang maju dari negara kita, rakyatnya bangkit untuk menukarkan Presidennya. Beliau hairan mengapa rakyat Malaysia yang lebih maju tidak berani menukar kerajaan.

1 Apr 2016

Skandal RM4.2 Bilion, Putrajaya Dicabar Kemuka Dokumen

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Hj Salahuddin Ayub mencabar Putrajaya mengemukakan dokumen bahawa dana RM4.2 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah pemberian daripada keluarga DiRaja Arab Saudi.

Di dalam satu kenyataan medianya, Salahuddin menyatakan tindakan tersebut sangat penting sekiranya Putrajaya yakin bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat langsung dengan skandal RM4.2 bilion tersebut.

31 Mac 2016

[VIDEO] Khairuddin Yakin Parti AMANAH Akan Ganti UMNO Pada PRU14 Nanti

Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyatakan beliau amat yakin Parti AMANAH yang dipimpin oleh Mohamad Sabu akan mengambil-alih tugas UMNO (sebagai kerajaan) pada tahun 2018 nanti.

Beliau menyatakan demikian di dalam satu majlis Pidato Selamatkan Malaysia yang diadakan di Permatang Pasir, Melaka malam tadi. Kenyataan itu disebut sebanyak dua kali di hadapan lebih 2,000 orang rakyat Melaka yang memenuhi ruang perkarangan pidato berkenaan.

30 Mac 2016

Terbaik Dari Mejar Zaidi Mengenai PASIK

Pas-Ikatan sokong Najib subahat jenayah rasuah

Bekas Mejar TUDM, Zaidi Ahmad menyifatkan sikap Pas dan sekutunya, Ikatan untuk membiarkan Presiden Umno Mohd Najib Razak terus memerintah sebagai paling tidak bertanggungjawab bahkan bersubahat dengan jenayah rasuah.

Beliau yang sebelum ini tampil mendedahkan isu dakwat kekal ketika pilihan raya umum ke-13 lalu berkata, kedua-dua parti itu seolah-olah tidak sedar Najib telah terlibat dengan tuduhan jenayah rasuah dan rompakan wang negara yang serius.

Mat Sabu Tidak Muflis, RM200K Telah Berjaya Dikumpulkan

Kempen bantu Mat Sabu capai sasaran

SHAH ALAM - Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, kempen ‘Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang’ telah berjaya mengumpul kutipan derma mencecah RM200,000.

Difahamkan, kempen itu dilancar bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200,000 dalam kes saman dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais dalam satu kenyataan bersama, pihaknya telah menutup tabung tersebut secara rasmi dan jumlah rasmi kutipan derma akan diumumkan dalam masa terdekat.

29 Mac 2016

Azmin Perlu Tegas, Bersama PH Atau PASIK?

Apakah Azmin canggah Hadi di Kongres Rakyat?

Apakah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali sudah tidak bersama PAS lagi apabila beliau menyifatkan pihak yang tidak mahu bersama gerakan menurunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perosak harapan rakyat.

"Kita mahu Najib turun sekarang," kata Azmin ketika berucap di Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam Ahad lepas yang secara langsung bertentangan dengan sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yanhg mahukan Najib dipertahankan untuk dijatuhkan menerusi pilihan raya umum.

Raja Bahrin Tempelak Balik Satiful Bahri

Pesuruhjaya Pas T'ganu sudah demam pilihan raya? soal Raja Bahrin

Ahli Parlimen Kuala Terangganu Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan Pesuruhjaya Pas Terengganu menghadapi 'demam pilihan raya' kerana bersikap tidak konsisten dalam isu hudud dan tawaran presiden Pas untuk menjadi penasihat Umno.

Sambil menganggap Satiful Bahri Mamat menggelabah kerana pilihan raya negeri semakin hampir, beliau menganggap pemimpin Pas negeri itu terdesak menutup isu 'hudud' dan 'penasihat kerajaan' yang mula memakan diri kerana dipersoalkan sendiri oleh ahli parti.

28 Mac 2016

Betulkah PAS Nak Saman Utusan?

KENYATAAN AKHBAR MENYANGGAH SALAH LAPOR ARTIKEL UTUSAN MALAYSIA TERHADAP UCAPAN PRESIDEN PAS MELALUI ARTIKEL “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI”

Saya ingin menegaskan bahawa Utusan Malaysia melalui artikel “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI” yang disiarkan pada 22 Mac 2016 adalah laporan yang salah dan berniat jahat. Laporan yang ambil daripada ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semasa menyampaikan ucapan semasa merasmikan Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Bandar Tun Razak.

Ada beberapa salah lapor yang bersifat fitnah dalam laporan artikel tersebut iaitu:

"Najib Must GO", Laung Peserta Kongres Rakyat

Bukan DAP atau Mahathir, tapi hak rakyat Malaysia tolak pemimpin korup

Menafikan desakan menuntut pengunduran Najib Razak sebagai suara pihak tertentu, Datuk Husam Musa mengingatkan bahawa seluruh rakyat mempunyai hak untuk menolak pemimpin yang korup.

Pemimpin Pas itu berkata, isu perkauman tidak harus dijadikan alasan untuk menafikan tuntutan rakyat yang mendesak pengunduran Najib.

"Ini bukan (gerakan) DAP. Ini bukan Mahathir. Jangan jadikan kebangkitan ini isu rasis, isu Cina. Ini bukan pilihan tapi adalah kewajipan," tegasnya ketika berbahas dalam Kongres Rakyat 2016 hari ini.

27 Mac 2016

[VIDEO] LIVE - Kongres Rakyat Bermula

Kongres Rakyat di Shah Alam Convention Centre berlangsung antara 2.00 petang dan dijangka berakhir pada 6.30 petang.

Kongres Rakyat ini adalah susulan Deklarasi Rakyat yang ditandatangani pada 4 Mac lalu dan ia diinisiatifkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim.

Susunan mereka yang akan berucap ialah seperti berikut:-


LGE Difitnah Kerana Cemburu Dan Dengki Terhadap Pentadbirannya Di Pulau Pinang

LGE: Dakwaan saya tak tahu nilai banglo saya adalah pembohongan BN

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, tuduhan bahawa beliau tidak tahu nilai rumah banglo yang dibelinya di Jalan Pinhorn adalah satu "pembohongan BN".

Lim menjelaskan apabila beliau berkata beliau tidak tahu, beliau telah secara khusus menjawab pertanyaan Umno mengenai sama ada hartanah itu bernilai RM6.5 juta.

[BERGAMBAR] Rakyat Sarawak Berpusu-pusu Isi Borang Sertai AMANAH

Sekalipun Parti Amanah Negara (AMANAH) baru sahaja ditubuhkan beberapa bulan yang lalu, namun dengan usaha gigih petugas AMANAH di Sarawak telah berjaya menarik minat rakyat Sarawak untuk mengenali dan sekaligus menjadi ahli AMANAH.

Sarawak dijangka akan mengadakan pilihanraya negerinya sekitar bulan April/Mei nanti dan AMANAH telah mengesahkan akan bertanding di dalam pilihanraya berkenaan.