28 Mac 2016

Betulkah PAS Nak Saman Utusan?

KENYATAAN AKHBAR MENYANGGAH SALAH LAPOR ARTIKEL UTUSAN MALAYSIA TERHADAP UCAPAN PRESIDEN PAS MELALUI ARTIKEL “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI”

Saya ingin menegaskan bahawa Utusan Malaysia melalui artikel “BERSATU TENTANG AGENDA DAP – HADI” yang disiarkan pada 22 Mac 2016 adalah laporan yang salah dan berniat jahat. Laporan yang ambil daripada ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semasa menyampaikan ucapan semasa merasmikan Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Bandar Tun Razak.

Ada beberapa salah lapor yang bersifat fitnah dalam laporan artikel tersebut iaitu:


1. Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam supaya bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu yang berhasrat untuk memerintah negara ini.

2. DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus. DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi.

Tentang point tulisan pertama, ingin saya tegaskan di sini, Presiden PAS tidak pernah menyebut dalam ucapan beliau tentang seruan kepada umat Islam untuk bersatu menentang agenda politik yang diperjuangkan DAP dan menggagalkan usaha parti itu untuk memerintah negara.

Tentang point ucapan kedua, Presiden PAS menegaskan bahawa DAP tidak boleh memimpin pemerintahan negara dalam suasana 30% penduduk bukan Islam yang memimpin 60% penduduk Islam. Keadaan ini akan menimbulkan suasana kekacauan dan tidak stabil dalam politik negara. Presiden PAS juga menegaskan bahawa Islam boleh menerima masyarakat majmuk kerana politik perkauman dilarang oleh Islam.

Dalam point ucapan ketiga, Presiden PAS tidak pernah menyebut tentang cita-cita lebih besar DAP yang bukan sekadar menguasai ekonomi.

PAS merasa kesal dengan laporan fitnah yang melampau dengan niat buruk untuk menjatuhkan kredibiliti Presiden PAS. Laporan palsu ini pula telah diambil oleh banyak media lain dengan tujuan yang sama. Maka saya mendesak Utusan Malaysia untuk menarik balik artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka kepada Presiden PAS di atas LAPORAN PALSU tersebut sebelum berdepan dengan tindakan undang-undang.

Saya juga mendesak semua portal-portal berita dan media yang mengambil sumber laporan Utusan Malaysia untuk memohon maaf di atas sumber berita yang tidak disahihkan terlebih dahulu.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Mac 2016 - HARAKAHDAILY 26/3/2016

ULASAN GB

Bersuara juga akhirnya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Lajnah penapian PAS Pusat terhadap laporan berita Utusan Malaysia walaupun laporan itu sudah terbit beberapa hari lepas.

Kita pun tak tahu mengapa kali ini begitu lambat Pengerusi lajnah Penapian itu menjalankan kerjanya. Berkemungkinan untuk melihat dan menunggu riaksi orangramai dulu agaknya.

Dan kenyataan diatas siap dengan ancaman "sebelum berdepan dengan tindakan undang-undang".

Betulkah nak saman Utusan? Atau sekadar gertakan untuk menenangkan suara-suara akar umbi PAS yang sudah pening dan mabuk dengan gelagat serta kenyataan Tuan Presidennya yang kerap-kali tidak konsisten dengan kenyataan-kenyataan pimpinan kanan PAS yang lain?

Contohnya sebelum ini Pengerusi Lajnah Penafian itu pernah membuat ancaman yang serupa ke atas akhbar Berita Harian mengenai "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015.


Shamsuri dilaporkan menegeluarkan kenyataan berikut:
Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya. - Harakahdaily 31/7/2015
Berita Harian lansung tidak melayan penafian oleh Shamsuri tersebut, dan tidak ada pun tindakan susulan dari Lajnah Penapian PAS selepas itu.

Hanya gempaq lebih untuk ambil tindakan tetapi ternyata ia hanya sandiwara PAS.

Kita tengok juga kes terbaharu ini. Apakah PAS sedia mengambil tindakan ke atas Utusan? Atau ia perulangan sandiwara yang sama seperti di atas?

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ucapan Khalid bekas MB Selangor yang mendakwa pemimpin DAP menjadi kaya walaupun cuma 30% yang menyokong DAP, siapa pula yang nak nafikan tidak ada kena mengena dengan ucapan Hj Hadi kerana Khalid berucap selepas Hj Hadi.

Bodoh betul wartawan Utusan, jauh betul penipuan dan pembohongan yang di buat dari yang di katakan Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Point dua, ada penjelasan apa yang di maksudkan.

Tapi point satu dan dua cuma penafian sahaja dan tidak ada penjelasan sehingga menyebabkan salah maksud ucapan Hj Hadi. Apa yang Hj Hadi ucapkan tidak di beritahu.

Setiap pemimpin tahu ucapan mereka mungkin di salah-ertikan dan mungkin di putar-belitkan. Sebab itu pemimpin-pimimpin ini merakamkan ucapan mereka menguna video.

Wartawan pun tahu mungkin lapuran mereka di nafikan dan akan di ambil tindakan. Wartawan pun rakam guna rakaman suara selain kehadiran wartawan dari akhbar lain.

Sepatutnya Hj Hadi tidak perlu menafikannya kerana ini tugas yang UMNO berkan pada PAs. Sebusuk-busuk Ibrahim Ali, dia tidak nafikan apa telah dia ucapakan.

Lebih baik sekiranya Hj Hadi minta maaf ...

Tanpa Nama berkata...

Dah tak tahan lagi bau taik Hadi gamaknya.

Tanpa Nama berkata...

Adalah lebih masuk akal kalau Pas sama akhabar Harakah sebab harakah dan tak lakau .Pas nak saman Utusan? bila Hadi melenting nanti baru kau orang tahu bahawa Hadi dah minat nak baca utusan.kah.kah.kah.Hadi.hadi.

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni dah jadi bapa munafik spesis berjubah berserban.
Najib pula bapa hipokrit spesis lounge suit.

Tanpa Nama berkata...

PAS tak perlu saman, kan dah sekufu...

Tanpa Nama berkata...

Saman acah2 je..cakap dulu kemudian nafi..budaya lama..utusan dan awang telah berjasa besar kpd hadi dan ulamak pas..mana mungkin utusaberniat jahat.utusan dan awang dah lame tak kutuk hadi dan pas malah turut membantu muktamar pas untuk naikkan ulamak..bagaimana pun aku nak lihat reaksi utusan dan saman hadi dulu.

Tanpa Nama berkata...

Pas, elok tukar Nama PASU, parti amat suka uturn

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah. Mana pas berani nak saman utusan..pas dah jadi tongkat umno xkan nk saman akhbar umno.. Pandai pas buat lawan..kalau nk saman pun saman la pada hari selasa,mcm kes mdb,nk saman wsj pada selasa..sampai selasa hari ni xsaman2 lg. Kahkahkah... Pas dh terkenal dengan imej kluk klek,uturn..cakap berapi2 tap habuk.pun xda...kejap hudud kejap tangguh... Kejap kata kuat xperlu parti lain,tetiba nk ikatan..."cakap xserupa bikin"..ini bukan parti islam..ini parti tahik namanya. Makin lama makin busuk. Kahkahkah

mat yeh berkata...

Saya cukup tersinggung dengan penafian yang dibuat Setiausaha Politik Presiden PAS mengenai berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia.
Apakah kesilapan TGHH pada kenyataan tersebut. Bukankah ucapan beliau mengambarkan kehendak majlis syura parti. PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP dan menganggap DAP musuh politik PAS.
Kedua-dua petikan ucapan yang dipetik Utusan tersebut dianggap fitnah, sedangkan setiausaha presiden PAS mengetahui dengan jelas bahawa pendirian presiden parti adalah konsisten untuk "bersama UMNO menyekat tamak kuasa DAP".
Saya berpendapat setiausaha presiden PAS bertindak lebih "kuah dari sudu", sedangkan pimpinan kanan parti seperti Tim. Presiden, Naib presiden dan setiausaha agong tidak membuat apa kenyataan dan komen mengenai kenyataan presiden parti ini.
Saya rasa tindakan penafian yanv dibuat setiausaha presiden parti tindakan persendiriaan tanpa berunding dengan mana-mana pimpinan parti.

Tanpa Nama berkata...

Pas...pis..pus..

mustapa m said berkata...

Ada ke lagi yg beli dan baca akhbar tersebut? Saya, diberi percuma pun tak nak.

Tanpa Nama berkata...

Hadi tak nafi pun tetapi si mamat ni yang lebih2.agaknya di arah oleh hadi.maka jadilah sepertyi haiawan yang menyorok mukanya disebalik buntutnya.

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua sahabat GB.
Untuk Pas..sudahlahtu ..
Kami dah kenal siapa anda.
Kami dah kenal siapa presideng.
Kami dah kenal anda semua..
Dari sebesar hingga sekecil pangkat dalam pas kami dah
jangka apa hujah anda untuk COVER line supaya Hadi ada nafas.
Kamu terpaksa membodohkan diri demi kepentingan Hadi..

Nick Syam Fitrie berkata...

Walaun lebai auta pas masih tak sedar yg tok lebai hadi auta & tokmoh rundin auta dah jual parti PAS kat Najib UBN.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang Hj Hadi cakap pasal AMANAH eluk jer, tak pernah di tarik atau dinafi atau di salah-ertikan.

Tapi bila sentuh pasal cina atau parti cina DAP, boleh tarik balik. Hudud pun boleh corner buat u-turn lagi.

Apa yang PAS nak takutkan. PAS bertanding cuma di kampung-kampung melayu. Melainkan PAS nak bertanding di kawasan bandar@taman, undi penentu ialah cina. Percaya lah PAS akan kalah semua. Baik undi melayu apa lagi undi cina. Pakai lah baju dewa pun untuk tarik undi, tak jalan lah.

Tanpa Nama berkata...

Nak saman bila? Hari selasa?

Ni memang parti dengan ulama pas suci mulia murni ilmu tinggi

Dan juga penasihat penerima derma billion

Tanpa Nama berkata...

Kan Hadi tu ulama pas suci mulia ilmu tinggi, dan juga penasihat penerima derma billion.

Mari semua wala'

Kalau Ada kesalahan mesti Kerana dap Cina kapir yang niat hina agama. Kapir betul kapir kuasa besar sampai hina agama

Tanpa Nama berkata...

Kita follow saman utusan ini ...

Jika saman, ini lah kali pertama Hj Hadi masuk mahkamah.

Nak lawan kehebatan Anwar yang kerap masuk mahkamah, sorry daa .. tak payah lah, Anwar sendiri jadi peguam untuk kes mahkamah dia.

Tanpa Nama berkata...

next pru14 dijangka pas satu kerusi pun tarak.
silap-silap gaya deposit pun hangus.
aku dan isteri akan undi dap tidak lagi pas.
kerana lee guan eng masuk penjara bela gadis melayu.
ada orang-orang pas macam lge tu? nama saja islam.
allah akan tunjukkan kuasanya kepada pas sebab
mereka gunakan ugama untuk kepentingan diri.
kita tunggu dan lihat akibat permainan pas.
saya dan isteri undi pas suruh (bersama pr) kuburkan bn/umno.
ini tidak mereka berbaik-baik dan jadi penasihat pula.
sikit punya pengkhianat@pengmuanat pas ni.