2 Apr 2016

Terbongkar: Najib & Rosmah Belanja Sakan Seperti Laporan Sebelum Ini Adalah Benar

Tarikh dakwaan beli sakan sepadan percutian Najib

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor yang didakwa membeli-belah sakan seperti dilaporkan The Wall Street Journal didapati padan dengan tarikh pasangan itu bercuti di Eropah selatan.

Percutian itu diikuti dengan lawatan kerja dua hari Najib ke Belanda untuk merakamkan ucapan takziah kepada negara itu dan membincangkan tindakan seterusnya dengan rakan sejawatannya berhubung kejadian nahas MH17 pada tahun 2014.


Asia Sentinel kemudiannya melaporkan bahawa Najib dan Rosmah melanjutkan percutian mereka di dengan mengunjungi Paris, Sardinia, Cannes, Rom dan London.

Ini sepadan dengan tulisan Instagram anak lelaki mereka, Norashman yang memaparkan gambarnya di sebuah pantai. Dia menggunakan hashtag #sardinia pada tulisan bertarikh 7 Ogos.

Manakala aktiviti membeli-belah sakan barangan berjenama Chanel berjumlah AS$130,625 di Hawaii seperti yang dilaporkan WSJ menggunakan kad kredit yang sama seperti dalam pembelian EUR750,000 barangan kemas di Sardinia, Itali.

Semua ini berlaku dua hari sebelum Najib bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Honolulu, yang juga berlangsung pada tahun 2014.

Najib ketika itu dibidas kerana berada di luar negara sedangkan rakyat di pantai timur dan utara semenanjung berdepan dengan ujian getir dilanda banjir besar.

Bagaimanapun, perdana menteri memendekkan lawatannya apabila keadaan banjir bertambah buruk dan pulang ke tanah air pada 27 Disember.

'Gembira kembali di LA'

Najib menggunakan penerbangan komersial ke Hong Kong dan dijemput oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia sedangkan jet rasmi negara dijejaki berlegar melalui Los Angeles (LA), Indianapolis, New York, London, Dubai dan Bangkok sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Pejabat Perdana Menteri kemudian menjelaskan jet rasmi itu mempunyai masalah teknikal dan terpaksa mendarat selama lima hari di Indianapolis dari 26 Disember hingga 31 Disember.

Pada 26 Disember, jet rasmi itu dikesan berada di Los Angeles - bandar yang sama Norashman mengakui berada pada 28 Disember.

"Gembira kembali di LA!" katanya di Instagram, menggunakan hashtag #hollywoodhills.


Menurut WSJ, Noorashman menerima AS$70,000 daripada akaun yang dikatakan milik bapanya pada 4 Julai, 2014.

Anak perdana menteri sebelum itu memuat naik tulisan di Instagram dan berkata akan menjadi sukarela untuk dapur jalanan Kechara yang membantu masyarakat miskin di bandar.

Satu lagi perbelanjaan besar yang dilaporkan oleh WSJ adalah majlis pertunangan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa di Hotel Shangri-La di Kuala Lumpur.

Majlis berkenaan diadakan pada 17 Jun, 2011 dan 11 hari kemudian, sebanyak AS$56,000 didakwa dibelanjakan di sebuah syarikat kereta mewah di Kuala Lumpur - Signature Exotic Cars.

ABC juga melaporkan bahawa AS$395,782.40 dibelanjakan di sebuah hotel tetapi tiada tarikh diberikan. -mk

ULASAN GB

Tak semua boleh ditutup dengan taburan dedak. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan.

Sekarang ternyata terbongkar segala-galanya.

Walau berbagai cara sekalipun Najib cuba untuk menutup segala tindakan salahlakunya yang "tidak wasatiyah" itu, namun kebenaran itu tetap muncul juga.

Najib, henti-hentilah kerja boros kamu itu dan henti-hentilah menipu rakyat. Masanya akan tiba juga....

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agong lantik pm jadi boleh atau tidak agong atau majlis raja-raja pecat pm ? bangkai dinosaur sudah bau busuk satu dunia.

Tanpa Nama berkata...

Adoiiiyaiii...

Tiada tolok bandingnya si lanun malaun yg tiada telur ni sekeluarga melantak harta negara...

Mmg bapak segala bacul, habis dirembat segala harta kepunyaan rakyat.

Tambah pelik lagi bila sebahagian besar rakyat masih lagi nak mempertahankan najib dan kuncu2nya serta parti yg dah ketara terdedak najib.

Mmg tiga suku betul golongan tertipu dan terdedak tu.

Malaysiabaru berkata...

Rosmah pakai gelang

Anak Najib pakai bently

Anak Najib lain jv bursa saham beratus juta

Menantu Najib beli bubga beejuta

INI BUKAN LAGI KERJA MANUSIA

BAHKAN BUKAN BINATANG
ATAU MALAIKAT
BUKAN JUGA RASUL

TAPI INILAH FIRAUN JADI JADIAN DI KURUN KE 21

INI YANG OBAMA TAKUT. YAHUDI DAN AMERIKA TAKUT

SEEOKOR MAKHLUK BARU WIJUD CIPTAAN ALLH SWT

APANAMA INI BARANG? Najibull..ah atau Najibull shit!!!

Tanpa Nama berkata...

Semua ini fitnah kecuali ada empat saksi yang menyaksikan segala transaksi...kata penasihat.

Tanpa Nama berkata...

Atok nenek mak bapak diaorang ni kaya raya ke???????????????????

omar daud berkata...

SALAM

Mana perginya penasihat (ulamak dunia)? inilah sebabnya Allah melarang keras pada orng2 yg berpengetahuan agama yg banyak,supaya TIDAK mengambil FAEDAH daripada orang yg kita DAKWAHkan.Jika siPENZALIM yg kita dakwahkan berterusan melakukan KEMUNGKARAN kita KELU dan tak BERANI menegur,sebab TERHUTANG BUDI atau TAKUT DEDAK yg diberi DITARIK balik.

kesihan pada ahli-ahli yg dibawah,dan malulah seluruh umat islam diseluruh dunia ,pada orang2 bukan islam,kerana Malaysia mempunyai PM beragama Islam,) Melakukan kerja-kerja rasuah, pemborosan yg berterusan ( sehingga melebihi pencapaian IMELDA MARCOS.Manakala hanya diperhatikan oleh ulamak penasihat yg so called ulamak dunia.MEMBISU SERIBU KATA.

ya ALLAH berilah pertunjuk pada diri kami,dan jauhilah segala bala' menimpa keatas rakyat malaysia di atas kecuaian kami.

YA rabbulalamin.

mansor berkata...

Ulama.??///???.
.ada ulama ke di Malaysia ni sekarang..

abrarmujahideen berkata...

Ulama' bisu...cissd

Tanpa Nama berkata...

Ulamak dedak...

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja golongan tertipu dan terdedak saja yang tiga suku.ada lagi 47% pengundi yang masih sokong si lanun ini sebagai pemimpin. APO NAK DI KATO .pening.pening........

lelaki dicermin berkata...

En. Omar daud... ya ke org2 bawah malu dgn sikap naib ulamak dunia tu. Sy rasa serupa je dulu kini selamanya. mcm takde cacat celanya naib ulamak dunia tu... sy tgk di blog tranungkite.. bg penyokong yg pendek akal...tuang presiden tu bukan nak menasihat umno..seolah2 ada upaya nak mengantikan umno. Bg penyokong tu..dia org tahu kail tuang presiden sejengkal.. boleh mengail di lautan dlm.. bayangkan lah rafizi bongkar pencen angkatan tentera.. masih ada cacat celanya.semua blog seronok pembongkaran tu.. tp bg penyokong2 pas itu bukan satu yg betul... nik abduh duduk sebelah najib di masjid wilayah tu sesuatu yg di banggakan... heran betul saya.

Tanpa Nama berkata...

Pentadbiran negara sukar diubah selagi umat melayu masih gagal utk melepasi isu perkauman...percayalah...inilah isu yg membantutkan perubahan...sebesar benar mana2 isu sekalipun ianya tidak memberi impak yg ketara selagi isu perkauman masih membelenggu minda umat melayu...sekadar beri pandangan...

Al-Ahmad Othman berkata...

Jika Allah takdirkan MALAYSIA JATUH MUFLIS,bukan disebabkan hasil bumi yg tiada/berkurangan,TAPI disebabkan Pemimpin dan Menteri mengamalkan gaya hidup ingin menongkat langit & berTuhankan NAFSU(seolah hidup takkan Mati) .Mana suara 14 orang Mufti?Jakim,Ikim,Ngo2,menteri Agama? Raja2 Melayu(ketua Agama Islam),Naib ketua Ulamak sedunia? Mana suara Kamu semua???..Adakah perlakuan PM hari ini di Halalkan?atau di Haruskan?kamu mintak RAKYAT semua redho/taat,terus redho....dan terus redho sampai ke MATI Sedangkan Apa hasil nasihat yg kamu telah beri?Tiada. Ilmu yg kamu semua ada mengapa tak kamu gunakan untuk kebaikan Rakyat?mulut/lidah yg kamu ada kenapa kamu jadi BISU?Mata yg kamu ade kenapa KAMU tak celikkan?Telinga yg kamu ada kenapa jadi TULI & PEKAK?Apakah bala yg Allah telah,akan,sedang diturunkan di Bumi Malaysia ini tak MEMBUKA langsung MATA HATI semua mereka ini?Kamu masih minta rakyat taat pada mereka ini semua?wala',redho untuk apa semua ini?Mungkin mereka ini golongan yg nabi katakan "CINTA DUNIA TAKUT MATI".....dan mereka jugalah yg nabi katakan golongan/pemimpin "APABILA DIBERI AMANAH MEREKA KHIANAT" ..Gerak-geri golongan yg mengaku Ulamak (agamawan) makin hari-makin bercelaru,rakyat bawahan rasa tertipu, pemimpin-pemimpin banyak menipu,atas dasar untuk bersatu, agama Islam makin jadi Lesu & Layu,Inilah hakikatnya negara MALAYSIA tanah AirKu!!!...

Tanpa Nama berkata...

Penasihat ulamak2 dunia sedang bz smpi parlimen pun selalu ponteng.. Xtau bz apa,bz ngan bini kot.kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Itu kurang jahatnya. Yang jahat nya untuk menutup kejahatannya Najib perguna nama ayah nya. Najib kata tak kan dia nak buat yang buruk sedangkan ayahnya seorang PM yang baik.

Tolong lah, baik Najib atau sesiapa, bila dah buat benda jahat jangan lah kaitkan dengan ayah. Walaupun memang jahat, jadi lah anak yang baik pada ayah sendiri.

tanya sama itu hud hud berkata...

Mana mufti2?
Mana ahli fatwa kebangsaan?

Tanpa Nama berkata...

Dia nya aku tak pelik...
Yang setengah mati sokong dan mempertahankan dia...apa dapat

Pencolekhangek berkata...

Perbuatan khianat terhadap amanah dan tanggungjawab yang dilakukan oleh orang-orang besar atau ketua-ketua bukan bermula tiba-tiba sahaja. Semuanya ada titik permulaan seperti pokok jati berusia 64 tahun. Ia bermula dari benih. Perbuatan dan tingkah laku manusia juga seperti itu. Baik yang buruk atau yang baik ianya bermula awal lagi masa remaja sudah ada bibit-bibitnya. Masa muda sudah terserlah sedikit, paling tidak terhadap tingkah laku melayan nafsu syahwat. Bila ada kuasa dan wang ia akan 'maju' lagi. Ertinya perangai buruk atau molek manusia sudah boleh dikesan sejak awal lagi. Namun secara umumnya majoriti orang Melayu adalah bangsa yang pasif, penakut (jangan kata berani: berapa kali kita telah kalahkan musuh bangsa atau negara tanpa bantuan orang lain???), tidak berani berubah dan mengubah walaupun yang datang itu terbukti baik dan lebih elok serta yang sedia ada itu merbahaya dan boleh meruntuhkan bangsa. Walau pun Melayu berugama Islam majoritinya hanya pada nama sahaja. Islam hanya dikulit sahaja tidak sampai ke hati. Islam hanya setakat solat, puasa,zakat dan haji sahaja. Yang lain ikut selera. Rasul yang mulia hanya dianggap (setidak-tidaknya dari perbuatan) sebagai pembawa ritual agama sahaja. Yang lebih mendalam kelubuk hati seperti budi bahasa, amanah, sabar, ikhlas dan yakin tidak dipedulikan. Sepatutnya ajaran Islam menjadikan kita lebih maju, mulia dan dipandang dengan penuh hormat.Maka tidak hairanlah manusia durjana berhati syaitan boleh hidup senang lenang dan kaya raya dengan berbagai helah boleh hidup berkembang biak dalam rumpun Melayu. Rata-rata bangsa Melayu terjebak dalam fahaman feudal. Rata-rata mereka melambangkan mereka terdiri dari keturunan hamba sahaya sejak sebelum zaman Parameswar lagi. Banyak contoh boleh dilihat. Contoh yang nyata dan relevan ialah kawasan Baling. Kawasan ini daif, aktiviti ekonomi nya tidak aktif, penduduk tidak berupaya menyara keluarga sejak dari sebelum dharurat lagi. Namun apabila sudah 'merdeka' mereka ditipu setiap lima tahun sekali. Mereka seperti yang dnyatakan diatas tadi. Kemiskinan mereka diceritakan kepada oleh bapa saya seorang tentera zaman dharurat. Tidak nampak sebarang perubahan walaupun perang dunia sudah berakhir 80 tahun!! Kalau ada yang senang pun ialah mereka yang berpendapatan tetap seperti pekerja kerajaan, syarikat besar seperti bank dan Glc serta peniaga-peniaga dan tidak-tidak lupa orang-orang yang menjadi tali barut dan wakil kepada pengkhianat bangsa! Jangan salahkan Yahudi jangan salahkan orang Cina terutama mereka yang satu warga dengan kita. Jangan salahkan orang lain salahkanlah diri sendiri kerana tidak yakin dengan ajaran Nabi s.a.w, salahkanlah diri sendiri kerana tidak pandai berfikir, kerana tidak ada ilmu dunia dan akhirat, kerana tidak tahu mempraktikkan ilmu yang ada. Selagi kita jadi rakyat yang bodoh dan bebal selagi itu lah kita rugi didunia dan juga mungkin rugi serugi-ruginya diakhirat.

Negara kita dan kita memang telah ketinggalan jauh ke belakang. Dengan Jepun mungkin kita terkebelakang 200 atau 300 tahun (Mitsubishi, Yamaha dan Toyota sudah lebih seratus tahun), dengan Taiwan dan Korea mungkin 80 tahun dan dengan Singapura mungkin 60 tahun. Dalam sektor-sektor tertentu kita juga ditinggalkan oleh Thailand, Indonesia dan Vietnam. Dengan keadaan ekonomi yang teruk Malaysia ibarat orang yang tertinggal dalam marathon kemudian itu kaki pula terseliuh dan perut pula senak nak terberak!! Itulah Malaysia yang dicorakkan oleh datuk nenek kita dan kita semua sebagai penggundi yang tidak cerdik atau bodoh!!

Tanpa Nama berkata...

Usahakan supaya bn kalah next GE.

Tanpa Nama berkata...

ULAMAK MAKAN DEDAK