29 Mac 2016

Raja Bahrin Tempelak Balik Satiful Bahri

Pesuruhjaya Pas T'ganu sudah demam pilihan raya? soal Raja Bahrin

Ahli Parlimen Kuala Terangganu Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan Pesuruhjaya Pas Terengganu menghadapi 'demam pilihan raya' kerana bersikap tidak konsisten dalam isu hudud dan tawaran presiden Pas untuk menjadi penasihat Umno.

Sambil menganggap Satiful Bahri Mamat menggelabah kerana pilihan raya negeri semakin hampir, beliau menganggap pemimpin Pas negeri itu terdesak menutup isu 'hudud' dan 'penasihat kerajaan' yang mula memakan diri kerana dipersoalkan sendiri oleh ahli parti.


Menurut beliau, pesuruhjaya Pas Terengganu itu patut mengikut contoh setiausaha politik presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang bercadang mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung DAP.

Raja Bahrin hairan dengan sikap Satiful yang menyangkal kenyataan beliau tentang presiden Pas yang berhasrat menjadi penasihat kerajaan sedangkan ia dilaporkan secara meluas di media massa.

"Hampir kesemua media perdana dan media sosial alternatif melaporkan kenyataan presiden Pas bahawa Pas tidak berhasrat menukar kerajaan tetapi memadai dengan pendekatan menasihati sahaja ke arah perubahan.

"Malahan ini diulangi beberapa kali dan disiarkan berulang kali (selama) berbulan-bulan oleh kebanyakan media perdana dan sosial.

"Datuk Ahmad Razif (Abdul Rahman), Menteri Besar Terengganu melalui media utama telah menyatakan kerajaan Terengganu hendak melantik presiden PAS sebagai penasihat kepada kerajaan Umno (negeri)," katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa Pas dan Satiful tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit jika laporan berkaitan tidak benar?

Malah beliau melahirkan kehairanan apabila tiada sebarang reaksi atau tindakan dibuat oleh Pas apabila berita berhubung 'penasihat kerajaan' itu disiarkan media massa.

"Apabila kenyataan yang sama datang dari saya, ia pula menjadi fitnah?" ujarnya kesal.

Belau juga hairan dengan sikap Pas yang bersetuju dengan pendekatan pelaksanaan hukum hudud yang disebut presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sedangkan bekas pemimpin Pas yang mengeluarkan pandangan yang sama dituduh liberal, pengkhianat, antihudud dan sebagainya.

"Pas perlu konsisten dalam dua isu di atas. Yang pasti Pas konsisten adalah apabila kenyataan datang dari media pro-Umno atau bekas ahli Umno, Pas akur dan tunduk. Apabila datang dari pihak kami (Amanah) dan lain-lain ianya semuanya fitnah dan tidak benar. Dimanakah konsistensi dan kredebiliti Pas?" soal Pengerusi Amanah Terengganu itu. -Malaysia Dateline

ULASAN GB

Pendek saja ulasan GB kali ini.

Semua orang tahu bahawa kenyataan-kenyataan pemimpin PAS berpusing-pusing, bertukar-tukar dan tidak konsisten.

Itu adalah petanda-petanda kapal PAS sudah hampir untuk karam dan tenggelam... Kata-kata angkuh presidennya yang menyatakan samada AMANAH masih wujud atau tidak menjelang PRU14 nanti bakal terkena kepada partinya sendiri...

Itulah hukum kebenaran dan keadilan.

19 ulasan:

Sam Sung berkata...

Bila si bahalol mjadi kapten sampan nelayan

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 sendiri menggelabah dengan Sikap presiden.nak tegur presiden mereka takut kerana terhutang budi danbimbang tak akan terpilih lagi..jadicaranye serang pihak lain

Malaysiabaru berkata...

Undi pas mcm undi umno

Undi umno mcm undi pas

Tanpa Nama berkata...

Biasala la geng2 ni....Bila dah nak lemas, taik pun capai...

Tanpa Nama berkata...

Biase la bang..manusia nih kalo jenih PASIK..pasik jugak lah..dari PASIK pastu akan jadi MUNAPIK pulak..tambah pulak dah bersedondon dengan KAPIR..jadi ape la pulak yek?

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya walaunta2 dh tak blh pikiaq dan beza antara manusia yg tahu agama dgn manusia yg bijak politik. Dlm politik, bila taksub dan tak tahu beza itulah jadinya. Dianggapnya ulamak tahu segala2nya. Sedangkan al quran dan ckp ada ulamak dan ada umara'. Sikap hj hadi dan pengapit2nya menunjukkan mereka tidak matang politik. Sikap autokratic nya menyebabkan org bukan islam lari PAS. Itu sudah nampak kegagalan. Menjilat ludahnya semula seperti hukum hudud..fahaman assobiyah...menunjukkan bahawa fahaman yg dibawanya selama ini salah. Beliau langsung tidak memohon maaf pada mangsa2 kesalahan beliau yg lampau.

Pencolekhangek berkata...

Pas konsistan dalam perangainya yang tidak konsistan.

lelaki dicermin berkata...

Aku sebenar dah lama nak mengumpat... muka pesuruhjaya tganu ni..takde nur.. dah takde nur..takde komersial.. mcmana dia boleh di lantik jadi pesuruhjaya.. kalau dia sebelah tuang presiden selalu benar tersengeh2 je.. dia ni sesuai jual keropok likur...

omar daud berkata...

Salm:

Ada 3 jawapan untuk soalan kenapa PAS/Hadi tak saman media perdana umno.

Jawapan a/ Kalau disaman nanti Najib terguris,suruuu nanti Miss.


OR @ IA pun TIDAK/ TIDAK pun TIDAK. Senang buat U-Turn nanti.

Jawapan B/. Kalau saman ahli-ahli Happy.

Apa pilihan yg ada,cuma pilih OR sahajalah.

Kalu ahli PAS,lapangkan dada,tidak emosi melulu,mereka boleh fikir:

Siapa itu Zuhdi??Dia kan pakar strategy PAS YG RAPAT DGN PEMIMPIN2 UMNO,yg easy access dgn media perdana umno,boleh bekerja diUM tanpa ganguan,pernah menulis dalm facebook jika berkusa bersama umno,DAP boleh ditewaskan terutama di Selangor dgn mengarah SPR buat persempadanan semula ,menempatkan pemgundi melayu sebagai majority. Pernah menyarankan jgn terlalu extreme dgn pemerintah (umno).

Siapa itu tantawi?? ustaz muda dari mesir,yg terlalu ghairah dgn kemewahan yg ada,demam semasa di germany,chief komunikasi PAS pusat.musuh ketat LGE/DAP.

bUKNKAH GANDINGAN MEREKA SESUAI UNTUK MISSI ini,ditambah pula ustaz Nasa dgn menerima tawaran dari umno.Mereka cuma tunggu feedback dari grassroot sahaja.Dapat greenlight tentu sekali mereka akan join umno/bn/

sekian.

mat yeh berkata...

bila kereta jalan sekejap kemudian U-Turn, kemudian jalan kemudian u-turn, tanda kereta dah sesat atau salah jalan.
kalau kereta sesat dan salah jalan, jangan dibuang kereta tersebut, hanya perlu buang atau tukar pemandunya.

otaiblues.blogspot berkata...

ada lagi ahli yg bengong..dah makan dedak spesel kot.
presideng kata a..pemimpin kanan kata c..parti jadi tunggang langgang..bengong dari atas sampai bawah pada mana yg tak reti pikir la.

Tanpa Nama berkata...

http://www.abc.net.au/4corners/stories/2016/03/28/4431284.htm

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang dah terberak merata-rata, dah tiada siapa yang mampu mengutipnya lagi dah. Asalanya boleh dikatakan jadi baja, tetapi menjadi racun rupanya.

Haji Hadi Haji Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi kini kena hadapi keadaan rumit PAS sorang-sorang. Tak ada lagi kawan yang menyahut kata-kata Hj Hadi. Tidak ada pemimpin PAS yang mempunyai tarikan publik seperti Harun Din yang mampu memberi kekuatan kepada Hj Hadi untuk meneruskan perancangannya bersama walaun-walaun cai.

Itu yang sebab mereka terpaksa menafikan kenyataan untuk menjadi penasihat yang di buat Hj Hadi dan pendirian hudud yang berkala-kala.

Timnajib Jomfikir berkata...

Hadi Awang ohhhh Hadi Awang..hatimu sungguh keras. NABI SAW tak mengajar Islam macam itulah. Gong sokmo mu ni...

Pesuruhjaya PAS Terengganu...memang tidak cerdik orangnya.cuba google,kesemua kenyataannya dalam dunia politik failed. Entah2, beliau dapat jawatan tu pun secara CAI.baik pemilihan negeri, kawasan, dun, cawangan...walaupun tidak cerdik(IQ rendah) asal lama berjuang dalam PAS...org itu akan dilantik. Hasilnya...jadilah macam Satiful Bahari ni.

Tanpa Nama berkata...

Itulah sikap walakontol2 pas sekarang..pas dikenali skrg dgn sikap sombong, bongok, wala xtentu hala,kluk klek dan sentiasa Uturn.. Xda sikit pun nilai2 islam dlm pas..xlayak jadi parti islam elok tukar nama je parti perosak islam pas....

Tanpa Nama berkata...

Barulah terserlah, dahulu PAS dipandang tinggi lawan dan kawan, non muslim pun puji, kini PAS tidak lagi konsisten dan tiada integriti. TGNA dapat perintah kelantan dengan IzinNya selama 20 tahun lebih , TGNA dianugerahkan penasihat yang hebat-hebat belaka. Ia tergolong semua bidang, sama ada agama atau profesional, lulusan timur tengah dan universiti lain dunia. lebih-lebih lagi mereka ini berjuang dari titik 0. PAS lemah serba serbi, TGNA adalah seorang pemimpin yang menerima nasihat, mendengar dan meneliti... bukan membabi buta. Penasihatnya pulak telah teruji bertahun-tahun. Gandingan ulama dan profesional menyebabkan sukarnya umno menawan kelantan.

Sayang sekali TGHH telah membuang semua Jeneral yang banyak jasa, mengambil pula punahsiahat yang entah dari langit mana, bercakap berdegang-degang penuh dendam meninggikan diri... persis sama dengan sikap TGHH. Keras dan tegas tidak bertempat.

Non muslim menjauhkan diri ... satu kerugian setelah bertahun TGNA membina jambatan untuk mengukuhkan kerjasama. TGHH dan penasihatnya perosak PAS. Label -melabel dibiarkan berleluasa, keji mengeji, hina menghina menjadi mainan mulut pemimpin kononya islam ini. Sedih melihat PAS sekarang... Tapi ini semua perangcangan Allah.

Tanpa Nama berkata...


Kedudukan Najib kan semakin kukuh dengan kehadiran Pak Lah dan Ku Li. Jika Pak Lah dan Ku Li tolak diberi dedak, lain lah cerita nya.

Sepatutnya Hj Hadi umumkan yang dia bukan lagi Penasihat Kerajaan. Jangan macam buat Amanat dah istihar kan macam-macam tapi di biarkan hal tersebut begitu sahaja walaupun sudah berbaik dengan UMNO.

Bagi Presiden, menjadi penasihat itu kerja mulia dalam Islam. Kalau lah tak betul dan tak pernah pun Hj Hadi sebut jadi penasihat, Pesuruhjaya PAS Terengganu sepatutnya menerima kenyataaan tersebut dengan berlapang dada dan bukan sebagai fitnah.

Ada sesuatu yang tak kena apabila tiba-tiba ada pemimpin PAS yang menolak kenyataan Presiden PAS hanya berminat jadi penasihat .. bukan semata-mata kerana yang cakap itu ialah pemimpin AMANAH.

Sama seperti hudud. PAS guna Ikatan untuk menukar pendirian nya mengenai hudud. Tak kan lah PAS nak tubuh blok ke 4 untuk menyatakan yang Presiden PAS bukan nya penasihat kerajaan. Jadi peluang datang apabila Raja Kamarul Bahrin yang sebut pasal Penasihat lalu di katakan ia nya fitnah.

Tanpa Nama berkata...

Drebar nya sudah gila mereng..tunggu masa utk dihantar ke tanjung rambutan ajer.