31 Mac 2016

[VIDEO] Khairuddin Yakin Parti AMANAH Akan Ganti UMNO Pada PRU14 Nanti

Bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyatakan beliau amat yakin Parti AMANAH yang dipimpin oleh Mohamad Sabu akan mengambil-alih tugas UMNO (sebagai kerajaan) pada tahun 2018 nanti.

Beliau menyatakan demikian di dalam satu majlis Pidato Selamatkan Malaysia yang diadakan di Permatang Pasir, Melaka malam tadi. Kenyataan itu disebut sebanyak dua kali di hadapan lebih 2,000 orang rakyat Melaka yang memenuhi ruang perkarangan pidato berkenaan.


Khairuddin, yang telah bertindak keluar dari parti UMNO mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa parti itu kini hanya melindungi Najib semata-mata.

Meskipun beliau mengakui bahawa beliau berasal dari keluarga UMNO, malah darah UMNO mengalir di dalam tubuh badannya adalah darah UMNO, tetapi pada hari ini, beliau merasa malu untuk mengaku bahawa beliau seorang ahli UMNO.

"Sebab itulah tuan-tuan, sudah kena pada masanya dan tepat pada waktunya, Mohamad Sabu menubuhkan parti AMANAH. Saya rasa tuan-tuan parti AMANAHlah yang akan mengambil alih tanggungjawab UMNO (sebagai kerajaan) pada tahun 2018, insyaAllah," tegasnya.

Beliau menyatakan beliau kesal dengan tindak-tanduk pihak berkuasa yang enggan menyiasat kes 1MDB, walaupun beliau sudah membuat laporan polis sebelum ini.

"Hingga ke hari ini, sudah hampir dua tahun pihak polis tidak mahu menyiasat tentang kes 1MDB dan tidak mahu menyiasat kesemua yang disyaki terlibat ke atas 1MDB," katanya.

"... saya mempunyai bukti penggubahan wang haram berlaku di luarnegara, mereka selewengkan duit 1MDB di luarnegara, dan minggu lepas, peguam negara Switzerland (telah) mengakui bahawa sejumlah RM16.8 bilion duit 1MDB telah diselewengkan dari syarikat tersebut,"


"Itulah sebabnya (sebelum ini) saya terbang ke Hong Kong, ke Singapura, ke Perancis, ke Switzerland, ke London untuk buat laporan kepada pihak berkuatkuasa undang-undang di sana. Tapi malangnya pada hari terakhir dimana saya sepatutnya ke New York, saya telah ditangkap oleh polis."

"Saya mahu pertahankan ekonomi tanahair kita, saya nak selamatkan duit kerajaan, duit rakyat, tetapi malangnya tuan-tuan, Ketua Polis Negara menuduh kononnya saya cuba sabotaj ekonomi negara. masuk akalkah itu tuan-tuan?" tanya beliau.

Beliau turut membidas pemimpin-pemimpin UMNO yang ada kini hanya mementingkan diri, kedudukan dan pangkat dan UMNO kini sudah tidak lagi berjuang untuk rakyat.

Beliau meminta rakyat untuk bersama-sama dengan Deklarasi Rakyat, dan membidas mereka yang menyerang tindakan Tun Dr Mahathir yang konon katanya sanggup duduk bersama-sama dengan Lim Kit Siang.

Beliau menyatakan tidak salah untuk Mahathir melakukan demikian kerana UMNO juga duduk bersama-sama dengan bukan Melayu seperti MCA, Gerakan dan MIC. Malah tatkala mengimbau sejarah pada 1969, beliau menyatakan parti yang betul-betul cauvinis lebih teruk dari DAP ialah Gerakan.

"Jadi tidak salah untuk kita duduk semeja dengan mana-mana pemimpin yang berpegang utuh untuk lawan rasuah, untuk selamatkan tanahair kita," katanya lagi.

Majlis pidato malam tadi membariskan beberapa orang pemidato lain seperti Mohamad Sabu, Presiden Parti Amanah Negara, YB Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Bukit Katil yang juga Naib Presiden KEADILAN, Dr.Afif bin Bahardin, Exco Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua AMK, Faiz Fadzil, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH, YB Khoo Pay Tiong, Ketua Pembangkang DUN Melaka dan Hj. Adly Zahari, Pengerusi AMANAH Negeri Melaka.

Pidato berkenaan telah disiarkan secara lansung oleh radio pedulifm.com






























19 ulasan:

air gunung berkata...

Dok la parti apa pon tak jd masalah.
Selagi ia bernama parti politik.
Yg penting dasar perjuangan telus adil.

Yg jadi masalah ialah apabila keluar or sokong parti selain kita terus jadi kafir,jebon,munafiq haraki, the SALAKAN KHINZIR,barua,pengkhianat,siap ada ulamak parti tu wat statement boleh hapus(baca:bunuh)

Tanpa Nama berkata...

Dah la...

Tak perlu layan parti tu...
Tak perlu hina parti tu...
Tak perlu hina org2 parti tu..
Nanti org tu membalas lagi...
Difitnahnya lagi kita...
Bila nak berhenti mcn tu...
Biar dia je yg mengokok, kita buat tak tau je... buang masa layan...

Layan tajuk ni lagi bagus...
Umnu akan segera di selamkan...
Ph akan karamkan bn...
Inshaa Allah...

omar daud berkata...

Salam:

Alhamdulillah,bila orng umno sendiri menyatakan Amanah akan takeover umno ini menunjukkan satu kemajuan setapak lagi.

Teruskan usaha tuan-tuan secara consistent Insyallah lama-lama rakyat majority akan faham akhirnya.

Janganlah merasa takbur, dan cepat berpuas hati,teruskan kerja hingga beroleh kejayaan.

Syabas to everyone yg takpernah kenal penat-lelah.

go amanah go.

sekian.

Tanpa Nama berkata...

Jalan Yg LURUS... AMANAH Yg'ESA
AMANAH Yg'ESA... Terang Ber CAHAYA
Terang Ber CAHAYA... Menyuloh SEGALA Nya
Menyuloh yg SAMAR... Yg KELIRU yg DUSTA
Menyuloh SATU "sen"... Beribu Ber JUTA
Menyuloh "Musang"... Sedondon Ber GAYA
Musang Ber Janggut... Yg HANYUT PilKuda
QURAN dan "Tahfiz"... The Latest SANDIWARA
Selepas "Hudud"... Di LACUR Hina


Siratol MUSTAQIM... AMANAH Yg'ESA
Audit-Hisab-NYA... Tembus dan NYATA
Kaseh Mem-BERI... TAK Perlukan Hisab-NYA
Kaseh Mem-BERI... TAK Sape pun CURIGA
Kaseh Mem-BERI Itu... Pengikat "CINTA"
CINTA Azali... Ke Pintu SYURGA


Wahai Sahabat... AMANAH Budiman
Jadilah Sprt... Si AIR Terjun
Jadilah Sprt... Tumbuh TUMBUHAN
Yg Mem-BERIkan "PERCUMA"... Sumber OKSIGEN
Yg Kaseh Mem-BERI... TAK Minta BALASAN
Yg TAK Kemaruk NOBAT... Dan Puji SANJUNGAN
Jgn lah Sprt... Budak HINGUSAN
Di Umpan "GULA2"... Ter KINJA Sakan
FITNAH dan Khianat pun... Ter PAKSA Dilakukan

Timnajib Jomfikir berkata...

Khairuddin...janganlah kata lagu tu....
Tak baik, boleh heart attack/ Tersedak....pemimpin PAS..

Apa yang penting skrg ini, adalah....
Lawan tetap lawan!!

Tanpa Nama berkata...

Pas dah layu ...hidup segan mati tak mahu...kena siram air baru segar balik..umno siram dgn air kencing setiap hari, masih tak sedar2 diri sentiasa dikencing oleh umno.

Tanpa Nama berkata...

Tuan 11.39

Betul tu... dulu ambo jugok selalu menegur parti tu menerusi lidah rasmi mereka... tetapi dibalas dengan kata2 cacian, dan kadang2 didelete terus dari ruangan komen... punyalah cerdik kononnya.

Saat tu biar lah .... malas nak komen lg dan tak baca langsung pun... buang masa tegur lebai2 ni.


Setuju... biarkan ia berlalu reput...
Biarkan ia pergi dengan dendam kesumat..
Ditegur tak boleh direbus tak empuk..
Ayuh teruskan amanah... go AMANAH.














Tanpa Nama berkata...

Sokong omar daud.

Go amanah go
Go ph go

Tanpa Nama berkata...

Tuan 1:21

Yes...

Kita fokus terus lawan utk ganti bn umnu. Sakit hati sgt dah dgn umnu yg licik menipu memecah belah bagai...

Go amanah go
Go ph go

Tanpa Nama berkata...

Dah la tuan,

Tak payah sebut nama parti sejarah tu...

Bosan la...
Jgn ditulis lagi nama parti tu... sampai muntah pun depa takkan ikut kita... buang masa.

Ajar umnu cukup2.
Umnu yg adu domba pecah belah kita. Kita tonggengkan umnu...

Tanpa Nama berkata...

Betul tuan...

Lawan tetap lawan umnu...
Tapi tak perlu tulis nama parti sejarah tu...
Nyampah tengok ejaan tu...

Go amanah go
Go ph go...

Tanpa Nama berkata...

AMANAH Itu... Bahasa ARAB nya
Bahasa Mudahnya... Jangan Men CURI
Jangan PONTENG... U-Turn dan AUTA
Undi RAKYAT... Jangan Di KHIANATI
Jangan Mem FITNAH... Merapu yg Keji
Angkuh SOMBONG... Menuduh Me MAKI
Akibatnya Mem BAKAR... Diri Sendiri
Sampaikan Kat "Dalam" BUKIT pun?... Dia leh NAMPAK Babi
Betapakah HURU-Hara nya Jiwa... Yg "PANAS" Berapi


Makan "DEDAK" Itu... Bahasa SASTERA nya
Bahasa "Mafia"nya... Serakah PENYAMUN
Serakah Perompak...Aka PERASUAH yg Hina
ZALIM Menindas... Secocok SEDONDON
RAKYAT Terhimpit... Tersiksa DERITA
Ibarat DURIAN... Menghempap Mentimun
BUAS Haloba... Membelengu JIWA
Kaseh Mem-BERI... Lenyap dan SIRNA

Tanpa Nama berkata...

kj
mat lalang pdg rengas
nan fake tengku
tomboy
gengster dream jadi pm
jibmah
kuli

???

Tanpa Nama berkata...

Khairuddin tentu sudah dapat melihat perbezaan dan cara pemimpin AMANAH yang menunjukkan kehebatan dan kebijaksaan mereka dalam meneruskan perjuangan.

Tidak seperti pemimpin UMNO dan pemimpin PAS yang lebih berdolak-dalih dalam isu rakyat.

PAS dah saman Utusan ke ??

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.

Setakat ini belum lagi yang buat kenyataan sebegitu pada parti PAS. Berjuang bertahun-tahun, kalau itu lah Presidennya, AMANAH akan tinggalkan PAS lebih jauh.

Bukan apa, nak.mengingatkan saja.

Timnajib Jomfikir berkata...

Ok tuan. Kita maju kehadapan...

JawaHill PM berkata...

Tu le tandanya ada hati lagi kat PAS walaupun hari hari orang hentam orang hina tapi hari hari masih juga orang dok sebut PAS ni. Pelek pelek n ajaib

Tanpa Nama berkata...

Buang masa je sindir2 parti tu..
Dia org akan balas fitnah...

Takde kesudahan...
Umnu yg untong...

Baik jgn di layan parti tu.
Jgn tulis pun nama parti tu.

Hantam umnu baru ada hasil

Pemuda parit kings berkata...

Terbaik buat amanah...tak sia2 berkorban demi amanah...sebb amanah harus lebih maju kedepan Dan jgn menoleh keblkang lg...cukuplah parti sejarah tu yg biol...kita DLM amanah harus melangkah terus...saya teramat yakin dgn berkat usaha kalian semua...amanah akan mengusai Malaysia... Harus kerja kuat lg...