27 Nov 2015

Blogger UMNO, Rohban Faizal DIarahkan Untuk Ditangkap

IGP arah tahan 'penyokong BN' naikkan posting menghasut

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan supaya seorang pengguna Facebook ditahan berhubung posting yang didakwa berunsur hasutan berkaitan dengan satu akuan berkanun (SD).

"Kesan dan tahan penama di bawah ini kerana menghasut," katanya dalam tweet kepada pegawainya bersama imej posting tersebut.

PAS Kini Ada Ramai Remaja Usia Serendah 13 Tahun Jadi Ahlinya...

Pas lancar gerakan jadi ahli umur 13 tahun

KOTA BHARU - Pas melancarkan gerakan menjadi ahli di usia muda dengan membuka keahlian seawal 13 tahun dalam misi memantapkan lagi perjuangan Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ia menggambarkan betapa kuat dan mantapkan perjuangan mereka dalam memartabatkan agama Islam di negara ini.

“Sejak ditubuhkan pada 1951 sehingga hari ini, keahlian Pas sudah mencecah 1.6 juta, dan kita sentiasa berusaha menambah keahlian kerana ramainya ahli menzahirkan sejauh mana kekuatan kita.

26 Nov 2015

PH Boleh Menang Dengan Atau Tanpa PAS

Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang - dengan atau tanpa PAS - atas gelombang sentimen anti-Umno, kata seorang bekas pemimpin parti pemerintah itu.

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini bersama PKR, berkata sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) masih menjadi faktor dalam pilihan raya akan datang.



Rafizi Tolak Kajian Zuhdi, Sifatkan Ia Tak Realistik

Rafizi: Analisis kajian PAS tak realistik

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menyifatkan analisis dibuat Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mengenai hayat Pakatan harapan sebagai tidak berpanjangan sebagai "terpisah daripada realiti".

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pihaknya percaya gabungan politik yang menyatukan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu akan membentuk pakatan lebih kukuh melalui mekanisme perjanjian yang akan dibuat menjelang 2016.

25 Nov 2015

"Tokeh Lembu" Terlepas, Rafizi Dakwa UMNO Tarpalit Dengan Skandal NFC

NFC: Pembebasan suami Shahrizat, bukti UMNO terlibat rasuah

KUALA LUMPUR: Keputusan mahkamah bahawa Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Salleh Ismail tidak bersalah dalam pertuduhan pecah amanah membuktikan keseluruhan pimpinan UMNO terlibat dalam rasuah.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan mahkamah bahkan ia membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah meluluskan supaya dana NFC digunakan untuk membeli dua unit kondominium bernilai RM49.7 juta.


PAS Sudah Jadi Seperti IS/ISIS, Kembali Ke Era Extrimism....

Sindiran halus Amanah kepada PAS, budaya mengkafir punca ekstremisme ala Isis

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini memberi amaran sikap tidak bertolak ansur dalam kepelbagaian dan anggapan kebenaran hanya milik jemaah tertentu menjadi punca keganasan dan ekstremisme ala Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis) serta insiden seperti letupan di Paris.


24 Nov 2015

Utusan & Harakah Masing-masing Kini Bermasalah

Utusan Melayu bakal berhentikan pekerja

Syarikat penerbitan akhbar pro-UMNO, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan bakal memberhentikan lebih 200 pekerjanya dalam tempoh terdekat ekoran menghadapi masalah kewangan yang semakin tenat.

Menurut sumber, Utusan Melayu yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! dengan kakitangan seramai 1,400 terpaksa mengurangkan jumlah pekerjanya sekurang-kurangnya 20 peratus ekoran masalah yang dihadapi itu.

23 Nov 2015

Dah Kukatakan - Razman Tolak Debat Dengan Mujahid

Debat terbuka tidak beri faedah

IPOH - “Tiada keperluan berdebat,” itu reaksi , Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berhubung cadangan Amanah Parlimen Parit Buntar yang mahu debat terbuka diadakan antara beliau dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi meleraikan isu pengkhianatan baiah.

Beliau berkata, perdebatan itu bukan sahaja membuang masa malah tidak memberikan faedah dan nilai tambah, khususnya kepada Pas.

Mampukah Razman Berdebat Berdepan Dengan Dr.Mujahid?

Amanah syor Razman, Mujahid debat

PARIT BUNTAR - Amanah Parlimen Parit Buntar mengesyorkan satu program debat diadakan antara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menjelaskan kemelut isu pengkhianatan baiah dibangkitkan Pas.

Syor itu dikemukakan setelah Amanah Parlimen Parit Buntar membidas tindakan segelintir pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah menyerang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa secara terang-terangan di khalayak umum pada 10 November lalu.


22 Nov 2015

Siapa Buang Masa Dan Meroyan, Husam Atau Din Ayam?

'Layan Husam buang masa, biar meroyan'

"Layan Husam buang masa. Tunggu sahaja beliau serah bukti kepada Dewan Harian PAS Pusat. Kalau biar dia meroyan sorang-sorang," kata Zaharudin Muhammad dalam posting di Facebook beliau hari ini.

Sambil memuat naik beberapa keping gambar, Zaharudin berkata, disebeabkan Datuk Husam Musa tidak muncul seperti dirancangnya pada hari ini, dia menganggap kenyataan bekas exco kanan Kelantan itu mengenai "penyelewengan" sebagai "fitnah".

Ustaz Miqdad Lapor Polis, Diserang Anak Pemimpin PAS

Pemimpin Amanah Terengganu dakwa diserang anak pemimpin PAS

Ketika Parti Amanah Negara (Amanah) meningkat popular, pemimpin akar umbinya di kubu kuat PAS di Terengganu mendakwa diserang anak pemimpin parti Islam itu.

Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria memberitahu The Malaysian Insider, bapanya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya.

21 Nov 2015

Kursus Kahwin Paris: Rakyat Kecam Jawapan YAPEIM

JAWI: Kursus perkahwinan Yapeim di Paris jimatkan kos

Kursus perkahwinan yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Paris, Perancis adalah bagi menjimatkan kos, dakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya.

"Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus perkahwinan," kata Paimuzi pada sidang media selepas Majlis Mahabbah Alumni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Bangi lewat petang tadi.


Husam Libas Din Ayam: "Jangan Bersikap Lebih Buruk Dari Firaun"

Husam seru menantu Hadi jangan lebih buruk daripada Firaun

Datuk Husam Musa hari menempelak ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad agar tidak bersikap lebih buruk daripada diktator Mesir Firaun dengan menetapkan syarat debat secara sebelah pihak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata demikian sewaktu merujuk cabaran debat menantu presiden PAS itu kepada beliau yang ditetapkan berlangsung esok di kolej milik PAS di Gombak.

20 Nov 2015

PAS Mahu Berganding Dgn UMNO Sebagai Pembangkang Di Pulau Pinang?

PAS isytihar jadi pembangkang di Pulau Pinang

PAS hari ini mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang.

Langkah itu diambil susulan hampir 300 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) daripada PAS dipecat di negeri itu.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah kerajaan Pakatan Harapan itu tidak memberikan manfaat kerana mungkin tiada pengganti bagi membolehkan kelangsungan perkhidmatan kepada rakyat.

PAS Takut, Halang Debat Terbuka Husam-Mustafa

PAS Larang Debat Terbuka Husam-Mustafa

PAS menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan perdebatan atau perbincangan secara umum yang membabitkan isu dalaman parti itu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan juga menasihatkan kepada pihak yang terlibat dalam kemelut terutama yang membuat dakwaan terhadap parti dan pimpinan perlu membincangkan kemelut itu di peringkat parti.

Beliau berkata demikian merujuk kepada isu dalam PAS yang didakwa oleh beberapa pimpinan parti itu mengenai isu kononya kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu PAS dan Umno bergabung di negeri Selangor.