21 Nov 2015

Kursus Kahwin Paris: Rakyat Kecam Jawapan YAPEIM

JAWI: Kursus perkahwinan Yapeim di Paris jimatkan kos

Kursus perkahwinan yang dijalankan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di Paris, Perancis adalah bagi menjimatkan kos, dakwa Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya.

"Dari segi ekonomi memang jimatkan bajet pelajar di luar negara untuk kursus perkahwinan," kata Paimuzi pada sidang media selepas Majlis Mahabbah Alumni Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Bangi lewat petang tadi.



Paimuzi berkata ini kerana pelajar Islam di luar negara tidak perlu berbelanja lebih semata-mata mahu pulang ke Malaysia bagi menghadiri kursus tersebut.

"Apabila (kursus) dibuat di luar negara kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua atau tiga orang di mana belanjanya memang sedikit.

"Itulah keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus)," katanya yang juga adalah Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU).

Menurutnya, pelajar diwajibkan untuk menghadiri kursus tersebut.

"Sekarang ini memang peraturan kita bakal pengantin baru perlu menghadiri kursus pra perkahwinan kerana bila balik nanti tak perlu berkursus lagi. Sijil yang dikeluarkan oleh JAWI laku di seluruh negara dan sepanjang masa," kata Paimuzi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan NGO Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) pada Isnin lalu bahawa wang Yapeim sebanyak RM290,000 digunakan bagi kursus perkahwinan di Perancis bagi memastikan pelajar Malaysia di negara itu tidak terpengaruh dengan LGBT.

Kursus program yang dinamakan ‘Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahwanan dan Pengurusan’ yang diadakan pada bulan Disember tahun lalu adalah anjuran bersama Jakim, JAWI, Yapeim, MAIWP dan PKPU.

Pengarah NOW, Akmal Nasir, juga mempersoalkan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom terbabit merasmikan kursus perkahwinan pada bulan Disember tahun lalu. -mk


KOMEN-KOMEN

ULASAN GB

Penyalahgunaan wang akat rakyat untuk perkara-perkara yang tidak prioriti amat mendukacitakan. Jawapan YAPEIM ternyata hanya untuk mmenjustifkasikan penyalahgunaan dan penyelewengan tersebut.

Menghantar 2-3 ustaz katanya, tapi berbelanja hampir RM300,000, logikkah?

Jawapan YAPEIM kononnya kursus diadakan untuk mengelakkan pelajar terpengaruh dengan LGBT juga ternyata tidak logik. Apakah hanya sekali kursus yang besar belanjanya itu sudah cukup untuk "menyelamatkan" pelajar dari terpengaruh dengan LGBT? Sepatutnya kursus-kursus pemantapan agama dan akidah diberikan semasa pelajar itu masih di negara ini lagi, bukan semasa mereka sudah menetap di luarnegara.

Golongan yang menyalahkan gunakan wang zakat akan menerima balasan lansung dari Allah... Terlupakan mereka bahawa seroang Ketua Menteri satu ketika dulu menyalahgunakan wang zakat yang akhirnya tanpa ribut tanpa taufan dihukum oleh rakyat dengan kekalahan yang memalukan di negerinya? Itu bayaran tunai dari Allah swt.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lepas ni gurentie tak dok lah pembaziran sebegini berlaku... esp. setelah Ketua Presiden parti PAS kiter menjawat jawatang PENASIHAT KERAJAAN M.SIA BERTARAF MENTERI....
kita tunggguuuuu.....
dan.....
LIHAT KEWIBAWAAN TOK GURU KITA YG W.PUN SIBUK BIJAK MANAGE MASA....

TERBAIK PUNYA PARTI TO' CHA KG. KETIK BULOH....

lelaki dicermin berkata...

Kalau aku jadi ketua pengarah .. ini lah jawapan terbaik aku...sbb nya boleh agak dah . putar atau pusing mcmana pun memang kena gak..

otaiblues.blogspot berkata...

bukan duit poket atau duit pusaka mak pak mereka.duit dah siap terkumpul.janji ada kertas kerja.jalan je.mereka bukan rugi sesen pun.makan tanggung semua

Tanpa Nama berkata...

Din ayam...zuhdi....din ayam...zuhdi...din ayam.

zuhdi...ini semua terbongkar melalui org2 yg masih berfikir dgn waras...bayangkan jika smua org makan duit haram..hati gelap....bnyklah penyelewengan yg makin tersembunyi...namun Allah masih ada...sepandai pandai depa smua sembunyikan...Allah tetap salurkan berita itu satu persatu...
nak harapkan dai...nak harapkan pencetus ummah...smua jenis cari makan populariti shj...
moga muncullah seorang ikon yg berani menentang kemungkaran yg srmakin bermaharajalela di malaysia ini...tunggulah...mungkin din ayam...mungkin zuhdi...uweeekkk...nak muntah aku...

Tanpa Nama berkata...

PAS adalah PARTI TONG SAMPAH yg akan bertukar status jadi PARTI TONG TAHIK...!!

Kita tidak tahu apa yg cuba diperjuangkan oleh PAS?? Persoalannya PAS sebagai parti apa sebenarnya?? Cuba pemimpin PAS jujur dan berterus terang dgn ahli akar umbi dan penyokong di kampung2.

Mereka kata mereka pembangkang dan melawan UMNO/BN (secara beradab le). Dalam masa yg sama PAS bukan hentam BN yg kononnya musuh hakiki. Sedangkan banyak dasar kerajaan yg menyusahkan dan menganaiya rakyat! Yg diserang habis habisan oleh pemimpin ULAMAK CAI PAS siang malam pagi petang ialah DAP dan AMANAH!!

Isu2 rakyat yg utama seperti:-

a) Rasuah dan salah guna kuasa.
b) Isu GST 1MDB.
c) Kejatuhan nilai ringgit yg beri kesan mendalam terhadap ekonomi negara.
d) Isu2 jenayah.
e) Kos sara hidup yg terlalu tinggi.
f) Rumah mampu milik.
g) Pembangunan yg tidak seimbang semenanjung dgn SABAH SARAWAK.
h) Isu RM2.6 B masuk akaun personal PM.
I) Kenaikan TOL ELEKTERIK.

Berderet isu rakyat yg perlu diperjuangkan!! Kenapa PEMIMPIN ULAMAK PAS pilih serang DAP AMANAH dan HUSAM MUSA 24 jam??!!

Jelas kepada kita bahawa PAS adalah sekutu kepada UMNO/BN yg berada di luar barisan. Mereka adalah musang berbulu ayam
Duri dalam daging. Gunting dalam lipatan kepada rakyat!!

Kamu pemimpin PAS khianat amanah rakyat yg mengundi kamu masa PRU yg lalu. Kamu bukan berjuang utk rakyat yg memilih kamu!! Kamu semua adalah pemimpin TAMAK SOMBONG BODOH MUNAFIK. Gaji dan elaun kamu adalah haram.

Noktah!

Anti Fitnah berkata...

Derma untuk anak-anak Yatim ... kenapakah digunakan untuk kursus perkahwinan? Adakah calon-calon kursus tu anak-anak yatim atau anak yang bapanya nama Yatim?
Maruah Islam macam mana? Tak boleh marahkah sebab yang dok buat tu Melayu? Cuba kalau Cina yang menyeleweng duit YAPIEM??? Pasti akan jadi macam kes Low Yat. Yang jahat Melayu tapi Cina dipersalahkan. Di Malaysia hari ini, pencuri boleh dilepaskan atas nama Melayu.
Hebatnya bangsaku. Hebatnya bangsaku. Hebatnya bangsaku.

Tanpa Nama berkata...

U INGAT ALL THE STUDENT STUDY LUAR NEGARA UTK KAHWINKAH.?ARE U IDIOT OR WAT? IF STUDENT NAK STUDY UTK KAHWIN THEN STAY SHJ NEGARA NI DAH DIRIKAN RUMAH TANGGA SBB DAH MSK ALAM RUMAH TANGGA TANGUNGJAWAB U AKN SEMAKIN BESAR. SO NO POINT TO GO OVERSEA STUDY. BAHKAN EVEN KALAU STUDENT NAK CARI JODOH DARI NEGARA, U NEED TEACH BAKAL JODOH U MENGIKUT BUDAYA ORG M,SIA UTK U KENA UBAH IKUT BUDAYA DIAORG YG MANA PERGAULAN BEBAS, LAKUKAN SEX DI KHALAK RAMAI TAK ADA HAL.

U YAPEIM HAVE U THINK ABT IT BEFORE U DECIDE TO DO TIS?

Abdul Said berkata...

Bertambah konpiuslah rakyat jelata. Harapkan kepala togel dan songkok hitam, tokey balak pun boleh jual traktor dibuatnya. Nak harapkan yang berjubah, berserban dan berkopiah lagi teruk. Tokey lombong pun boleh bunuh diri dibuatnya. Itulah dia alkisah akhir zaman.

Tanpa Nama berkata...

ULAMAK PAS senyap aje isu YAPIEM ni! Tak tau nak ulas atau jaga hati big brader AMNO!!

Bagi ULAMAK PERUT dlm PAS...isu YAPIEM ni tak penting utk dikomen sebab tiada kaitan dgn DAP, AMANAH dan HUSAM MUSA..

Buat malu je mengaku sebagai ulamak...!! Sumbangan apa kepada agama pun tak nampak??!! Kat masjid surau sumbangkan perpecahan dan perbalahan sesama Islam.

Nak perjuang HUDUD konon!! Masa draf diusulkan PENGHULU ULAMAK PAS telahPONTENG!! Hari2 canang hudud utk pecahkan pakatan pbangkang!! Tengok le nanti...masa PRU 14 mesti isu HUDUD muncul semula!!

Masa tu...PAS akan kata AMANAH tidak islamik sebab tak masukkan HUDUD dalam manifesto! Mereka menyangka rakyat bodoh lakonan mereka. Ketika itu PAS mcm biasa bermodalkan HUDUD untuk undi org melayu.

AMNO pula spt biasa bermodalkan perkauman dan ketuanan Melayu utk undi. Hanya org yg berfikir guna siku dan lutut sahaja yg percaya!!

PAS dan AMNO bergabung demi PERUT mereka sahaja. Undi utk PAS sama seperti undi utk UMNO!! Tiada khilaf sikitpun tentang kerjasama mereka dalam menyusahkan hidup rakyat!!

Muka tak malu ADUN dan MP PAS makan duit GAJI dan ELAUN hasil titik peluh rakyat tapi bersengkongkol menzalimi rakyat!!

Lagi cantik akhlak LIM KIT SIANG dan GUAN ENG daripada akhlak ULAMAK U-TURN. Kurang2 pun mereka tidak menyokong pihak yg menyusahkan rakyat!



Tanpa Nama berkata...

Alahai alasan bodoh tahap gabanlh Jakim ni semua ostat2 ni x gheti halal haram ke sengaja lelap mata psl maassyyyuuukk rmrmrmrm....

Tanpa Nama berkata...

Kita tutup saja cerita songlap menyonglap duit oleh puak umno ni dengan satu kesimpulan. Orang umno jangan dibagi duit. Pasti ghaib. Jangan diberi amanah. Pasti punah. Jangan dipercaya. Pasti diperdaya. Jangan berharap. Pasti melarat. Jangan dekati. Pasti sakit hati. Jangan sayangi. Pasti benci.

Pendek kata. Jangan. Jangan. Jangan dok ambik peduli tentang umno nih. Pilihan raya nanti jangan sapa2 pun pilih mereka. Ambil saja yang dia bagi. Tapi pangkah pembangkang walau kambing sekali pun.

Tanpa Nama berkata...

Jauh nye pi kursus kawin. Sampai paris australia? Lepas ceramah pi main golf lak. Dah grade bila balik msia pi la kursus kawin. Apa nk loghat? Sekali kursus rm300k. 4x setahun dah rm1.2m. Giler umno ni. Hadi n Titm x nasihat ke jamil khir ni? Pas tak komen ke kelaku umno ni. Aku rasa kursus kawin ni atas kertas je. Sebenarnye depa pi kempen anak2 kita d luar negara utk sokong umno. Tp guna bajet kjaan. Umno kan penipu. Haha

Tanpa Nama berkata...

Alasan yang paling bodoh untuk menutup kejadian rasuah. Kenapa guna duit orang miskin dan anak yatim. Memang dasar orang UMNO ni kaki kebas duit tanpa mengira duit siapa.

Hidup Najib! berkata...

Korang jgn marah2...mangkuk tndas ni nak cover bos dia je...kursus2 berkaitan agama dah lama dibuat oleh ngo2 spt abim,ikram kat student oversea...cuma diorang tak pakai duit rakyat atau duit derma anak yatim je...malaon2 ini semua nak free ride..melancong,shopping,main golf free itu je...pakai duit derma anak yatim pun jadi..diorg ni mana percaya azab kubur...

Tanpa Nama berkata...

tuan pengarah, itukah jawapan tuan kpd Allah ketika soal jawab di mahsyar kelak? rasanya tuan boleh mohon ampun dgn Allah tapi bagaimana dgn ampun manusia pulak. ini kan termasuk duit orang ramai??

sama samalah kita bermuhasabah....

mustapa m said berkata...

Mengapa pulak Yapeim kena tanggung kursus kahwin para pelajar kita di luar negeri. Tugas penting mereka belajar, menuntut ilmu, bukan sibuk nak kahwin kat sana. Dah tamat belajar, balik sini cari makan dan kahwinlah. Janganlah dimanjakan sangat budak2 kat sana tu. Lagipun jika nak bernikah kat sana mereka tidak perlu menyediakan sijil kursus kahwin.

Semua budak2 kat sini yg nak kahwin kena belanja sendiri untuk hadir kursus kahwin walaupun setengah dpd mereka hidup cukup makan saja.

Pada pendapat saya Yapeim telah melakukan pembaziran wang yang tidak dituntut oleh Islam. Harap aktiviti2 seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan. Banyak lagi aktiviti yang lebih penting dan lebih diutamakan untuk mempertingkatkan sosio-ekonomi umat Islam di sini.

Tanpa Nama berkata...

Apa peranan sebenarnya yapem ni.. dan apa fungsi dan peranan jabatan agama di mesia ni.. Bangsat

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Demi menghalalkan cara, orang jaga agama juga terpaksa berbohong. Bak kata pengerusi PAC 'saya pun nak cari makan', inilah yang ada sekarang golongan pemimpin negara dan pegawai kerajaan yang tiada moral dan maruah. Semoga Allah melaknati mereka ini dari hari ke hari sehingga mereka benar-benar bertaubat. Amin

Tanpa Nama berkata...

Dgn duit beratus ribu tu lbh baik anjurkan kursus petcuma kpd pasangan di sini lbh ramai dpt hadir.Dah nyata mangkok2 yapiem sebenarnya berselindung mkn angin percuma.median anak2 yatim.tutup kes pulangkan duit yg dah mereka balun.

Tanpa Nama berkata...

YAPEIM!!bleh blah..YAYASAN PENYANGAK EKOR NO MONEY ISLAM M"SIA.