22 Okt 2011

Hassan Ali Menongkah Arus, Tolak Keputusan Pimpinan PAS Pusat, Sertai HIMPUN

Shah Alam: Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau akan menyertai Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bakal berlangsung esok (hari ini) di Stadium Shah Alam.

Hassan Ali berkata kehadirannya itu bukan atas kapasiti rasmi atau mewakili PAS namun sebagai individu beragama Islam.

"Saya akan hadir, melangkah keluar dari rumah atas nama Aqidah, saya akan berada di situ selama tiga jam atas nama Aqidah serta kepulangan saya ke rumah juga atas nama Aqidah, tidak tidur malam kalau saya tidak pergi kerana ia adalah isu Aqidah, kalau bola, Selangor lawan Kelantan tiada keperluan untuk saya hadir."

Hassan Ali berkata demikian dalam program bual bicara fokus berita terbitan TvSelangor di sini hari ini.

Terdahulu, PAS mencapai kata sepakat untuk tidak menyertai HIMPUN. Keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik di pejabat agung PAS Selasa malam lalu.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan PAS bersikap berkecuali kerana menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan mana-mana parti politik.

Menurut penganjur HIMPUN, yang merupakan badan bukan kerjaan (NGO) Islam, perhimpunan tersebut bertujuan menentang apa yang dikatakan percubaan untuk menyebar ajaran Kristian kepada orang Islam.

Hassan dengan tegas mengulangi pendiriannya untuk menyertai HIMPUN sebagai individu.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut memberi kelepasan kepada mana-mana penjawat kerajaan Selangor yang mahu menyertai perhimpunan atas dasar individu.

"Kita harus bersyukur kerana masih ada dari kalangan kita yang tampil untuk membela, berjuang dan individu ini telah membuka langkah, takkanlah Hassan Ali yang berumur 64 sebagai seorang muslim tidak tergerak untuk hadir."

Mengulas lanjut, Hassan Ali menafikan dakwaan kononnya beliau adalah salah seorang pengerak HIMPUN.

"Saya tidak terlibat dalam penganjuran HIMPUN, saya dalam apa cara dan keadaaan sekali pun tidak pernah terlibat secara langsung bagi menghubungkan penganjur ini dengan mana-mana pihak."jelasnya.

Tegasnya, HIMPUN bukan bertujuan menimbulkan ketengangan mahupun meniup api kemarahan dikalangan umat Islam dan penganut Kristian. Katanya kesempatan perjumpaan ini adalah untuk menyedarkan serta umat Islam tentang kebejatan isu keruntuhan aqidah.

Hassan Ali berkata masyarakat bukan Islam turut mempunyai hak untuk berhimpun secara aman. Beliau turut mengalukan dialog antara agama lebih giat diadakan dari kalangan pakar.

"Ini adalah perhimpunan yang aman, berbudaya dan sopan, yang penting penganjuran ini bukalah untuk menimbulkan ketegangan dan emosi yang tidak terkawal antara penganut Islam dan bukan Islam."katanya.

Ulasan GB

GB dah kata dulu, Hassan Ali dan kumpulan UG ini memang jahatlah. Dia menongkah arus, tidak menghormati keputusan pimpinan PAS untuk tidak terlibat di dalam HIMPUN.

Beberapa blogger pro-UMNO telah bertepuk sorak dengan keputusan Hassan Ali tersebut. Apa maknanya jika blogger pro-UMNO bersikap demikian? Anda endiri boleh manjwabnya.

Tindakan Hassan Ali itu menyerupai tindakan Ketua Pemuda PAS yang telah memberikan komitmen 200% untuk menyertai HIMPUN sekalipun ketika itu PAS Pusat belum membuat sebarang keputusan melibatkan diri dalam HIMPUN. Baca di SINI.

Keputusan Hassan Ali itu bukan sahaja membelakangkan keputusan PAS Pusat dan PAS Selangor, malah juga kerajaan negeri, dimana Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun), Selamatkan Akidah Umat di Stadium Shah Alam.

Sekalipun MB Selangor tidak menghalang mana-mana pegawai kerajaan termasuk Exco kerajaan negeri menyertai perhimpunan tersebut selagi tidak mencampuri urusan dan masa bekerja, namun tindakan Hassan Ali selaku seorang exco kerajaan negeri jelas memaparkan watak sebenarnya.

PAS Selangor sebelum ini telah melarang ahlinya menyertai perhimpunan berkenaan. Baca SINI.

Pecat segera Hassan Ali dari barisan pimpinan PAS dan barisan exco negeri Selangor. Kerana jika, tidak percayalah, kerajaan PR Selangor bakal runtuh di dalam PRU13 nanti. Sengaja membiarkan duri menyucuk dan bernanah di dalam daging yang kelak merebakkan parasit ke seluruh anggota badan.

Jangan sampai nanti sudah terhantuk baru nak tengadah.

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju cadangan itu, pecat jer duri dalam daging nih. Nampak tak ada kebergunaan Hasan Ali dalam PR. Sebelum parah ambil tindakan pemecatan dengan segera. Jelaslah dia ni berperwatakan talam dua muka.

Tanpa Nama berkata...

bersih 2.0 langsung tak nampak muka....bab yg ni semangat pulak nak pegi.

Tanpa Nama berkata...

apa pemimpin PAS lain x jaga aqidah ker? pimpinan PAS Pusat yang tak sertai HIMPUN x jaga aqidah ker?

Baru masuk PAS beberapa hari dah nak temberang pertahankan aqidah.

abu shahid berkata...

salam semua..

Sepatutnya Hasan Ali mengutamakan jemaah dan partai yang beliau sertai.

Ikutilah arahan pimpinan partai bukan desakan blogger UMporNO.

Sekor lagi yang kalah timbalan presiden tak joint sekali ke?

Tanpa Nama berkata...

bro... kan dia kata atas kapisiti individu... be open la bro...
lagipun himpunan ni halal...

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum... Janganlah kita berpecah belah dan bersangka buruk kerana berlainan fahaman politik. Berjuanglah kerana Allah hanya Allah dan bukan untuk lain-lain tujuan.

Janganlah berburuk sangka sesama kita. Selagi tujuannya kerana Allah kita perlu pertahankan... Allah Maha Mengetahui

Tanpa Nama berkata...

Ramai pengomen blog ini berdaya dan berpemikiran intelektual berbanding Hasan Ali yang gok ni. Dari awal, tindakan Hasan Ali banyak meragukan PAS. Pemimpin PAS Selangor telah mengharamkan kehadiran ahlinya dan kenapa pula Hasan Ali menyanggah keputusan pemimpinnya.
Hasan Ali tidak memikirkan jangka panjang soal perjuangan dan matlamat parti.
Eloklah PAS menyingkirkan sahaja kudis ini sebelum menjadi tokak.
Saya setuju benar dengan pendapat 9.02am.

PAK MAT berkata...

Lepas ni jika Hasan Ali jadi calon Pas PRU 13 lagi nampak sangat yang Pemimpin Pas yang banggang Bukan Hasan Ali.. Sebab dia kita kenai dah...

Tanpa Nama berkata...

anon 9:30

Bukankah PAS Selangor tlh melarang ahli-ahlinya dari turut serta HIMPUN?

Apakah Hassan Ali bukan ahli PAS Selangor?

Mentang2 dah tak jadi YDP lagi maka tak nak patuh kepada kepimpinan yang sedia ada.

Apa punya ahli jemaah yg macamtu?

Pak Cu Lome berkata...

Ambo berpendapat, Hassan Ali sudah tidak berjiwa Pas. Beliau sengaja mencari onar untuk diambil tindakan.Semolek mungkin beliau mahu menjadi seperti Zul 9/10.Dipecat dari Pas.

Kemudian Hassan Ali boleh berteriak apa saja dengan kapasiti peribadi.

Tidak mustahil selepas ini beliau akan menyerang Pas dan sekaligus menjadi juracakap Umno.

Sosok sebeginilah yang dimahukan Umno supaya meramaikan kumpulan beronar.Menyenangkan kerja Umno.

Pakcu Rantau Panjang berkata...

Salam buat tuan dan semua.

Pakcu salah seorang penjengok blog waima pro-kerajaan maupun pembangkang.

Tapi dalam mengutamakan penyatuan akidah seharusnya perkara begini diketepikan. Nampak benar kita ni dok suka cakap kosong bila diminta untuk sama menegak satu tauhid lalu kita pusing belakang. Kita masih lagi berkira kerana takut dipanggil untuk bersatu biar pun atas nama NGO kerana terasa diri lebih hebat.....

Lalu kita anggap yang turut sama bukanlah orang terbaik kerana tidak sehaluan. Tapi apakah dengan tidak bersama itu maka kita kata kita yang mendahului orang dalam menentang kemungkaran akidah yang sepatutnya PAS dihadapan ???

Kita tak seharusnya menyangka
buruk kepada orang lain yang memperjuangkan sesuatu yang murni jika kita sendiri yang mempunyai seribu alasan untutk tidak ikut sama. Jangan jadi Pak pandir yang susah ditumpang malah harapkan kebaikan jauh sekali....

Jika BERSIH dulu kita bercanang dan memalu gong keserata BUMI tapi hari ini kita begitu longlai dan lotek bila diseru untuk memperjuangkan akidah...apakah ini itu lebih murah dari seruan BERSIH..???

Jawablah dengan hati yang jujur bukan kerana berbungkuskan politik yang sering menjurangkan umat ini oleh beberapa kerat pemimpin yang meletak lakonanan politik didepan dari segala-galanya...walahualam

Tanpa Nama berkata...

wat per nak himpun2 melalak2 "nak selamatkan umat islam" kat meleisia ni?
himpun2 lepas tu balik rumah....apa jadi lepas tu?
walhal, anak2 dara/tak dara melayu islam nak katakan hari2 kena pulun bapak sendiri, atok sendiri, abang sendiri, mat bangla, mat indon...
nak selamatkan camne kalau taktik berdakwah pun tak mahir2 lagi...
nak selamatkan aqidah camna kalau penceramah kena tangkap sokmo...
nak selamatkan umat camne kalau maksiat2 tv, akhbar, internet tak dikawal??

abu berkata...

Beranikah PAS pecat Datuk Dr Hassan Ali sebagaimana PAS pecat Ustaz Kazim ?

Tanpa Nama berkata...

pada pndapat aku la kn, HIMPUN ni da x 'suci' lgi disebabkn bbrapa 'org2 munafiq' yg bria2 nk join sama. lgipun, ape matlamat pmimpin2 umngok nk join sama???padahal dorg mmpunyai kuasa di dalam kerajaan utk mmbanteras sgala dakyah2 agama lain.jelas sngat kemunafikan org2 umngok nih!!!

catiesou berkata...

PAS pusat tak larang ahlinya pergi atas kapasiti individu.. Pas Selangor yang memandai mandai... Orang pengadu domba dan pemecah belah parti seperti greenboc ini lah duri dalam daging, yang patut disingkirkan dari Pas.. Dalam kepala hotak orang macam ini hanyalah politik..

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali tak boleh cakap soal individu.Dia(orang yang sama) adalah ahli PAS,dia Wakil Rakyat PAS,dia menang atas tiket PAS,kalau dah jadi wakil rakyat tak boleh lagi cakap soal individu.Cakap macam ini,tak payahlah belajar hingga dapat PHD.Jadi JKKK pun tak laytak.

Tanpa Nama berkata...

catiesou

siapa anda hendak menyatakan PAS Selangor memandai-mandai?

PAS Selangor itu buat keputusan secara khusus dan dilakukan secara bjemaah, melaksanakan kehendak dan keputusan umum dari PAS Pusat.

PAS Selangor bukan memandai-mandai. Tetapi anda catiesou yang menunjuk pandai.

Semua dapat perhatikan selama ini greenboc membawa halk yang benar. Cuma puak UG dan yang berkepentingan jadi cacing kepanasan.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Bila politik terlalu menguasai minda.. Atas nama Aqidah pun dilihat dari sudut politik..PAS perjuang Aqidah dari penubuhan dulu.. memang lama dah lebih 50 tahun.. Bila ada orang lain nak mula perjuangkan dan pertahankan Aqidah umat, kenapa kita melenting? Adakah perjuangan aqidah ni milik ekslusif parti politik tertentu? PAS hanyalah wadah perjuangan.. Matlamatnya adalah mengajak umat menyembah Allah dan menjauhi Taghut!

Tanpa Nama berkata...

anon 6:51

Keputusan PAS adalah dilakukan secar berjemaah, bukan satu kepala. Ia adalah syura.

Siapa kamu?

Tanpa Nama berkata...

Sy sokong Pakcu Rantau Panjang. Mslh PAS ni masih ada ahli2 bfikiran jumud, ckp x serupa bikin, x berani mnongkah arus,caci maki dah sinonim..suka menghina org yg tak sealiran fikiran, pandang rendah kpd org lain. Bt lah kajian, krn sebab2 diataslah kenapa org2 yg 'berdarah biru' susah nak sokong PAS. Terlalu byk contoh yg x baik terutama d prkt bwh..ckp bergegar2, sampai bab duit contohnya ramai yg gelap mata..kpiah atas kepala pun dh lupa..ini hakikat simple yg WAJIB diambil kira kalau mau PAS memerintah, kalau tak puashatilah dgn apa yg ada..tarbiyah dulu diri wahai pendokong2 perjuangan Islam..tunjuk contoh teladan bernuansa Islam yg sebenar bkn politik caci maki kampung..TK

Tanpa Nama berkata...

anon 7:31

caci maki? anda nak tgk siapa yg kuat caci maki malah mencarut pun ada, atau nak tengok video seks lucah pergilah ke blog pencacai umno.

pasal bab duit? tanya Hassan Ali sblm jadi YB dulu... semua main persen... berapa komisyen utk dia..

sampai skrg jadi exco pun agih projek kpd kroni umno, ada persen.

org Selangor kenal siapa Hassan Ali.

kesatria_islam berkata...

Pakchu Rantau Panjang dan Anonymous 7:31

berpegang kepada prinsip perjuangan bersama jemaah bukan jumud. mematuhi keputusan syura bukan jumud.

itu adalah prasyarat untuk mendapat bantuan Ilahi iaitu iman yang amik, taqwin yang daqiq dan amal mutawasil. pergi belajar lagi fiqh al-haraqah.

Tanpa Nama berkata...

Pendapat peribadi aku pulak, sbb Hassan Ali ni terang2 ahli PAS, terkenal pulak tu mmg ahli PAS, menang pun atas tiket PAS .. dia kena ikut keputusan PAS dalam memilih keutamaan.

sb dehlawi berkata...

salam greenboc.

pada aku himpunan anti murtad ini tak lebih daripada strategi politik UBN untuk memecah belahkan pakatan rakyat. lagipun apa keputusan atau tindakan yg boleh diambil oleh HIMPUN dalam matlamatnya? setakat mendengar lagu-lagu nasyid, berceramah dan angkat sepanduk. Kalau betul Melayu ingin menghalang melayu daripada murtad, maka kerajaan UBN boleh laksanakan melalui pindaan perlembagaan. Saya pasti sikiranya ia berlaku di Parlimen semua YB Islam tak kira PR atau UBN akan menyokong. Tetapi UBN tak mahu laksanakan bak kata TGNA, sepatutnya UBN boleh melaksanakan undang2 antimurtad sejak lebih 56 tahun lalu.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku senang jer...pemimpin pas nie bangang bin bahalol.....selagi menyimpan hassan kaki untut kepala kemek nie......aku kalau dah marah semua pemimpin pas aku bangangkan sebab simpan org mcm hassan nie. kerja nak kumpulkan duit poket jer...

Kalau nak buat apa-apa biar Pas yg anjurkan...bila Bersih tak poei plak??? Ustaz Zambri pun dtg tau dlm perhimpunan bersih....keputusannya tak dapek cari makan kat TV9. Ini semua UMNO sial punya kojo la.....

Bangang la siapa yg nak balas komen aku nie.....

Tanpa Nama berkata...

Anon 1.39.
Ko mention ustaz Zamri, aku sebak betul, sbb ramai yg dapat manfaat dari kelasnya nya tu di tv, bukan setakat mengaji tapi tahu ISI quran (termasuk ulasan Dato Abu Hassan).

Tu pasal la, depa2 memang tak mau rakyat faham isi quran.
Allah dah sebut dlm quran mengenai depa2 ni.. depan mata kita saksikan

Tunggu hai lah pemimpin & org2 yg diberi kuasa, apalah sangat dunia ni yg ntah bila kita akan tinggalkan..

Semuga ustaz Zamri sentiasa dipelihara Allah & diberi Allah lebih baik. Termasuk yg benar2 ikhlas berjuang kerna Islam esp yg sedang/telah dianiaya..

Tanpa Nama berkata...

saya dalam delima, 50/50 nak menyokong hassan ali jika dicalunkan dlm PRU13 nanti kerana tindakn beliau yg sentiasa tidak di dalam jemaah,

Tanpa Nama berkata...

"Pergi belajar lagi fiqh al-haraqah"- inilah yg dikatakan sifat2 yg x baik yg ada pada sstengah ahli PAS.. mcm ilmu dia tinggi sgt.. ntah2 belajar tak abis..jgn pandang org sblh mata bai...

antahberantah berkata...

Ustz Khazim tu ahli PAS ke? Tak nampak pun macam jamaah PAS, ahli umngok nampak jelas!

Tanpa Nama berkata...

Anonymous 12:57 menulis:

"Pergi belajar lagi fiqh al-haraqah"- inilah yg dikatakan sifat2 yg x baik yg ada pada sstengah ahli PAS.. mcm ilmu dia tinggi sgt.. ntah2 belajar tak abis..jgn pandang org sblh mata bai...

Anda pon serupa dengan orang yang anda kritik sebab berprasangka sedemikian. Tujukan perkataan yang hendak anda luahkan itu kepada diri anda terlebih dahulu.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Salah ke kami di HIMPUN nak bersatu dan berhimpun atasa aqidah yang sama?

salah ke kami orang islam nak bersatu, tanpa kira bendera politik?

salah ke?

Saya bawa anak ke sana, tanpa di suruh, tanpa tiket se siapa pun, tanpa ddesak oleh manamana pihak atau parti.

Jadi, wahai kawan2, adakah kamu masih nak kata HIMPUN ini menyebelahi pihak politik tertentu???

Cuba guna akal dan iman, dan hapuskan lah rasa dengki-mendengKi se sama saudara islam, samadA PAS mahupun UMNO, wahai kalian.

SHINA@BANGI