23 Nov 2015

Mampukah Razman Berdebat Berdepan Dengan Dr.Mujahid?

Amanah syor Razman, Mujahid debat

PARIT BUNTAR - Amanah Parlimen Parit Buntar mengesyorkan satu program debat diadakan antara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dengan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa bagi menjelaskan kemelut isu pengkhianatan baiah dibangkitkan Pas.

Syor itu dikemukakan setelah Amanah Parlimen Parit Buntar membidas tindakan segelintir pemimpin Pas Perak menggunakan platform ceramah menyerang Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa secara terang-terangan di khalayak umum pada 10 November lalu.



Setiausahanya, Amran Abdullah berkata, maklumat itu mendedahkan satu program ceramah bertajuk ‘Baiah Yang Dikhianati’ dilangsungkan pada tarikh itu meliputi tiga lokasi iaitu di Pekan Batu Lima, Batu 13 Jalan Pantai Kuala Kurau dan Tebuk Haji Musa, Titi Serong.

Menurutnya, dalam program yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria itu, pihaknya terkejut dan kesal dengan sikap beberapa pimpinan Pas Perak yang mencemuh secara peribadi nama Dr Mujahid dalam ceramah dianjurkan.

“Saya difahamkan nama Dr Mujahid sering kali diulang-ulang sebagai pemimpin yang mengkhianati baiah oleh salah seorang pimpinan Pas dalam ceramah itu.

“Sebagai wakil rakyat Parlimen Parit Buntar, adalah tidak wajar nama Dr Mujahid diburuk-burukkan di hadapan rakyat, lebih-lebih lagi beliau merupakan seorang wakil rakyat yang sudah melaksanakan tugas dengan cemerlang.


“Sewajarnya Pas lebih lunak membicarakan isu-isu semasa dan masalah negara terutama melibatkan keperitan hidup rakyat pada ketika ini, bukan menyerang wakil rakyat kawasan dilawati,” katanya pada sidang media, di sini.

Turut hadir Pengerusi Amanah Parlimen Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad dan Ketua Pemuda Amanah Parit Buntar, Hairulnizam Ishak.

Sementara itu, Hamdan mendesak perkara sebegini tidak berulang lagi memandangkan Pas sebagai parti memperjuangkan Islam tidak sewajarnya menggunakan platform ceramah untuk mencemuh pemimpin Amanah.

Menurutnya, hubungan pemimpin Amanah dan Pas kawasan Parit Buntar juga masih baik dan tidak bermasalah ketika ini.

“Berkaitan isu ini, Amanah merasakan perlu ada keseimbangan dalam menjelaskan isu sebenar berkaitan isu pengkhianatan disebutkan oleh pimpinan Pas kepada Dr Mujahid bagi mengelakkan kekeliruan rakyat Parit Buntar.

“Justeru, Amanah mengesyorkan penganjuran satu program debat antara kepimpinan utama Pas Perak seperti Razman dan Dr Mujahid bagi membolehkan rakyat Parit Buntar menilai sendiri kemelut pengkhianatan baiah yang diuar-uarkan Pas.

“Kami bersedia menyediakan platform penganjuran debat itu di kawasan Parit Buntar dan sekiranya terdapat badan berkecuali seperti NGO ingin bekerjasama, kami amat mengalu-alukannya.

“Dr Mujahid sendiri sudah menyuarakan persetujuan dan Amanah berharap kepimpinan Pas Perak bersikap jantan untuk menyertainya demi mengelakkan rakyat terus terkeliru dengan penyebaran dakyah tidak benar,” katanya. -SH

ULASAN GB

Soalnya mampukan Razman untuk berhadapan Dr.Mujahid yang merupakan seorang profesyenal dan juga seorang ulama?

Sedangkan Razman hanya seorang bekas pegawai kastam yang telah dinasihatkan bersara pada tahun 2009? Raman dilaporkan memounyai harta bernilai jutaan ringgit?

Di dalam pilihanraya yang lepas Razman tewas di tangan UMNO BN dengan majoriti lebih 3 ribu undi sednagkan Dr Mujahid menang dengam majoriti lebih 8,000 undi.
P055 Lenggong:
Shamsul Anuar Nasarah- BN (13,285)
Razman Zakaria- PAS (9,832)
Menang- Shamsul Anuar Nasarah dengan majoriti 3,453 undi

P057 Parit Buntar:
Mua’amar Ghadafi Jamal- BN (17,539)
Mujahid Yusof- PAS (26,015)
Menang- Mujahid Yusof dengan majoriti 8,476 undi

Itu OPRU13 tatkala PAS berada di dalam PR. Sekarang PAS berada di luar PR, silap haribulan jika bertanding di Lenggong lagi, majoriti kekalahan Ra man mungkin bertambah lebar lagi.

Razman dilaporkan bukan saja tidak segan silu menghentam bekas pimpinan PAS yang telah menyertai AMANAH di program-program ceramah malah di dalam kenyataan-kenyataan dan tulisannya di media sosial.

Tidak mahu mengukur dan memeriksa diri sendiri sebelum hendak mengutuk dan menghina orang lain. Itu Razman!

Tapi apa salahnya jika Razman bersetuju untuk berdebat seperti yang disyorkan oleh AMANAH Perak yang GB pasti PAS Pusat akan menhalang perdebatan yang bakal memalukan PAS sendiri sepertimana pembatalan debat Husam-Mustafa.

Walaupun apapun kita berserah kepada Allah dengan Hukum Kebenerannya... bagi menghukum keceluparan PJ PAS Perak itu yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan untuk mempertandingkan PAS di seluruh kerusi di negeri Perak...

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mula2 Razman akan buat2 setuju utk debat. Malu le tolak. Nanti nampak le pulak mcm penakut. Tk boleh le gitu. Tapi 2 jam kemudian SUA PAS akan arahkan agar debat tk diadakan.

Alasan yg boleh digunakan ialah:-
a) Debat bukan budaya kita.
b) Buang masa debat2 ni semua.!!
c) Bukan tk nak debat tapi PAS pusat tak kasi debat...nak buat mcm mana kan!
d) Buat apa nak debat dengan geng jebon!!
e) Kalau nak jugak debat pastikan Dr Mujahid letak jawatan Ahli Parlimen Parit Buntar dulu le...

Tu la antara alasan yg boleh digunakan oleh RAZMAN utk tolak cabaran debat tersebut! Ye la jangan sampai orang kata tkde telo plak kan. Telo mesti mau jaga beb..!!keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

PAS AKAN KATA.....
DEBAT BUKAN BUDAYA MALAISIA...
BUNYI...
SENADA SEIRAMA...
MACAM.... KATA UCAP...
PEMIMPIN U.M.N.O............
SENADA...
SEBELUM DAN SELEPAS TUANG PRESIDENG KITER JADI TUAN PUNAHSIHAT 2.6%.....
ADA SAMA....
a....macam....
$$$$ ROSLI KITER....
@
ROSLI $$$$ KITER...

Unknown berkata...

Tengok muka pun macam badot!

Tanpa Nama berkata...

Bagus pemimpin Amanah. teruskan memberi cabaran dengan debat dan bersemuka.

rakyat dah bosan dengan politik adu-domba. ugutan bunuh, toreh tayar dan pukul orang.

Pesta politik semakin meriah.

Yahooo...gumbira-gumbira. belum habis lagi, belum habis lagi.
pesta baru bermula untuk rakyat beri penghormatan dengan berhimpun bersama kamu yang menegakkan kebenaran.

Unknown berkata...

Pelik juga ya, macam mana Peg Kastam biasa boleh memiliki harta bernilai jutaan ringgit seperti yang dikatakan itu.

pendekar penyu berkata...

Serang peribadi org dpn penyokong sendiri dlm ceramah, boleh la bro..tu belum hero lg bro...hero yg sebenarnya gunakan politik hujah..berdebat...kato org nismilan moh jumpo dopan2...ni ajak debat je takut..makin kau takut makin terserlahlah kelompangan partimu...mcmne nak jadi pemerintah..opss..sori.cukup jd penasihat je..xreti nk memerintah..berdebat pon takut kakakaka

pendekar penyu berkata...

Xmampu de puak2 ni berdebat..setakat ceramah je boleh...berdegar2..pastu yg dok parlimen ke yg ulas isu2 tertentu bukan handal mana.setakat baca balik kitab sebut beberapa petikan nas2, aku pun boleh jadi MP..ulama2, ustaz2 yg nak jadi MP tu tgk la contoh Allahyarham Ustaz Fadzil Noor...tu baru ulama yg ada ketokohan... (SEMOGA BELIAU DITEMPATKAN DIKALANGAN ORG2 YG SOLEH..AMIINN)..Aku masih menghormati ketinggian ilmu beliau...perginya tiada galang ganti..

Hidup Najib! berkata...

Pas ni susah untuk berubah...lebih baik fokus pd permasalahan rakyat..kos sara hidup yg tidak munasabah,masalah salahguna kuasa,1mdb,2.6billion,kejatuhan nilai ringgit...ini semua masalah yg dekat sgt ngan rakyat..rakyat takkan angkat pemimpin yg cuma risaukan isu baiah..pas pls pls be matured kami nak pas yg dulu zaman tgfn dan tgna..pas for all!

Tanpa Nama berkata...

Jangan pelik dan heran ,sekarang adalah musim ularmak di uji dengan hartabenda,ilmu yang dipelajarainya selama ini digunakan untuk menghalalkan cara.Mereka seolah2 tak sedra hinaan berrtubi menerjah muka2 ularmak ini.tak pernah berlaku dalam sejarah Pas peminpin ularmak dan mursidol dihina sedemikian rupa .kalau yang menghina pun datang dari musuh ketat Umno dan kini akan menjalinkan kasih syang dengan Pas.Sejarah TGNA disanjung dan dihormati oleh semua bngsa dan agama.

IrWrWs berkata...

Sbg org beriman pasti kita mudah mengenali mana satu yg berani dan mana satu yg tidak berani melanggar sumpah baiah dan harta wakaf..

Abdul Said berkata...

Razman berdebat dengan Dr Mujahid!! Kelakar, kelakar. Macam budak tadika berdebat dengan siswazah. Macam siswazah ekonomi berhujah dengan Gabenor Bank Negara. Macam Ah Long berdebat dengan Tan Sri Azman Hashim mengenai perbankan. Hingus meleleh walau pun dah tua nak tunjuk lagak. Berapa banyak artikel, buku dan kertas kerja yang Razman dah tulis. Berapa lama duduk diuniversiti. Tak payahlah buang masa. Dunia ni selalu jadi ribut ialah bila sibangang berlagak pandai. Macam Saddam, macam Gadaffi, macam Bashar, macam Gamal Nasser dan ramai macam lima enam orang yang mengaku ulamak di Malaysia.!!! Lagi teruk bila orang pencen menjilat orang yang mengelar diri mereka sebagai ulamak. Sebab itulah SUDAH TERJAWAB MENGAPA RAMAI ORANG YANG BELAJAR DALAM BIDANG UGAMA DAN MAHIR DALAM PELBAGAI BIDANG UGAMA TETAPI MENJAUHI PAS MACAM KITA BERJALAN KAKI MENGELAKKAN DARI TERPIJAK BENDA KOTOR!!

Tanpa Nama berkata...

Mujahid debat Razman, Husam debat Din Ayam, Rafizi debat Arul, sape lagi? pakai ayat keramat " debat bukan budaya kita "

Tanpa Nama berkata...

Dah jd SOP PAS bila ada cabaran ber debat utk terima dan kemudian di tegah PAS pusat. Dulu PAS cukup berani utk ber debat dlm apa2 isu negara. Sekarang dah menikus sb tiada lg yg berkaliber dlm PAS. Tambahan PAS tidak mahu kebenaran sampai kepada akar umbi.

Tanpa Nama berkata...

WOW TIS GOOD IDEA. WE WAN TO SEE SETINGGI ILMU SEORG PEGAWAI KASTAM YG JADI KULI KERAJAAN VS SEORG ULAMA + PROFESIONAL. SEBELUM U MENGHENTAM SESEORG ILMU U DLM POLITIK CUKUPKAH.? U MUHASABAH DIRI SENDIRI BEB U ARE CAPLE DENGAN CARA BERDEBAT. COME ON ATAU NAK JADI MCM DIN AYAM SEBAGAI TELOR TAK ADA, PENAKUT DLL.

Tanpa Nama berkata...

Betulkah tuan gb..razman punyai harta jutaan rnggit,blg tuan gb kasi korek itu cerita,biar ahli2 pas tahu yg pemimpin mereka byk harta,pemimpin2 pas ceramah sana sini..di suruh ikut cara nabi,tp sendiri x ikut,klu maindgn harta dunia ni..ostad2 jgn ckp byk la..

Tanpa Nama berkata...

Wan Rosli...

Biar aku gelak dulu kat ko ni ye...kah kahh kahh dan kah kah!!

Sumpah baiah itu ialah urusan antara org yg lafaz sumpah dgn Allah swt. Jika org yg lafaz itu bersalah sekalipun salahnya kepada tuhan.

Kesalahan kpd tuhan bukan point yg bijak utk PAS jaja ke hulu ke hilir! Itu dah tkde modal namanya!!

Abis tu ko dan pemimpin CAI ko tak takut langgar amanah rakyat?? Tak takut pulak geng2 ulamak pojaan ko tu makan rezeki haram!!

Kesian Ko wan rosli...
Aku buat satu analogi ye.. Ko sebagai makmum dan solat di belakang imam. Pada rakaat pertama si imam cantik je bacaan ayat. Begitu juga rukun apa semua.

Kemudian time rakaat kedua. Tiba2 si imam baca TOLOL BARUA JEBON dan BOOO diselang seli dgn ayat2 al quran!!

Agak2 ko le...sah tak solat imam dan makmum tu?? Berdosa tak pisahkan diri dpd imam dan jemaah tersebut??

Makmum yg mufarakah tadi buat jemaah solat baru. Solat dgn imam lain tanpa ada perkataan TOLOL BARUA JEBON dan BOOO dlm bacaan solat.

Ko wan rosli sebagai ULAMAK yg dilantik secara dalaman oleh para CAI nak terus dlm jemaah pertama atau keluar utk menyertai jemaah solat kedua???

Sekian. Tenkiu

Kih kih kih

Unknown berkata...

Wan rosli.. tak payah cerita baiahlah.. isu baiah ni akan memakan diri pas sendiri.. tak percaya kita tgk sama2 ya... seblm pru 14..baiah akan di mainkan.. tak kira parti mana.. kecuali pas.. kalau mp dan adun diarah baiah.. akan di dendangkan.. masuk politik kena bercagar isteri... kalau pru14 tiba2 adun dan mp pas tak mengangkat baiah... semua parti akan mrndendangkan.. seolah2 parti pas meniaya adun2 dan mp pas yang lama... masa tu boleh bayangkan...sbb baiah pas akan jd di telan mati emak.. di luah mati bapak...kalau kita jenis berfikir.. kita boleh agak kesan2 tindakkan parti pas...

Tanpa Nama berkata...

Pas dah sama mcm hamno. Btul kata dap undi pas sama spt undi umno

Tanpa Nama berkata...

nak tanya sikit $$$$ rosli.Hadi masuk parlimen angkat sumpah,tapi kenapa selalu ponteng.Beginilah orang beriman yg patut dicontohi.

Tanpa Nama berkata...

Takat ni takde sape ponggg dlm pas berani berdebat dgn amanah.... isshhhh smpai mcm ni skali dlm pas.... dulu cukup hebat dlm debat... skg.. cukup menikus dlm debat... kata kt org berani tapi ajak berdebat takut... jenis manusia baling batu sembunyi tangan...

Tanpa Nama berkata...

Dulu dulu.... husamlah yg kuat dok hadir forum dan sesi dialog... PAS masa tu zaman emas tambah pulak TGNA ada lagi, Nizar pulak boleh berbahasa cina... lagi terpikat bukan islam, dan kuliah TGNA dihadiri bukan islam.... sekarang... PAS bagaikan hilang taring... sedih, ambo sayangkan PAS.. tapi ia sudah tinggal sejarah... harap2 amanah ambil balik kelantan dan menang dlm pakatan harapan kelak. Patutlah kemenangan baru2 dlm pru13 ditangguhkanNya... ada hikmah rupanya.

Tanpa Nama berkata...

Kpd rakan PH:
Minta hindari blog omak kau. Admin bersikap bias kpd PH selain ruangan komen dipenuhi fitnah, adu domba dan mencarut. Mohon jauhi diri kita drp dosa.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah lama tak gi blog tu. Tak de hujah. Bukan blog utk asah pemikiran kita. Kalu bukak blog tu mcm aku sedekah kat dia. Aku rasa dia pun bukak blog tu nak buat duit je.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah delete dari bookmark pun blog omak kau tu. Blog cari makan le katakan.... Dulu rajin jugak le aku komen dan hantam macai hamno dlm tu. Lepas omakkau tukar jadi macai TSKI dan PAS terus aku blah....haha

Nak hentam Hanisa tu mcm tk tergamak le. Malas nak ikut perangai macai hamno... So tak bukak je la. Biar dia berblog syok sendiri je...haha

Hidup Najib! berkata...

Ini aje ke standard PJ yg pas ada?Buat malu je...tikam kawan dr belakang berani..ajak bersemuka menikus..terus keluar alasan2 bangang..mana tanggungjawab?Mcm ni boleh harap jd wakil rakyat?hampehhh

IrWrWs berkata...

Patut pun aku x "layak" masuk pan sbb aku x takkan tergamak sama sekali nk langgar sumpah baiah apatah lagi harta wakaf.. mana analogi utk langgar harta wakaf pulak? Amacam anon 9:19, pandai bg analogi yg mengarut tapi nama sendiri pun x berani nk letak.. simpati buat penyokong pan aka macai dap..

rizal berkata...

masalah baiah ni xperlulah nak jadi modal utama sgt.... xkukuh pun. tp kalau psl langgar harta wakaf kukuh la jgk.. tu la pasal org ajak berdebat xnak... dah ko pulak yg ckp bnda2 yg xde bukti. org atas ckp itu, ituuuulah yg korang telan... buktikanlah wei....kalau dh rasa diri tu betul sgt... meh berdepan...takut ke

Tanpa Nama berkata...

Razman ni janggot je lebat mcm kambing boer. Tp teloq takdak. Ajak debat je. Bkn ajak bertikam. Tak tau sapa menang atau kalah. Kalu takut mulut jgn celupar mengata org. Ini ulamak ke pencen kastam?