22 Nov 2015

Ustaz Miqdad Lapor Polis, Diserang Anak Pemimpin PAS

Pemimpin Amanah Terengganu dakwa diserang anak pemimpin PAS

Ketika Parti Amanah Negara (Amanah) meningkat popular, pemimpin akar umbinya di kubu kuat PAS di Terengganu mendakwa diserang anak pemimpin parti Islam itu.

Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria memberitahu The Malaysian Insider, bapanya membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya.


Miqdad, anak saudara kepada isteri presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang percaya, pemuda berkenaan datang untuk menyerangnya.

"Ketika itu saya tiada di rumah," kata Miqdad yang juga timbalan ketua Pemuda Amanah Terengganu kepada The Malaysian Insider. Bapa kepada Miqdad, Zakaria Abdul Rahman menulis dalam laporan polisnya menceritakan seorang pemuda yang juga anak seorang pimpinan PAS Terengganu datang ke rumahnya di perkarangan Masjid Rusila.

Nasih Ulwan, pemuda yang didakwa menyerang keluarga Ust Miqdad

"Saya memberitahu beliau anak saya tiada di rumah. Kemudian lelaki itu menjerit dengan sekuat hati dengan mengatakan perkataan 'munafik' dan menyebabkan beberapa jiran saya lain turut terdengar jeritan itu," kata Zakaria dalam laporannya di Balai Polis Marang.

Laporan polis yang dibuat Ketua Amanah Marang Miqdad Zakaria selepas seorang pemuda, anak kepada seorang pemimpin PAS melakukan ugutan di perkarangan rumahnya. – Gambar The Malaysian Insider, 21 November, 2015.

"Selepas itu lelaki tersebut terus beredar dari rumah saya untuk mencari anak saya. Saya bimbang akan keselamatan saya dan ahli keluarga saya. Saya takut terjadi apa-apa di kemudian hari."

Dalam respon melalui Facebook, Miqdad bagaimanapun memaafkan pemuda berkenaan dan berharap kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

"Ana harap apa yang berlaku kita selesai dengan cara yang baik. Ana maafkan Ustaz Muhammad Nasih Ulwan.

"Lepas ni cukuplah tunjuk akhlak yang tak baik. Minta jasa baik Ustaz Zakaria Dagang jaga elok-elok Nasih… Ana terpaksa Report Polis untuk jaga keselamatan mak ayah ana… maafkan ana," tulis Miqdad.

Akan tetapi Setiausaha Pemuda Amanah Terengganu Mohd Sufian Mat Ali memaklumkan, ancaman terhadap pimpinan di negeri itu menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Sufian berkata, ketika laporan polis itu dibuat ayah Miqdad, iaitu sekitar jam 1.15 tengah hari tadi, sekali lagi kediaman pemimpin Amanah itu didatangi orang sama dan turut mengeluarkan ancaman yang sama.

Ancaman berunsur politik ini, katanya, turut diterima Ketua Pemuda Amanah Terengganu Hasbie Muda pada Khamis, 19 November lalu dari individu yang sama.

"Pemuda Amanah Terengganu kesal dengan kejadian yang berlaku ini kepada 2 pimpinan pemuda Amanah, seolah-olah dirancang pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan perkembangan Amanah di Terengganu," katanya.

Pemuda Amanah Terengganu menasihatkan semua ahli agar berhati-hati dalam menerangkan agenda parti kepada masyarakat dan sekiranya mendapat ancaman keselamatan, hendaklah segera melaporkannya kepada pihak polis. – TMI.

ULASAN GB

Gejala samseng memang sudah berakar umbi dalam PAS sejak muktamar PAS yang lalu. Sebelum ini GB sudah ulas:

Gejala budaya samseng semakin menjadi-jadi di dalam PAS dan lebih memalukan ia dilakukan oleh kumpulan yang mendakwa diri mereka pro-ulama dan bergelar "ustaz". Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, sekumpulan "50 gagak hitam" yang meninggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan ada kumpulan yang memboo semasa AJK PAS Pusat Hanipa Maidin berucap. Apakah ini akhlak Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan yang mendabik dada menyatakan kononnya mereka pro-ulama, pro-MSU, pro Presiden?

Selepas daripada tindakan keluar muktamar dan mengeboo ucapan penangguhan seorang AJK PAS Pusat, mereka sekali lagi membuat kacau dengan sekumpulan pemuda kononnya pro-ulamak berbadan besar yang telah mengepung Safwan Anang, Pengarah Eksekutif LENSA berhampiran bangunan pejabat PAS. Safwan bukan saja dikepung malah beliau diugut akan dipukul.

Kemudian, kereta Mohd Hatta diserang dan dibakar, Dr.Dzulkefly Ahmad ditumbuk di waktu subuh hari.

Kesemua budaya berkenaan adalah budaya samseng dan budaya liar yang jauh dari akhlak Islamiah ... tetapi tiada sebarang tindakan diambil hanya semata-mata kerana mereka kononnya kumpulan pro-ulamak.

Kini dengan penubuhan AMANAH, lagi bertambah mereka yang sakit jiwa. GB mendapat tahu bahawa ada pemimpin PAS Terengganu mendakwa Nasih Ulwan itu berpenyakit mental (munkin itu sebagai alasan untuk menjustifikasikan perbuatan dan tindakan anak pemimpin PAS Terengganu itu).

Sebenarnya, jika benar dakwaan itu sudah ramai rupanya ahli PAS yang terkena penyakit mental semenjak penubuhan AMANAH.

Buktinya, lihat saja di media-media sosial seperti facebook, whatsapps, twitter, instagram dan sebaagainya, perhatikan bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli PAS yang dikatakan "wala" dan istiqamah"... mereka tidak segan silu memparkan akhlak-akhlak keji dan buruk seperti mencaci-maki malah mencarut... Malah di blog GB ini, jika GB melulusterbitkan komen-komen mereka sudah pasti semua akan terperanjat besar meliaht akan kelakuan buruk mereka. Itu sebab mengapa untuk tidak mengaibkan mereka, banyak komen-komen sedemikian tidak dapat dilulusterbit...

Semakin hari semakin terdedah wajah PAS yang sebenar yang dikatakan menggunakan konsep kepimpinan melalui ulama. Hukum kebenaran dan keadilan berjalan... Berkali-kali sudah GB katakan.... PAS sedang menuju kehancurannya kerana tidak lagi berpegang kepada akhlak Islam... Islam sudah tinggal hanya pada nama partinya sahaja, sedangkan akliah, akhlak dan tindakan sudah jauh dari Islam...

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau org pas, mestilah solat tak tinggal.

tp kalau bertahun2 tak tinggal solat, tp perangai mcm ni, mcm mana kesudahan umur nanti?

lihat shj ahli pas yg undi ikut cai; ramai yg dah berumur dan tentu ilmu agama dan amalan dah byk. tp syg masih tak tau nak bezakan yg haq dan yg bathil.

bila pemimpin jelas keluar dr jalan Allah dan Rasul-Nya, maka dah sampai masa ahli utk keluar dr parti itu.

Taat kpd Allah adalah ketaatan yg mutlaq dan tidak boleh dipersoalkan. begitu juga ketaatan kepada Rasul juga adalah mutlaq dan tidak boleh dipersoalkan. Tapi ketaatan kpd pemimpin adalah tertakluk pd ketaatan pemimpin tsb kpd Allah dan Rasul-Nya. Jika pemimpin jelas tidak lg mengamalkan perintah Allah dan Rasul-Nya, menjadi kewajipan pengikut utk menegur atau meninggalkannya.

"Pada hari ketika wajah mereka dibolak-balikkan di dalam neraka, mereka berkata: sekiranya kami mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakan kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” (Surah Al-Ahzab ayat 66-68)

Tanpa Nama berkata...

...sakit mental??? Camno pulak bole jadik Ustaz??? Atau SAKIT MENTAL ni memang kriteria utama untuk jadik USTAZ PAS (slps TGNA meninggal dunia)???

Koperasi Prihatin Kedah Berhad berkata...

Adakah budaya dan pemikiran ahli-ahli PAS sudah berubah selepas bekerjasama dengan Perkasa dan Umno? Apakah mereka sudah menerima sepenuhnya budaya Perkasa dan Umno? Sepatutnya pemimpin harus mengambil tindakkan sewajarnya agar budaya yang tidak sihat ini mencemarkan nama baik Islam. Jangan sampai nanti PAS dilabel dengan istilah samseng politik seperti Umno. Sepatutnya PAS berbesar hati kerana tertubuhnya Amanah yang memberikan cabang dalam perjuangan Islam di Malaysia. Setiap perjuangan mesti ada liku-likunya dan istiqamah bermaksud perjuangan Islam keseluruhannya bukan sekadar parti sahaja. Semoga semuanya akan dikurniakan hidayah dan pertunjuk oleh Allah.

Unknown berkata...

Mcm aku ckp..2 hari sekali mesti puak2 geng serban dari pimpnan tertinggi sampai org2 bawahnya mesti ada isu panas di buat.. yang menjadi bualan di media2 internet....hentam je lah labu...

Potailangek berkata...

Kat ganu mung berani la ustaz..mung mari kl..baru jantang..kami x de kira ustaz ke lebai..kalo salah kami bungkus je..

Tanpa Nama berkata...

Dah sakit mental, masih bergelar ustaz? Sapa bagi gelaran ustaz? Ishhh karut la semua niii. Memalukan!

Genster Kg Dusun berkata...

Ini ostad samseng taik kucing laaa. Tong kosong, bunyi jeee bising, habuk pun tarak.

Unknown berkata...

Kan hadi marang dah kuar fatwa..pengkhianat harus dihapuskan..
Ikut suka hati saya la nak tafsir alquran mcmn pun..
Gembira..gembira..

Jeman berkata...

Org ganu blagak samseng.. debe xde sebab.. nok gocoh sangat buey serbey mu tuh meh aku bui skali..

Unknown berkata...

Salam:

Astarfirulah'halazim...mengucap banyak2..wahai ahli-ahli PAS,INGATLAH TUHAN SAMA,nak rebut-rebut dunia,kita hidup hanyalah sementara sahaja.

Hadi dah dcelared nak jadi PENASIHAT umno:
Tak terfikir kah HADI nak nasihat?,balak kat kelantan,YIK kat kelantan?,ahli2 boo kat muktamar?pukul-memukul dr.HATTA?MAKI HAMUN orang2 yg tak sehaluan?ponteng-memonteng semasa kerja? dan terbaru ugut-mengugut orang yg tak sehaluan?

Ataupun amanat Hadi 1981 sudah ditukar pada 2015 MENJADI:

Kami BEKERJASAMA dgn umno bukan kerana dia umno,kami BEKERJASAMA dgn umno kerana umno masih lagi MENGAMALKAN undang-undang penjajah.
oleh itu wajarlah ahli-ahli PAS mentauladi rakan2 sesama melayu islam dalam umno/perkasa ,supaya Cina DAP kafir dapat di hapuskan.Amanah berkawan dgn Cina DAP KAFIR,mereka adalah PENGKHIANAT melayu dan islam........

wALLAH'UALAM.

Tanpa Nama berkata...

Tak ade kerja lain dah puak2 ustaz pas hadi sekarang nih. Ke hulu ke hilir macam anjing gila mengejar orang berbaju oren. Dah penat menyalak, menggigit le pulak. Perintah tuan kena ikutlah. Ada kau dengar hadi kata apa2 tentang hal ini? Tak ada punya. Malah tersenyum gumbira melihat ustaz2nya beraksi jihad.

Mari kita tengok. Kalau hadi tidak komen dan tegur perbuatan ustaznya ini, anggaplah hadi adalah kepala isis di malaysia sekarang ini. Hadi menjadi orang yang paling bahaya lagi sangat2 mengancam keselamatan negara.

Oleh kerana dia bertambah rapat dengan umno, kita khuatir upco akan memberi pelepasan dari sebarang tindakan. Malah akan bersorak gumbira. Ha. Kita dah dapat orangnya. Komandernya. Mampos kau ummat melayu islam. Jahanam kau rakyat malaysia dia kerjakan!

Adakah ajaran nabi suruh tebas dulu orang2 islam yang tak sebulu? Lepas tu baru jumpa orang kapir. Cerita betapa indahnya islam dan nilai2 kasih sayangnya. Betapa islam itu lembut dan suka berkawan. Orang kapir tidak akan percaya setiap ucapan kamu. Malah akan cabut lari apabila melihat kamu datang. Nak cerita kebaikkan islam konon. Padahal tangan kamu penuh dengan darah saudara2mu sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Inilah wajah PAS yg sebenarnya..konon bergabung dgn umno utk masa depan islam dan Melayu. puii...Makin jahanam.. sesama melayu islam pun kau berlagak samseng..memang elok la kau bergabung dgn umno.dah makin serasi dah..kamon la..xpayah nak tunjuk kuat dgn samseng kau tu..igt org xmelawan tu org takut ke? cuma tembok sempadan disiiplin antara ahli amanah dgn pas pasca TGNA ni ialah bertindak profesional...makin terserlah la perangai PAS..moga Allah tunjukkan yg Haq.

Tanpa Nama berkata...

Skrg ni umno dh relax,dulu tgs2 gertak dan ugut ni semua depa buat,la ni..pas yg buat plak,umno skrg dok perkemas siap siaga utk pru14,slps ni imej samseng umno mgkin kurang mnyerlah,pas pulok yg sambung kerja2 mcm ni,umno dh berjaya menyusup dr dalam!

Tanpa Nama berkata...

X mustahil satu hr pas akan berijhtihad darah amanah dan dap halal di perangi,bibit2 dan bunga2 sdh nmpk

Abdul Said berkata...

Hancur PAS hancur!! Hancur hanya kerana seorang orang tua yang digelar ulamak tetapi perangai huduh, mulut celupar, khianat pada kawan-kawan, sudah terserlah perangai mencari harta dunia dan tidak peduli akan nasihat orang dan juga tidak peduli apa akan terjadi terhadap masa hadapan kerana tindakan serta perangainya yang huduh. Yang ada disekelilingnya pun sama juga!!

Tanpa Nama berkata...

Dia marah lah tu.. siapa2 pun boleh marah kalau periuk nasi kena kacau.. dulu boleh dpt 2k 3k sekali ceramah.. skarang 2 3 ratui.. sampul pun kangkadang dapat sampul kosong.. ni kerja harum manis lah ni..

Unknown berkata...

Hari2 canang kata masih kuat & kukuh..
Tapi kenapa rasa tergugat dan nak mengancam org lain?
Buat kerja masing2 dah la..

Tanpa Nama berkata...

Sebab ada Amanat II kot....bertaubat atau dihapuskan