31 Mac 2017

[VIDEO] PAS Terus Dan Akan Terus Ditimpa Kehinaan...

RUU355: Presiden Pas wajar letak jawatan secara en bloc, kata Husam

Keputusan BN untuk tidak membentangkan rang undang-undang meminda akta 355 adalah bukti presiden Pas telah mempermainkan umat Islam.

"Sewajarnya beliau dan seluruh ajk Pas pusat meletak jawatan secara en bloc," kata Penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa pada sidang media di majlis menaikkan bendera di Jalan Kebun Sultan Kota Bharu petang tadi.

Keputusan ini yang disifatkan beliau 'jalan mati' dalam episod RUU355 ciptaan ahli parlimen Marang itu dan memberi implikasi buruk kepada agama Islam.


"(Datuk Seri) Hadi (Awang) tidak boleh lari dari tanggungjawab kerosakan ini dan beliau bersama-sama jawatankuasa Pas pusat perlu meletakkan jawatan sebagai pemimpin parti," katanya.

Percubaan Hadi membawa usul persendirian dalam perkara ini bertentangan dengan semua amalan mengikut lunas-lunas demokrasi di negara ini.

"Dalam Pas perkara ini telah kita bincang semasa saya jadi naib presiden lagi.

"Waktu itu kita putuskan pindaan ini hendaklah dibawa oleh pihak kerajaan dan bukannya usul persendirian," katanya.

Husam turut menamakan dua orang menteri BN yang memperdayakan Pas dan umat Islam kononnya pindaan ini akan disokong oleh Umno.

"Datuk Jamil Khir Bahrom dan Datuk Ashraf Wajdi Dasuki juga perlu bertanggungjawab atas penipuan mereka.

"Mereka berdua dilihat begitu kuat menjanjikan untuk menyokong usul ahli parlimen Marang sedangkan dari pihak Umno tidak ada sebarang komitmen," katanya.

Pada majlis itu Datuk Husam, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah dan pimpinan Amanah negeri dan kawasan Kota Bharu menyaksikan upacara menaikkan bendera Amanah.

Upacara itu diadakan di hadapan sebuah bangunan yang dulunya digunakan sebagai pusat operasi Pas di kawasan itu.

Sebelum ini Wan Rahim, dalam satu majlis di Bunut Payung, mengumumkan Husam sebagai bakal calon Amanah di parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia kemudiannya disahkan oleh Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.


Amanah: Kini PAS perlu jawab bagaimana ia dipermainkan Umno


Kepimpinan PAS berada dalam masalah yang besar lantaran keputusan salah dalam percaturan rang undang-undang pindaan syariah, menyebabkan mereka kini perlu menjelaskan bagaimana PAS “dipermainkan” Umno.

Naib Presiden Amanah Datuk Mujahid Yusof Rawa percaya akar umbi PAS serta penyokong mereka marah melihat perkembangan terkini yang menyaksikan mereka kembali ke garis permulaan.

Amanah mengulas keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi, mengumumkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan membentangkan usul Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Pengerusi BN berkata keputusan kerajaan itu selaras dengan prinsip konsensus yang mereka amalkan.

“Akar umbi PAS pasti marah. Mereka sangat agresif apabila usul Hadi dibentangkan di Dewan Rakyat. Mereka antara lain mengatakan pihak yang tidak menyokong Akta 355 menentang Islam,” kata Mujahid kepada FMT.

“Mufti Wilayah Persekutuan juga menyeru orang Islam supaya menyokong usul itu. Tapi apa yang disokong sekarang ini? PAS sudah ditipu Umno.”

Ahli Parlimen Parit Buntar mengatakan inilah akibat mempercayai Umno walaupun kedua parti berseteru sejak berdekad lalu.

Mujahid tidak menolak kemungkinan PAS akan cuba mendekati Pakatan Harapan untuk “mengajar Umno”.

“Hadi mungkin merasakan Najib sudah khianat, dan akan cuba mengegar Najib dengan menyertai pembangkang.

“Tetapi beliau harus sedar perbuatannya yang mewujudkan ketegangan bukan sahaja dalam kalangan pembangkang, tetapi juga dalam kalangan masyarakat. Menyertai pembangkang semata-mata untuk membalas dendam bukanlah langkah yang baik.

“Hadi dan PAS sudah membuang masa semua orang berdebat mengenai usulnya sejak lebih setahun lalu.

Keputusan BN membuktikan rang undang-undang syariah itu bermotifkan politik, seperti yang diperkatakan oleh Amanah dan parti pembangkang lain.

Sebab itu Amanah menolak usul Hadi, dan menyarankan mahkamah syariah diperkasakan melalui pengukuhan struktur organisasi dan tadbir urus dalaman, katanya.

Tetapi Hadi sebaliknya mengabaikan nasibat bekas mursyidul am Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang kerap mengingatkan PAS kepada bahaya mempercayai Umno, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah.

“Umno cuba melemahkan PAS. Hadi mempunyai peluang apabila usulnya dibentangkan di Dewan Rakyat bukan sekali, tapi dua kali sebelum ini. Sebaliknya beliau mohon ditangguhkan.

“Sekarang akar umbi dan penyokong mereka mempersoalkan mengapa PAS mempercayai Umno.

“Kita bukan mahu menggesa PAS agar terus mendesak usul itu, tetapi kita mahu PAS jangan menyalahkan orang lain dan bertanggungjawab atas kesilapan sendiri.”

Rang undang-undang Hadi mula dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mei 2016. Pada November, Hadi meminda usulnya dengan cadangan meningkatkan hukuman maksimum mahkamah syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan.Sekarang ini hukuman maksimum mahkamah syariah dihadkan kepada penjara 3 tahun, denda RM5,000 dan 6 sebatan rotan.
-FMT


ULASAN GB

PAS terus ditimpa kehinaan lantaran kebodohannya mempercayai UMNO, sehinggakan dikencingkan beberapa kali oleh UMNO.

Strategi UMNO menggunakan hudud/RUU 355 betul-betul memberikan laba untuknya. Pakatan Rakyat hancur binasa lantarannya apabila UMNO berjaya menjauhkan dan terus dapat memisahkan PAS dari PH.

Tetapi PAS masih ego. Tak mahu mengaku salah jauh sekali untuk mengaku kalah sekalipun maruahnya sudah tercampak ke tong najis.

Orang yang kerap ditipu tidak boleh memimpin jemaah dan ummah kerana jemaah dan ummah akan jadi rosak binasa lantaran kebodohan dan kebebalannya.

Di dalam Al-Quran beberapa kali manusia ditegur oleh Allah ... afala taqqiluuun... afala tatafakkarun ... apakah kamu tidak menggunakan aqal... apakah kamu tidak berfikir...

Maka adalah benar dan tepat gesaan Dato Husam supaya Presiden dan AJK PAS Pusat perlu meletakkan jawatan secara enbloc demi maruah Islam.

Tetapi kita percaya mereka tidak akan melakukannya kerana pemimpin PAS yang ada hari ini adalah mereka yang berkepentingan duniawi dan gila jawatan.

Dengan sebab sifat itulah maka mereka sanggup mengatur pelan menyingkirkan golongan professional dari PAS pada muktamar mereka yang lalu dan bukti paling nyata di Selangor, mereka enggap untuk melepaskan kedudukan mereka di dalam kerajaan negeri yang dipimpin oleh PKR sedangkan PAS di sana-sini telah mengusulkan putus hubungan dengan PKR.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. PAS telah memutuskan silatur-rahim dengan banyak pihak dan akan terus dilaknat oleh Allah swt sepertimana firmanNya

“(Kalau kamu tidak mematuhi perintah) maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan-jika kamu dapat memegang kuasa-kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi, dan memutuskan hubungan silaturrahim dengan kaum kerabat? (Orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang tersebut) merekalah yang dilaknat oleh Allah serta ditulikan pendengaran mereka, dan dibutakan penglihatannya. (Surah Muhammad: Ayat 22-23)




FEATURED ADS





20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kamu dikencing UMno!!!!
cobaan....
kamu dikencing UMno!!!!
cobaan....
kamu dikencing UMNo!!!!
cobaan....
kamu dikencing UMno!!!!
cobaan....

Tanpa Nama berkata...

امنو
Sarkas?????

Tanpa Nama berkata...

Bukan saja Pas akan dilanda kehinaan tapi Tanah Melayu Orang Melayu semua yang mehgaku dia Islam. Sejarah telah banyak membuktikan kemusnahan dan kehinaan sesuatu bangsa yang berbalah dan berpecah belah. Hanya tunggu masanya bila Allah akan turunkan BALA nya semuanya dikerana NARFU belaka.

Tanpa Nama berkata...

.
.

Kalau tunggu en blok jangan harap lah. Masing-masing tunggu dan tenguk muka antara satu sama lain. Kau lah dulu. Bukan, dia lah dulu.

Maka akan keluar lah usul. Kita mesti bersama Presiden. Hidup mati politik biar bersama Presiden.

Yang mesti mulakan ia lah Presiden. Tapi kalau beri sebab kesihatan walaun-walaun selamat.

Wassallam.

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkah. Tgna dah kata jgn masuk lubang 2 kali tp hadi degil dan dedak....padan muka semua walataik pas.hahahahahaha.tp percayalah pas ni ego dan terus ego xkan akui kesalahan...biarkan je tgk lepas ni respons2 ego pemimpin dan macai pas...kahkahkah

abrarmujahideen berkata...

Kehinaan da terlaknat dr kalangan ulamak YAHUDI

Nobody berkata...

Apasal pulak kesemua orang Melayu mengaku Islam berasa terhina. Melayu Islam Pas macam Hadi dan Nik Abduh tak terasa terhina pun!!!

Aku pun rasa tak terhina sebaliknya lagi nak menghina Pas.

Lain kali kalau dah bodoh sangat tu pergi sekolah dululah!!! Jangan tak lulus periksa jadi exco agama mengaku ulama tapi sebenarnya talak dengan taklik pun tak tahu beza!!!

Salah satu sifat nabi adalah fatanah iaitu bijaksana. Allah pilih nabi salah satunya kerana kebijaksanaan. Lebai walaun pula tendang orang yang bijaksana ambil chai bodoh jadi pemimpin.

Lebai walaun kalau pilih orang yang bodoh jadi pemimpin lebai walaun pun sama juga bodoh!!!

Kalau dah bodoh tu jangan nak kaitkan umat Islam seTanah Melayu. Kau pergi jadi bodoh dengan geng2 kau dah la!!!

matakanan berkata...

Kita biarkan parti PAS belalu ibarat sabut kelapa hanyut di air sungai...PASTI AMANAH orang orang yang sokong amanah iratkan silaturrahim sesama kita serta juga ahli bawahan parti pas dan umat manusia di malaysia bawa ciri ciri islam yang sejati.
Sama samalah memartabatkan ugama ISLAM bersama PARTI AMANAH...
ALLAH HU AKHBAR
ALLAH HU AKHBAR
ALLAH HU AKHBAR.

Tanpa Nama berkata...

.

Lain lah kalau buat dengan betul. Nak buat dengan betul dan teratur hati mesti baik.

Ini ada peluang tangguh sampai dua kali. Kalau Hadi tu handal dan yakin pada Allah, masa tu kena kan Najib.

Dari pura-pura atau kononnya untuk tujuan politik ke apa ke.. kerana hukum Allah nak di laksanakan, Hadi bentang masa itu.

Siapa yang kena kencing ?

Masalah nya Hadi pun takut pada kuasa yang ada pada Najib. Hadi pun tak yakin dan tahu kalau di luluskan pun tak guna. Sama macam di Trengganu.. nak buat dah was-was.

Penyokong Hadi jangan lah bagi alasan memgatakan sekurang-kurangnya nampak lah PAS tu buat demi Islam.

Ada yang kata win-win situasion. UMNO dan PAS dua-dua menang. Ya, tapi yang kalah Islam.

Apa yang ada pada PAS untuk mendesak Najib supaya beri laluan ? Setakat nak takut kan Najib dengan di tanam di jerat cina atau ke neraka tak payah lah. Tu sebab Najib tolak bentang RUU.

Tanpa Nama berkata...

Telenovela besiri 69bepisod. Kerisku ke bulan. Bukan pas kena kencing dgn umno tapi umno kencibg pas tolong tadah dengan botol kasi tutup rapat2 jgn kasi bau hancing merebak. So saksikan episod yg ke 9 dan seterusnya dengan barisan bulatan yg hebat3. Tak pulak nampak ustaz2 komen nak tanam kat jirat ke. Ish2 hanya dap aje ke kapir harbi. Mca mic tu apa gelaran ya. Pan tu munafik tp yg kat sarwak tak sokong ruu355 tu kategori apa ya... semakin terselah ke... ayuan mu.

Tanpa Nama berkata...

lantak korang lah ahli2 semua. hahaha.. peduli apa aku korang nak pangkah mana pru14 nanti. aku dah kaya, 8 angka beb.. 10 keturunan pun tak habis. hahahaha...

Tanpa Nama berkata...

Hadi silap lagi kata PAS tak terkesan dengan keputusan Najib menolak membentang RUU. Itu cakap orang tak beriman.

Sebab Hadi tak termalu di permainkan oleh Najib.

Tanpa Nama berkata...

Sedarlah ahli Dan penyokong PAS.cukuplah kamu ditipu olih ularmak penipu ni.jangan terlalu taksub.Guna akal

Tanpa Nama berkata...

Saya banyak berbual dgn org pas tp skrg ni org pas byk menggunakan emosi.xbfikir menggunakan otak...

Tanpa Nama berkata...

kt tempat2 aku.. ustaz2 p@$ ni mai masjid prang.. prang.. prang.. kapir.. munafik.. mati tanam jirat..prang.. prang.. last2 kutip derma.. kah.. kah.. kah..kata kt org.. pastu minta derma pulak...malunya aku... ni je keje ustaz2 p@$ skrg.... prang2..kutip derma..tgk kereta mewah.. alpat,passat,fortuner,honda,bmw, nabi pun x suruh minta-meminta....awat wahai2 ustaz2 duit sampul yg masjid bagi x cukup ke..x cukup.. cari le keje lain..bagi aku kutip sampah lagi mulia dari kutip derma....

andikbolong berkata...

ok ana cadangkan pashadi buat demo satu lagi kali ini sejuta orang dengan baju khas warna pink@****an kat padang or dataran putrajaya.. baru gah omno takut sikit sambil bawa ayam kambing lembu sekali nak culupkan sejutta..bawalah keris kemcm agm pemuda tahun lepas.. hulubalang melayu warna pink...naik abodouh sure teruja..

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan sumer kepimpinan pas masuk lubang yg sama bukan 2 kali, tapi 3 kali. Lawak pecah bro. Aku bagi 3 Ha.

Tanpa Nama berkata...

Dah tak tau apa saya nak kata cuma yang saya boleh ketawa. Kah kah kah kah kah....... Kaw kaw pas kene tipu. Kesian walaun yang hari itu ke hulu ke hilir pakai baju ungu SAYA SOKONG RUU355,sekarang dah kemaluan baju tu bolehlah guna bungkus nangka! Sebelum ni ada yang tayang pakai solat kat masjid. Sekarang walaun kemaluan, kesipuan.....kikikiki

Tanpa Nama berkata...

Hadi Adalah manusia paling ego. Perhatikan hadi xpernah mengakui kesilapan atau minta maaf sedangkan tgna pernah minta maaf dan najib juga akui kesilapan minta diberi peluang dan terus menyamun..tp hadi lebih teruk drp najib..sama juga spt ulama maksum pas yg lain.biarkan mrk ego smpi tersungko...

Tanpa Nama berkata...

Hanya Menteri boleh bawa pindaan RUU355 untok undi. Najib dah tolak maka tiada Menteri akan bawa pindaan itu. Hadi berlakon apa? Nak tipu sapa? Lain kalo Hadi lantik diri sendiri jadi Menteri Kabinet Najib untok jaga Kementerian Amanat Takfiri Taqqiyah.