25 Nov 2015

"Tokeh Lembu" Terlepas, Rafizi Dakwa UMNO Tarpalit Dengan Skandal NFC

NFC: Pembebasan suami Shahrizat, bukti UMNO terlibat rasuah

KUALA LUMPUR: Keputusan mahkamah bahawa Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Salleh Ismail tidak bersalah dalam pertuduhan pecah amanah membuktikan keseluruhan pimpinan UMNO terlibat dalam rasuah.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan mahkamah bahkan ia membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah meluluskan supaya dana NFC digunakan untuk membeli dua unit kondominium bernilai RM49.7 juta.



“Saya tidak terkejut dengan keputusan mahkamah yang mendapati Datuk Seri Salleh Ismail tidak bersalah dalam satu pertuduhan pecah amanah menggunakan dana NFC untuk membeli dua unit kondominium mewah di One Menerong, Bangsar.

“Tertuduh telah mengemukakan bukti bahawa pembelian tersebut telah diluluskan mengikut prosedur dan peraturan syarikat. Oleh kerana pembelian kondominium itu diluluskan maka tidak berlaku sebarang pecah amanah,” katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.

Katanya, jika dana tersebut telah diluluskan, ia bermakna skandal NFC ini tidak terpalit kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja, tetapi keputusan itu mengesahkan bahawa skandal ini melibatkan keseluruhan UMNO kerana telah memberi keizinan untuk menggunakan dana tersebut.

“Keputusan mahkamah ini secara langsung memberi mesej bahawa pentadbiran Najib langsung tidak peduli dengan kemarahan rakyat mengenai skandal NFC,”
katanya lagi.

Jelas Ahli Parlimen Pandan itu lagi, UMNO sepatutnya tidak lagi melibatkan diri dalam isu NFC lagi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

UMNO sepatutnya tidak melibatkan diri dalam isu NFC, tetapi telah meletakkan tangan dalam kes ini. UMNO juga jangan terlalu ghairah berselindung di sebalik alasan pembelian yang tidak munasabah tetapi mematuhi prosedur untuk lari dari tindakan undang-undang.

“Rakyat menilai kewajaran perbelanjaan itu berlaku, bukan semata-mata sama ada ia telah diluluskan oleh lembaga pengarah atau tidak,” jelasnya. -FMT


Gugur tuduhan skandal NFC, Peguam Negara patut beri penjelasan

Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali perlu memberi penjelasan terbuka mengenai keputusan menggugurkan pendakwaan terhadap Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Sedangkan, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menolak cubaan Salleh untuk menggugurkan pendakwaan terhadapnya.

“Dengan menggugurkan pendakwaan itu, adakah Apandi mahu menunjukkan bahawa Peguam Negara terdahulu, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak melakukan kerja dengan baik dan tersilap mendakwa Salleh?

“Pihak pendakwaan juga tidak membantah tawaran untuk Salleh dibebas. Adakah Apandi bersetuju untuk memberi Salleh pembebasan? Apakah alasan untuk berbuat demikian?” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Salleh dikenakan dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965 pada Mac 2013 tetapi dibebas semalam selepas Pejabat Peguam Negara menggugurkan semua pertuduhan selepas peguam belanya membuat permohonan.

Pada 12 Mac 2012, Salleh, 66, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah RM9,758,140 melalui empat cek NFCorp untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium di kompleks One Menerung di Kuala Lumpur.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail.

Salleh juga dituduh melakukan kesalahan sama dengan memindahkan RM40 juta melalui satu cek, antara 6 Mei dan 16 Nov, 2009, ke akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd yang beliau dan seorang anaknya adalah pemilik syarikat.

Nie Ching berkata, Apandi juga perlu memberi penjelasan sama ada tindakan undang-undang diambil terhadap NFC bagi memperoleh semula pinjaman RM250 juta kerana syarikat itu sepatutnya membayar semula jumlah itu dari 2012 hingga 2028.

“Bagaimanapun, NFC hanya mampu mengeluarkan RM34.98 juta sebagai bayaran balik pada 2012 dan 2013.

Nie Ching mengingatkan Apandi sebagai Peguam Negara bertanggungjawab kepada semua rakyat untuk memastikan semua penjenayah dihukum sewajarnya dan wang pembayar cukai dilindungi.

“Dengan membebaskan Sallah, Apandi pada dasarnya mengatakan tidak ada pesalah dalam skandal NFC. Dan bagaimana pula dengan wang pembayar cukai? Adakah ada harapan untuk mendapatkannya semula?


"

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


Nik abduh bantah dlm duduk.

Idris Ahmad kata apa salahnya.

Vellfire tak paham cerita. Org bincang lain, dia soal yg tak berkenaan.

HHA gumbira gumbira. Kena ada 4 saksi dlm kes ni.

HD kata tak logik.

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Selagi Ketua Hakim Negara, para hakim dan mahkamah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, selagi itulah sebarang penghakiman mahkamah masih boleh dipertikaikan. Barisan hakim yang menghakimi sesuatu pertuduhan di mahkamah, secara psikologinya akan memihak kepada individu yang pernah berjasa kepada mereka. Lantikan mereka sebagai hakim adalah atas persetujuan Perdana Menteri. Perdana Menteri adalah jawatan politik, pastinya beliau ada kroni-kroninya untuk mempertahankan kedudukan politiknya. Lantaran itu, perdana menteri harus mempertahankan kroni-kroninya demi survival masa hadapan politiknya.

Sekarang ini, Ketua Wanita Umno adalah Shahrizat Jalil. Suami beliau ialah Datuk Seri Salleh Ismail, Pengerusi Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp). Tidak hairanlah apabila kelmarin mahkamah mendapati beliau tidak bersalah dalam pertuduhan pecah amanah membuktikan keseluruhan pimpinan UMNO terlibat dalam rasuah. Salleh dibebaskan daripada dakwaan pecah amanah yang melibatkan wang berjumlah RM49.7 juta selepas dibebaskan ekoran rayuannya kepada Peguam Negara agar menggugurkan dakwaan ke atasnya. Jika tiada pihak yang didapati bersalah mengenai perlakuan rasuah ini, maka lebih baik kita penjarakan sahaja lembu-lembu tersebut. Kehadiran lembu-lembu tersebut menyebabkan kes NfCorp disebut di mahkamah. Buang masa dan kos mahkamah membicarakannya!

DR Khir Toyo dipenjarakan kerana tuduhan rasuah juga. Pemenjaraan dilaksanakan demi untuk membuktikan Umno memang "anti" rasuah. Pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat dengan rasuah tetapi tidak lagi signifikan dengan senerio politik semasa pasti direhatkan di penjara. Ahli-ahli politik Umno yang dituduh terlibat dengana rasuah tetapi masih memegang kuasa pasti terlepas dari hukuman mahkamah, kerana "kelicikan hujah" Shafei Abdullah. Muhyidin Yasin dan Shafei Apdal jika ada tuduhan rasuah pasti akan menjadi banduan. Abdul Rahman Bakri, mantan MP Sabak Bernam pun sudah membayangkan akan mengekori langkah Anwar Ibrahim ke Penjara Sungai Buluh. Manatan MP sememangnya tidak signifikan dalam arena politik Umno.

Tanpa Nama berkata...

Mana tuang penasihat?.. apakah betul tindakan mahkamah ini?

Rafizi terlebih dahulu keluar kenyataan.. selalunya begitulah.. bab ekonomi, rompak duit,
isu yang melibatkan ilmu dunia... jauh sekali PAS mendahului.. orang bincang bajet, dia pun bincang bajet, menyusahkan rakyat menyenangkan kerajaan... tapi tak tooolaaak... hihi..

Nak perintah Malaysia cam mana.. Opsss .. tak apa tak menang tapi dapat redha Allah .. sekadar jadi Penasihat..

Nak HUDUD, tapi tak nak Putrajaya... Ya Allah, apalah yang Tuang Presideng sedang pikir ni...

Tanpa Nama berkata...

Tuang presdeng parti Fasola tgh sebuk teropong lubok mana yg byk sotong utk dicandat bersama dgn deng ayang

Tanpa Nama berkata...

kesian rakyat yg bayar pelbagai cukai...duit kamu semua senang2 "dirogol" oleh iblis dajal berbangsa Melayu yg hanya islam time sembanyang,puasa dan lebih2 lagi hari raya sahaja...

Tanpa Nama berkata...

lagi satu lembu bangang org cakap pasal lembu dia cerita benda lain.walaupon aku sokong blog ni. tapi komen bangang cam ni wajib kena taro. ok by. gb simpan aja atikel ni x paya siar. kalau di siarkan juga kau pon sama cam penulis tu. 5 x bang

lelaki dicermin berkata...

Kita tunggu ya.. ada tak pimpinan pas pusat bg komen berkenaan pembebasan salleh ni...tp isu ni akan di main di pru 14 nanti.. sbb di mata kasar rakyat malaysia ada kes utk di bicarakan...

Tanpa Nama berkata...



Puak jenis macam ini yang di pertahankan oleh Hj Hadi.

Perkara macam ini lah yang buat kehidupan rakyat semakin sempit.

Ini kira tak seteruk tibai duit anak yatim. Kalau yang tibai duit anak yatim pun tak segan silu ini kan pulak duit lembu.

Tanpa Nama berkata...



Bro 7 02 PTG bukan lembu yang pergi mahkamah walaupun yang guna duit rakyat ialah 'lembu-lembu'.

Bukan sikit RM 250 juta. Sudah tentu melibatkan ramai. Dan yang luluskan pinjaman tak lain tak bukan orang UMNO jugak. Bila kaitkan UMNO maka terkait jugak lah PAS. Kan PAS kata apa yang UMNO buat ada baik dan ada yang tak baik. Yang ini yang tak baik. Yang baik sampai sekarang PAS tak buat kenyataan memuji.

Lain lah kalau PAS kata UMNO semua baik jadi perkara tidak baik macam ini tidak melibatkan PAS sebab apa jua yang UMNO buat adalah baik.

Tanpa Nama berkata...

Biarkan ulamak pas terus berasama peminpin rasuh dan biarkan mereka mengeluarkan hukum sendiri .rakyat biar sengsara asalkan ulamak dan peminpin terus lakuakn rasuah.begitu juga para moftui islam ,biar bisu .biar buta asalkan peminpin hidup senang,biar rakyat susah asalah kami juga hidup senang.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat Malaysia keliru kenapa pihak pendakwa tidak membantah kes ini ditarik balik. Ingatlah amaran Allah supaya berlaku adil dalam membuat keputusan.