25 Ogo 2015

[WAJIB TONTON] Fiqh Malaysia Dokongan GHB Penuhi Realiti Politik Malaysia

Fiqh Malaysia sangat diperlukan oleh A Shukur Harun

Makna umum progresif di sini ialah ingin maju, memandang jauh ke depan, bukan saja cintakan ilmu, tetapi juga bersikap terbuka yang bersedia untuk mendengar dan berbincang akan sesuatu perkara, termasuk agama.

Tetapi tidak bermakna berkompromi dengan asas agama.

Kerana itu saya melihat Resolusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang di Shah Alam, Selangor pertengahan Ogos lalu adalah cerminan dinamika pemikiran para agamawan progresif yang dipancarkan sepanjang persidangan sehari suntuk itu.

Seramai 500 perwakilan dan peserta dari dalam dan luar negara berkongsi keilmuan mereka memperakui keperluan mematangkan dan membumikan risalah Rahmatan Lil Alamin memerlukan usaha berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif.

Nadwah ini adalah usaha awal yang penting dari Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk memulakan wahana mengenai pembentukan fiqh Malaysia yang mengambil kira situasi masyarakat majmuk di negara ini tanpa merobah hukum asas yang dipancarkan dalam nas al-Quran dan sirah Nabi.

Di sini saya perturunkan dulu ketetapan resolusi NUNJI15 itu:

Meyakini betapa besarnya amanah Islam dalam memenuhi kehendak perubahan politik semasa, dan kegagalan kerangka politik penindasan, dan kegagalan pentadbiran kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, maka NUNJI’15 mengusulkan beberapa ketetapan resolusi untuk diambil ketetapan selanjutnya;

1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang negara dan Perlembagaan negara.

2. Memantapkan dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali dan memunggah semula khazanah siasah syariah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana / kondisi dan keperluan setempat bagi menelurkan fiqh siasah acuan Malaysia.

3. Memperkukuh dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi hak, dan membela sebarang pencabulan hak, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara berpandukan kepada ketetapan siasah syariah.

4. Memperjuangkan syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan syariat dengan hanya hudud semata-mata.

5. Menetapkan dan memperjuangkan yang satu dasar Islam yang memantulkan penghayatan makna Rahmatan Lil Alamin diterjemahkan melalui wujudnya sebuah negara madani melalui dasar keterangkuman dan kepimpinan yang beramanah kepada rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

6. Meyakini dan menghayati kepelbagaian jemaah tidak boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan budaya permusuhan dan budaya takfiri tetapi hendaklah diurus melalui adab perbezaan yang ditetapkan.

7. Meyakini dasar Islam Rahmatan Lil Alamin hendaklah diterjemahkan dalam amalan politik permuafakatan dengan semua pihak yang berkongsi cita-cita yang sama dan beriltizam dengan persetujuan yang dibuat bersama.

8. Bersetuju sebulat suara untuk mengasaskan sebuah parti politik baharu berpandukan kepada maqasid dan siasah syariah sebagai salah satu cara bagi mencapai ketetapan-ketetapan di atas.

Bagi mencapai matlamat resolusi yang dipersetujui, NUNJI’15 menyeru semua pihak untuk meneruskan usaha Islah pemikiran dan Islah organisasi dan kemudian menggembleng tenaga bersama untuk menjayakan ketetapan yang dibuat.

Dalam ucapannya yang sangat menarik, cendekiawan tersohor, Dr Siddiq Fadhil mengusulkan fiqh perlu peka kaum. Mungkin sesuatu adalah halal bagi satu kaum tetapi haram bagi kaum yang lain seperti wujudnya madrasah ahli ra’yi dan ahli hadis.

Beliau juga menekankan fiqh berubah mengikut masa dan keadaan serta tempat. Lain padang, lain belalang, katanya. Maka dalam konteks Malaysia, fiqh mesti disesuaikan dengan suasana dan keadaan negara ini.

Fiqh sejati, katanya, adalah sesuatu yang dinamik dan kontekstual. Ia tidak boleh membeku sehingga tidak mampu menjawab persoalan am dan persekitarannya.

Menurutnya, kegagalan memberikan jawapan yang tuntas, realistik dan meyakinkan akan menyebabkan orang lari untuk mencari jawapan yang lebih baik di tempat lain.

Di samping itu, kata Dr Siddiq Fadhil lagi, untuk menghindari kegagalan yang menimpa sebahagian gerakan Islam kontemporari akibat kegagalan memahami dan menangani tempat operasinya, gerakan Islam di Malaysia perlu mampu mengakar kuat pada fiqh al-nass cabang fiqh lainnya.

Di tengah realiti iklim politik dan sosio-budaya yang berbeza-beza, katanya, gerakan Islam di sesebuah negara tidak boleh menjadi sekadar replika daripada gerakan Islam lain.

Yang lebih tahu tentang waqii sesuatu tempat, tidak lain adalah penduduknya sendiri. Justeru katanya, warga Mekah sendirilah yang lebih mengetahui segala lurah dan lembahnya.

Di sinilah seorang peserta bertanya kepadanya, mengapa sesetengah gerakan Islam menggelunsur laju menjadi golongan ekstremis yang menakutkan. Lalu Dr Siddiq menjawab hal ini terjadi akibat pendukung gerakan Islam itu bertambah semangatnya tetapi tidak bertambah ilmu. Maka tidak seimbang, katanya.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim mengusulkan perlunya memudahkan fiqh taisir al-fiqh untuk menghadapi konteks masyarakat multikultural, bukan memberatkan mahupun meringankan.

Dr Maszlee Malik pula menekankan mengenai beberapa hadis yang menunjukkan Nabi SAW mengiktiraf sebarang “khair” (kebaikan) walau daripada pihak manapun datangnya. Justeru, kebaikan itu bersifat universal.

Tokoh ini memberikan pelbagai contoh bagaimana Nabi SAW sentiasa menggalakkan usaha kebaikan. Antaranya, peristiwa Hilful Fadhul di mana baginda sangat setuju usaha pemimpin Quraish di Makkah membentuk sebuah jawatankuasa keselamatan untuk mengatasi kejadian rompakan yang berleluasa di Mekah waktu itu.

Ketika itu, Nabi SAW berumur 37 tahun, belum menjadi rasul. Lalu beberapa lama kemudian ketika di Madinah, baginda menceritakan peristiwa ini dengan berkata, “Kalau aku dipanggil waktu itu untuk menyertai kerja baik kaum Quraish itu, aku akan bersetuju.”

Ini gambaran politik bijaksana dan pandangan jauh Nabi SAW, demikian juga beberapa contoh lain.















ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




Najib Yang Sebenarnya Telah Membangsatkan Melayu...

GHB hentam Najib kenyataan 'terbangsat'

Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana mengatakan bahawa orang Melayu akan "terbangsat" jika Umno hilang kuasa.

Najib, yang juga presiden Umno berkata demikian semasa mesyuarat perwakilan Umno di Kangar semalam.

Pengerusi penaja GHB, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Berucap di Seberang Jaya malam tadi, beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat tuduhan yang yang membabitkan 1MDB tetapi sebaliknya, pihak polis telah diarah menyiasat SPRM.

"Ketika siasat-menyiasat begini, (ibupejabat polis) Bukit Aman pula terbakar. Macam cerita Hindustan!" kata Mat Sabu disambut ketawa hadirin.

"Kalau Umno kalah, siapa menang? Ada Melayu dalam pembangkang (sebelum ini Pakatan Rakyat), Melayu dalam DAP dan PKR," katanya kepada kira-kira 500 orang yang menghadiri pelancaran rasmi GHB di Dewan SP Arena.

Penjara Sungai Buloh adalah di mana bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Selain daripada hutang 1MDB, Najib sedang menghadapi kritikan sengit berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13).

Mat Sabu memberi jaminan bahawa pakatan pembangkang yang baru - DAP, PKR dan parti baru GHB, Amanah - akan memastikan semua suara didengar dan semua kaum dipertahankan.

"Beberapa kerusi Parlimen telah dimenangi oleh calon Melayu dalam DAP dan PKR. Terdapat juga banyak kerusi di mana BN letak bukan Melayu tetapi calon Melayu kita menang," katanya.

Mat Sabu mengambil contoh kerusi Raub di Pahang dan Kota Raja di Selangor, yang masing-masing dimenangi oleh calon DAP, Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub) dan calon PAS, Siti Maria Mahmud (Kota Raja).

Manakala BN, katanya, meletakkan calon Cina di Raub dan India di Kota Raja dalam pilihan raya umum 2013.

"Calon DAP Ariff, dia Cina ke Melayu?" kata Mat Sabu sinis.

"Wakil Pakatan Dr Siti Maria Cina ke India?" Soalnya lagi dengan nada menyindir, lalu disambil hadirin yang berkata "India".

"Jadi bila kita mempunyai kerusi yang dimenangi oleh orang Melayu, maka kita ada wakil-wakil yang akan menjadi suara umat Islam," kata Mat Sabu.

Beliau juga memberi contoh Dyana Sofya Mohd Daud, yang bertanding menentang Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014.

Mengimbas kembali kata-kata "bekas presiden" beliau (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Mat Sabu berkata Dyana Sofya seorang yang berani dan dia mewakili DAP untuk menentang calon Cina, bukan calon Melayu.

"Jangan bimbanglah. DAP seorang diri tak boleh perintah Malaysia. Boleh ke DAP perintah Malaysia?" tanya Mat Sabu lagi.

"Bertahun-tahun pun tak boleh. Mesti ada sepakatan antara DAP, PKR dan GHB ," tambahnya.

Mat Sabu berkata politik bukan berdasarkan kepada statistik tetapi kepada persepsi dan pada masa ini, tambanya, persepsi orang Melayu ialah jika Umno kalah, DAP akan perintah Malaysia.

Tetapi, katanya, sampai bila orang Melayu akan tertipu.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai tinggi GHB, termasuk Ahli Parlimen Datuk Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Hanipa Maidin (Sepang), Dr Hatta Mohd Ramli (Kuala Krai), bekas naib presiden PAS PAS Salahuddin Ayub dan bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Rashid Hasnon mewakili PKR dan Exco kerajaan negeri Chow Kow Yeow mewakili DAP. -mk


Khairuddin: Melayu bangsat jika Najib terus berkuasa

Melayu akan "bangsat" jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal berkuasa dan tidak dipecat, kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Orang Melayu akan bangsat jika sekiranya Najib terus berkuasa. Bangsa Melayu akan berpecah seterusnya bangsat seandainya Najib tidak disingkirkan.

"Sekiranya Najib asyik syok dan angau sendiri, selagi itulah Umno serta BN akan goyah," tulis Khairuddin di dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang juga presiden Umno semalam yang mengatakan Melayu akan bangsat sekiranya Umno hilang kuasa.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata, Umno dan BN akan jadi lebih kuat jika Najib meletakkan jawatannya.

"Tanpa Najib, Melayu serta keseluruhan bangsa di negara kita akan bersatu kerana masa kini kita sedang hadapi krisis keyakinan terhadap perdana menteri dengan begitu teruk sekali dalam salasilah sejarah politik tanah air.

"Rakyat bukan sahaja kehilangan keyakinan tetapi tidak percaya lagi kepada kepimpinan mahupun keperibadian Najib.

"Beliau buatlah apa sekalipun untuk menipu dan memperbodohkan rakyat jelata namun keseluruhan warganegara kita tidak boleh diperbodohkan lagi oleh beliau," katanya.







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




24 Ogo 2015

[VIDEO] Lebih Ramai Letak Jawatan Dalam PAS...


91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan

JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini.

Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha, Musa Abdul Wahab.

Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15 AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.

Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.

Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.

Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan menepati syariat Islam. -SH

151 AJK Pas KJ, Subang Jaya Letak Jawatan

PAS hari ini menyaksikan peletakan jawatan besar-besaran peringkat tertinggi kepimpinan Selangor yang membabitkan kawasan Kelana Jaya dan Subang bagi menyertai parti serpihan, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Yang Dipertua PAS Kawasan Kelana Jaya Isham Hashim berkata, tindakan itu membabitkan 87 jawatan di peringkat PAS kawasan, manakala di Subang, sebanyak 64 jawatan dilepaskan.

"Peletakan jawatan berkuatkuasa hari ini dibuat bersama dengan 18 orang lagi ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Kelana Jaya bagi sesi 2015 dan 2017.

"Selain itu, timbalan ketua muslimat, bendahari dan 2 lagi AJK Dewan Muslimat PAS kawasan turut sama meletakkan jawatan.

"Naib ketua Pemuda serta 3 lagi AJK Dewan Pemuda PAS kawasan juga meletakkan jawatan," kata Isham pada sidang media di Shah Alam hari ini.

Katanya, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini dan notis akan diserahkan kepada PAS Pusat pada esok hari.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka hanya meletakkan jawatan dalam parti sahaja tetapi semua mereka yang terlibat masih kekal sebagai ahli PAS.

Beberapa hari lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud bersama 183 lain mengumumkan pelepasan jawatan parti mereka bagi tujuan yang sama.

Isham juga mengakui akan kekal sebagai ahli PAS sehinggalah mereka menyerahkan borang menyertai parti GHB secara rasmi di mana mengikut perlembagaan, keahlian akan terbatal secara automatik.

"Kepimpinan tertinggi PAS kata, kalau kita mahu masuk GHB kena lepas jawatan. Jadi, ini yang kita lakukan," katanya.

Beliau berkata, memandangkan peletakan jawatan di peringkat kawasan Kelana Jaya melibatkan dua pertiga daripada ahli jawatankuasa, maka mereka menyerahkan kepada PAS Pusat untuk mengambil alih pentadbiran kawasan tersebut.

Ditanya sama ada tindakan melepaskan jawatan itu akan menyaksikan pemilihan semula dilakukan, beliau menolak perkara itu.

Beliau juga mengakui membuat keputusan melepaskan jawatan dalam parti dan menyertai GHB kerana kecewa terhadap kepimpinan PAS.

"Kita semua kecewa, sebab itu kita sertai gerakan ini. Kalau dulu kita lihat PAS ini apabila menjalankan pakatan dengan DAP dan PKR, pendekatan sudah lebih 'sentrik'.

"Namun kini berubah menjadi seperti sebelumnya, yang lebih konservatif," katanya.

Pada masa sama beliau turut mendedahkan akan ada lagi kawasan yang akan mengikuti tindakan mereka melepaskan jawatan dalam parti.

"Bermula esok, kita jangkakan peletakan jawatan secara besar-besaran. Kita dimaklumkan, Kuala Langat dan Hulu Langat akan membuat pengumuman minggu depan," katanya.

13 Julai lepas, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti melancarkan GHB bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.

Ia dipengerusikan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di mana parti tersebut akan melengkapkan Pakatan Rakyat 2.0.
- TMI



SIDANG AKHBAR
PROGRAM HIJRAH HARAPAN BARU JELEBU.

Tujuan:

1. Mengumumkan hijrah parti
2. Meletak jawatan dlm parti lama
3. Memudahkan pengurusan baru utk mengurus dan mentadbir PAS Jelebu.


Tarikh : 28 Ogos 2015 ( Jumaat )
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Harapan Baru Jelebu, No.10, Bangunan Kedai, Tmn Cengal, Petaling, Kuala Klawang,Jelebu,NS.

SEMUA DIJEMPUT HADIR.


ULASAN GB

"Gembira...gembira"....

Demikian kata Presiden PAS ketika mengulas ramainya ahli PAS yang meletakkan jawatan dan bakal meninggal parti.

Jarang sekali kita akan mendengar orang akan menggunakan perkataan "gembira....gembira" untuk menggambarkan "kesukaan" atau "keriangan". Biasanya yang terungkap ialah perkataan "saya suka" atau mungkin kalimah "saya bersyukur" atau "alhamdulillah"..

Seorang ahli bahasa dan psikatri mampu menilai perkataan yang dipilh dengan perasaan sebenar yang wujud di dalam diri seseorang. Pemilihan perkataan "gembira" untuk menggambarkan isi rasa hati tidak berapa kena dari sudut bahasa. Ia tidak tulen. Dan ia tidak dilakukan oleh seseorang yang rasional. Justeru apabila disebutkan "gembira..gembira", ia sebenarnya satu "camouflage" terhadap satu perasaan lain yang sebenarnya melandai jiwa orang yang bertutur. Menutup satu perasaan "kecewa" dan "geram".

Biarlah dia begitu. Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan jua... dan telah pun diketahui 'hal yang sebenarnya" disebalik perkataan "gembira..gembira" itu. Baca di sini: Mula-mula HALAU, Lepas Tu GEMBIRA, Tiba-tiba GERAM & KECEWA..



ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




Selamatkan Malaysia: Jom Ke BERSIH 4.0


Turun Bersih, tiada jalan lain kecuali jalan raya – Iqkram Ismail

Pada 29 Ogos 2015 dan 30 Ogos 2015 ini, himpunan untuk menyuarakan tuntutan rakyat Malaysia akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur anjuran Gabungan Menuntut Pilihan Raya Yang Adil Dan Bersih (Bersih 2.0).

Dengan 5 tuntutan Bersih 2.0 yang diajukan kepada kerajaan Malaysia yang memerintah pada hari ini, iaitu:

1) Bersihkan pilihan raya,
2) Kerajaan bersih,
3) Hak membantah,

4) Kukuhkan demokrasi Parlimen dan

5) Selamatkan ekonomi Malaysia

Bersih 2.0 buat pertama kalinya akan mengadakan himpunan di luar tempoh waktu kebiasaan himpunan yang lazimnya bermula pada tengah hari dan bubar pada jam petang hari yang sama seperti edisi himpunan Bersih sebelumnya.

Kali ini, himpunan Bersih yang bakal memasuki edisi ke empat (Bersih 4.0) akan mengadakan himpunan bermula dari siang 29 Ogos 2015 (Sabtu) dan peserta himpunan dijangka akan bermalam atau Occupy di Dataran Merdeka atau di mana-mana tempat yang berhampiran pada Sabtu malam Ahad tersebut dan himpunan ini akan berterusan hingga ke siang hari berikutnya iaitu pada 30 Ogos 2015 (Ahad).

Dengan melihat iklim politik, ekonomi dan sosial semasa negara ketika ini, tidak dapat tidak, sekurang-kurangnya satu juta rakyat Malaysia wajib turun ke himpunan Bersih kali ini untuk menyuarakan 5 tuntutan asas himpunan ini bagi memBersihkan segala kebobrokan yang sedang berlaku dalam suasana politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia yang tercinta ketika ini.

Dengan mengambil semangat bulan kemerdekaan di bulan Ogos ini, rakyat Malaysia yang sedang berdepan dengan serba-serbi azab masalah meliputi segala hal, lebih-lebih lagi bila melibatkan hal ekonomi demostik ketika ini haruslah dengan penuh rasa patrotik, sayangkan tanah air, mengambil tanggungjawab untuk bersama-sama dengan tuntutan Bersih bagi menyelamatkan negara ini yang saban hari semakin tenat berdepan krisis demi krisis yang tiada berkesudahan, terutamanya krisis yang dicetuskan dari kegagalan pemerintahan dari kerajaan yang sedia ada pada hari ini.

Tiada asas untuk rakyat Malaysia berkata tidak pada himpunan Bersih kali ini dengan segala bibit-bibit kerosakan dan kemusnahan yang terjadi pada negara Malaysia pada hari ini. Kendatipun ada yang beralasan, himpunan Bersih ini adalah "haram" bersandarkan pada fatwa agamawan tertentu atau "haram" pada larangan pihak-pihak berkuasa tertentu di negara ini, segala jenis bentuk pengucapan haram ini adalah dikeluarkan daripada mulut yang menjadi alat (apparat) kepada parti pemerintah semata-mata.

Setiap apa yang dizahirkan aparat-aparat pemerintah dalam menentang kehendak-kehendak rakyat kemudiannya hanya akan menjadikan sosok-sosok aparat ini kelihatan seperti badut sahaja di mata rakyat. Hak untuk berkumpul dijamin dalam perlembagaan negara ini seperti yang tercatat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan “semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata", dan bolehlah dikatakan kemerdekaan yang diraih negara kita pada 1957 itu disumbangkan juga himpunan beramai-ramai rakyat Tanah Melayu ketika peristiwa menentang perjanjian Malayan Union pada 1946 dahulu.

Justeru itu, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan tanah air, kebetulan pula dengan mengambilkira semangat patriotik di bulan Ogos ini, tanpa kira bangsa, agama, ras, kelas, dan apa ideologi politik yang dianuti sekalipun wajiblah bersatu padu untuk sama-sama menyuarakan hak rakyat di himpunan Bersih 4.0 pada 29 Ogos 2015 hingga 30 Ogos 2015 ini nanti.

Kerana kini, kita rakyat Malaysia sudah tiada pilihan lain kecuali pilihan "Turun Bersih, dan tiada jalan lain kecuali jalan raya".

Kita bertemu di Dataran Oleh Rahmat Haron

Adakah benar tuduhan, datang hadir menunjuk perasaan ke perhimpunan Bersih 4 menjadikan kita orang yang mementingkan diri sendiri (selfish)?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil, sudahpun membalas dakwaan tersebut dengan penegasan perhimpunan itu bertujuan untuk mendesak penambahbaikan ke arah sebuah kerajaan dan sistem pilihanraya yang lebih adil, menghapuskan amalan rasuah serta tuntutan menyelamatkan ekonomi negara.

Mementingkan diri sendiri dapat membawa maksud, menyintai orang lain itu suatu kebaikan, manakala menyayangi diri sendiri itu pula suatu kejahatan.

Ianya suatu pengertian yang dicipta penguasa dalam doktrin kekuasaan negara yang terpusat (autoritarianisme) sebagai perkakas kawalan untuk menekan kespontanan, kesemulajadian dan pertumbuhan diri seseorang individu.

Slogan selfish autoritarianisme menuntut pengorbanan, penyerahan diri individu semutlaknya (ke tahap tertentu secara membuta-tuli kepada kekuasaan negara).

Dengan episod pemecatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, perkembangan politik di Malaysia masa kini tambah menarik, tetapi cukup berbahaya dan boleh mendarurat.

Awalnya, saya melihat ia hanyalah pengulangan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim, hampir dua dekad yang lalu. Tetapi sebagaimana yang disebut ramai penganalisa politik, ketika itu, saudara Anwar bukan sahaja dipecat daripada jawatan dalam kerajaan sebagai timbalan perdana menteri malah jawatannya sebagai timbalan presiden parti Umno juga.

Namun demikian, Muhyiddin mendapat sokongan jitu ‘bangsa Johor’. Selepas Muhyiddin dipecat, Sultan Johor Sultan Ibrahim Mahmud Iskandar memanggil Muhyiddin menghadap ke istana. Muhyiddin masih lagi Timbalan Presiden Umno.

Kita dapat memerhatikan arus kemarahan rakyat terhadap dasar-dasar pemerintahan, skandal-skandal rasuah, pecah amanah serta penyelewengan kuasa semakin membesar menjadi gelora ombak dan gelombang.

Ungkapan-ungkapan ketidakpuasan hati rakyat dapat dikesan berlambakan beredar dalam kitaran maklumat media sosial dan Internet.

Tinjauan terbaru menunjukkan pengguna Internet tidak percaya kepada perdana menteri dan kerajaan. Tidak ada lagi yang dapat disembunyikan daripada skandal kewangan 1MDB.

Daripada laporan media berwibawa seperti Wall Street Journal, Sarawak Report, The Edge, desakan mantan Perdana Menteri, ulasan putera raja, keluhan golongan bangsawan dan korporat, kicauan artis-artis selebriti arus perdana seperti Siti Nurhaliza dan Amy Search, sehinggalah kepada pendedahan yang dibuat tokoh-tokoh utama pembangkang serta tuntutan masyarakat madani sejak dahulu lagi.

Dalam konteks kepentingan diri (self interest) suatu jalinan kesepaduan rakyat Malaysia telahpun tumbuh atas bantuan isu skandal kewangan syarikat 1MDB. Misalnya campur tangan pentadbiran Najib terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun dalam pasukan polis dan pihak-pihak berkuasa yang terlibat menyiasat 1MDB telah menghasilkan solidariti rakyat terhadap institusi-institusi penting kerajaan ini.

Najib tidak akan semudahnya melepaskan jawatannya. Tidak dalam masa yang terdekat ini. Terlalu banyak kepentingan diri yang terpaksa dilucutkan. Pemecatan Muhyiddin daripada pentadbiran kerajaan menunjukkan kedegilan atau barangkali menurut kehendak hati Rosmah Mansor, inilah keteguhan semangat juang anak Bugis.

Tetapi bagaimana kita mengukur sokongan pihak yang mahukan Najib Razak melepaskan jawatan dan skandal 1MDB disiasat seadil-adilnya? Adakah cukup dengan melihat sebanyak mana komen-komen dan kritikan yang dibuat?

Di sinilah BERSIH 4 amat mustahak sebagai referendum rakyat.

Aturan kekuasaan warisan kolonial yang dibangunkan Umno selama lebih separuh abad kemerdekaan negara ini (58 tahun) menjadikan kedudukan jawatan presiden Umno dan perdana menteri sebagai pusat kuasa pada martabat teratas darjat yang paling tinggi di Malaysia. Pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun memperkuat akar autoritarianisme tersebut, sehinggakan dirujuk sebagai Mahathirisme.

Namun, meski dilihat sinis Dr. Mahathir kini mula berikhtiar memadamkan satu demi satu struktur autoritarianisme yang memakai namanya itu. Apa yang diperlihatkan beliau sekarang, barangkali hanyalah taktik politik semata-mata.

Jikalau di zaman pemerintahannya, sering diungkapkan demonstrasi bukan budaya kita, kini pendirian itu telah bertukar.

Jikalau di zaman pentadbiran Dr Mahathir, tiada kebebasan bersuara dan media asing dituduh cemburu, kini suara beliau dipetik dengan nada positif dalam laporan-laporan media utama antarabangsa dan media alternatif dalam negeri.

Sekali air bah, sekali pasir berubah. Kita mengalu-alukan perubahan ke arah keadaan yang lebih baik, untuk diri sendiri, keluarga, tetangga, masyarakat, negara dan untuk kesejagatan hak-hak semua manusia. Kita tidak lupa masa lalu, tetapi kita memandang ke hadapan dengan berlapang dada.

Malangnya terdapat segelintir kumpulan anak muda yang sudah berubah arah, menentang perhimpunan Bersih. Apapun motivasi mereka, raikanlah demokrasi. Kata bidalan lama, patah tumbuh, hilang berganti.

Inilah reformasi, tidak sempurna. Pada sudut tertentu masih banyak sisi-sisi gelapnya dan perlu waktu serta usaha berterusan untuk dicerahkan. Ia mengajak kita bergerak ke arah kesempurnaan, meski ia hanyalah harapan.

Tetapi harapan itulah yang menghidupkan kita untuk masih bernafas di bumi ini. Apatah lagi di kala nilai tukaran ringgit berbanding wang asing semakin jatuh merudum. Saat menulis artikel ini, ringgit telah melepasi tahap RM4 berbanding 1 dolar Amerika Syarikat.

Pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu baru-baru ini memberikan amarannya, “negara kita ini sudah berada dalam keadaan paling ‘darurat’. Darurat ekonomi, darurat rasuah, darurat penyalahgunaan kuasa, darurat penyelewengan ini perlu dihentikan.”

Bekas tahanan ISA yang mesra dipanggil Abang Mat itu juga turut menyeru,“rakyat perlu bersatu untuk perbetulkan keadaan ini melalui protes himpunan bantah secara aman terhadap pemerintahan Najib.”

Kembali kepada persoalan mementingkan diri sendiri (selfish). Menurut kupasan ahli falsafah Erich Fromm, “menjadi orang yang selfish bermakna dia hanya berminat kepada dirinya sendiri, mahukan segalanya untuk dirinya, tidak mendapat nikmat memberi tetapi hanya mengambil.

Sudut pandangannya terhadap dunia luar cuma melihat apa yang dapat diperolehinya; dia tidak berminat dalam keperluan-keperluan orang lain, serta turut tidak menghormati integriti dan maruah orang lain.”

Tuntutan-tuntutan BERSIH, GHB, pembangkang dan masyarakat madani lainnya memperlihatkan sikap self love (cinta diri); makna kata keupayaan mereka menyintai diri sendiri secara produktif itulah yang memberdayakan mereka menyintai kekasihnya, mengasihi sesama manusia, menyayangi penghidupan tanah air dan alam semesta.

Demi Cinta, keranamu Malaysia, kita jumpa 29-30 Ogos ini, di Dataran Merdeka.








ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




23 Ogo 2015

Mula-mula HALAU, Lepas Tu GEMBIRA, Tiba-tiba GERAM & KECEWA..

Hadi minta wakil rakyat PAS sertai Amanah kosongkan kerusi

Wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baru yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Merdeka, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah bai'ah kepada parti Islam itu.

"Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah bai'ah sebagai wakil rakyat PAS.

"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya kepada media pada perhimpunan PAS Tolak BN di Kota Sarang Semut, Kedah petang ini.

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai parti baru yang dirancang GHB, yang diketuai pemimpin PAS progresif yang disingkirkan pada pemilihan parti Jun lalu.

Amanah juga bersedia menggantikan PAS, yang kini dikuasai puak ulama diketuai Hadi, dalam pakatan pembangkang yang baharu dengan DAP dan PKR.

Menurut perlembagaan PAS, ahli parti yang menyertai parti politik lain secara automatik akan hilang keahlian mereka.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin bahagian PAS di Selangor dan Melaka sudah mengumumkan peletakan jawatan mereka apabila menyertai GHB.

Hadi berkata beliau tidak melihatnya sebagai satu cabaran besar kepada PAS.

"PAS pernah melalui cabaran lebih teruk sebelum ini. Pada 1980-an, presiden sendiri tinggalkan parti. Kira-kira 10 orang pemimpin pusat keluar parti.

"PAS tinggal seorang saja ahli Parlimen, arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita lawan balik dan menang Kelantan pada 1990.

"Itu lagi mencabar daripada sekarang. Kita boleh bangkit semula. Apa yang menarik sekarang ialah, anak muda mula datang kepada PAS," katanya.

Hadi juga menafikan cakap-cakap yang banyak badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyertai GHB.

"Sebahagian besar NGO Islam bersama kami. Ada kenyataan media dibuat mengenainya," katanya.

Mengulas kritikan yang PAS kini tidak progresif dan mundur, Hadi berkata, parti itu tidak pernah mengubah dasar dan matlamatnya.

"Kita bukan parti kampung. Kita bukan hanya ada tokoh agama, kita juga ada profesional. Bilangannya semakin ramai.

"Pada muktamar baru-baru ini, kita lihat barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu terdiri daripada ustaz, pensyarah, peguam dan lain-lain.

"Kita ada ramai orang seperti ini dibandingkan sebelum ini. Kami juga terima permohonan keahlian baharu. Setakat ini kami terima 9,000 tetapi hanya sempat memproses kira-kira 6,000. Banyak lagi akan datang," katanya. – TMI

ULASAN GB

Ini baru dinamakan pradox gila.

Mula-mula dihalaunya mereka yang tak sehaluan setelah puas dimakihamun dengan pelbagai label... jebon, barua, broker, tolol, anwarinas, balaci DAP dan sebagainya.

Selepas itu apabila kedengaran ada yang menapak keluar dari PAS, ditampakkan reaksi seolah-solah suka dan gembira dengan fenomena itu (sedangkan kita tahu jiwanya parah menderita...) menyatakan oh ia adalah penapisan...

Dan apabila tiba masanya lebih ramai yang keluar PAS termasuk wakil-wakil rakyat, disuruh pula letak jawatan... menjelaskan beliau memang GERAM dan KECEWA....

Dulu, mereka yang menubuhkan GHB dikatakanya sebagai golongan kecewa, kini perkataan itu kembali kepadanya semula...

Ditimbulkan hal BAIAH.... sedangkan kita dah lama menjawab isu BAIAH ini...

BAIAH terbatal apabila ada parti yang mula-mula khianat ... khianat kepada rkayat yang mengundi... rakyat mengundi di atas dasar PAS adalah sebahagian Pakatan Rakyat. Namun apabila PAS sudah memutuskan hubungan dengan DAP, maka secara sendirinya PAS memusnahkan Pakatan Rakyat dan khianat kepada rakyat yang mengundinya... Justeru itu persoalan baiah sudah tidak relevan lagi.

Malah kita lihat kenyataan terbaru itu pun menggambarkan jiwanya yang kacau bilau..

Mereka yang menyertai AMANAH, disuruh letak jawatan, yang mereka yang kekal dalam KHIANAT tak pula disuruh letak jawatan. Khianat dengan amanah rakyat iaitu ponteng parlimen, tidak datang mesyuarat Majlis Presiden PR dan menipu rakyat yang telah mengundi PAS kerana Pakatan Rakyat.

Tidak mengapa. Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Siapa sebenarnya amanah dan khianat akan tetap diketahui juga, Dan khianat akan terhukum akhirnya, yang amanah akan tetap bersamaNya. Dan jangan lupa, "sakit" dan "mati" juga adalah sebahagian daripada ujian dan balasanNya juga. Justeru itu, tak perlu berlagak sombong dan angkuh. Hukum akan tetap berjalan....

Memetik kata-kata Penasihat Umum GHB, Ustaz Ahmad Awang:

"Kita kena banyak bersyukur kerana kita telah dibersihkan dari kekotoran dalam parti lama..."





ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




Mengapa Perlu Kepada Harapan Baru?

Mat Sabu: Pas sudah tidak boleh 'reform'

DIGELAR ‘pengkhianat parti’ antara cemuhan yang diterima oleh bekas Timbalan Presiden Pas, MOHAMAD SABU selepas beliau menubuhkan Gerakan Harapan Baru. Bagaimanapun, bagi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, beliau ada sebab tersendiri untuk meneruskan langkah politiknya bersama Harapan Baru yang juga bermakna akan ‘menguburkan’ perjuangannya hampir 40 tahun bersama Pas.

Ikuti wawancara wartawan Sinar Harian, SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR dan MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI serta juru foto ROSLI TALIB bersama Mat Sabu bagi memahami hala tuju beliau sebagai Pengerusi Harapan Baru serta perasaan beliau mengenai hubungannya dengan Pas yang kini tinggal sejarah.

Kenapa hendak tubuh Harapan Baru?

Pada abad 15 Hijrah, dikatakan abad kebangkitan semula Islam dan umatnya. Berlaku dua peristiwa besar di awal abad. Pertama Rusia masuk Afghanistan dan munculnya mujahidin atas nama Islam mereka lawan Rusia.

Kedua, revolusi Islam di Iran yang meletakkan tidak barat dan tidak timur, Islam yang terbaik. Mujahidin berjaya lawan Rusia dan Rusia berundur dari Afghanistan.

Tapi mujahidin gagal mentadbir. Antara kumpulan-kumpulan mujahidin berlaku pergaduhan dan pertempuran yang ada pihak mengatakan rakyat Afghanistan terbunuh lebih banyak daripada ketika Rusia menyerang.

Kegagalan itu menyebabkan munculnya Taliban yang memerintah dengan kasar dan tiada ulama muktabar dirujuk. Maka berlakulah pelbagai bentuk hukuman atas nama syariat dengan berbagai-bagai cara termasuk mengebom tempat sejarah seperti patung Buddha.

Perbuatan pemerintahan Taliban itu mengundang tentangan semua pihak termasuk Barat yang amat curiga dengan gerakan Islam. Akhirnya Taliban dijatuhkan oleh AS, sekutunya dan negara Islam yang lain.

Kononnya diberikan demokrasi di Afghanistan tetapi pertelagahan sehingga hari ini walaupun dua presiden sudah berlalu. Keamanan tidak berlaku di sana. Antara kumpulan Islam bertelagah menyebabkan negara huru-hara, rasuah begitu tinggi dan kemiskinan berleluasa. Iran terus membina kekuatan dalaman dan luaran.

Di Timur Tengah berlaku ‘Arab Spring’ di mana rejim-rejim diktator jatuh, termasuk di Tunisia dan Mesir. Ikhwanul Muslimin keluar daripada pengharaman terlibat dalam pilihan raya dan menang dalam pilihan raya di peringkat parlimen dan presiden. Ikhwan juga memerintah lebih kurang satu tahun lepas itu, ditumbangkan oleh rejim tentera.

Sebelum itu, golongan NGO membuat demonstrasi menentang pemerintahan Ikhwan. Di Timur Tengah muncul kumpulan-kumpulan kecil. Mula-mula dianggap pertembungan sesama mazhab di Syria, tetapi ia berterusan kepada pertembungan antara kumpulan-kumpulan dan satu kumpulan mengkafirkan kumpulan yang lain, dengan panggilan takfiri.

Sehingga ada tujuh lapan kumpulan di Syria, berbelas kumpulan di Iraq bertelagah satu sama lain dan mengkafirkan satu kumpulan lain yang mereka tidak suka. Timur Tengah dilanda huru hara, di Iraq, Syria, Mesir, Tunisia, Yaman, Somalia, Pakistan, Afghanistan. Boleh dikatakan dunia Islam berada dalam keadaan berkeceramuk, penyakit takfiri ini melanda gerakan Islam.

Kalau tidak dikawal ia juga akan melanda parti Islam di Malaysia. Walaupun belum lagi parah , tetapi bunga-bunganya telah ada. Oleh itu saya merasakan gerakan Islam perlu membuat tajdid (perubahan) di Malaysia dan seluruh dunia.

Maka selepas muktamar Pas (Jun lalu), apabila sekumpulan aktivis ditolak dalam muktamar melalui perancangan yang rapi, maka ia menjadi satu peristiwa yang mendatangkan satu perkara baru. Iaitu kami merasakan perlu untuk membuat satu pembaharuan kepada parti Islam. Begitulah juga dengan gerakan Islam yang lain termasuk Ikhwan di Mesir dan di mana-mana supaya Islam ‘rahmatan lil alamin’ itu dapat diangkat kembali.

Dengan dasar Islam dikekalkan tetapi pendekatan kita akan dibuat atas sifat rahmatan lil alamin. Tajdid ini perlu dan barangkali 10 hingga 50 tahun lagi Harapan Baru ini perlu kepada tajdid baru.

Tetapi buat masa sekarang kami (Harapan Baru) perlu kepada pembaharuan dalam pendekatan Islam itu kepada orang ramai khasnya kepada bukan Muslim.

Maka inilah yang lahirnya Harapan Baru dan Harapan Baru hanya nama sementara dan darinya akan lahir sebuah parti yang sifatnya inklusif. Kita anggap tajdid kepada parti Islam yang juga diperlukan di seluruh dunia sekarang ini.

Idea penubuhan Harapan Baru daripada siapa?

Saya telah pun melihat perkara ini ketika saya berada dalam parti Islam lagi. Munculnya unsur-unsur takfiri yang meletakkan ini kumpulan liberal, ini munafiq haraki, ini peguam neraka, ini peguam syurga. Gelaran-gelaran itu mempunyai unsur awal takfiri yang kalau dibiarkan ianya merbahaya kepada parti, umat Islam dan negara.

Oleh itu, langkah untuk mengelakkan perkara ini salah satunya perlu tajdid dan pembaharuan. Inilah kita kemukakan Harapan Baru di samping kita terus merujuk kepada pandangan-pandangan tokoh terkenal seperti Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb dan Maududi.

Dalam masa yang sama kita turut merujuk kepada ulama kontemporari seperti Yusuf Qardawi, Tariq Ramadan dan pandangan dari Barat dan Timur, yang perlu kita rujuk, di samping pandangan pada 14 Hijrah.

Dan tajdid perlu dibuat sebab satu perkara yang cukup penting saya lihat ialah akhlak Islam iaitu intergriti dilaksanakan oleh orang-orang bukan Islam. Contohnya kita ambil orang Umno, Pas yang ucap dua kalimah syahadah dan saya tidak kategorikan dasar pegangan politik mereka.

Kalau kita hendak melihat negera yang paling rendah rasuah semuanya negara bukan Islam, di Sweden, Finland, Denmark, Singapura, New Zealand. Sedangkan negara Islam yang keluarkan graduan agama itu antara paling tinggi rasuah. Sifat integriti ada pada orang Jepun dan Barat tetapi tidak ada pada orang Islam.

Bagi saya perjuangan mencantumkan semula akidah dan akhlak ini menjadi keutamaan di abad ini, iaitu budaya Islam seperti era kerajaan Umar Abdul Aziz. Dengan kelemahan yang ada pada saya, saya nampak usaha ini perlu dipertegaskan kembali.

Kita lihat integriti Tok Guru Nik Abdul Aziz, beliau dipuji oleh semua pihak tetapi di sudut pemerintahan kita belum sampai ke tahap integriti tertinggi. Kalau dibandingan dengan mereka yang bukan beragama Islam, intergriti mereka adalah amalan Islam seperti di negara Barat, maju, yang menyebabkan mereka meninggalkan jauh negara Islam dan orang Islam.

Sedangkan ajaran Islam paling tinggi dan mulia tetapi diamalkan oleh orang lain. Usaha ini mesti diperteguhkan.

Teruk sangatkah Pas sampai hendak tubuh Harapan Baru?

Sebelum jadi seperti negara Timur Tengah, amalan takfiri, dan sebagainya biar kita tonjolkan kepada masyarakat untuk membuat pembaharuan. Supaya ia tidak sampai ke peringkat parah, seperti mana yang berlaku di Syria, Iraq. Sehinggakan satu kumpulan dapat menyembelih satu kumpulan yang lain, menjual wanita di pasar, mengebom rumah ibadat orang lain.

Kita belum sampai ke peringkat itu. Jadi biarlah kita buat satu tajdid, bila satu keadaan belum parah lagi. Kalau tengok keadaan yang berlaku di Timur Tengah sekarang ini entah berapa tahun mereka hendak keluar daripada kemelut yang ada.

Harapan Baru bawa konsep baharu?

Ya, bahkan saya menyeru kepada gerakan Islam yang lain di seluruh dunia, kita bincang supaya ada pembaharuan. Tidak kira sama ada di Jordan, Mesir, (bawa model baharu untuk disebarkan). Misalnya di Mesir, bila Ikhwan memerintah macam juga di sini, syariat dalam pengertian menghukum itu ikut yang awal, bukan keadilan sosial.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW menekankan syariat dan keadilan sosial. Contohnya, satu perlima rampasan perang digunakan semaksimum mungkin, hingga Nabi tiada harta ditinggalkan demi keadilan sosial.

Sedangkan di negara orang Islam, keadilan sosial tidak menjadi agenda utama. Kita ambil contoh Sweden, pelarian apabila didaftar sahaja sebagai pelarian mereka diterima di Sweden seperti ada hak untuk hidup, berlindung, rumah dan sebagainya disediakan.

Dibandingkan negara Islam melayan pelarian, dan bagaimana Nabi Muhamamad di Madinah menjaga orang yang datang ziarah termasuk diberi makan oleh Nabi di Suffah, keluarganya dan para sahabat. Model sosial ini kita lihat dalam gerakan Islam kurang dititik beratkan kalau dibandingkan dengan NGO dan negara Barat, yang praktiskan sebahagian ajaran Islam.

Inilah yang kita akan utarakan, saya sudah sebut dalam muktamar. Kenapa apabila isu kemiskinan orang mencari Arutchelvan (Parti Sosialis Malaysia), orang tidak mencari kita, ulama, ustaz. Apabila sebut isu kekotoran orang cari Wong Tack, kenapa orang tidak mencari golongan Islam.

Sedangkan Islamlah agama yang menitik beratkan soal kebersihan, alam sekitar. Perkara inilah yang perlu kita utarakan. Sebab itu Harapan Baru mengundang semua pihak termasuk Abim, Ikram, aliran kiri, kanan muslim dan non muslim memberi pandangan dan terlibat, dan kita kekalkan dasar Islam, jadi bersifat inklusif ini yang kita tekankan.

Harapan Baru sebarkan dasar Islam yang lebih inklusif. Adakah ini bermakna parti Islam di negara ini gagal laksanakan?

Bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Saya kata kita perlu reform kerana kita tidak tekankan soal keadilan sosial, lebih kepada syariat dalam bentuk hukum. Itu bukan kita kena ketepikan. Tetapi soal ini, kita lihat A Samad Said kenapa pilih DAP, Aziz Bari pilih DAP? Di antaranya soal integriti.

Intergriti ini adalah ajaran Islam yang paling tinggi, yang dibuat oleh pemerintah sama ada Nabi Muhammad, Umar al-Khattab, Saidina Ali dan lain-lain. Di sudut membina integriti pemerintah, inilah yang kita lihat gerakan Islam kurang menekankan. Bahkan atas nama Islam kita lihat, di Malaysia bila mendapat kuasa terlibat dalam skandal lembu, Tabung Haji dan penyelewengan itu dan ini.

Kalau dibandingkan dengan negara bukan Islam yang dahulunya buruk tetapi mereka mengamalkan nilai Islam. Ini yang kita hendak utarakan kembali. Itu yang kita hendak tekankan semula. Saya pun sudahtunggu lama perkara ini. Saya ingat dalam 10 ke 15 tahun saya cakap mengenai perkara ini. Saya nampak mesti ada wadah baru untuk jelmakan perkara ini.

Kalau ‘reform’ tidak boleh dengan Pas? Mengapa perlu tubuh platform lain?

Saya tidak nampak boleh. Saya nampak pelantikan Majlis Syura Ulama Pas tidak ke arah untuk membuat reform. Tetapi cadangan penubuhan parti ini bukan dari saya. Saya baru balik dari Timur Tengah dan rakanrakan saya berkumpul di Johor. Mereka panggil saya untuk bincang dan merekalah yang cadangkan penubuhan wadah baru dan saya lihat ada keperluannya.

Maknanya idea ini sebenarnya sudah lama diusahakan ketika masih bersama Pas?

Rungutan tidak berpuas hati terhadap perjalanan gerakan Islam di dunia ini memang dah lama. Malah, saya dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mempunyai pandangan yang sama dalam isu politik antarabangsa. Cuma dalam pendekatan masyarakat awam ini barangkali di situ ada sedikit perbezaan.

Sebelum ini anda kata Pas sudah tidak relevan, kenapa sebelum bertanding relevan, selepas kalah tidak?

Saya tidak bercakap seperti itu. Apabila saya kata perlu reform pergerakan Islam, mereka (wartawan) kata ia bermaksud Pas tidak relevan. Tafsiran wartawan, bukan dari mulut saya. Saya tidak menyebutnya. Saya kata semua pergerakan Islam perlu reform termasuk Pas.

Adakah DAP punca perbalahan dalam Pas sehingga wujudnya Harapan Baru?

Saya tidak mahu komen itu, bohong semua itu. Itu pembohongan yang nyata, orang yang bankrap politik yang cakap begitu.

Harapan Baru nak tarik siapa?

Tidak kira kita akan tarik semua orang, termasuk ahli Pas, Umno, tiada parti dan non muslim. Malah, kami dapat sambutan yang amat baik dari kalangan orang bukan Islam. Kita tidak letak sasaran angka, tetapi saya yakin ramai (sokongan). Anak-anak muda juga selalu bertanya bila mahu jadi parti.

Jadi bagaimana anda menerangkan kepada ahli Pas yang mungkin kecewa dengan penubuhan Harapan Baru?

Tidak apa, jiwa Pas saya lagi tinggi. Saya hampir 40 tahun dalam parti. Orang kata pengkhianat parti tetapi hampir 40 tahun dalam parti. Mereka (ahli Pas) faham, insya-Allah. Tengoklah bila parti daftar nanti kita umpama buka ‘pintu bah’ untuk semua orang.

Adakah Harapan Baru bakal senasib dengan parti serpihan Pas yang lain?

Tidak sebab parti itu jalankan kerjasama dengan Umno. Misalnya Berjasa dengan Umno, Hamim juga dengan Umno. Kami tidak. Kami bekerjasama dengan pembangkang.

Sebagai ahli Pas yang telah menyertai parti itu sejak 1978, bagaimana anda melihat mengenai isu bai’ah dalam Pas?

Isu bai’ah ini saya tidak mahu ulas dari sudut hukum hakam sebab saya bukan berlatar belakang agama. Saya berpandu kepada pandangan Mufti Perlis, Mufti Pulau Pinang dan pandangan ulama-ulama luar dan sebagainya. Jadi, saya pandu pandangan mereka itu sebab saya sendiri tidak mahu pandangan peribadi sebab saya bukan dari bidang agama.

Selepas Harapan Baru ditubuhkan, adakah anda ada menerima sebarang ugutan atau cemuhan?

Ya, hampir setiap hari. Tetapi saya sudah ‘mangli’ (lali). Macam-macam gelaran saya terima. Paling teruk saya digelar ‘anjing DAP’. Kebanyakannya yang mengecam itu tiada nama, mereka berselindung. Tetapi saya tiada masalah dengan kecaman itu kerana saya meletakkan kebergantungan tinggi kepada ALLAH serta yakin dengan perjuangan.

Bagaimana hubungan anda dengan pemimpin Pas yang menang dalam muktamar lalu? Masih berhubung?

Saya tidak tumpu kepada itu. Saya tumpu kepada usaha bertemu orang ramai sama ada Islam atau bukan Islam untuk minta sokongan dan pandangan. Ini yang saya buat sekarang.

Ada tak ahli atau pemimpin Pas yang mahu pujuk anda kembali ke parti itu?

Tiada. Tetapi bagi saya Pas telah meninggalkan satu perjuangan yang besar. Saya nampak jasa Pas lebih banyak kepada saya berbanding jasa saya kepada Pas. Saya berterima kasih untuk itu tetapi saya berpandangan perlu ada wadah baru. -SH


'Mereka tunggak penting, jayakan PR 2.0

SHAH ALAM - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menyambut baik langkah yang diambil individu dan aktivis tertentu dengan bertindak meletakkan jawatan di semua peringkat dalam Pas untuk bersama menjayakan penubuhan parti baharu itu, akhir bulan ini.

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, meskipun Harapan Baru belum didaftarkan, namun ramai ahli dan pimpinan dalam Pas bertindak nekad untuk melepaskan jawatan mereka untuk memberi fokus kepada pengurusan parti serpihan Pas itu.

“Mereka ini adalah merupakan tunggak penting yang berpengalaman, bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran politik Islam yang bersifat inklusif dan sejagat merentasi kaum, agama dan budaya.

“Kesemua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan Harapan Baru ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali Pakatan Rakyat 2.0 bagi memperkukuhkan sistem dua parti di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, 18 ahli jawatankuasa Pas kawasan Shah Alam meletak jawatan dan dijangka akan menyertai Harapan Baru.

Mereka termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof; Timbalan Yang Dipertua, Zulkifli Mohd Nani; Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan.

Mereka mengikut jejak beberapa pemimpin Pas kawasan Kota Raja, Klang dan Kapar yang meletak jawatan pada Rabu.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera Pas di Shah Alam, tetapi bagi menyertai usaha memperjuangkan Islam melalui wadah yang lebih diyakini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud meletak jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Pas kawasan itu berkuat kuasa serta-merta.

Turut berbuat demikian ialah 183 pemegang jawatan dari pelbagai peringkat termasuk yang Dipertua kawasan itu, Jaafar Samsudin.








IKLAN BERBAYAR







22 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] Malis Pelancaran GHB Peringkat Negeri Terengganu -updated


Majlis pelancaran Gerakan Harapan Baru peringkat negeri Terengganu diadakan pada malam ini di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu. bermula jam 9 mlm ini.

Ramai pimpinan tertinggi GHB telah tiba termasuklah Penasihat Umum GHB, Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden GHB, Salehuddin Ayub dan beberapa pimpinan GHB Pusat seperti Khalid Samad, Anuar Tahir, Dr.Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin dan lain-lain.

Pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu merupakan majlis yang ditunggu-tunggu kerana majlis ini diadakan di negeri dimana PAS dikatakan paling kuat selepas negeri Kelantan dan merupakan negeri tuan presiden, Hj Abdul Hadi Awang.

Ia menjadi hangat diperkatakan di media sosial apabila terdapat satu status yang menggunakan nama "PAS Kuala Terengganu" yang mengeluarkan kenyataan ugutan dan ancaman "jangan sampai program ini bertukar menjadi medan tempur".


Namun seorang AJK PAS Terengganu telah menafikan laman status itu kepunyaan PAS Terengganu. Berikut ialah kenyataan penuhnya:


PENAFIAN

Assalamu'laikum warahmatullah

Saya selaku mantan Pegawai Tadbir Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu yang pernah mentadbir 'page' rasmi PAS Kuala Terengganu dengan ini menafikan adanya penyiaran poster program GHB di Shahbandar pada 22 Ogos ini dengan status yang berbau provokasi. 'Page' yang saya kendalikan sudah dalam proses 'deletion' sejak 2 minggu lepas dan kali terakhir diupdate ialah pada Jun 2014.

Saya akan siasat dari mana datangnya page palsu yang memburukan imej PAS Kuala Terengganu yang sedang diviralkan sekarang.

Sekian. Wassalam.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

Wan Mohd Faizul Wan Abas
AJK PAS Kuala Terengganu
19 Ogos 2015










IKLAN BERBAYAR







21 Ogo 2015

GHB Lebih Terbuka Dan Lebih Mesra - Dr.Maszlee


GHB bawa gagasan Islam yang lebih mesra - Maszlee Malik

KUALA LUMPUR: Gerakan Harapan Baru (GHB) bukan kumpulan serpihan sebaliknya ia membawa satu idea dan meneruskan gagasan PAS suatu ketika dahulu.

Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik berkata, selepas muktamar PAS ke-61 baru-baru ini, wadah parti Islam itu dilihat tidak dapat diteruskan lagi.

"Ini merupakan pembersihan. Pembersihan daripada pemikiran konservatif supaya PAS boleh kekal dengan pemikiran konservatif

"Jadi mereka yang cuba membawa Islam yang lebih lunak, lebih terbuka boleh memilih wahana atau platform yang lebih sesuai dengan mereka," katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani di baru-baru ini.

Dr Maszlee berkata, ia membawa kerugian buat PAS kerana tiada pertukaran idea baru dalam parti itu dan menimbulkan persoalan sama ada ia sebuah badan dakwah atau parti politik.

Beliau berkata, GHB membawa satu gagasan bahawa islam yang lebih mesra
.

GHB katanya, menunjukkan keterbukaan Islam melalui ruang politik dan tidak mudah menjatuhkan hukum serta membawa penyelesaian yang diterima oleh semua kelompok rakyat.

Pada rabu, 18 anggota jawatankuasa PAS kawasan Shah Alam meletakkan jawatan dan dijangka akan menyertai GHB. Mereka termasuk Yang Dipertuanya, Azli Yusof, Timbalan Yang Dipertua, Zulkifli Mohd Nani, Naib Yang Dipertua, Mohamad Jamil Abd Rahim dan Ketua Pemuda, Helmi Radzuan. -astroawani





IKLAN BERBAYAR







Lebih 30 AJK PAS Kawasan Bukit Katil & Pemuda Hulu Langat Letak Jawatan

Hari ini jam 5 petang, PAS Kawasan Bukit Katil Melaka akan mengadakan satu sidang media khas bagi mengumumkan perletakan jawatan oleh kepimpinan PAS Kawasan Bukit Katil dan cawangan PAS sekitar Melaka.

Sidang media itu akan diadakan di pejabat Moveact Academy. Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil Melaka. Gambar sebelah ialah AJK PAS KAwasan Bukit Katil di muktamar PAS yang lalu.

Difahamkan, seramai 13 orang AJK PAS kawasan diketuai oleh Yang Dipertuanya, Sdra Sofi Wahab, 8 orang AJK Dewan Muslimat dan kesemua (kecuali 2 orang) daripada Dewan Pemudanya akan mengisytiharkan perletakan jawatannya petang ini.

Perletakan jawatan kepimpinan PAS Bukit Katil merupakan satu kejutan dan satu tamparan hebat kepada PAS Negeri Melaka kerana Melaka yang memperolehi kemenangan sulongnya di dalam pilihanraya umum yang lepas iaitu DUN Bukit Baru melalui calonnya Dr Hj Md Khalid Kassim,

Sdra Sofi yang mengetuai saf kepimpinan PAS Bukit Katil ketika itu dan pemuda yang diketuai oleh Mohd Jauhar Mohamad Dawi merupakan tenaga penggerak utama jentera pilihanraya DUN Bukit Baru sehingga DUN itu telah mencapai kemenangan yang bersejarah tersebut.

Sofi yang sebelum ini oernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka selama dua penggal di bawah kepimpinan Sdra Adly Zahari pernah mempersoalkan tindakan Pesuruhjaya PAS Melaka yang baharu, Kamaruddin Sidek yang membuat perlantikan jawatankuasa Perhubungan PAS dengan tidak mengikut Perlembagaan.

Kesemua yang meletakkan jawatan akan menyertai Gerakan Harapan Baru Melaka yang kini dipimpin oleh Sdra Adly Zahari. GHB Bukit katil telah berjaya ditubuhkan dan kini dipimpin oleh mantan tokoh veteran PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek

Di dalam satu perkembangan berkaitan, di Hulu Langat Selangor, 10 orang ahli jawatankuasa pemudanya telah mengisytiharkan perletakan jawatan mereka kepada PAS Kawasan Hulu Langat.

Mereka adalah terdiri daripada ketuanya, Mohd Burhanuddin bin Othman, Setiausaha Ahmad Firdaus bin M Zabidi, Pen. Setiausaha Muhammad Safuan bin Harun dan Afrodi bin Ali serta tujuh orang yang lain. (rujuk kenyataan di bawah).

Perletakan jawatan dari PAS dijangka akan berterusan di seluruh negara menjelang pelancaran parti baharu hujung bulan ini, atau selewat-lewatnya awal bulan depan.


PERLETAKAN JAWATAN KETUA PEMUDA DAN JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS HULU LANGAT

21hb Ogos 2015

1. Saya mewakili 10 Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Hulu Langat telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Penolong Setiausaha PAS Kawasan Hulu Langat.

2. Ahli Jawatankuasa yang terlibat adalah seperti berikut:

a. Ketua Pemuda
Mohd Burhanuddin bin Othman

b. Setiausaha
Ahmad Firdaus bin M Zabidi

c. Penolong Setiausaha 1
Muhammad Safuan bin Harun

d. Penolong Setiausaha 3
Afrodi bin Ali

e. Ketua Penerangan
Manzurul bin Safar

f. Penolong Bendahari
Ustaz Hafiz Othoman

g. Pengerusi Lajnah Kebajikan
Dr Muhammad Omar

h. Pengerusi Lajnah Pendidikan Politik
Ustaz Wan Saifullah Wan Abd Ghani

i. Pengerusi Lajnah IT
Abdul Halim bin Abdullah

j. Pengerusi UKJ Semenyih
Hafidz Samsol

3. Kami mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua yang membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang menggalas amanah ini.

4. Kami juga memohon maaf sekiranya ada salah dan silap selama berada bersama DPPKHL dan PKHL.

5. Kami berpendirian ini adalah penyelesaian dan jalan keluar terbaik kepada konflik yang berlaku khususnya kesan dari kempen agresif sebelum Muktamar baru-baru ini.

6. Kami berdoa agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus Istiqaamah dalam perjuangan Islam ini tidak kira kami berada di wadah mana sekalipun.

7. Kami juga mengharapkan agar ukhuwwah sesama sahabat-sahabat di dalam Pas berkekalan, walaupun kita berbeza pandangan dan pendekatan.

Sekian, Terima Kasih

MOHD BURHANUDDIN BIN OTHMAN








IKLAN BERBAYAR







[BERGAMBAR] King Of "Derma" Bakal Dilancarkan

Zunar keluarkan buku ‘King Of Derma’

Zunar bakal menerbitkan buku terbarunya yang bertajuk ‘King of Derma’ yang akan dikeluarkan pada pertengahan bulan September akan datang.

Perkara itu dinyatakannya dalam satu sidang media pengumuman anugerah Hellman Hemmet yang diterimanya di Hotel Shah Village, di sini semalam.

Zunar King DermaKatanya, buku yang dikeluarkan kali ini adalah berkonsepkan kartun untuk rakyat, tidak seperti buku-buku beliau yang lain mengenai kartun politik.

“Perbezaan politik kartun adalah kartun berkisarkan politik antara ahli politik tetapi kartun untuk rakyat ini adalah apa sahaja isu yang berkaitan dengan rakyat. Kita yang sengsara.

“Sebagai contoh duit RM2.6 billion itu adalah duit kita tetapi masuk ke dalam poket perdana menteri,” katanya.

Sebelum ini, lima daripada buku beliau diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana didakwa isi kandungannya tidak sesuai untuk orang awam dan boleh mempengaruhi pembaca untuk menggulingkan kerajaan.

Selain itu, Zunar juga berkata, beliau mendapati bahawa di Malaysia orang ketawa sebagai tanda protes, jadi beliau akan menghasikan buku untuk mereka yang cenderung ke arah cara itu.

“Di Malaysia saya dapati gelak adalah salah satu jenis protes. Ada orang yang tidak mahu pergi ke BERSIH, kerana ada perkara yang menghalang seperti pekerjaan, tetapi kalau sediakan bahan, mereka akan gelak.

“Saya nak sediakan ini kepada pembaca di Malaysia dan ia adalah satu cara yang selamat, efektif untuk protes,” katanya. -KD









IKLAN BERBAYAR







20 Ogo 2015

Lagi Keluar PAS Sertai GHB Di Selangor, PAS Selangor Bakal Lumpuh...

18 lagi AJK PAS Shah Alam letak jawatan

Shah Alam: Selepas 183 ahli dan pimpinan PAS kawasan Kota Raja, Klang meletakkan jawatan di dalam parti itu petang semalam, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Shah Alam turut berbuat demikian beberapa jam kemudian.

Seramai 18 AJK PAS Shah Alam sesi 2015-2017 diketuai Yang Dipertuanya Azli Yusof mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Selain itu AJK PAS kawasan, pemimpin PAS bagi Dewan Muslimat, Pemuda dan Himpunan Penyokong PAS turut mengumumkan tindakan sama.

Azli berkata, peletakan jawatan itu sudah dimaklumkan secara rasmi dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Kelima sesi 2015-2017 yang berlangsung petang semalam.

"Selain saya, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam turut berbuat demikian.

"Penyerahan tugas sudah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih sayang," katanya di sini, semalam.

Menurutnya, peletakan jawatan itu bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih diyakini mereka.



Kami selaku Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam mengumumkan perletakan jawatan berkuatkuasa Rabu 19 Ogos 2015, bersama-sama dengan 18 orang lagi AJK PAS Kawasan Shah Alam sessi 2015-2017.

Selain itu, Ketua Muslimat, Timbalan Ketua Muslimat dan Naib Ketua Muslimat turut meletakkan jawatan bersama-sama 11 orang AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.

Keseluruhan AJK Dewan Himpunan Penyokong PAS, DHPP Kawasan Shah Alam juga meletakkan jawatan mereka.

Terdahulu, Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda telah meletakkan jawatan mereka bersama-sama dengan 10 orang AJK Dewan Pemuda PAS Shah Alam.

Perletakan jawatan-jawatan ini telah dimaklumkan secara rasmi di dalam Mesyuarat PAS Kawasan Shah Alam Kali Ke-5 sessi 2015-2017 yang berlangsung pada Selasa, 19 Ogos 2015, di mana penyerahan tugas telah dilakukan kepada Setiausaha PAS Kawasan Shah Alam dalam suasana penuh persefahaman dan kasih-sayang.

Perletakan jawatan ini bukan bertujuan untuk melemahkan jentera PAS di Shah Alam, tetapi kerana ingin bersama usaha perjuangan Islam melalui wadah yang lebih kami yakini.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK PAS Kawasan dan Dewan-dewan, Ketua dan Setiausaha PAS Cawangan serta seluruh ahli-ahli PAS Kawasan Shah Alam yang telah memberikan sokongan dan kerjasama sepanjang kami diamanahkan memimpin PAS Kawasan Shah Alam.

Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada PAS Kawasan Shah Alam di bawah kepimpinan yang baru nanti.

Mudah-mudahan semua akan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Azli Bin Yusof
Yang Dipertua

Zulkifli Mohd Nani
Timbalan Yang Dipertua

Mohamad Jamil Abd Rahim
Naib Yang Dipertua

19 Ogos 2015 / 4 Zulkaedah 1436H



PAS Selangor bakal lumpuh – Mohd Sayuti Omar

Dari segi politik tindakan ahli Parlimen Kota Raja yang juga naib ketua PAS Kawasan itu Dr Mariah Mahmud mengumumkan keluar daripada PAS bersama beberapa ahli jawatankuasa PAS kawasan itu merupakan satu tindakan memberi bekas kepada PAS Selangor.

Mariah dan pimpinan PAS Kota Raja umum lepas jawatan.

Ia adalah permulaan tindakan ekoran rasa tidak puas hati kepada kepimpinan PAS yang baru dipilih pada muktamar beberapa bulan lalu. Walaupun tindakan Mariah dan beberapa yang lain tidak melumpuhkan PAS Selangor tetapi tindakan itu memberi moral yang buruk kepada PAS Selangor.

Tindakan dan keputusan Mariah dan yang lain-lain merupakan satu "hentakkan" yang kuat kepada PAS Selangor yang cuba mempamerkan mereka sebagai golongan agamawan, ad-Din.

Apa yang berlaku di Kota Raja hari ini adalah permulaan, dijangka lebih ramai lagi ahli PAS dan pemegang jawatan akan mengumumkan melepas jawatan. Tindakan Mariah itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi mereka yang lain untuk berbuat demikian.

Saya percaya tindakan itu menjadi momentum untuk diikuti PAS di beberapa kawan lain, termasuk juga Gombak yang dilihat kuat mendokong kepimpinan agamawan.

Apa lagi seperti mana jelasnya selepas beberapa orang wakil rakyat PAS akan mengambil tindakan sama, mengumum keluar PAS atau pun melepaskan jawatan yang dipegangnya. Tindakan seperti itu boleh menganggu stabiliti PAS dan menyebabkan rasa hormat kepada PAS dari kalangan orang ramai terhakis.

Sudah tentu berita perletakan jawatan ramai-ramai di Kota Raja itu menganggu konsentrasi orang ramai kepada PAS yang diharap menjadi parti pengganti Umno sebelum ini. Beberapa lagi tindakan sama diambil tokoh PPAS dalam GHB, akan menghakiskan kepercayaan umum kepada PAS.

Dari konteks lain, apa yang berlaku itu ia menggambarkan kegagalan pimpinan PAS Selangor membendung gegajala keluar parti beramai-ramai. Mungkin juga tindakan itu menjadi cepat apabila ada sesetengah pimpinan kecil PAS di Selangor lantang mengkritik golongan itu, GHB dengan tindakan mereka.

Tiada ada usaha untuk merapatkan saf atau mengemaskan barisan dalam PAS sejak muktamar dahulu di Selangor, sebaliknya kesan muktamar itu menjadi jurang perbezaan lebih luas. Paling mendukacitakan tidak ada usaha langsung daripada pimpinan tertinggi PAS sebalinya mereka hanya jaminan-jaminan bersifat sinikal bersifat sombong yang penyedap rasa sahaja.

Di Selangor sendiri tidak ada tokoh yang bersifat orang tua yang boleh mempersatukan PAS. Selepas ketiadaan Hassan Shukri, Selangor seakan-akan kekeringan pemimpin yang tulus dalam perjuangan. Walaupun satu masa PAS Selangor memiliki Adun Meru, Dr Rani Osman sebagai pesuruhjaya tetapi kehadirannya sekejap sahaja.

Walaupun Dr Rani tidak sehebat Hassan Shukeri tetapi penampilan dan semangat ukhwah yang dibentuknya sangat menarik dan ia mencerminkan PAS Selangor semasa bawah pimpinannya dapat mempersatukan semula keretakan yang dicaingkan Hassan Ali. Sayang Ibu Pejabat PAS tidak dapat melihat kelunakan dan semangat setia kawan yang ada kepada Dr Rani.

Melihat kepada sambutan terhadap GHB dan penubuhan parti baharu yang semakin hangat di Selangor tidak mustahil kalau PAS Selangor berada dalam keadaan sengit sebelah. Walaupun ada jaminan daripada seorang pemimpin PAS, kononnya apa yang berlaku di Selangor itu umpama gelora ombak dilautan dimana ia boleh ditenangkan, tetapi kerja untuk menenangkan ombak itu sesuatu yang melelahkan.

Politik bukan boleh diselesaikan atas kertas tetapi harus kena buat (praktis) dan turun ke bawah. Pemimpin yang seorang ini saya lihat lebih lunak bercakap atas kertas daripada turun menjajahi ke segenap ceruk dan lorong untuk membendung masalah dalam PAS.

Apa yang terjadi itu ialah, wujud kerana kedegilan dan ego pimpinan PAS. Mereka silap dalam membuat perhitungan dengan merendah-rendahkan keupayaan golongan GHB. Dengan tindakan Mariah dan beberapa pemimpin lain itu membuktikan mereka GHB, bukan bergurau untuk menjadi alternatif kepada Pas, tetapi ia sesuatu yang serius.

Mungkin golongan lama dalam PAS, mereka berusia 60 tahun ke atas serta anak-anak atau cucu cicit mereka yang obses kepada agama, tidak terliur kepada PAS, tetapi anak-anak muda yang bebas, berfikiran terbuka akan menyokong GHB. Indikator sejauh mana sambutan kepada GHB nanti ialah pada himpunan Bersih hujung bulan ini dan juga selepas terbentuknya parti dokongan mereka.

Satu sifat yang perlu disedari, anak muda dalam bermain politik mereka tidak sangat memikirkan soal prinsip dan asas perjuangan sesebuah parti, jauh sekali menghayati ideologi dan akidah, tetapi apa yang ada kepada mereka ialah trend semasa.

Mereka akan mengikut trend semasa. Kewujudan GHB atau parti baharu bagi mereka ada kesenimbungan harapan mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Kerja menumbangkan kerajaan bagi mereka adalah sebagai trend semasa yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Bertolak dari hakikat itu GHB bakal mendapat sambutan dan berada di hati anak-anak muda. Kekuatan sambutan ini bukan sahaja setakat di Pantai Barat, bahkan mungkin boleh merebakkan negeri-negeri di Pantai Timur juga, walaupun masa ini ia dilihat sebagai sukar. Yang perlu difikirkan pimpinan PAS, politik itu sesuatu yang hidup dan berkembangkan.

Langkah-langkah lebih ketat, tersusun dan berhemah adalah wajar dilakukan pimpinan baharu PAS kini untuk membendung atau pun menganjatkan perjalanan GHB.

Akhirnya syabas kepada Mariah atas keputusan yang dibuat. Apa dilakukan sikap terpuji dan berani sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Wanita GHB.

Nampaknya Dr Mariah bakal menjadi pimpinan wanita baharu menerusi parti baharu selepas beliau selama ini hanya berada di belakang Siti Zailah Mat Yusuf menjadi orang dibalik tabir jarang. msomelayu.blogspot.com








IKLAN BERBAYAR