25 Ogo 2015

Najib Yang Sebenarnya Telah Membangsatkan Melayu...

GHB hentam Najib kenyataan 'terbangsat'

Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana mengatakan bahawa orang Melayu akan "terbangsat" jika Umno hilang kuasa.

Najib, yang juga presiden Umno berkata demikian semasa mesyuarat perwakilan Umno di Kangar semalam.

Pengerusi penaja GHB, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Berucap di Seberang Jaya malam tadi, beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat tuduhan yang yang membabitkan 1MDB tetapi sebaliknya, pihak polis telah diarah menyiasat SPRM.

"Ketika siasat-menyiasat begini, (ibupejabat polis) Bukit Aman pula terbakar. Macam cerita Hindustan!" kata Mat Sabu disambut ketawa hadirin.

"Kalau Umno kalah, siapa menang? Ada Melayu dalam pembangkang (sebelum ini Pakatan Rakyat), Melayu dalam DAP dan PKR," katanya kepada kira-kira 500 orang yang menghadiri pelancaran rasmi GHB di Dewan SP Arena.

Penjara Sungai Buloh adalah di mana bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Selain daripada hutang 1MDB, Najib sedang menghadapi kritikan sengit berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya sebelum pilihan raya umum 2013 (PRU13).

Mat Sabu memberi jaminan bahawa pakatan pembangkang yang baru - DAP, PKR dan parti baru GHB, Amanah - akan memastikan semua suara didengar dan semua kaum dipertahankan.

"Beberapa kerusi Parlimen telah dimenangi oleh calon Melayu dalam DAP dan PKR. Terdapat juga banyak kerusi di mana BN letak bukan Melayu tetapi calon Melayu kita menang," katanya.

Mat Sabu mengambil contoh kerusi Raub di Pahang dan Kota Raja di Selangor, yang masing-masing dimenangi oleh calon DAP, Ariff Sabri Abdul Aziz (Raub) dan calon PAS, Siti Maria Mahmud (Kota Raja).

Manakala BN, katanya, meletakkan calon Cina di Raub dan India di Kota Raja dalam pilihan raya umum 2013.

"Calon DAP Ariff, dia Cina ke Melayu?" kata Mat Sabu sinis.

"Wakil Pakatan Dr Siti Maria Cina ke India?" Soalnya lagi dengan nada menyindir, lalu disambil hadirin yang berkata "India".

"Jadi bila kita mempunyai kerusi yang dimenangi oleh orang Melayu, maka kita ada wakil-wakil yang akan menjadi suara umat Islam," kata Mat Sabu.

Beliau juga memberi contoh Dyana Sofya Mohd Daud, yang bertanding menentang Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014.

Mengimbas kembali kata-kata "bekas presiden" beliau (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), Mat Sabu berkata Dyana Sofya seorang yang berani dan dia mewakili DAP untuk menentang calon Cina, bukan calon Melayu.

"Jangan bimbanglah. DAP seorang diri tak boleh perintah Malaysia. Boleh ke DAP perintah Malaysia?" tanya Mat Sabu lagi.

"Bertahun-tahun pun tak boleh. Mesti ada sepakatan antara DAP, PKR dan GHB ," tambahnya.

Mat Sabu berkata politik bukan berdasarkan kepada statistik tetapi kepada persepsi dan pada masa ini, tambanya, persepsi orang Melayu ialah jika Umno kalah, DAP akan perintah Malaysia.

Tetapi, katanya, sampai bila orang Melayu akan tertipu.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai tinggi GHB, termasuk Ahli Parlimen Datuk Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Hanipa Maidin (Sepang), Dr Hatta Mohd Ramli (Kuala Krai), bekas naib presiden PAS PAS Salahuddin Ayub dan bekas Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Rashid Hasnon mewakili PKR dan Exco kerajaan negeri Chow Kow Yeow mewakili DAP. -mk


Khairuddin: Melayu bangsat jika Najib terus berkuasa

Melayu akan "bangsat" jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal berkuasa dan tidak dipecat, kata bekas naib ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

"Orang Melayu akan bangsat jika sekiranya Najib terus berkuasa. Bangsa Melayu akan berpecah seterusnya bangsat seandainya Najib tidak disingkirkan.

"Sekiranya Najib asyik syok dan angau sendiri, selagi itulah Umno serta BN akan goyah," tulis Khairuddin di dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan Najib yang juga presiden Umno semalam yang mengatakan Melayu akan bangsat sekiranya Umno hilang kuasa.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata, Umno dan BN akan jadi lebih kuat jika Najib meletakkan jawatannya.

"Tanpa Najib, Melayu serta keseluruhan bangsa di negara kita akan bersatu kerana masa kini kita sedang hadapi krisis keyakinan terhadap perdana menteri dengan begitu teruk sekali dalam salasilah sejarah politik tanah air.

"Rakyat bukan sahaja kehilangan keyakinan tetapi tidak percaya lagi kepada kepimpinan mahupun keperibadian Najib.

"Beliau buatlah apa sekalipun untuk menipu dan memperbodohkan rakyat jelata namun keseluruhan warganegara kita tidak boleh diperbodohkan lagi oleh beliau," katanya.







ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




8 ulasan:

Awanama berkata...

Minta tuan fikir dan ulas... Siapa mati Mati sokong dia dan parti dia?

Cina ker? India ker?

Siapa??

Awanama berkata...

CELAKA HARAMJADAH punya Najib !
Hampir 6 dekad UMNO/BN perintah Malaysia sejak merdeka...KENAPA MELAYU MASIH JADI TERBANGSAT TANPA UMNO ????????
Apa yang UMNO/BN buat selama ini ????
Kenapa MELAYU masih TERBANGSAT tanpa UMNO ????
Adakah salah MELAYU atau salah UMNO/BN ???
Kalau MELAYU MASIH TERBANGSAT TANPA UMNO setelah hampir 6 dekad Malaysia diperntah oleh UMNO ....MAKA itu adalah SALAH UMNO 100 %
PEMBANGKANG tidak pernah perintah Malaysia sejak merdeka !
UMNO yang GAGAL mengangkat martabat dan maruah MELAYU sedangkan hak2 MELAYU telah terjamin dibawah perlembagaan Malaysia !
Inilah contoh yang paling nyata...UMNO PELINGKUP MELAYU !
UMNO telah membodohkan dan membonzaikan pemikiran Melayu sehingga menyebabkan Melayu BUTA POLITIK dan BUTA KAYU !
Memalukan !!!!! Malaysia masih ada pemimpin yang sangat rendah tahap pemikirannya !

Awanama berkata...

Mana kah betulnya ada andaian yang hanya UMNO yang boleh buat Najib berundur?

Ditambah dengan pandangan Mahathir supaya wakil pembangkang Pakatan Rakyat dan wakil kerajaan BN bergabung buat undi tidak percaya tetapi BN terus berkuasa.

Cakap macam ini buat malu jadi rakyat Malaysia. Ada SPRM tak ada guna. Ada Parlimen (SPR) pun tak guna. Ada Institusi Raja pun tak guna. Ada Polis pun tak guna, sia-sia buat repot. Ada tentera pun tak guna. Ada Bank Negara pun tak berguna.

Sebab yang berkuasa penuh ialah Najib iaitu Perdana Menteri sorang yang boleh buat suka hati. Ini mengarut lah. Tak masuk akal.

Bukan semua pemimpin, baik dalam tentera, polis, sprm, Institusi Raja, Bank Negara tidak boleh tidak tahu sitausi sebenar negara. Jika Tentera tidak mahu ambil-alih kuasa, kumpul kan semua agensi dan institusi tersebut, Dan masing-masing buat taklimat mengenai keadaan sekarang.

Jangan lah ingat Najib hanya boleh di gantikan dengan cara politik sahaja. Atau rakyat termasuk pemimpin sendiri tidak yakin pada sistem yang ada ??

Kepada Allah kita kembalikan.



Awanama berkata...



Dengan kejatuhan mata wang dan dengan ber PM kan Najib yang terlibat dengan RM 2.6 Billion bukan sahaja melayu yang bangsat.

Cina pun jadi bangsat. India pun jadi bangsat. Bayi dalam kandungan menanti kan kelahiran pada 31 Ogos pun telah di bangsat kan.

Rakyat Malaysia tak angkat muka lah kalau pergi luar nagara.

Kita semua warga negara Malaysia dari atas hingga orang bawahan, bergelaran atau tidak, berpangkat atau tidak, berjawatan atau tidak, telah dibangsatkan oleh Najib.

Jho Low pun tak mengaku rakyat Malaysia sebab dah dapat paspot US. Entah-entah anak Najib pun dah ada paspot US. Sebab nak mengelak dari jadi warga yang di bangsatkan oleh ayah nya sendiri.

Maaf sebab ini lah apa yang dirasakan oleh se orang melayu yang telah di bangsat kan.

Tidak perlu tunggu UMNO dah hilang kuasa kerana semasa UMNO berkuasa melayu telah dibangsatkan.


Malaysiabaru berkata...

Semua kenyataan di atas betul.

Umno tidak boleh di harapkan lagi untuk.membela melayu.

Setiap pemimpin yg kluar dari perut umno semunya mcm celaka... Melayu pulak tuh

Abdul Said berkata...

Ada juga kebenaran cakap Najib orang Melayu akan terbangsat bila UMNO hilang kuasa. Mana tidaknya. Orang Melayu didikkan UMNO rata-rata jadi pemalas, suka hiburan, suka khianat dan menipu, seronok berpesta, makan free, suka gadai dan jual kuasa dan tanah serta kontrak, permit dan lesen. Bila duit banyak tak sedar diri. Beli kereta sampai berbelas, rumah-rumah dimerata tempat, dah tak larat bangun subuh pun nak kahwin muda juga dan macam-macam lagi perangai buruk yang orang Melayu belajar dari UMNO. Bila UMNO hilang kuasa semua akan hilang. Siapa rajin, siapa berhemah, siapa berilmu, siapa berusaha dan siapa yang bertawakal maka orang itulah yang akan jadi orang berbahagia didunia dan akhirat!! Lagi pun Allah s.w.t tak rugi kalau Melayu mundur. Islam tidak lenyap kalau Melayu jadi bangsat dan hina. Bangsa lain sedang berminat terhadap Islam, bangsa-bangsa lain sedang mencari cahaya kebenaran. Islam akan berkuasa semula bukan kerana bangsa Melayu!!

Anti Fitnah berkata...

Tok Jib ni tak serik-serik menghina orang Melayu. Dulu haramjadahkan warga FELDA dan kini membangsatkan seluruh bani Melayu termasuk yang dok dalam UMNO.
Aku tak sangka bani Melayu begitu lemah jika tanpa UMNO. Buat apa bani Melayu mengaku Islam kalau depa begitu bergantung kepada UMNO??? Hidup Mati Melayu tak kan bergantung kepada UMNO kot.
Sedarlah wahai Bani Melayu. Jangan lagi kita ditipu oleh UMNO sebab dah banyak pembohongan yang dilakukan, dulu, kini dan selamanya.
Cuba perhati pada ucapan dan hujah yang dikeluar oleh menteri UMNO mengenai 1MDB. Lucu, nampak BODOH, tidak masuk AKAL, ... Menteri bukan Melayu tak berhujah pun tentang 1MDB sebab khuatir tersilap cakap dan jadi BODOH macam Menteri Melayu UMNO.
Sampai bila Melayu nak percaya bahawa DAP tu boleh memerintah Malaysia bila UMNO kalah? Awat hanya Melayu dalam UMNO sahaja diiktiraf sebagai Melayukah? Bukankah dalam UMNO tu ada Melayu India, Melayu Cina, Melayu Indon, ... dan tak lama lagi kita akan ada Melayu Bangla, Melayu Rohingya, ... Hidup Malaysia.

Awanama berkata...

Dia lah Pemimpin yg paling BANGSAT SAKALI DI DUNIA INI