22 Ogo 2015

[VIDEO & GAMBAR] Malis Pelancaran GHB Peringkat Negeri Terengganu -updated


Majlis pelancaran Gerakan Harapan Baru peringkat negeri Terengganu diadakan pada malam ini di Dataran Syahbandar Kuala Terengganu. bermula jam 9 mlm ini.

Ramai pimpinan tertinggi GHB telah tiba termasuklah Penasihat Umum GHB, Ustaz Ahmad Awang, Naib Presiden GHB, Salehuddin Ayub dan beberapa pimpinan GHB Pusat seperti Khalid Samad, Anuar Tahir, Dr.Dzulkefly Ahmad, Hanipa Maidin dan lain-lain.

Pelancaran GHB peringkat negeri Terengganu merupakan majlis yang ditunggu-tunggu kerana majlis ini diadakan di negeri dimana PAS dikatakan paling kuat selepas negeri Kelantan dan merupakan negeri tuan presiden, Hj Abdul Hadi Awang.

Ia menjadi hangat diperkatakan di media sosial apabila terdapat satu status yang menggunakan nama "PAS Kuala Terengganu" yang mengeluarkan kenyataan ugutan dan ancaman "jangan sampai program ini bertukar menjadi medan tempur".


Namun seorang AJK PAS Terengganu telah menafikan laman status itu kepunyaan PAS Terengganu. Berikut ialah kenyataan penuhnya:


PENAFIAN

Assalamu'laikum warahmatullah

Saya selaku mantan Pegawai Tadbir Markaz Tarbiyyah Pas Kuala Terengganu yang pernah mentadbir 'page' rasmi PAS Kuala Terengganu dengan ini menafikan adanya penyiaran poster program GHB di Shahbandar pada 22 Ogos ini dengan status yang berbau provokasi. 'Page' yang saya kendalikan sudah dalam proses 'deletion' sejak 2 minggu lepas dan kali terakhir diupdate ialah pada Jun 2014.

Saya akan siasat dari mana datangnya page palsu yang memburukan imej PAS Kuala Terengganu yang sedang diviralkan sekarang.

Sekian. Wassalam.

ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN

Wan Mohd Faizul Wan Abas
AJK PAS Kuala Terengganu
19 Ogos 2015










IKLAN BERBAYAR







24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya pemimpin-pemimpin GHB menjemput tuan presiden PAS dalam majlis pelancaran itu. Pemimpin-pemimpin GHB mesti ingat akan jasa tuan presiden PAS. Kalaulah tuan presiden PAS dan sahabat-sahabat tidak menghalau orang-orang GHB, perli dan kutuk sudah tentu tuan-tuan masih lagi dalam PAS. Tanpa kutukan dewata dari pimpinan PAS tuan-tuan tidak akan merasa menubuhkan satu organisasi baru. Jasa pemimpin-pemimpin PAS sangat besar terhadap penubuhan GHB.

omar daud berkata...

Salam

Menarik sambutan GHB Di pantai timur.Insyallah gentera ghb yg bekerja kuat tanpa mengira halangan dan kutukan parti dahulu, sedikit demi sedikit rakyat majority akan berpehak pada GHB mengantikan PAS.Biarkanlah tektik lama yg digunakan oleh PAS dalam keadaan genting ini PAS gunakan penambahan ahli baru dikatakan 4k ahli baru dah join, mengunakan orang2 tionghua yg kecewa membelasah DAP dan akan menghimpunkan seramai 60k ahlinya berhimun utk menyatakan sokongan kepada kepimpinan PAS.
Syabas GHB, GERAKKAN KERJA ANDA BETUL-BETUL MEYAKINKAN,mengunakan media elektronik seperti astrowani dgn bijaksekali, feeback yg kami dapat dari majority rakyat amat memberangsangkan, sehingga berita2 gerak-kerja umno/pkr/pas tengelam.Buangkan sikap ego,takabur dan tampilkan sikap merendah diri.
Akidah dan akhlaq seiring.
selamat maju jaya,berjumpa kita di bersih 4.0

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Komen anda mengenai jemputan rasmi Presiden PAS ke majlis Parti Baru GHB??? Anda fikir dan anda ingat Tuan Presiden hendak datang ke??? Saya yakin Tuan Presiden PAS akan memperlekeh dan menghina orang saja kerja nya..tak percaya??? Anda cuba, baru anda tahu siapa dia Tuan Presiden PAS ini?

Tanpa Nama berkata...

Bukan kita taknak jemput ,kita bimbang bila dia berada diatas pentas dan melihat ramai yang hadir serbanya akan tercabut,

Tanpa Nama berkata...

2: 10 am kita tenggok sampai bila bertahan

Tanpa Nama berkata...

Sukahati sayalah nak datang atau tidak! kata abahng aji adi...

Tanpa Nama berkata...

sidang parlimen yg dibayar gaji elaun pun dia tak datang, inikan bulan yg tak ada sampul???

silap2 dia pergi kena spaghetti kat itali pulak...!

My Kakak berkata...


Syabas kepada semua penggerak dan pemimpin GHB barisan hadapan.
Cadangan saya agar cara gerakkerja diseragamkan di seluruh negara.

Seorang Alim mengajar saya untuk sesuatu organisasi itu berjaya,ahlinya mestilah ada :

1. Satu hati
2. satu fikir
3. satu cara - satu sistem

Akan ada tempat yang lemah dan masih belum mahir. Maka mereka ini hendaklah dibimbing dan ditunjuk ajar . Gerak kerja akan lebih mudah jika ada satu pattern gerak kerja. Pemimpin pemimpin bawahan perlu menghadiri Training of Trainer untuk mempelajari kaedah menduplikasikan gerakkerja yang telah digariskan di tempat masing-masing.

Sebarang penambahbaikan dan perubahan segera dimaklumkan kepada semua pemimpin berkaitan. Jadi tidaklah masing-masing membuat gerak kerja dengan kreativi masing-masing yang akan membuat organisasi kucar kacir serta serba kelemahan.

Kreativiti dan innovasi penting tetapi ada garis panduan asas.
Seragamkan seluruh negara poster, font, warna dan slogan.

KeSATUan mesti dinampakan dan didengari di mana-mana walau di
ceruk desa.

Juga penting sifat Tawadhuk. Satu hari jika sudah membesar, sambutan ramai, kedudukan pun ada. Tetaplah jadi seperti padi. Makin tunduk.

Abdul Said berkata...

Atas dialah hendak hadir atau tak hadir. Dia Tuan Presiden. Tugas GHB hanya menjemput tanda mengenangkan jasa beliau terhadap penubuhan GHB.

Tanpa Nama berkata...

ghb perlu bergerak sekarang utk dapat political momentum yg cukup utk next pru. syabas Ghb. mlm ni ada ceramah pihak 6.0 kat k.trg. aku nk dtg tgk apa yang pas bawa..

Tanpa Nama berkata...

Terengganu oh Terengganu. Negeri kaya umpama Kumait tapi rakyat miskin macam Conggo. Negeri indah tapi rakyat berbalah. Berpecah belah kerana amanat seorang guru. Berpuluh2 tahun negeri ini dihentam badai perpecahan kerana amanat ini hingga berkecailah penyatuan hati2 manusia. Lalu ummat menjadi lemah sehingga mereka tidak memiliki apa2 kekuatan untuk merebut hak mereka sendiri yakni hasil minyak dan pemerintahan Islam.

Inilah hasil dan natijahnya jika ulamak cuba mewarisi perjalanan nabi secara marah2 dan menakutkan manusia. Alangkah indahnya jika alim ulamak bersikap lembut dan penyayang. Tentu sudah lama negeri Terengganu ini menjadi negeri contoh bagi dunia Islam sekurang2nya seperti Kelantan dan Negara Brunei Darussalam.

Barulah kita tahu bahawa bukan ketinggian ilmu punca dapat kejayaan tetapi rendah diri dan penyayang itulah puncanya yang sebenar. Duduk makan2 bersama dengan fakir miskin dan menziarahi rakyat senyap2 itulah tanda kehebatan seorang pemimpin. Bawalah pinggan dan makanlah bersama2 fakir di bawah pokok. Amalan itu sejuta kali lebih di sukai Allah dan Rasul dari duduk makan dengan kawan2 atau pembesar2 yang minta disembah kerana berkasta tinggi.

Sungguh ummat ini menyesali Terengganu. Negeri yang dilimpahkan Allah dengan gunung emas dan minyak ini gagal diurus oleh pewaris nabi. Dakwaan merekalah. Kebodohan apakah lagi yang menjadi puncanya. Adakah kebodohan politik dan ekonomi? Ya, tentunya akibat lemahnya ilmu politik tahap tinggi. Tentunya kerana lembabnya otak ahli2 ekonominya. Dan lebih celaka lagi tok ketua pula selalu memandai2 campur tangan dalam urusan yang bukan bidangnya.

Allah memberi kehebatan kepada hambaNya yang merendah diri. Mungkin ada satu rahasia yang tuan2 tidak tahu. Bahawa seorang ustaz bertaraf biasa2 sahaja, mampu meruntuhkan istana ayah pin. Betapa hebatnya kekuatan sihir ayah pin yang didampingi iblis sendiri yang menjelma menjadi tuhan ganesan akhirnys tumbang di tangan seorang ustaz biasa sahaja.

Sekarang telah datang gelombang baru bagai badai tengkujuh. Ia melanda bumi Terengganu bukan untuk menambah derita tapi untuk mengubat duka dengan santunan serta kasih sayang yang selama ini terabaikan. Mat sabu hanya orang biasa2 sahaja. Tapi di belakang mat sabu atau yang diejek sebagai mat sabun ada tukang2 cuci yang siap sedia mencuci habis sebersih2nya daki yang ditinggalkan oleh pemimpin yang mengaku ulamak.

Kalau anda membaca sisipan ulasan face book di atas, apakah yang dapat anda tafsirkan? Ya, itulah daki namanya. Adakah islam mengajarkan ancaman dan kata2 kesat kepada sesama kaum muslimin. Demi Allah, parti baru islam tajaan ghb juga akan Allah binasakan jika bersikap seperti itu.

Telah datang kawan2 yang kelmarinnya bersalam erat selaku sahabat. Tapi hari ini dianggap musuh. Sedih sungguh sedih dan hiba sekali. Ya Allah, kenapa begini sekali ujianMu terhadap negeri Terengganu...

Semoga Terengganu bangun kembali. Menjadi contoh kecemerlangan akan keindahan islam sebagai rahmat seluruh alam sebagaimana bukti terpahat di batu bersurat terengganu seribu tahun dahulu.

Tanpa Nama berkata...

Parliament yang Amanah rakyat tuan precise pun berani ponteng. Adakah dia sudi datang majlis GHB?

Unknown berkata...

Menghadam tulisan ini ke titik akhir bagai ada sentuhan halus menyantuni hati dgn motif cukup terkesan. Tiada umpat keji tiada emosi, lembut mengelus lalu. Yang pasti anon ini mengajak alim ulamak kembali menyuluh diri.

Tanpa Nama berkata...

Sapa yg gatal sgt mulut kata PAS mundur ke belakang pasca muktamar?? Malah pas pada hari ini lebih advance dpd dulu. Kalau tak caya meh buat sikit perbandingan pas dulu dengan sekarang.

A. Dulu pas banyak bertakbir masa pemimpin utama berucap dlm muktamar. Sekarang perwakilan bertakbir dan juga MENGEBOOO! Tidakkah itu tanda kemajuan.??

B. Dulu pas sering kena maki dan fitnah oleh puak2 umno bn. Sekarang pemimpin pas dah expert memaki dan memfitnah sesama ahli sendiri. Lebih kehadapan pas dpd umno dlm bab ni sebab pas memaki dan fitnah sambil petik2 ayat al Quran dan hadis sekali gus!

C. Dulu pemilihan pemimpin berdasarkan kelayakan, ketokohan dan kehebatan tokoh2 tersebut. Sekarang pemimpin dipilih secara autoCAI. Teknologi CAI ni baru tuan2..Umno pun belum ada lagi!! Umno cuma mampu pakai teknologi lapuk iaitu RM dan projek aje.

D. Dulu pemimpin pas ketika muktamar banyak buat muhasabah parti dan serang musuh. Kini perwakilan pas baca doa laknat dan serang ahli serta rakan sekutu sendiri. Tidakkah itu tanda kemajuan yg ada pada pas.???

E. Dulu di zaman allahyarham ustaz Fadzil dan TGNA berduyun pakar dan profesional masuk pas. Sekarang berduyun duyun keluar pas dan kena halau utk buat parti sendiri!!

F. Dulu pas dihormati atas sifat warak dan tawaduk para pemimpin. Sekarang pas dihormati oleh umno dan dipuji oleh PM sebab sokongan tuan presideng kpd beliau.

G. Dulu berfikir guna otak. Sekarang pemimpin pas dah tk fikit pakai otak sebab pakai otak kurang effektif. Kini SIKU dan LUTUT pun salah satu anggota badan yg boleh diguna utk berfikir kalau dilatih betul2 di bawah arahan ustaz siku lutut sendiri.

H. Dulu takde lagi pemimpin pas kena belasah dan kereta dibakar. Kini semua tu dah biasa. Mungkin teknik CAKAR dah dimasukan ke dalam modul terkini pas.

Byk lagi kemajuan dan kehebatan pas yg terkini. Tuan2 pun nampak sendiri perubahan pas tersebut...hehe

Tanpa Nama berkata...

Ada lagi tuan-tuan


Dulu-dulu PLAT kete hanya boss umno jerr yg ada ,tapi sekang Tn mursyid pun dah pakai.

Dulu-dulu umno yg sapu balak, tapi sekang orng kuat PAS pun nak join sekali,lagi advance membiarkan mangsa banjir tak terbela.

Dulu-dulu MP2 Bn suka ponteng Parlimen,tapi sekang President PAS selalu ponteng Parlimen.

Dulu-dulu utusan anti PAS, Sekang ni pemimpin2 PAScai jadi rebutan utusan.

HEBATKAN PAS!

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.35.Memang benar Pas semakin maju,dan terlalu laju .tak terkejar teknoLOJI yang Pas lakukan,Lagi pun apabila Presiden kelauarkan satu kenyataan akan menjadi seolah2 satu ketetapan yang tak bolih dipindah dan di ubah lagi.Pas semakin hebat.

Tanpa Nama berkata...


Sebaik-baiknya setiap kali ceramah dan perasmian GHB di buat di negeri-negeri, beberapa hari kemudian di ikuti ajk PAScai pun letak jawatan.

Silap-silap dalam ramai-ramai, tercelah se se orang yang mirip dan sama macam Presiden PAScai. Mana lah tahu kan?

Sultan bersama-sama rakyat masa banjir pun orang boleh tak perasan, ini kan pulak dalam gelap.

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Tumpang tanya......kalau dulu aku tercium tangan haji hadi sekarang aku nak samak boleh tak?

Tanpa Nama berkata...

Allahuakbar.
Menarik sekali ulasan ini. Teruskan menulis. Anda mempunyai pemikiran dgn jiwa Islam sebenar

Tanpa Nama berkata...

Betul. Saya harap penulis ini sedar tentang kebolehannya. Anda mampu memberi impak positif kepada Islam.

Tanpa Nama berkata...

KLU SATU NEGERI 3000 ORG PAS MADUK GHB, KLU 14 NEGERI SUDAH BERAPA? KLU 1 ORANG BAWAK 1 AHLI KELUARGA, SUDAH BERAPA?

PAS NAK GOYANG KAKI LAGI KAH?

Tanpa Nama berkata...

Saya sekarang sedang berkerja lagi dengan kerajaan. Inshallah tak lama lagi akan pencen, dan saya baru berani menyokong ghb secara terang. Buat masa ini saya akan sokong ghb dengan memberi derma untuk perjuangan ghb. Olih itu dapat kiranya pihak pengurusan ghb warkan akaun bank supaya saya bolih mula menyalurkan derma. Bersama saya, saya akan pastikan 4undi termasuk undi saya akan pergi kpd ghb dan gabungannya nanti dipilihanraya ke14.

Tanpa Nama berkata...

5:14 pm kamu ni islam ke kafir

Tanpa Nama berkata...

Sekarang ini jangan sebut nak beri 'derma'.
Sensitif. Katakan yang saya ingin beri sumbangan berbentuk wang tunai. Lagi bahaya kalau 'derma' tersebut melebihi RM2.6 billion.