25 Ogo 2015

[WAJIB TONTON] Fiqh Malaysia Dokongan GHB Penuhi Realiti Politik Malaysia

Fiqh Malaysia sangat diperlukan oleh A Shukur Harun

Makna umum progresif di sini ialah ingin maju, memandang jauh ke depan, bukan saja cintakan ilmu, tetapi juga bersikap terbuka yang bersedia untuk mendengar dan berbincang akan sesuatu perkara, termasuk agama.

Tetapi tidak bermakna berkompromi dengan asas agama.

Kerana itu saya melihat Resolusi Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI15) yang bersidang di Shah Alam, Selangor pertengahan Ogos lalu adalah cerminan dinamika pemikiran para agamawan progresif yang dipancarkan sepanjang persidangan sehari suntuk itu.

Seramai 500 perwakilan dan peserta dari dalam dan luar negara berkongsi keilmuan mereka memperakui keperluan mematangkan dan membumikan risalah Rahmatan Lil Alamin memerlukan usaha berterusan bersama dengan semua pihak dalam satu pendekatan inklusif.

Nadwah ini adalah usaha awal yang penting dari Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk memulakan wahana mengenai pembentukan fiqh Malaysia yang mengambil kira situasi masyarakat majmuk di negara ini tanpa merobah hukum asas yang dipancarkan dalam nas al-Quran dan sirah Nabi.

Di sini saya perturunkan dulu ketetapan resolusi NUNJI15 itu:

Meyakini betapa besarnya amanah Islam dalam memenuhi kehendak perubahan politik semasa, dan kegagalan kerangka politik penindasan, dan kegagalan pentadbiran kerajaan yang telus dan bertanggungjawab, maka NUNJI’15 mengusulkan beberapa ketetapan resolusi untuk diambil ketetapan selanjutnya;

1. Meningkatkan tahap keberkesanan politik Islam melalui proses demokrasi dan pendemokrasian dalam kerangka kedaulatan undang-undang negara dan Perlembagaan negara.

2. Memantapkan dan memperkukuhkan usaha secara berterusan dan gigih untuk menggali dan memunggah semula khazanah siasah syariah sebagai panduan berpolitik dan bernegara, dengan mengambil kira suasana / kondisi dan keperluan setempat bagi menelurkan fiqh siasah acuan Malaysia.

3. Memperkukuh dan memperjuangkan konsep Muwathonah berpandukan kepada memenuhi hak, dan membela sebarang pencabulan hak, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan negara berpandukan kepada ketetapan siasah syariah.

4. Memperjuangkan syariat Islam perlu dipersembahkan dalam mafhum menyeluruh mengikut kebijaksanaan pendekatan dan tidak terhad kepada menyamakan syariat dengan hanya hudud semata-mata.

5. Menetapkan dan memperjuangkan yang satu dasar Islam yang memantulkan penghayatan makna Rahmatan Lil Alamin diterjemahkan melalui wujudnya sebuah negara madani melalui dasar keterangkuman dan kepimpinan yang beramanah kepada rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

6. Meyakini dan menghayati kepelbagaian jemaah tidak boleh dijadikan alasan untuk menimbulkan budaya permusuhan dan budaya takfiri tetapi hendaklah diurus melalui adab perbezaan yang ditetapkan.

7. Meyakini dasar Islam Rahmatan Lil Alamin hendaklah diterjemahkan dalam amalan politik permuafakatan dengan semua pihak yang berkongsi cita-cita yang sama dan beriltizam dengan persetujuan yang dibuat bersama.

8. Bersetuju sebulat suara untuk mengasaskan sebuah parti politik baharu berpandukan kepada maqasid dan siasah syariah sebagai salah satu cara bagi mencapai ketetapan-ketetapan di atas.

Bagi mencapai matlamat resolusi yang dipersetujui, NUNJI’15 menyeru semua pihak untuk meneruskan usaha Islah pemikiran dan Islah organisasi dan kemudian menggembleng tenaga bersama untuk menjayakan ketetapan yang dibuat.

Dalam ucapannya yang sangat menarik, cendekiawan tersohor, Dr Siddiq Fadhil mengusulkan fiqh perlu peka kaum. Mungkin sesuatu adalah halal bagi satu kaum tetapi haram bagi kaum yang lain seperti wujudnya madrasah ahli ra’yi dan ahli hadis.

Beliau juga menekankan fiqh berubah mengikut masa dan keadaan serta tempat. Lain padang, lain belalang, katanya. Maka dalam konteks Malaysia, fiqh mesti disesuaikan dengan suasana dan keadaan negara ini.

Fiqh sejati, katanya, adalah sesuatu yang dinamik dan kontekstual. Ia tidak boleh membeku sehingga tidak mampu menjawab persoalan am dan persekitarannya.

Menurutnya, kegagalan memberikan jawapan yang tuntas, realistik dan meyakinkan akan menyebabkan orang lari untuk mencari jawapan yang lebih baik di tempat lain.

Di samping itu, kata Dr Siddiq Fadhil lagi, untuk menghindari kegagalan yang menimpa sebahagian gerakan Islam kontemporari akibat kegagalan memahami dan menangani tempat operasinya, gerakan Islam di Malaysia perlu mampu mengakar kuat pada fiqh al-nass cabang fiqh lainnya.

Di tengah realiti iklim politik dan sosio-budaya yang berbeza-beza, katanya, gerakan Islam di sesebuah negara tidak boleh menjadi sekadar replika daripada gerakan Islam lain.

Yang lebih tahu tentang waqii sesuatu tempat, tidak lain adalah penduduknya sendiri. Justeru katanya, warga Mekah sendirilah yang lebih mengetahui segala lurah dan lembahnya.

Di sinilah seorang peserta bertanya kepadanya, mengapa sesetengah gerakan Islam menggelunsur laju menjadi golongan ekstremis yang menakutkan. Lalu Dr Siddiq menjawab hal ini terjadi akibat pendukung gerakan Islam itu bertambah semangatnya tetapi tidak bertambah ilmu. Maka tidak seimbang, katanya.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim mengusulkan perlunya memudahkan fiqh taisir al-fiqh untuk menghadapi konteks masyarakat multikultural, bukan memberatkan mahupun meringankan.

Dr Maszlee Malik pula menekankan mengenai beberapa hadis yang menunjukkan Nabi SAW mengiktiraf sebarang “khair” (kebaikan) walau daripada pihak manapun datangnya. Justeru, kebaikan itu bersifat universal.

Tokoh ini memberikan pelbagai contoh bagaimana Nabi SAW sentiasa menggalakkan usaha kebaikan. Antaranya, peristiwa Hilful Fadhul di mana baginda sangat setuju usaha pemimpin Quraish di Makkah membentuk sebuah jawatankuasa keselamatan untuk mengatasi kejadian rompakan yang berleluasa di Mekah waktu itu.

Ketika itu, Nabi SAW berumur 37 tahun, belum menjadi rasul. Lalu beberapa lama kemudian ketika di Madinah, baginda menceritakan peristiwa ini dengan berkata, “Kalau aku dipanggil waktu itu untuk menyertai kerja baik kaum Quraish itu, aku akan bersetuju.”

Ini gambaran politik bijaksana dan pandangan jauh Nabi SAW, demikian juga beberapa contoh lain.















ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.





IKLAN BERBAYAR




3 ulasan:

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Ilmu tanpa amal ibarat pokok rendang yang tidak berbuah. Ilmu bukan sekadar teori sahaja tetapi melibatkan praktis. Sehebat mana pun ketinggian sesuatu ilmu tidak akan bermanfaat jika tidak diamalkan. Ilmu bukan untuk diarkibkan dan juga bukan untuk digedungkan di perpustakaan. Begitu juga dengan ilmu politik Islam. Ilmu politik Islam adalah sains yang memerlukan kajian yang mendalam. Politik Islam seperti yang digambarkan di dalam ayat-ayat al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab muktabar adalah berbentuk umum sahaja. Pengamal-pengamal politik Islam berkewajiban mengamalkan perjuangan berdasarkan kerangka prinsip-prinsip agama, tetapi mestilah menggunakan pendekatan-pendekatan "mesra" yang memungkinkan masyarakat setempat dapat memahami dan seterusnya menerimanya.

Berbeza dengan Pas, GHB menggunakan pendekatan menerangkan tetapi tidak menyerang dan menghukum. GHB hanya akan melaksaanakan hukum-hukum Islam setelah mencapai kemenangan. Pas pula terlalu gopoh ingin melaksanakan hukum Hudud dalam situasi belum ada kuasa di parlimen. Perlembagaan negara hanya boleh dipinda jika mendapat sokongan dua pertiga ahli parlimen. Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dan Pas hanya ada 21 orang ahli parlimen.
Ini bermakna Pas kekurangan 127 orang ahli parlimen untuk mendapat mandat meminda perlembagaan negara. Pas termakan dengan janji "manis" Umno untuk menyokong RUU Hukum Hudud di Kelantan. Sehingga kini Hadi Awang masih gagal membentangkan "bill persendirian" RUU Hukum Hudud di parlimen. Pas terlalu ghairah untuk melaksaanakan Hukum Hudud yang natijah nyata Pas berpecah.

Islam tidak mendapat manfaat dari perpecahan Pas. Pas menjadi lemah dan GHB pun tidak diketahui lagi akan kekuatannya. Presiden Pas, mencaci dan menghalau ahli-ahli yang tidak sehaluan dengan beliau. Pas menggunakan pendekatan cerca, halau dan pujuk. Presiden Pas juga mencabar golongan progesif Pas agar menubuhkan parti sendiri. Pujukan Pas tidak memungkinkan golongan progesif kembali ke pangkuan Pas. Apabila golongan ini berjaya memberikan kenyakinan tentang prinsip perjuangan dan pendekatan, maka ramailah pimpinan Pas di semua peringkat, bekas pemimpin dan orang awam menyertai parti baharu ini. Harap-harap pertembungan Pas dan GHB tidak menguntungkan BN. Jika salah percaturan Umno yang terlalu lemah kini, mampu meraih kemenangan pada PRU 14 jika berlaku bertembungan tiga penjuru antara Pas, GHB dan BN.

Tanpa Nama berkata...

Ketetapan resolusi betul-betul menekankan kepada penghayatan Rahmatan Lil Alamin.

Insya-allah dengan keazaman yang kuat dalam menghayati ketetapan resolusi ini akan berjalan lah sekali pembangunan dan kemajuan masyarakat, keharmonian agama sehingga melahirkan rakyat Malaysia yang baru.

Disini tidak diutamakan penyatuan melayu, hak-hak melayu yang terhakis sebagai satu propaganda melemahkan melayu. Jika ini dapat di hentikan, kaum lain juga rasa aman dan secara tidak langsung hak mereka untuk hidup dalam aman telah tertunai.

tanya sama itu hud hud berkata...

Nik beduh nak lawan nunji,
Dia nak buat kongres siku dan lutut.
Kongres apanya.kongres bedegar dalam fb sorg2 bleh la