2 Feb 2014

"Rekonsiliasi Nasional" Hanya Untuk Selamatkan Najib Dari "Isu Kangkung"


Perbincangan rekonsiliasi selamatkan Najib daripada disingkir?

Tawaran pendamaian Pakatan Rakyat (PR) dengan saingannya Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah perkauman dan ekonomi juga dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada musuh dalamannya yang mahu menyingkirkannya.

Pemimpin kanan PR membuat spekulasi tawaran berunding bagi mencari persamaan berhubung isu peningkatan kadar inflasi, jenayah dan rusuhan kaum membantu Najib menangani puak ultra Melayu yang wujud di dalam Umno.

Pada masa sama, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyifatkan percaturan di Kajang meskipun tidak popular dapat mengukuhkan kebolehan Najib memulakan rundingan pendamaian dengan PR.

Rafizi adalah “arkitek” dalam pencaturan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kajang bagi membolehkan ketua pembangkang itu dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang dikatakan kemudiannya akan mengambil alih jawatan menteri besar.

Rafizi mengandaikan persetujuan Najib untuk rundingan pendamaian adalah sebagai penyelamat bagi puak yang cuba menjatuhkan kedudukan perdana menteri itu.

"Anwar konsisten sejak awal lagi (berhubung rekonsiliasi). Bukannya kerajaan perpaduan. Biarkan pendekatan politik yang menentukan.

"Tetapi di sana ada kebuntuan. Najib melengahkannya dan menunggu keadaan yang sesuai. Saya berani mengatakan percaturan di Kajang memberi peluang kepada Najib untuk melihat perubahan.

"Jika kami menolak tawaran rekonsiliasi maka kami akan dilihat kehilangan sentuhan kerana PR melihat isu ini secara serius,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib tempoh hari mengumumkan BN terbuka kepada dialog dua hala dengan PR, tiga hari selepas Anwar mengulangi tawaran rekonsiliasi.

Tawaran Anwar meminta kedua-dua belah pihak mencapai konsensus nasional berhubung ketegangan hubungan antara kaum yang disifatkannya pra 13 Mei.

Sehari selepas ucapan Anwar itu, Adun PKR Lee Chin Cheh meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar.

Rafizi berkata, kedudukan Najib perlu diperkukuhkan bagi membolehkan perdana menteri itu mengukuhkan rasa tidak adil dan ekstremis dalam Umno.

Katanya, sejak pilihan raya umum lalu, doktrin Umno yang mengutamakan sokongan Melayu Islam telah mengenepikan suara pengukuhan etnik dan kerajaan pelbagai kaum.

Ini berlaku sejak banyak kerusi yang dimenangi Umno di kawasan majoriti Melayu di kawasan pedalaman negara.

"Doktrin kerajaan berdasarkan satu kaum telah dipromosikan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


"Saya tidak bercakap demi kepentingan Najib tetapi membina kepercayaan Umno terhadap pengukuhan kerajaan Malaysia.

"Beliau telah diserang secara dalaman kerana mengutamakan kaum minoriti," katanya. -TMI


Rekonsiliasi Nasional hanya mainan bibir sahaja


Rekonsiliasi Nasional sudah mula menjadi isu yang hangat diperbincangkan sekarang ini. Istilah ini mula kedengaran hanya beberapa minit selepas BN mengumumkan pembentukan kerajaan selepas memenangi kerusi yang ke 112 malam selepas pilihanraya yang lalu oleh PM Najib. Najib dalam pengumuman ringkas pembentukan kerajaan itu sempat berkata yang kekurangan kerusi yang dimenangi oleh BN itu adalah oleh kerana tsunami Cina, dan kita memerlukan rekonsiliasi nasional secepat yang mungkin.

Tetapi baru tiga empat hari ini sahaja Najib bercakap tentang isu itu setelah hampir setahun pilihanraya itu berlalu. Sebelum Najib bercakap untuk melakukan sesuatu untuk menuju kearah rekonsiliasi nasional itu beberapa hari yang lepas, ada pihak-pihak yang telah memberikan cadangan itu termasuk lah parti-parti pembangkang, PKR dan DAP.


Kata DAP dan PKR rekonsiliasi nasional itu amat perlu memandangkan isu perkauman dan agama yang semakin hari semakin merasuk politik negara dan akan membawa negara ke arah anarki dan berbagai-bagai bahaya yang mungkin timbul jika isu-isu ini tidak dapat diselesaikan. Mungkin DAP dan PKR mengambil kesempatan diatas kelemahan Najib dan barisan kepimpinan beliau sekarang ini yang mungkin lebih mudah untuk memaksa Najib ke meja rundingan dan mengambil kesempatan diatas kelemahan yang dihadapi Najib kini.

Di sebelah pihak Najib pula mungkin juga inilah waktu yang sesuai untuk bercakap tentang isu ini bagi mendapatkan aura yang baru bagi dirinya yang begitu lemah dan menggunakan isu perpaduan nasional itu menjadi isu untuk memulihkan sokongan ramai.

Sokongan terhadap beliau yang kini hanya tinggal sedikit sahaja, itu pun dikalangan pemimpin yang mendapat keuntungan peribadi mereka sahaja yang masih bersama beliau dalam kepimpinannya sekarang ini.

Keinginan kedua-dua belah pihak untuk bersemuka untuk tujuan rekonsiliasi ini tentulah didorongkan oleh sesuatu, dan saya tetap beranggapan ia adalah oleh kerana keinginan pemimpin kedua-dua belah pihak yang sudah mahu mendapatkan apa yang masing-masing mahukan. Dipihak BN ia tentulah didorong oleh kemahuan untuk menyambung kuasa dan dipihak pembangkang pula ialah untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama di idamkan mereka dan mereka sudah begitu lama menjadi 'kembiri politik' yang tidak berkesudahan.

Selama ini apa yang menyebabkan rakyat begitu ‘detached’ dari parti atau kerajaan yang memerintah ialah kerana rakyat tidak dibawa bersama dalam perlaksanaan atau penggubalan sesuatu dasar kerajaan itu. Setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan itu hanya dirundingkan sesama sendiri dan mengumumkan sesuatu tindakan dan dasar itu yang tidak diambil kira perhatian dan pandangan rakyat yang biasa.

Dalam menentukan sokongan dari rakyat ramai semua perkara yang hendak kita lakukan wajar mendapat ‘feedback’ dari rakyat dahulu. Apabila terlaksana dasar yang telah ditetapkan itu, tidak akan ada lagi atau sekurang-kurangnya penolakan rakyat akan berkurangan.

Sebelum pentadbiran Mahathir dahulu setiap perkara yang hendak dilakukan terutamanya yang melibatkan rakyat ramai, Jabatan Penerangan Daerah memainkan peranan yang penting melalui kursus sivik setiap hari mengikut giliran kampung dan JKKK di setiap daerah itu. Semasa kurus sivik itulah Jabatan Penerangan akan mendapat ‘feedback’ rakyat dan setiap isu yang ditimbulkan oleh rakyat melalui Jabatan Penerangan itu akan membolehkan kerajaan memahami apa pendapat dan perasaan rakyat terhadap perkara yang hendak dilaksanakan kerajaan itu.

Itu sebabnya banyak yang dilaksanakan oleh kerajaan itu tidak mendapat bantahan yang banyak dari rakyat biasa kerana ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung merupakan pentadbiran kerajaan yang terendah dimana rakyat ramai ditadbir. Rakyat merasakan yang mereka tidak dipinggirkan dalam melaksanakan sesuatu dasar itu dan merasakan yang mereka ada sebahagian dari penentu perlaksanaan sesuatu dasar itu.

Tetapi sejak tiga puluh tahun dahulu Jabatan Penerangan Daerah ini tidak lagi berfungsi seperti itu, malahan mereka adalah pegawai yang paling ‘under employed’ dan tidak diberikan fungsi dan peranan yang sepatutnya dalam perlaksanaan sesuatu dasar kerajaan itu. Dengan itu rakyat merasakan terpinggir dan tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberikan sokongan kepada kerajaan kerana mereka samada tidak faham dengan apa yang kerajaan lakukan atau merasa terpinggir dari arus pembangunan negara.

Dalam isu rekonsiliasi ini adalah amat penting bagi kerajaan membawa rakyat bersama dalam melaksanakannya kerana 'feedback' rakyat itu amat penting untuk difahami. Saya masih teringat dipenghujung tahun tujuh puluhan dahulu, Jabatan Penerangan telah memberikan penerangan tentang apa yang dikatakan dan difahami tentang slogan 'Muhibbah’ yang kita ramai masih percaya yang slogan iitu sahajalah yang boleh menjadi slogan yang relevan bagi matlamat rekonsiliasi yang heboh diperkatakan ini.

Sebenarnya semuanya telah disediakan oleh pimpinan terdahulu dengan dasar-dasar yang boleh diguna pakai untuk jangka masa yang panjang yang mampu melepasi sempadan masa setidak-tidaknya lebih dari lima dekad. Tetapi oleh kerana permainan politik masing-masing mahukan masing-masing mempunyai identiti pentadbiran yang berbeza dengan tujuan untuk menunjukkan kelainan dari pentadbiran sebelumnya.

Maka terlupalah kepada satu slogan yang boleh dipakai sepanjang masa bagi negara yang mempunyai berbagai-bagai kaum dan cara hidup ini, iaitu slogan Muhibbah yang didasarkan oleh kerajaan pimpinan Tun Razak dahulu. Sekarang ini nyata kita berperang untuk melangsungkan hidup bermuhibbah dalam negara kerana kepincangan kehidupan dalam masyarakat berbilang kaum sekarang ini amat menakutkan ramai.

Itu sebabnya yang lama sahaja yang benar dan lebih hampir kepada matlamat asas kepimpinan negara iaitu perpaduan diantara kaum seperti yang termaktub didalam dasar ekonomi baru dahulu.

Kepada saya yang tidak mahu melibatkan mana-mana pihak, saya tetap merasakan yang usaha-usaha yang disebut sebagai rekonsiliasi nasional yang disebut-sebut dan diperhangatkan oleh kedua-dua belah pihak sekarang ini tidak akan kemana. Bagi saya ia hanyalah permainan politik berpartisan yang hanya bermatlamat kepentingan parti dan kepimpinan masing masing sahaja.

Masing-masing hendak mempergunakan isu ini untuk kepentingan sesuatu kumpulan pemimpin sahaja. Pendeknya ia tidak akan kemana-mana. Ramai yang mungkin membidas saya tetapi saya tidaklah hendak mengambil 'pot' dengan bidasan mereka nanti kerana saya yakin kebenaran akan timbul juga akhirnya.


Bidaslah, katalah apa yang hendak dikatakan. ‘National Reconciliation’ yang disebutkan oleh pemimpin-pemimpin BN dan pembangkang sekarang ini hanyalah retorik yang begitu kosong dan hampa semata-mata. Bak saya kata selalu, kita boleh 'menyelam air di dalam tunggak' dengan mudah.

Ia setakat untuk mendapatkan tajuk nyanyian yang baru yang akan dinyanyikan semasa pilihanraya kecil Kajang itu sahaja. Ia hanya akan menjadi nyanyian seniman dan seniwati atau biduan dan biduanita dari DAP, PKR dan UMNO sahaja semasa diatas pentas pilihanraya kecil itu nanti….tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Dalam PRK itu nanti tidak tahulah siapa yang makan siapa.

Yang pasti rakyat akan diperhambakan kerana masalah parti masing-masing yang disaluti dengan nafsu yang besar untuk berkuasa sahaja.
- aspanaliasnet




ULASAN GB

Beberapa hari sebelum Najib mengumumkan "Rekonsiliasi Nasional", kabinetnya telah membincangkan satu isu panas - iaitu isu mengenai "lawak kangkung" yang telah menjadi berita antarabangsa dimana beberapa menteri dilaporkan berhujah: Putrajaya perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang membuat lawak kangkung di internet.

Dilaporkan juga bahawa ada menteri mahukan tindakan terhadap mereka yang membuat lawak tersebut, akan tetapi tiada undang-undang yang boleh menghalang perbuatan tersebut.

Menteri-menteri berkenaan diberitahu Rang Jaminan Malaysia untuk Multimedia Super Corridor (MSC) menghalang penapisan.

"Lebih baik suruh sahaja kerajaan tutup Facebook, Twitter dan media sosial lain kalau nak hentikan lawak dan jenaka daripada tersebar," kata satu sumber kepada TMI.

Kemudian, selang beberapa hari selepas itu barulah keluar gagasan ROKONSILIASI NASIONAL dimana Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian.

Dalam perkataan Najib sendiri: "Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian."

Umum mentafsirkan perkataan Najib itu sebagai menepis "lawak kangkung" yang ditujukan kepadanya sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliau meminta orang ramai berterima kasih kepada kerajaan apabila harga sayur turun dan tidak hanya menyalahkan kerajaan apabila berlaku kenaikan harga barang.

Tiads kejujuran di pihak BN, walau ditelek dari sudut mana pun mengenai rekonsiliasi nasional, kononnya untuk menyatupadukan rakyat negara ini kerana, rentetan peristiwa yang berlaku menunjukkan UMNO bersama-sama NGO yang pro kepadanya seperti PEKIDA, PERKASA, ISMA, JATI, GPMS dan seumpamanya masih terus-terusan memukul gendang "nasionalisme sempit" dan meniupkan api perkauman. Malah sebelum ini telah dilaporkan PERKASA menerima peruntukan dana dari beberapa badan seperti MKN untuk menjalankan aktiviti-aktivitnya dan ini diakui oleh pemimpin PERKASA sendiri bahawa aktiviti mereka adalah untuk kepentingan UMNO juga.

Jari telunjuk lurus, kelingking berkait!

Kesimpulannya Rekonsiliasi Nasional" hanya satu escapisme untuk menyelamatkan kredibiliti dan air muka Najib yang telah hancur berderai kerana "isu kangkung ciptaannya sendiri.

1 Feb 2014

PR Ada Kelebihan Main Banyak Isu, BN Cuma Serang Peribadi Anwar

Pakatan Rakyat (PR) dijangka mempunyai kelebihan berbanding Barisan Nasional (BN) daripada segi penggunaan isu yang mampu menambat hati pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang bakal dilangsungkan dalam masa terdekat.

Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik (gambar), berkata antara isu dijangka mampu mempengaruhi pengundi akan dibawa PR dalam PRK terbabit seperti kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Di pihak PR memang kelebihan ada dengan isu berkisar kos sara hidup seperti kenaikan harga barang, kegagalan BN menunaikan janji sebelum pilihan raya umum tidak menaikan harga barangan keperluan utama atau tarif perkhidmatan tertentu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Dr Maszlee yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata beliau menjangkakan pengundi Cina di Kajang ketika ini masih kekal dalam mood memilih calon PR sebagai wakil mereka di Dewan Negeri Selangor.

Sementara itu, BN pula pada peringkat awal akan memainkan isu perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Katanya, isu peletakan jawatan itu secara perlahan akan hilang ekoran penerangan yang dibuat barisan kepimpinan PR.

“Ramai terkejut dengan perletakkan jawatan, tidak kira penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau pengundi biasa di peringkat akar umbi tetapi kita lihat dua tiga hari ini penjelasan oleh Rafizi, Dr Manuaty, Khalid Samad dan kepimpinan PR lain akan meredakan suasana. Jadi isu letak jawatan ini akan hilang.

“Manakala, isu prestasi ADUN lama bukan isu besar sebab bila Anwar bertanding, banyak isu nasional yang timbul,” katanya.

Dr Maszlee berkata, BN tidak mempunyai banyak pilihan melainkan menggunakan strategi politik tipikal mereka dengan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PR dalam PRK Kajang itu.

“Tun Mahathir sendiri sudah mula tidak menekankan isu persoalan perletakan jawatan ADUN PKR tetapi main isu peribadi Anwar. Menyerang peribadi Anwar juga bukan isu yang besar sebenarnya tetapi hanya itu sahaja pilihan yang BN ada ketika ini,” katanya. -selangorku

PRK Kajang: Mahathir Syor MCA Bertanding Kerana Tahu BN Tetap Kalah

PRK Kajang: Rakyat patut abaikan pandangan Dr M

Malaysia sebuah negara bebas. Pembetulan. Malaysia sememangnya sebuah negara yang agak bebas. Oleh itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga bebas menyuarakan pandangannya tentang sesuatu perkara, sama ada tentang cuaca di Kutub Utara ataupun kualiti kepimpinan dalam negara.

Tetapi, Malaysia juga bebas tidak bersetuju atau menolak apa sahaja yang terkeluar daripada mulut beliau. Malah boleh juga menunjukkan rasa tidak senang dengan sikap politik dolak-dalih beliau, hari demi hari tanpa rasa bersalah melupakan permasalahan dalam negara segala-galanya berpunca daripada zaman pemerintahannya.

Walaupun dilihat mengeluh tentang sikap pentingkan diri di kalangan ahli politik Umno dan budaya politik merampas kuasa hari ini, Dr Mahathir berharap kita lupa tentang kekayaan luar biasa menterinya dan rakan sekelilingnya.

Apabila beliau bercakap tidak munasabah penganut Kristian mahu menggunakan kalimah Allah, Dr Mahathir harap kita melupakan kerajaan sekitar lewat 1980-an yang membenarkan peruntukan menggunakan kalimah Allah oleh penganut Kristian dilaksanakan secara pengkuatkuasaan.

Apabila mengeluh tentang bahang perkauman dan agama, Dr Mahathir harap kita lupa dirinya adalah penaung Perkasa, kumpulan pendesak ultra-Melayu yang mempunyai satu matlamat, iaitu memecah-belah negara ini.

Sekarang, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu memberi pandangan remehnya tentang betapa pentingnya pilihan raya kecil di Kajang. Beliau boleh mempersenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kata apa sahaja tentangnya. Tetapi apabila bercakap tidak masuk akal, beliau perlu dihentikan.

Hari ini beliau menggesa pengundi Kajang beri MCA peluang. Kenapa? Kerana menurutnya, parti komponen Barisan Nasional tersebut cuba bangkit selepas prestasi memalukan. Benarkah?

Setiap orang boleh menghidu deria elastik benar dan salah beliau, pertukaran kuasa antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk Seri Liow Tiong Lai kononnya bukti parti tersebut kini berada di landasan terbaik.

Boleh anda bayangkan betapa angkuh dan egonya kedua-dua pemimpin MCA ini cuba mendapat habuan untuk diri mereka walaupun parti mereka gagal memberi khidmat kepada masyarakat?


Liow tidak bermaya manakala Dr Chua ... kurang bercakap mengenai Chua, mungkin lebih baik.

Tetapi Dr Mahathir pula berharap rakyat Malaysia memberi peluang kepada pemimpin yang angkuh ini?

Tetapi ia tidak memeranjatkan rakyat Malaysia mengenai Dr Mahathir. Beliau akan sentiasa bercakap mengenai pandangannya dan menawarkan nasihat yang tidak diminta.

Oleh itu, secara umumnya rakyat Malaysia perlu melakukan perkara bertentangan dengan apa yang beliau mahu.

Lagipun, beliau mempunyai pandangan yang elastik tentang apa yang betul dan salah. -TMI


Dr M: Beri MCA peluang bertanding di Kajang


Memandangkan MCA sedang membuat kemunculan semula, parti itu patut diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang jika ia mempunyai peluang cerah untuk menang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas pandangan beberapa pihak bahawa Umno pula patut diberi peluang bertanding di kawasan itu setelah MCA kecundang pada pilihan raya umum lepas, bekas perdana menteri ini berkata terserahlah kepada BN untuk membuat keputusan mengenainya.

Namun, katanya beberapa perkara perlu diberi pertimbangan termasuk komposisi etnik di Kajang.

"Sekiranya orang Cina lebih banyak, maka lebih baiklah kita letak calon Cina juga," kata beliau ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, hari ini.

Kajang mempunyai 39,030 pengundi dengan 48.3 peratus daripadanya Melayu, Cina (40.5 peratus), India (10 peratus) dan kaum lain (1.2 peratus).

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.

Dalam PRU lepas, calon PKR Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan calon MCA Lee Ban Seng serta calon Berjasa dan tiga calon Bebas.

Bagaimanapun, Lee mengosongkan kerusi itu pada Isnin lepas.

Keesokannya, PKR menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya bagi kerusi itu sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

Ditanya sama ada BN perlu bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Dr Mahathir berkata BN tidak pernah berpaling daripada mana-mana pilihan raya dan langkah serupa perlu dikekalkan pada pilihan raya kali ini.

"Kita perlu bertanding, BN bertanding dalam semua pilihan raya sebelum ini," katanya.
- Bernama



BN kalah jika letak calon MCA


SHAH ALAM- Formula meletakkan golongan agamawan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang tidak boleh diguna pakai BN berikutan komposisi pengundinya yang hampir sama antara Melayu dan Cina.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, calon agamawan juga belum mampu mempengaruhi pengundi untuk memberikan kemenangan kepada BN.

“Formula di Permatang Pauh dengan meletakkan calon agamawan semasa pilihan raya lalu mungkin sesuai kerana ia kawasan kampung dengan majoritinya Melayu dan berhasil kerana berjaya kurangkan undi kepada PKR.

“Tapi di Kajang, pengundi Cina khususnya tidak akan mengambil kisah dengan calon agamawan atau tidak langsung memberi undi kepada BN kerana komposisinya 49 peratus Melayu dan 40 peratus Cina,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sehubungan itu katanya, beliau yakin BN tidak akan memperjudikan calonnya hanya untuk bertanding di PRK Kajang yang tidak akan memberi implikasi yang besar kepada parti itu.

“Kalau ikutkan sejarahnya pun, Pas menang pada tahun 1999, 2004 MCA, manakala bagi 2008 dan 2013, PKR kekal dengan majoriti yang lebih besar.

“Sekalipun kalah, tiada apa kesan kepada Dun Selangor begitu juga kalau menang. Tapi kesannya jadi besar jika PKR berjaya dikalahkan BN dalam PRK ini,” kata beliau.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata beliau yakin BN akan kalah jika meletakkan calon MCA.

“Cina di Kajang sudah pun menolak MCA, lebih baik jika kerusi itu diberikan kepada BN melalui rundingan bagi PRK ini.


“Sekalipun mahu calonkan juga dari MCA, individu itu mesti berintegriti, terkenal dengan budaya korporat yang berjaya selain akademiknya diperakui,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya jika BN ada calon boleh menang yang mampu menggugat kedudukan Anwar, beliau yakin BN akan beroleh kejayaan.

“BN jika mahu menang PRK ini ia bukan berkisar kepada calon sahaja, tetapi perlu bijak mengambil kesempatan di tengah-tengah kemelut khususnya PKR.

“Ini kerana PKR sudah ketandusan calon yang berwibawa kerana terpaksa diambil alih oleh Anwar sendiri untuk bertanding di PRK Kajang,” katanya.
- SH


ULASAN GB

Sifirnya mudah. Baik UMNO atau MCA atau sesiapa juga mewakili BN tidak lagi penting. Semua petunjuk menunjukkan bahawa BN akan tewas di PRK Kajang.

Mahathir gelah menghidunya dan tahu keadaan itu bakal berlaku. Oleh itu beliau mencadangkan supaya yang bertanding di Kajang itu biarlah MCA, bukan UMNO. Alasannya agar MCA membuktikan parti itu dapat melakukan "come-back".

Bagi MCA sendiri, mereka menghadapi masalah besar. Siapa calon yang bakal diketengahkan yang wibawanya menyamai kehebatan Anwar Ibrahim yang sudah pun memngumumkan akan bertanding di DUN Kajang?

Tetapi, bagi MCA menang atau kalah tak jadi soal. Yang penting dapat masuk bertanding mewakili BN kerana MCA mengharapkan habuan besar yang bakal turun bersama-sama dengan satu-satu pilihanraya kecil. MCA terkenal sebagai parti orang-orang Cina kaya, parti jutawan Cina, parti taikun. Ini peluang untuk masyuk. "Money, money,money"! Kalau BN tak bertanding maka tertutuplah peluang mereka untuk menyebat mana yang dapat. Kita bakal saksikan lori bergerak MCA ala K-Pop di Kajang nanti(?)

"Coming back"? Lupakanlah! PRU13 membuktikan masyarakat bandar telah menolak BN. Belum ada sesuatu yang konstruktif yang BN lakukan untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat bandar. Begitulah Kajang. Apatah lagi di dalam keadaan hari ini dimana PR mempunyai lebih banyak isu untuk diketengahkan di dalam PRK itu nanti.

Salah satu pukulan maut yang tak akan terjawab oleh BN ialah kangkung. Kangkung tetap bergemadi sepanjang tempoh PRK Kajang!

Mahathir Terkedu Apabila Rancangannya Untuk Jatuhkan Najib Terbongkar


Pembabitan Mahathir jatuhkan Najib bukan perkara pelik

SHAH ALAM, 31 JAN: Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini.

Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.

Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah.

“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya di dalam blog.

Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.

Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini.

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa.


“Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya.

“Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?” katanya. -selangorku


PM jumpa penyokong malam ini, bendung pemberontakan parti


The Malaysian Insider difahamkan bahawa presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.

Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada 2009.

Susulan daripada taklimat tertutup itu, pengikut setia Najib dijangka turun ke akar umbi dan menyebarkan pesanan PM untuk terus berjuang dan jangan menghiraukan sebarang kritikan.

Taklimat itu adalah tanda yang menunjukkan Najib dan barisan penasihat akhirnya menerima hakikat bahawa serangan bertubi-tubi dan berterusan terhadapnya adalah perkara yang serius serta memberi kesan terhadap pegangan kuasanya.

Najib dilantik sebagai presiden Umno bagi penggal kedua selepas menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti dan hampir semua orangnya berada dalam Majlis Tertinggi Umno, tetapi itu tidak menghentikan kritikan yang menggunung mengenai kepimpinannya.

Tetapi, tidak ada bahaya yang mendesak menunjukkan Najib akan kehilangan kuasanya dalam parti atau Parlimen, walaupun wujudnya spekulasi menyatakan pengkritiknya mahu beliau meletakkan jawatan sebelum akhir tahun ini.

Mandat Najib sebagai presiden parti adalah sehingga 2016 manakala kerajaan pemerintah Barisan Nasional ada sehingga 2018 sebelum penggal tamat.

Langkah berdiam diri yang diambilnya terhadap serangan dalam parti dan di alam siber dilihat sebagai tanda kelemahan, hampir serupa dengan sikap “senyap bergaya” Abdullah ketika bekas perdana menteri itu dikutuk dan dilabelkan sebagai “Slumberjack”.

Orang kuat Najib yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengarahkan pengkritik menggunakan saluran dalam parti untuk menyuarakan kegusaran dan tidak puas hati masing-masing.

Secara jelas pesanan itu ditujukan kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang sebelum itu mengeluarkan kenyataan potongan subsidi Najib akan memberi kesan kepada sokongan terhadap BN pada pilihan raya akan datang.

Bapa Mukhriz, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik BN di bawah pentadbiran Najib dengan berkata gabungan itu lemah dan kerajaan sepatutnya memotong perbelanjaan, bukan subsidi.

Daim, bekas penasihat ekonomi kerajaan dan menteri kewangan, dalam satu mesyuarat tertutup di Umno Merbok, 10 hari lalu, turut berkata BN boleh kehilangan kerajaan jika pilihan raya diadakan pada waktu sekarang dengan polisi semasa BN terkini.


Perdana menteri juga menjadi bahan lawak di alam siber berhubung kenyataannya yang meminta rakyat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan apabila berlaku kejatuhan harga, bukan hanya tahu menyalahkan kerajaan ketika harga naik.

Sumber dalam Pejabat Perdana Menteri berkata pembantu khas Najib menuduh adiknya, ketua CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berniat “jahat, serangan tertutup” terhadap abangnya menerusi artikel yang disiarkan sempena mengingati pemergian ayah mereka, Tun Abdul Razak Hussein ke rahmatullah pada 1976.

Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider dan dua media lain, Nazir memuji allahyarham bapanya yang memegang sifat integriti dan langkah berjimat dan berkata, pemimpin negara patut kembali ke pangkal jalan untuk membangunkan negara.

Najib yang mula memegang tampuk kuasa pada April 2009 berjanji untuk berubah dan melaksanakan liberalisasi menerusi landasan 1Malaysia dan berkata, zaman “kerajaan tahu yang terbaik” sudah berlalu.

Tetapi, perubahan yang dilaungkannya menyebabkan BN kalah lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan ekonomi Malaysia merudum dengan ramalan global agak suram sehingga memaksa Najib memotong subsidi dan memperkenalkan cukai penggunaan untuk memastikan kadar kewangan yang positif.

Potongan subsidi dan gaji minimum mandatori serta peningkatan kos sara hidup datang serentak bersama serangan terhadap perdana menteri yang sering melakukan lawatan ke luar negara dan kegagalannya mengawal perbelanjaan awam.

Selepas teruk dikritik, Najib mengumumkan 11 langkah untuk berjimat tetapi pengkritik berkata, ia terlalu sedikit dan sudah terlambat hingga memerlukan Dr Mahathir kembali ke Putrajaya untuk memulihkan nasib Malaysia.
-TMI



Mahathir nafi di belakang usaha jatuhkan Najib


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau di belakang usaha menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seperti didakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Rafizi berkata, tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang bagi mengekang kemaraan BN di Selangor jika perdana menteri sekarang dijatuhkan oleh kuasa dalaman Umno. Dakwa Rafizi, gerakan menjatuhkan Najib sudah menjadi rahsia umum, yang digerakkan "kem Mahathir" dalam Umno. "Itu tafsiran dia (Rafizi). Sebenarnya usaha nak jatuhkan kerajaan sedia ada bermula daripada masa saya jadi PM pun. "Memanglah parti lawan tugas lain tak ada melainkan jatuhkan pemerintah, untuk jadi pemerintah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi program "Dalam Radar Khas" terbitan Bernama Radio24, di ibu negara petang ini. -mk


ULASAN GB

Mahathir kini berada dipenghujung usia. Menghabiskan sisa-sisa umurnya membantu survival politik anaknya agar terus dapat berlansung setelah berjaya menjadi MB Kedah.

Apabila rahsianya mahu menjatuhkan Najib terbongkar, dibongkar oleh Rafizi bahawa beliau kini sedang berusaha untuk jatuhkan Najib, beliau agak terkedu dan lantas cuba menafikannya, namun penafiannya tidak utuh dan kukuh.

Umum mengetahui, sejarahnya membuktikan Musa Hitam, Abd Ghafar Baba, Anwar Ibrahim dan Abdullah Ahmad Badawi - kesemuanya jatuh hasil dari permainan manusia licik yang bernama Mahathir ini.

Apbila Mukhriz tewas untuk merebut jawatan salah satu Naib presiden UMNO, pada ketika itu beliau menyindir program transformasi Najib dan menganggap program transformasi Najibtidak berjaya kerana UMNO masih mahu mengekalkan muka-muka lama.

Bagi Pakatan Rakyat, kedua-duanya samada Najib atau Mahathir - adalah perosak besar kepada negara. Mahathir yang terkenal dengan sistem pemerintahan "ISA" dan kukubesinya manakala Najib terkenal dengan pemborosan melampau dan ketirisannya, menyebabkan rakyat hidup dalam kesengsaraan. PRK Kajang adalah jawapannya untuk permulaan menghentikan legasi pemerintahan BN di negara ini.

31 Jan 2014

PRK Kajang: Apa Kata Prof Aziz Bari & Prof Muhammad Agus?


Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR 30 JAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.

“Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.

“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”


“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.

Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.

“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”

“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.

“Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!

“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,” ujarnya.

Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.

“Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.

“Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah,” ujarnya.

Perhatian di kawasan luar bandar

Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.

“Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.

“Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar,” kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar,” ujarnya lagi. -KD


PRK DUN KAJANG: WAJARKAH?


Ramai berkata PRK DUN Kajang tidak wajar kerana membazir wang rakyat. Ramai berkata ADUN yang meletakkan jawatan sebagai mengkhianati amanah rakyat. Ramai anak muda dan pemimpin parti pembangkang yang berkata akan memulaukan kempen PRK. Ramai yang berkata mana boleh Anwar menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak?

Dan Azmin Ali berkata, jangan menggelabah, itu adalah tindakan taktikal PKR untuk mengambil alih Putrajaya.

Maka, ada yang bertanya, apa pendapat saya?

Saya tiada masalah dengan pilihan raya kecil. Jika kerusi sudah kosong, maka adakan pilihan raya. Bagi rakyat peluang untuk berpesta demokrasi memilih wakil yang mereka anggap layak. Yang menjadi harapan saya ialah supaya pilihan raya kecil itu berjalan dengan licin, adil dan bebas.

Saya tiada masalah dengan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang. Jika beliau sudah tidak mahu berkhidmat atau merasakan ada pemimpin yang lebih baik daripada beliau, letaklah jawatan. Yang menjadi masalah kepada saya adalah sekiranya beliau melompat parti.

Saya juga tidak ada masalah jika anak muda dan pemimpin pembangkang hendak pulaukan pilihan raya kecil ini. Itu adalah pilihan masing-masing. Yang menjadi masalah pada saya ialah sekiranya pilihan raya kecil tidak diadakan dalam masa 60 hari setelah ada kekosongan.

Saya tidak nampak kenapa Anwar tidak boleh menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak. Perlembagaan membenarkan. Yang perlembagaan tidak benar ialah menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serentak.

AKHIRNYA, saya tiada masalah jika YB Azmin kata itu adalah tindakan taktikal PKR untuk ke Putrajaya. Yang saya bimbang ialah sekiranya tindakan itu merupakan satu kesilapan teknikal.
-fb Prof Mohd Agus


PRK Kajang Membazir Kata Najib, Kos Berjuta Sewa Jet Tidak Membazir?


Pilihan Raya Kecil Kajang satu pembaziran, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan datang adalah pembaziran wang awam yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat.

“Bagi menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR, Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk membawa beban pilihan raya kecil di Kajang.

“Anwar membebankan rakyat dan masyarakat Kajang. Saya dimaklumkan bahawa penduduk Kajang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku setakat ini,” katanya.

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib bagaimanapun enggan mendedahkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Kajang.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai siapa yang bakal menjadi calon BN sehingga saya tahu bila tarikh penamaan calon,” katanya.

Najib juga enggan mengulas berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya Najib sendiri bertanding di Kajang menentang Anwar.

“Ini bukan masalah saya, ia masalah PKR. Ia adalah isu yang ditimbulkan oleh pertelingkahan dalaman parti.

“Saya tidak mahu terlibat dalam politik parti mereka. Jangan heret Barisan Nasional dalam isu itu,” katanya.

Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mencabar Najib melawan Anwar dalam PRK Kajang.

PKR itu terpaksa diadakan berikutan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada Isnin.

“Umno, jika anda berani, mari bertanding. Jangan letak calon MCA, MIC atau Gerakan,” kata Azmin.

“Minta Najib bertanding di Kajang. Mari jika berani,” katanya ketika majlis taklimat jententera parti di Kajang, semalam.

Lee, yang menjadi Adun bagi penggal pertama mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menyertai 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Tetapi wujud spekulasi menyatakan Anwar akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah lama bercakar dengan Azmin. -TMI

ULASAN GB

Mengadakan PRK satu pembaziran tetapi bagaimana membelanjakan RM28.8 juta untuk kos sewa tahunan jet PM? itu bukankah lagi besar punya pemembaziran? Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam tidak mebazir?

PRK membebankan penduduk rakyat, kata Najib. Kenaikan harga barang, pengenaan GST, rasionalisasi subsidi dan seumpamanya tidak membebankan rakyat?

30 Jan 2014

[SIARAN LANSUNG] Forum "Anwar: Dari Kajang Ke Putrajaya"

kuala Lumpur 30 JAN: Forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ sedang diadakan di Kelab Bangsar Utama, Jalan Kemuja, Bangsar Utama, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam tadi.

Forum ‘Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya’ membariskan panelis antaranya Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, penulis politik Hishamuddin Rais dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam.

Forum anjuran Kelab Bangsar Utama (KBU) dikendalikan Pengarah Eksekutif Centre for Independent Journalism (CIJ), Masjaliza Hamzah.

Antara isu yang disentuh dalam forum ini ialah rasional pengosongan kerusi N25 Dewan Undangan Negeri Kajang dan peletakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat di kerusi tersebut.

Untuk siaran live sila klik SINI atau SINI

[EDISI TERDESAK] Lee Cong Wei Dicadangkan Untuk Lawan Anwar

Zahidi cadangkan Lee Chong Wei dipilih calon BN Kajang

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpendapat MCA perlu meletakkan calon yang popular untuk mengatasi calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, jika MCA meletakkan calon tempatan yang dikenali ramai tetapi ia tidak dapat mengatasi populariti Anwar Ibrahim yang terkenal di seluruh dunia.

“Justru itu saya mencadangkan supaya MCA meletakkan pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon BN di Kajang,” katanya kepada FMT malam tadi.

Beliau yang juga ahli parlimen Padang Besar berkata jika Lee Chong Wei menjadi calon BN, ia dapat “divert” pelbagai isu yang melanda negara sekarang.

Katanya, jika MCA pernah meletakkan pemain bola sepak, Soh Chin Aun bertanding di parlimen Kota Melaka pada tahun 1986, apa salahnya MCA meletakkan Lee Chong Wei yang terkenal di seluruh dunia juga.

Zahidi menambah jika MCA meletakkan calon baru, BN akan kalah teruk kerana para pengundi belum mengenali calon tersebut.

“Sebaliknya jika Lim Chong Wei bertanding, para pengundi sudah mengenali beliau dan tidak mustahil beliau dapat membuat kejutan mengalahkan Anwar Ibrahim.

Tiga hari lepas, Lee Chin Cheh telak meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang. Keesokannya walaupun SPR belum bermesyuarat menetapkan tarikh hari penamaan calon, PKR sudah mengumumkan ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim sebagai calon dalam RK tersebut.

SPR akan bermesyuarat pada 5 Februari ini untuk menentukan hari penamaan calon dan hari pembuangan undi. -FMT

ULASAN GB

Begitu huru-hara dan kelam-kabut BN sekarang untuk menghadapi PRK Kajang. Puad Zakarshi minta UMNO BN tidak bertandng, MCA tibai Khairy Jamaluddin kerana Khairy kata calon BN tak semestinya daripada MCA. Najib kemuka alasan konon Kajang merupakan masalah PKR, jadi beliau tak wajar bertanding apabila cabaran dibuat agar Najib sendiri bertanding melawan Anwar.

Last-last Zahidi Zainul Abidin pula mencadangkan nama Lee Chong Wei sebagai calon BN.

Kalau Najib sebagai PM sendiri takut untuk bertanding di Kajang baik tak usah bertandinglah.... macam PRK Penanti dulu. Siapa lebih hebat dari Najib dalam BN?

UMNO BN dah nampak petanda jelas ia bakal dikangkungkan di Kajang...

Cubaan Serang Masjid Hanya Dakwaan Palsu & Rekaan Macai UMNO


Polis siasat NGO Islam protes di masjid

Polis daerah Barat Daya sedang menyiasat sekumpulan NGO Islam yang mengadakan protes di Masjid Bayan Baru malam tadi, kerana mereka mengesyaki masjid itu mungkin diserang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Lai Fa Hin memberitahu sidang akhbar di Balik Pulau hari ini bahawa protes oleh kira-kira 150 orang itu akan disiasat di Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Lai menolak desas-desus mengenai terdapat rancangan oleh pihak tertentu untuk menyerang masjid tersebut ansambil berkata pihak polis akan meningkatkan rondaan di gereja dan masjid sepanjang masa.

"Cara kumpulan itu mengadakan protes da berarak ke balai polis adalah salah, jadi kita sedang menyiasat," tambahnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya jangan mengambil tindakan yang melanggar undang-undang.

Jika mereka tidak jelas mengenai peraturannya, tegas beliau, mereka boleh datang dan berunding dengan pihak polis.

Bagi majlis yang berkaitan dengan agama pun, hanya maklumkan kepada pihak polis, katanya.

Lai juga menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin atau mencetuskan suasana panik awam.

Katanya, lebih 100 orang menyertai peserta proteos yang berkumpul di masjid, tetapi hanya 30 sahaja yang pergi ke balai polis Bayan Baru untuk membuat laporan.

Berdasarkan laporan di blog dan di Facebook, kumpulan yang membantah malam kelmarin termasuk Persatuan Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Insan Mulia, PERKASA, Skuad Rejam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Al Ehsan.

Undang-undang memerlukan kumpulan yang bercadang untuk mengadakan perhimpunan perlu memaklumkan kepada pihak polis 10 hari sebelum acara mereka. Terpulang kepada ketua polis daerah untuk membenarkan atau menolak notis mereka.

"Dalam kes seperti ini, di mana mereka tidak ada permit dan tidak memaklumkan kepada pihak polis, kita telah buka kertas siasatan berdasarkan undang-undang," kata Lai. -mk

NGO protes, syaki masjid 'mungkin' diserang


Sekumpulan kira-kira 150 ahli NGO Melayu mengadakan protes di luar masjid Bayan Baru malam tadi kerana mengesyaki ada pihak-pihak tertentu merancang untuk "menyerang" masjid.

Difahamkan sepuluh buah NGO, termasuk Persatuan Belia Merong, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Persatuan Kebajikan Insan Mulia, PERKASA, Skuad Rejam, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Al Ehsan, menyertai protes tersebut pada kira-kira 8 malam di luar masjid berkenaan.

Mereka mengutuk sepanduk memaparkan kalimah 'Allah' yang ditemui di luar lima buah gereja di Pulau Pinang pada hari Ahad walaupun pihak gereja telah membuat laporan polis menafikan mereka bertanggungjawab terhadap sepanduk tersebut.

Dengan membawa sepanduk yang menegaskan hak eksklusif penggunaan kalimah 'Allah' oleh orang Islam, kumpulan tersebut kemudian berarak ke balai polis berdekatan Bayan Baru untuk membuat laporan berhubung perkara itu.

Gambar protes tersebut boleh didapati di blog dan Facebook tetapi tidak pasti siapakah penganjurnya atau sama ada pihak polis telah dimaklumkan mengenainya sepertimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketika dihubungi, polis Bayan Baru mengesahkan bahawa laporan polis dibuat di balai itu malam tadi terhadap penggunaan perkataan kalimah 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu .

Pegawai polis berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan meminta supaya mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sebelah pagi.

Protes itu diadakan sehari selepas lima sepanduk kontroversi dengan perkataan "Allah is great, Jesus is the son of Allah" ditemui di luar pintu lima buah gereja, termasuk sebuah di tanah besar pada hari Ahad.

Gereja-gereja berkenaan adalah Gereja Assumption di Jalan Farquhar, Gereja St John Britto di Sungai Pinang, Gereja Immaculate Conception di Pulau Tikus, Gereja Victory Lutheran di Island Glades dan Gereja Nativity di Butterworth.

Beberapa jam selepas sepanduk ditemui, kira-kira jam 1.30 pagi, dua bom petrol dilemparkan ke dalam kawasan Gereja Assumption yang berusia 229 tahun.

Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku tetapi Abdul Rahim berkata setakat ini, 16 laporan telah dibuat berhubung kejadian itu dan lapan individu disoal siasat oleh polis.
-mk



ULASAN GB

Polis akan lebih dihormati jika berani menahan, menangkap dan mendakwa NGO-NGO pro-UMNO yang berdemo ini yang membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan seterusnya mewujudkan suasana panik di kalangan rakyat.

Sudah sampai masanya untuk pihak polis bertegas. Tidak hanya menumpukan penahanan dan penangkapan kepada rakyat yang menyokong Pkatan Rakyat.

Dakwa SAMM Ke Mahkamah Bukti Nyata Putrajaya Bohong!

Chegubard' Mengaku Tidak Bersalah Anjur Perhimpunan

KUALA LUMPUR: Ketua cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin atau 'Chegubard' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan pada malam ambang tahun baharu pada Rabu.

Chegubard, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)didakwa bersama-sama Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohamed Bukhairy Mohamed Sofian, 23, dan Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Reduan, 33.

Mohamed Bukhairy dan Edy Nor turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama iaitu menganjurkan perhimpunan membantah kenaikan harga barang dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini antara 9 malam 31 Dis 2013 hingga 1 pagi 1 Jan lepas.

Mereka didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Dang Wangi 10 hari sebelum tarikh perhimpunan tersebut.

Mereka didakwa melanggar perintah mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi setiap mereka yang didakwa.

Kesemuanya didakwa sebagai orang kena saman (OKS) dan ketika pertuduhan dibacakan 'Chegubard', Mohamed Bukhairy dan Edy Nor berdiri di luar kandang tertuduh.

Peguam Eric Paulsen yang mewakili ketiga-tiga OKS bagimanapun memohon anak guamnya dijamin dengan bon peribadi kerana kes itu hanyalah kes saman dan jumlah yang dipohon oleh Suhaimi adalah terlalu tinggi serta membebankan.

Hakim Azman Mustapha kemudian membenarkan setiap OKS diikat jamin dengan bon peribadi RM5,000 tanpa cagaran dan menetapkan 27 Feb untuk sebutan. BERNAMA

utrajaya sangkal laporan pemantau hak asasi antarabangsa


Putrajaya menyangkal dakwaan laporan badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) yang mengatakan kerajaan berpatah balik daripada janji membuat pembaharuan.

Dakwaan HRW itu ditolak kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan memberikan banyak kebebasan kepada rakyat di samping meminda undang-undang yang sudah usang.

"Di bawah pentadbiran perdana menteri, kebebasan rakyat diperluaskan dan undang-undang usang dipinda," kata satu kenyataan yang dihantar pejabat perdana menteri awal pagi ini.

Dalam kenyataan tersebut, dakwaan mengatakan pentadbiran Najib menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun adalah tidak benar.

"Kebebasan rakyat diperluaskan menerusi Akta Perhimpunan Aman, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden.

"Ia selari dengan kekuatan demokrasi negara Malaysia," kata kenyataan itu.

Semalam, HRW dalam World Report 2014 membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak menunaikan janjinya apabila meminda kembali beberapa undang-undang yang menindas dan menekan.

"Malaysia pada 2013 menyaksikan 'dua kisah Najib', menjanjikan pembaharuan undang-undang sebelum pilihan raya dan mengembalikan undang-undang menindas selepas itu," kata Timbalan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson semalam.

Sementara itu, HRW juga mendakwa kerajaan BN menafikan hak asas rakyat Malaysia semasa berlangsung pilihan raya Mei lalu.

"Sejak Mei tahun lalu, kerajaan melanggar hak asas, menyekat kebebasan bersuara dan membuat pendakwaan ke atas aktivis yang menganjurkan protes aman," katanya.

Beberapa perhimpunan berlangsung di ibu kota sebelum dan selepas pilihan raya umum pada 5 Mei lalu secara aman, bagaimanapun kerajaan BN juga membuat beberapa pendakwaan ke atas aktivis dan pemimpin politik pembangkang yang terlibat dalam menganjur perhimpunan.

Selain itu, berpuluh ribu rakyat Malaysia, majoritinya anak muda berbilang bangsa membanjiri enam perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara selepas pilihan raya umum 5 Mei menuntut proses pilihan raya adil dan bebas.

"Kerajaan kekal komited untuk mengantikan Akta Hasutan dan meneruskan program pembaharuan perdana menteri," kata kenyataan itu.
-TMI


ULASAN GB

Tindakan pihak polis mengheret Chegubard dan dua pemimpin SAMM diatas pertuduhan menganjurkan perhimpunan pada malam ambang tahun baru membuktikan bahawa Putrajaya berbohong dengan dakwaannya menyatakan pentadbiran Najib tidak menghalang atau menekan hak rakyat untuk berhimpun.

Putrajaya sebelum ini menyangkal dakwaan laporan badan pemantau hak asasi manusia antarabangsa Human Right Watch (HRW) yang mengatakan kerajaan berpatah balik daripada janji membuat pembaharuan.

Menurut kenyataan Putrajaya, dakwaan HRW itu ditolak kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya dikatakan memberikan banyak kebebasan kepada rakyat di samping meminda undang-undang yang sudah usang.

Apakah pendakwaan SAMM di mahkamah semalam "memberi banyak kebebasan" untuk rakyat seperti yang didakwa oleh Putrajaya?

Kenyataan dari Putrajaya itu menambah: "Kebebasan rakyat diperluaskan menerusi Akta Perhimpunan Aman, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden.

"Ia selari dengan kekuatan demokrasi negara Malaysia" tambah kenyataan itu.

Jika perhimpunan TURUN itu dikatakan berjalan tanpa sebarang insiden, mengapa pula heret pemimpin SAMM itu ke mahkamah?

Sebab tak hantar notis 10 hari? SAMM bukan penganjurnya! Sementelah lagi itu hal teknikal, boleh selesai di meja OCPD, tak perlu ke mahkamah.

GB sebelum ini sudah membuat ulasan. Petikan:

Semua orang tahu bahawa perhimpunan TURUN yang diadakan pada malam 31 Disember 2013 telah mendapat bukan saja tekanan dan halangan, malah ancaman dan ugutan dari pihak berkuasa. Ya, perhimpunan selepas pilihan raya dan lain-lain demonstrasi di ibu kota berjalan tanpa sebarang insiden. Tetapi hal itu cuma berlaku jika perhimpunan yang diadakan/disertai oleh Pakatan Rakyat dan NGO Pro-PR, tetapi jika perhimpunan yang dilakukan oleh penyokong parti kerajaan seperti yang berlaku di Pulau Pinang tenpohari dimana orang awam dibelasah jelas membuktikan perhimpunan mereka adalah ganas, bersifat rasis dan ala-samseng.

Yang peliknya perhimpunan aman pro-PR sentiasa dilabelkan sebagai perhimpunan haram. Pelbagai publisiti buruk diberikan bagi menghalang rakyat menyertainya sedangkan perhimpunan yang betul-betul haram tajaan UMNO/BN atau para sekutunya seperti PERKASA, PEKIDA & JATI diberikan publisiti yang muluk-muluk dan lansung tidak disentuh oleh pihak berkuasa.

Putrajaya tidak boleh menafikan kebenaran. GB sudah menyatakn lebih awal lagi iaitu apabila pihak berkuasa terutama polis dan media massa kangkung sentiasa memainkan istilah "perhimpunan haram" terhadap perhimpunan aman yang disertai rakyat, sebenarnya ia akan hanya mengundang krtikan di mata dunia dan merudumkan indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Papagomo Ingkar Serah Anak, Kes Ditangguh 26 Feb


Shah Alam - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menangguhkan prosiding notis tunjuk sebab bekas isteri Wan Muhammad Azri Wan Deris,31, pada 26 Februari ini berhubung kes pelanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuan mereka.

Hakim Syarie Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Mohd Ihsan Mohamad Daud yang mewakili Wan Muhammad Azri, selaku responden yang memohon untuk menangguhkan prosiding sehingga keputusan rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan Syariah diperoleh.

Rayuan dibuat bagi memohon mahkamah menyemak semula tuntutan yang difailkan Bellina Omar Sharifuddin Chin, 29, selepas Wan Muhammad Azri gagal mematuhi perintah mahkamah untuk menyerahkan dua anak perempuan mereka, iaitu Wan Cassandra, 5 dan Wan Camillea, 3.

Pada tarikh itu juga mahkamah akan mendengar kes induk iaitu berhubung hak jagaan anak pasangan berkenaan.

Terdahulu, peguam syarie Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Bellina memaklumkan yang responden telah menyerahkan kedua-dua anak mereka kepadanya untuk dijaga dalam tempoh seminggu dalam sebulan.

Mahkamah juga membatalkan waran tangkap yang dikenakan terhadap Muhammad Azri selepas lelaki itu pada sebutan kes Disember lalu memohon ia dibatalkan dan dia berjanji akan hadir pada setiap prosiding dengan jaminan Mohd Ihsan.

Pada 27 November tahun lalu, Wan Muhammad Azri dikenakan waran tangkap selepas Mohd Zaidi memaklumkan responden tidak hadir pada dua prosiding notis tunjuk sebab.

Mohd Zaidi memaklumkan mahkamah, notis tunjuk sebab disampaikan kepada Wan Muhammad Azri di kediamannya pada jam 9.41 malam, 7 November lalu.

Responden menerima dan menandatangani surat akuan penerimaan namun gagal beri sebab mengenai ketidakhadirannya ke mahkamah pada prosiding lalu.

Pada 2 September tahun lalu, Mahkamah Syariah memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak perempuannya kepada Bellina, namun Wan Muhammad Azri tidak berbuat demikian.

Bellina memfailkan notis tunjuk sebab terhadap Wan Muhammad Azri pada 1 Oktober lalu kerana melanggar perintah mahkamah.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2006 dan bercerai talak satu pada 24 September tahun lalu. -SH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

29 Jan 2014

[PANAS] Isu PRK Kajang: Koleksi Artikel & Tulisan Yang Perlu Dibaca!

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor daripada Umno jika Najib jatuh

PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.

"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.

"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.

"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.

"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor,"
katanya.

Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.

Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.

"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara,"
katanya.

Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.

"Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.

Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.

PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.

Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.

Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.

Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.

Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.

Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor. -TMI


PRK Kajang: PAS Perlu Belajar


PAS wajar belajar dlm isu prk DUN Kajang. Walaupun kemelut pengunduran ADUN PKR dikecam byk dgn alasan membazir wang rakyat, tenaga petugas parti, mengkhianati amanah rakyat namun demi survival politik "tindakan drastik" perlu dibuat bg org politik utk masa dpn parti gabungan PR dan sebuah kerajaan yg perlu dipertahankan utk kesinambungan pru 14.

BN tidak senang dgn kemenangan PR di Sgor bukan baru tapi semenjak 2008 lagi. Pelbagai usaha dirancang BN utk menjatuhkan PR. Isu Teo Beng Hock sbgai contoh bagaimana BN pergunakan SPRM utk memerangkap ADUN DAP. Jadi tidak mustahil perancangan merampas Sgor berjalan sehingga kini ditambah lg Pengerusi Perhubungan Umno Sgor ialah Najib sendiri yg mempunyai rekod merampas Perak dari Pakatan.

Kalau dilihat isu-isu yg berbangkit di Sgor menggusarkan kita sebagai kjaan mentadbir di S'gor. Bagaimana cukai perlesenan dinaikan bagi peniaga pasar malam, gerai dirobohkan bahkan dlm isu Langat 2 dan kenaikan gaji ADUN serta Exco sbgai contoh telah menyebabkan pimpinan Pakatan bertelagah. Semua ini berpunca dari sikap MB Khalid yg membuat keputusan sendiri dan dilihat mengikut telunjuk pegawai kerajaan negeri . Tindakan beliau tidak mencerminkan kehendak parti bahkan melangkaui keputusan Pakatan Rakyat.

Perlu diingat, kerajaan yg ditadbir mestilah dipandu oleh parti. Segala dasar mesti dirujuk atau mendapat konsesus parti gabungan. Utk rekod beliau pernah mengatakan tidak percaya kpd org politik tetapi lebih percaya kpd pegawai kerajaan. Kita maklum SUK Dato' Khusrin adalah ahli umno yg sedia diperalatkan oleh umno bn. Kebimbangan kita ialah MB Khalid "menjayakan misi" umno menawan Sgor.

PAS boleh bersuara dlm isu ini tetapi suara kita akan dipandang rendah kerana PAS juga yg menyokong Khalid sbgai MB. Walaupun kita berhujah memberi peluang kedua kpd Khalid utk berubah. Dlm isu Perak PAS juga boleh dipersalahkan kerana Nizar tidak membubarkan DUN dikala situasi mendesak bila ADUN-ADUN PR mula diperangkap dgn isu rasuah. Dlm isu Kedah juga PAS dilihat takut utk membuat keputusan menghentikan krisis kepimpinan yg berlaku akibat dari tindakan MB yg membuat keputusan sendiri.

Apapun yg berlaku PAS sbgai sebuah parti politik perlu melihat dan belajar sepak terajang politik.

Harun Mohamad
YDP PAS Kota Melaka
merangkap Pengarah Pilihanraya PAS Melaka



Ceteknya minda sesetengah ahli Dewan Pemuda PAS


Realiti bahawa Dewan Pemuda PAS terbelah kepada dua fraksi, ortodok dan modern terbayang di dalam reaksi dibuat oleh anggota sayap kanan PAS berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang dan pengumuman Anwar Ibrahim sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Sekurang-kurang dua orang anggota Pemuda PAS, setakat ini, membuat kenyataan kurang manis berhubung keputusan PKR itu sebaik sahaja Anwar diumumkan sebagai calon. Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengeluar kenyataan awal berbau ancaman akan memboikot pilihan raya kecil bakal diadakan itu.

Katanya sekiranya PKR tidak memberi penjelasan munasabah mengenai pengosongan kersui berkenaan jentera pilihan raya Pemuda akan diarah agar tidak memberi kerjsama kepada pilihan raya itu.

Seorang lagi anggota Pemuda Pas yang membuat kenyataan dikira kurang manis ialah Pengarah Pilihan Raya Pemuda, Mohd Sany Hamzan yang menyifatkan pilihan raya berkenaan mengejutkan dan ianya menyebabkan rakyat meluat dengan kerakusan kuasa dalam PKR.

Sebagai sekutu kepada Pakatan Rakyat, kedua-dua anggota pemuda itu tidak sepatut mengeluarkan kenyataan berkenaan secara melulu yang boleh menyinggungkan perasaan orang lain. Kenyataan-kenyataan bersifat negatif itu menggambarkan kecetakan Pemuda PAS dalam memahami sepak teranjang politik. Ia juga menunjukkan Pemuda PAS kurang ilmu diplomasi.

Mereka juga boleh dianggap biadap kerana tidak menghormati konsensus politik yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Apakah pandangan pemuda lebih tajam daripada pandangan pucuk pimpinan, Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu dan lain-lain? Apakah mereka tidak tahu bahawa peristiwa hari ini sudah dibincang peringkay pucuk pimpinan? Mungkin mereka tidak diberitahu kerana budak-budak memang tidak perlu diberi tahu awal-awal.


Tetapi senario yang berlaku sudah boleh ditafsirkan. Adalah menyedihkan sebagai orang muda lambat untuk memahami apakah motif dan keperluan disebalik pengosongan kerusi Kajang itu. Kalaulah begitu rendahnya pemikiran Pemuda PAS sukarlah untuk PAS bergerak lebih jauh lagi apa lagi untuk menawan Selamngor secara bersendirian. Kenapa Pemuda harus mempersempitkan akal politik mereka?

Berpandukan kepada dua pandangan itu tidak hairanlah kalau peristiwa di Kota Damansara berlaku yang menyebabkan kerusi yang sepatutnya menjadi milik Pakatan Rakyat terlepas. Sikap dan tindakan begitu, persis marahkan nyamuk membakar kelambu adalah sikap orang bodoh. Di Damansara kerana terlalu tamak dan degil akhirnya ayam terlepas tangan tertinggal tahi.

Kenyataan mereka berdua itu juga seolah-olah bercanggahan dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang mana ia boleh dianggap sebagai biadap.

Apakah mereka tidak sedar sidang akhbar pagi tadi dihadiri sama oleh dua pimpinan tertinggi PAS, Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli. Kehadiran mereka itu sudah menjelaskan kedudukan di sebalik apa yang berlaku. Pemuda yang dianggap sebagai ansrollah harus cekap membaca peristiwa.

Cara mereka membuat kenyataan bernada mengkritik dan mencemuh PKR itu tidak menggambarkan mereka sebagai anggota parti Islam yang lebih kepada soal-soal adat dan pekerti. Mereka lebih kurang pemuda Umno sahaja. Cari itu juga bukan memupuk semangat kerjasama dalam keadaan memerlukan kerjasama. Apakah jenis manusia yang boleh dinamakan apabila membuat kerenah disaat kawan menghadapi perang?

Ancaman untuk memboikot pilihan raya kecil itu juga mendahului keputusan pucuk pimpinan. Seharusnya ketua Pemuda PAS Selangor itu memerhati apa yang berlaku dan apakah tindakan pucuk pimpinan. PAS adalah milik semua orang dan bukan hanya milik kalangan Pemuda PAS Selangor sahaja.

Tanggungjawab ahli PAS baik di mana mereka berada adalah secara kolektif. Sebab itu bila ada sesuatu pilihan raya semua ahli PAS akan turun. Jadi apa-apa keputusan berhubung dengan Pakatan Rakyat, semua ahli PAS terlibat dan jangan hanya PAS Selangor merasakan ianya hak mereka secara eksklusif dan boleh berbuat apa yang disukai. Bukankah Islam itu sejagat sifatnya?

Kalau tindakan untuk menunjukkan kita lantang, berani, dan prihatin agamatetapi ia dengan bertenggek di atas nafsu sarakah ia tidak memberi guna apa-apa pun. Pemuda PAS Selangor juga patut membuat kajian dan tahu kronologi macam mana mereka mula mendapat kerusi di Selangor.

Justeru apa-apa keputusan yang dibuat dan diambil oleh pucuk pimpinan hendaklah dihormati dan biarlah penuh hikmah. Cara ketua pemuda PAS Selangor itu seakan tidak mengerti untuk bertindak secara sopan dan sangat cetek dalam memahami seluk belut politik. Pandanglah sesuatu itu dari berbagai dimensi.

Sikap atau kealpaan sebegitulah yang boleh menjejaskan PAS dan menyebabkan orang akan mencemuhi PAS. Gerakan politik yang dipersetujui oleh PAS menerusi Pakatan Rakyat adalah atas dasar dan prinsip politik yang rencam dan bukan peraturan jemaah, hendaklah disedari. Fahami akan hakikat ini. Yang perlu dikenang dalam perjuangan bukan kecemerlangan masa depan yang dibayangkan tetapi kesusahan masa lalu yang diharungi. Saya percaya ada kalangan Pemuda PAS hari ini tidak sempat melalui banyak liku-liku kesusahan Pakatan sebelum ini.

Kesimpulan persepsi atau realiti Dewan Pemuda PAS berpecah kepada dua kelompok tampak jelas dengan sikap dua oknum Pemuda itu. Dewan Pemuda PAS sebelum ini dilihat dikuasai oleh dua kelompok yang tidak sehaluan dan mempunyai pandangan dan uslub politik berbeza. Sepihak lebih bersikap ortodoks mahu mengekalkan pemahaman konversional, manakala sepihak lagi yang modern yang terbuka.

Pertentangan inilah yang sedang berlaku bakal menjadi masalah dalam PAS dan kenyataannya dua orang pimpinan Pemuda PAS itu menggambarkan situasi tersebut.
-msomelayu



PAS, DAP sokong Anwar tanding di Kajang


PAS hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan PKR yang meletakkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang.

Naib Presiden PAS, Slahudin Ayub berkata, PAS sebagai sebuah komponen dalam Pakatan Rakyat sentiasa mendokong semangat kebersamaan dan muafakat bersama PKR dan juga DAP.

"Ini semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat, setiap parti akan memberi sokongan sepenuhnya bagi memastikan kemenangan itu milik Pakatan Rakyat, khususnya (kali ini) PKR," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau ditemui selepas hadir mewakili PAS pada sidang media PKR hari ini di mana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke.

Mengulas lanjut, Salahudin berkata memang sudah menjadi kebiasaan mana-mana parti dalam Pakatn Rakyat yang bertanding, akan disokong oleh rakan parti yang lain dengan mengambil semangat calon itu adalah calon Pakatan Rakyat.

Mengulas pemilihan Anwar pula, Salahuddin berkata, ianya adalah keputusan terbaik yang dirasakan oleh PKR bagi menyelesaikan masalah dalaman parti itu, dan menerima secara terbuka.

"Pencalonan Anwar itu bagi saya isu dalaman PKR dan ia sebagai penyelesaian terbaik, kita diberitahu kekosongan dan tanggungjawab sebagai rakan Pakatan Rakyat kita akan memberi sokongan.

"Begitu juga jika berlaku dalam PAS mahupun DAP, parti-parti akan memberi sokongan," jelasnya.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada sidang media turut menyatakan sokongan kepada calon pilihan PKR itu.

Jelasnya, DAP akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan Pakatan Rakyat di Selangor boleh mencipta kecemerlangan yang lebih baik.
-HD


Apa Nak Jadi Ni? 2 Beradik Terlampau, Khalwat Dengan 5 Lelaki

Kuala Terengganu - Tidak pernah serik! Dua beradik yang sebelum ini pernah ditangkap berkhalwat bersama lima lelaki di dalam sebuah bilik hotel sekali lagi dicekup penguat kuasa selepas didapati tinggal sebumbung dengan seorang peniaga, kelmarin.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral dua beradik yang masing-masing berusia 15 dan 18 tahun itu menerima padah apabila diarahkan menjalani hukuman selama enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas dua beradik berkenaan mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Dua beradik itu bersama seorang lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai peniaga mengaku bersalah melakukan khalwat di dalam sebuah rumah di Kondo Rakyat, di sini, 27 Januari lalu.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan pegawai dan anggota membuat serbuan di rumah berkenaan kira-kira jam 10.45 pagi.

Ketika sampai, pintu rumah serta tingkap berkunci sebelum dibuka seorang lelaki dan hasil pemeriksaan, mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Sebelum ini, satu waran tangkap dikeluarkan mahkamah bagi menahan dua beradik itu selepas keduanya gagal hadir ke mahkamah.

Kedua mereka sebelum ini turut didakwa melakukan khalwat bersama lima lelaki berusia antara 19 hingga 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi pada 7 Jun 2013.

Bagi setiap pertuduhan, Kamalruazmi mengarahkan dua beradik berkenaan menjalani hukuman enam bulan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Selangor, bagaimanapun beliau membenarkan hukuman itu berjalan serentak.

Dua rakan lelaki tertuduh masing-masing berusia 19 dan 21 tahun sudah pun menjalani hukuman sementara satu waran tangkap dikeluarkan terhadap tiga lagi tertuduh selepas gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan Terengganu. -SH

ULASAN GB

Tanpa hudud, inilah jadinya. "Malapetaka" besar menimpa ummah.

Kes Rogol & Bunuh: Remaja Berdepan Dengan Hukuman Mati Mandatori Jika Sabit Kesalahan

Alor Setar - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar, di sini semalam, atas tuduhan membunuh seorang budak perempuan berusia 14 tahun tahun lalu.

Mohd Firdaus Mohd Faridul, 19, hanya mengangguk tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan tawaran jaminan.

Mohd Khairul menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Noor Syafikah Nadia Abdullah, 14, di Kampung Alor Senibong, Mukin Tajar, dekat sini.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Sementara itu, rakannya, Muhammad Nazziem Roslan, 19, dibebaskan dengan bon jaminan RM300,000 (tanpa cagaran) mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah.

Dalam kejadian 29 November 2013, anak sulung pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, Noor Syafikah Nadia, ditemui orang awam dalam keadaan meniarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang, 30 November, di kawasan sawah dekat Kampung Alor Senibong, Langgar.

Manakala dua adiknya, Nurul Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akma, 3, turut ditemui mati kira-kira jam 3 petang keesokan harinya dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani.

ULASAN GB

Berapa banyak sudah berlaku kes rogol berakhir dengan pembunuhan. Demikianlah yang berlaku jika mengikut nafsu iblis. Dosa di atas dosa...kemudian bersama dengan keluarga iblis di neraka.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Khairy Double Standard - "Cikgu Lembu" Disuruh Pecat, Cikgu Tumbuk Menteri Takda Apa-apa!

KJ: 'Cikgu Lembu' patut dibuang dari perkhidmatan

KUALA LUMPUR: ‘Cikgu Lembu’ patut dibuang dari perkhidmatan, bukan dipindah sahaja.

Itulah pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mengecam tindakan ‘ringan’ yang dikenakan ke atas seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua muridnya dengan mengepinkan loceng pada baju mereka dan menyuruh mereka memakan rumput.

Khairy berkata demikian di laman Twitternya, semasa mengemukakan komen tentang guru yang dilaporkan ditukar ke sekolah lain dan akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Khairy juga memberitahu Sinar Harian Online bahawa beliau menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof berkata hasil siasatan oleh Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan.

"Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khair berkata isu murid tidak menyiapkan kerja sekolah bukan merupakan kesalahan disiplin kerana ia adalah sebahagian daripada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan perlu ditangani menerusi bimbingan berterusan.

Dalam insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng itu, guru Bahasa Inggeris itu mendenda dua murid tahun empat selepas mereka gagal menyiapkan kerja sekolah.

Tindakan guru lelaki berusia 26 tahun itu menyebabkan ibu kedua-dua murid tersebut membuat laporan di Balai Polis Sungkai, semalam.

Isu itu juga mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menyaksikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Perak memberi kaunseling kepada murid terbabit bagi mengembalikan semula semangat mereka untuk ke sekolah esok. -astroawani


Guru minta maaf, kes selesai


Sungkai: Polis menganggap kes hukuman tidak masuk akal terhadap dua murid tahun empat sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, yang leher mereka digantung loceng dan diberi makan rumput ketika sesi persekolahan pagi Khamis lalu, selesai selepas semua pihak terbabit berbincang.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa mengenai kes itu sehari selepas kejadian dan siasatan dijalankan sejurus laporan diterima.

“Dalam laporan yang kami terima, ibu seorang murid berkenaan, Yarnis Kasuma Dewi Zainal Aripin, mendakwa anak lelakinya berusia 10 tahun bersama seorang rakan sekelasnya didenda dengan dipakaikan loceng di leher oleh seorang guru Bahasa Inggeris kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Ibu murid terbabit turut mendakwa, kedua-dua murid itu juga diberi rumput sambil guru berkenaan mengatakan ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’ dan merakam gambar mereka untuk dimuatnaik ke Facebook,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, hasil laporan diterima di Balai Polis Sungkai itu, ketua balai memanggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu, termasuk kedua-dua murid itu.

“Perjumpaan itu turut dihadiri guru besar dan dua wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batang Padang, Tapah. Dalam perbincangan itu, guru berkenaan mengaku mengenakan hukuman menggantung loceng di leher, tapi tidak memberi kedua-dua murid itu makan rumput.

“Guru itu mengaku memberi hukuman berkenaan kerana tidak menyiapkan kerja sekolah selama dua minggu, sedangkan murid terbabit berpotensi dalam subjek berkenaan dan dia memohon maaf,” katanya.

Som Sak berkata, ibu bapa dan sekolah kemudian bersetuju menyelesaikan kes itu secara baik serta menyerahkan tindakan lanjut terhadap guru itu kepada PPD.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Perak Muhamad Roli Hassan ketika dihubungi pula berkata, siasatan mengenai kes itu dijalankan PPD Batang Padang untuk mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tindakan tatatertib.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan yang juga Ahli Parlimen di kawasan kejadian berkata, hukuman dikenakan terhadap murid itu adalah tidak wajar.

Menurutnya, semua guru tanpa mengira jenis sekolah perlu lebih berhati-hati ketika mengajar dan mengenakan hukuman terhadap murid.

“Apabila menghukum, guru mesti melihat pantang larang dan sensitiviti masyarakat serta tidak boleh menghukum dengan cara yang akan dilihat sebagai memalukan,” katanya.



Guru mohon maaf secara terbuka kepada Kamalanathan


Penolong Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi, yang didakwa menumbuk leher Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan dua minggu lepas, hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Hulu Selangor itu.

Beliau dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini juga melahirkan rasa terharu dan terhutang budi kepada Kamalanathan, yang dilaporkan semalam sanggup memaafkannya.

Muhammad Rizuan yang bertugas sebagai guru berkata tindakan Kamalanathan itu membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan sanggup mengetepikan soal peribadi untuk keharmonian masyarakat di kawasan yang diwakilinya.

"Kemaafan beliau itu sesungguhnya memberikan nafas baharu kepada saya dan keluarga atas ketelanjuran perbuatan saya terhadap beliau.

“Saya dengan penuh penyesalan dan rendah diri ingin memohon maaf secara terbuka kepada Yang Berhormat P. Kamalanathan," katanya.

Kamalanathan dalam kenyataannya semalam berkata perbuatan Muhammad Rizuan itu merupakan isu peribadi dan satu tindakan emosi yang tidak disengajakan dalam kejadian yang berlaku di pejabat wakil rakyat itu pada 12 Januari lepas.

Muhammad Rizuan dikatakan kecewa dengan timbalan menteri itu yang tidak membantu isterinya yang mengajar di sebuah sekolah di Batu Pahat supaya ditukarkan ke Selangor. – Bernama,


ULASAN GB

Kedua-dua kes guru di atas adalah kes berat. Yang satu denda murid macam lembu disuruh makan rumput, yang kedua tumbuk timbalan menteri sampai dimasukkan ke hospital.

Kedua-dua guru dah meminta maaf kepada pihak yang terlibat.

Yang satu ditukarkan yang satu lagi tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Khairy Jamaluddin pula minta guru yang ditukarkan itu dibuang terus dari perkhidmatan, tetapi membiisu terhadap kes guru yang tumbuk timbalan menteri. Apakah kerana guru yang tumbuk timbalan menteri itu seorang penolong setiausaha Pemuda Umno bahagian menyebabkan Khairy tidak mahu mencadangkan tindakan yang serupa ke atasnya?

Nampaknya beginilah caranya bagaimana UMNO BN memerintah. "Penjenayah" yang terdiri dari kalangan mereka boleh di "kawtim" dan dilepaskan, kalau bukan orang mereka, kalau boleh akan dihenyak kasi mati.