1 Feb 2014

PRK Kajang: Mahathir Syor MCA Bertanding Kerana Tahu BN Tetap Kalah

PRK Kajang: Rakyat patut abaikan pandangan Dr M

Malaysia sebuah negara bebas. Pembetulan. Malaysia sememangnya sebuah negara yang agak bebas. Oleh itu, Tun Dr Mahathir Mohamad juga bebas menyuarakan pandangannya tentang sesuatu perkara, sama ada tentang cuaca di Kutub Utara ataupun kualiti kepimpinan dalam negara.

Tetapi, Malaysia juga bebas tidak bersetuju atau menolak apa sahaja yang terkeluar daripada mulut beliau. Malah boleh juga menunjukkan rasa tidak senang dengan sikap politik dolak-dalih beliau, hari demi hari tanpa rasa bersalah melupakan permasalahan dalam negara segala-galanya berpunca daripada zaman pemerintahannya.

Walaupun dilihat mengeluh tentang sikap pentingkan diri di kalangan ahli politik Umno dan budaya politik merampas kuasa hari ini, Dr Mahathir berharap kita lupa tentang kekayaan luar biasa menterinya dan rakan sekelilingnya.

Apabila beliau bercakap tidak munasabah penganut Kristian mahu menggunakan kalimah Allah, Dr Mahathir harap kita melupakan kerajaan sekitar lewat 1980-an yang membenarkan peruntukan menggunakan kalimah Allah oleh penganut Kristian dilaksanakan secara pengkuatkuasaan.

Apabila mengeluh tentang bahang perkauman dan agama, Dr Mahathir harap kita lupa dirinya adalah penaung Perkasa, kumpulan pendesak ultra-Melayu yang mempunyai satu matlamat, iaitu memecah-belah negara ini.

Sekarang, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu memberi pandangan remehnya tentang betapa pentingnya pilihan raya kecil di Kajang. Beliau boleh mempersenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kata apa sahaja tentangnya. Tetapi apabila bercakap tidak masuk akal, beliau perlu dihentikan.

Hari ini beliau menggesa pengundi Kajang beri MCA peluang. Kenapa? Kerana menurutnya, parti komponen Barisan Nasional tersebut cuba bangkit selepas prestasi memalukan. Benarkah?

Setiap orang boleh menghidu deria elastik benar dan salah beliau, pertukaran kuasa antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk Seri Liow Tiong Lai kononnya bukti parti tersebut kini berada di landasan terbaik.

Boleh anda bayangkan betapa angkuh dan egonya kedua-dua pemimpin MCA ini cuba mendapat habuan untuk diri mereka walaupun parti mereka gagal memberi khidmat kepada masyarakat?


Liow tidak bermaya manakala Dr Chua ... kurang bercakap mengenai Chua, mungkin lebih baik.

Tetapi Dr Mahathir pula berharap rakyat Malaysia memberi peluang kepada pemimpin yang angkuh ini?

Tetapi ia tidak memeranjatkan rakyat Malaysia mengenai Dr Mahathir. Beliau akan sentiasa bercakap mengenai pandangannya dan menawarkan nasihat yang tidak diminta.

Oleh itu, secara umumnya rakyat Malaysia perlu melakukan perkara bertentangan dengan apa yang beliau mahu.

Lagipun, beliau mempunyai pandangan yang elastik tentang apa yang betul dan salah. -TMI


Dr M: Beri MCA peluang bertanding di Kajang


Memandangkan MCA sedang membuat kemunculan semula, parti itu patut diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang jika ia mempunyai peluang cerah untuk menang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas pandangan beberapa pihak bahawa Umno pula patut diberi peluang bertanding di kawasan itu setelah MCA kecundang pada pilihan raya umum lepas, bekas perdana menteri ini berkata terserahlah kepada BN untuk membuat keputusan mengenainya.

Namun, katanya beberapa perkara perlu diberi pertimbangan termasuk komposisi etnik di Kajang.

"Sekiranya orang Cina lebih banyak, maka lebih baiklah kita letak calon Cina juga," kata beliau ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, hari ini.

Kajang mempunyai 39,030 pengundi dengan 48.3 peratus daripadanya Melayu, Cina (40.5 peratus), India (10 peratus) dan kaum lain (1.2 peratus).

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.

Dalam PRU lepas, calon PKR Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan calon MCA Lee Ban Seng serta calon Berjasa dan tiga calon Bebas.

Bagaimanapun, Lee mengosongkan kerusi itu pada Isnin lepas.

Keesokannya, PKR menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya bagi kerusi itu sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

Ditanya sama ada BN perlu bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Dr Mahathir berkata BN tidak pernah berpaling daripada mana-mana pilihan raya dan langkah serupa perlu dikekalkan pada pilihan raya kali ini.

"Kita perlu bertanding, BN bertanding dalam semua pilihan raya sebelum ini," katanya.
- Bernama



BN kalah jika letak calon MCA


SHAH ALAM- Formula meletakkan golongan agamawan sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang tidak boleh diguna pakai BN berikutan komposisi pengundinya yang hampir sama antara Melayu dan Cina.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, calon agamawan juga belum mampu mempengaruhi pengundi untuk memberikan kemenangan kepada BN.

“Formula di Permatang Pauh dengan meletakkan calon agamawan semasa pilihan raya lalu mungkin sesuai kerana ia kawasan kampung dengan majoritinya Melayu dan berhasil kerana berjaya kurangkan undi kepada PKR.

“Tapi di Kajang, pengundi Cina khususnya tidak akan mengambil kisah dengan calon agamawan atau tidak langsung memberi undi kepada BN kerana komposisinya 49 peratus Melayu dan 40 peratus Cina,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sehubungan itu katanya, beliau yakin BN tidak akan memperjudikan calonnya hanya untuk bertanding di PRK Kajang yang tidak akan memberi implikasi yang besar kepada parti itu.

“Kalau ikutkan sejarahnya pun, Pas menang pada tahun 1999, 2004 MCA, manakala bagi 2008 dan 2013, PKR kekal dengan majoriti yang lebih besar.

“Sekalipun kalah, tiada apa kesan kepada Dun Selangor begitu juga kalau menang. Tapi kesannya jadi besar jika PKR berjaya dikalahkan BN dalam PRK ini,” kata beliau.

Sementara itu, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata beliau yakin BN akan kalah jika meletakkan calon MCA.

“Cina di Kajang sudah pun menolak MCA, lebih baik jika kerusi itu diberikan kepada BN melalui rundingan bagi PRK ini.


“Sekalipun mahu calonkan juga dari MCA, individu itu mesti berintegriti, terkenal dengan budaya korporat yang berjaya selain akademiknya diperakui,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya jika BN ada calon boleh menang yang mampu menggugat kedudukan Anwar, beliau yakin BN akan beroleh kejayaan.

“BN jika mahu menang PRK ini ia bukan berkisar kepada calon sahaja, tetapi perlu bijak mengambil kesempatan di tengah-tengah kemelut khususnya PKR.

“Ini kerana PKR sudah ketandusan calon yang berwibawa kerana terpaksa diambil alih oleh Anwar sendiri untuk bertanding di PRK Kajang,” katanya.
- SH


ULASAN GB

Sifirnya mudah. Baik UMNO atau MCA atau sesiapa juga mewakili BN tidak lagi penting. Semua petunjuk menunjukkan bahawa BN akan tewas di PRK Kajang.

Mahathir gelah menghidunya dan tahu keadaan itu bakal berlaku. Oleh itu beliau mencadangkan supaya yang bertanding di Kajang itu biarlah MCA, bukan UMNO. Alasannya agar MCA membuktikan parti itu dapat melakukan "come-back".

Bagi MCA sendiri, mereka menghadapi masalah besar. Siapa calon yang bakal diketengahkan yang wibawanya menyamai kehebatan Anwar Ibrahim yang sudah pun memngumumkan akan bertanding di DUN Kajang?

Tetapi, bagi MCA menang atau kalah tak jadi soal. Yang penting dapat masuk bertanding mewakili BN kerana MCA mengharapkan habuan besar yang bakal turun bersama-sama dengan satu-satu pilihanraya kecil. MCA terkenal sebagai parti orang-orang Cina kaya, parti jutawan Cina, parti taikun. Ini peluang untuk masyuk. "Money, money,money"! Kalau BN tak bertanding maka tertutuplah peluang mereka untuk menyebat mana yang dapat. Kita bakal saksikan lori bergerak MCA ala K-Pop di Kajang nanti(?)

"Coming back"? Lupakanlah! PRU13 membuktikan masyarakat bandar telah menolak BN. Belum ada sesuatu yang konstruktif yang BN lakukan untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat bandar. Begitulah Kajang. Apatah lagi di dalam keadaan hari ini dimana PR mempunyai lebih banyak isu untuk diketengahkan di dalam PRK itu nanti.

Salah satu pukulan maut yang tak akan terjawab oleh BN ialah kangkung. Kangkung tetap bergemadi sepanjang tempoh PRK Kajang!

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang dia keneng kat khairi, bukan MCA. TAPI SEBENARNYA LAGI BAIK MAHATHIR SENYAP TAK PAYAH BAGI PANDANGAN, YANG PENTING ANWAR MESTI DI TABALKAN, KECUT PERUT PUAK2 UMPORNO. LIHAT LAH..

Anti Fitnah berkata...

Satu lagi pandangan dari keturunan eeee yang amat disanjungi Melayu UMNO dan Melayu Bangang.
Melayu mudah lupa. Itulah pendangan Mahathir Eeee ni. Dia tahu Melayu akan lupa akan dia dah buat kat Melayu. Harta negara dah dijadikan hak milik dia, anak-anak dia, geng dia, ... Ingat kes MISC, maka tahulah siapa si Mahathir eee ni. Jangan fikir "jasa" dia sebab disebaliknya "jasa" tu, dia melakukan penyelewengan. Hanya Melayu buta hati dan buta perut sahaja yang masih mempercayai Mahathir.
RM 1 negara untung. RM0.05 diberi kepada rakyat jelata. RM0.95 diambil dia dan geng dia. Inikah dikatakan jasa (RM0.05)? Bukankah jasa bermakna RM1 tu harus diberi balik kepada rakyat? Lupa aku bahawa kebanyakan Melayu buta sifir walaupun pandai dalam Matematik. 1 + 1 = 1.5.

Salatus Salatin berkata...

Salam saudara!
Tolong linkkan blog saya . Terima Kasih.

http://salatusalatin.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Mamaktahi ini jenis EEEE yea.....

EEEE..... Jijik lah.

Cakap cakap Biawak boleh percaya ke ? Lebih lebih lagi Biawak Kaya Tahap Firaoun....

Tanpa Nama berkata...

kalau pakai kangkong kat kepada mcm Bob mali rupanya

Tanpa Nama berkata...

Kaum mana yang sokong dr mahatahi ini?

Tanpa Nama berkata...

Ada yang tidak mahu calun yang akan kalah adalah datangnya dari UMNO. Biarlah calun yang kalah datangnya dari MCA atau MIC.

Apabila dah kalah, ada pula yang mengatakan, kalau telah letak calun UMNO, pasti telah menang.Kekalahan yang telah dialami adalah disebabkan kelemahan MCA dan MIC.

Yang baik adalah tidak meletakkan calun, saperti yang dinasihatkan oleh Khir Toyo.Tetapi takut pula dikatakan 'penakut' dan juga ego tidak membenar berbuat demikian.