31 Jan 2014

PRK Kajang Membazir Kata Najib, Kos Berjuta Sewa Jet Tidak Membazir?


Pilihan Raya Kecil Kajang satu pembaziran, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan datang adalah pembaziran wang awam yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat.

“Bagi menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR, Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk membawa beban pilihan raya kecil di Kajang.

“Anwar membebankan rakyat dan masyarakat Kajang. Saya dimaklumkan bahawa penduduk Kajang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku setakat ini,” katanya.

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib bagaimanapun enggan mendedahkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Kajang.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai siapa yang bakal menjadi calon BN sehingga saya tahu bila tarikh penamaan calon,” katanya.

Najib juga enggan mengulas berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya Najib sendiri bertanding di Kajang menentang Anwar.

“Ini bukan masalah saya, ia masalah PKR. Ia adalah isu yang ditimbulkan oleh pertelingkahan dalaman parti.

“Saya tidak mahu terlibat dalam politik parti mereka. Jangan heret Barisan Nasional dalam isu itu,” katanya.

Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mencabar Najib melawan Anwar dalam PRK Kajang.

PKR itu terpaksa diadakan berikutan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada Isnin.

“Umno, jika anda berani, mari bertanding. Jangan letak calon MCA, MIC atau Gerakan,” kata Azmin.

“Minta Najib bertanding di Kajang. Mari jika berani,” katanya ketika majlis taklimat jententera parti di Kajang, semalam.

Lee, yang menjadi Adun bagi penggal pertama mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menyertai 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Tetapi wujud spekulasi menyatakan Anwar akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah lama bercakar dengan Azmin. -TMI

ULASAN GB

Mengadakan PRK satu pembaziran tetapi bagaimana membelanjakan RM28.8 juta untuk kos sewa tahunan jet PM? itu bukankah lagi besar punya pemembaziran? Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam tidak mebazir?

PRK membebankan penduduk rakyat, kata Najib. Kenaikan harga barang, pengenaan GST, rasionalisasi subsidi dan seumpamanya tidak membebankan rakyat?

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

X membazir kalau x pakai duit rakyat.dicadangkan supayaa mana2 calon tak kira parti mana pn yg nk brtanding keluarkan sndr kos piliharaya..baru adil..lps menang blh kaut blk HASIL negeri..amacam..

Amuraria berkata...

raja kelentong kelentong lagi ! ABU !

ex army berkata...

Buat filem beratus juta tak membazir ka...byk duit kot mana mai

Tanpa Nama berkata...

PR tidak pernah membazir duit rakyat bila prk atau pru...yang rakyat nampak ialah umno bn nembazir duit rakyat macam duit tu bapak mereka punya...

Tanpa Nama berkata...


Orang lain buat dikata membazir.
Sendiri buat tidak membazir.
Sejarah bro..
Rakyat tidak buta sejarah UMNO di Selangor tuh.

Rakyat melihat kerajaan UMNO/BN lah paling banyak membazir.
Sudahlah dilihat membazir, tindak tanduk kerajaan itu pula akhirnya menimbulkan kemelut sara hidup dalam kalangan rakyat tidak kira siapa.

Pengundi UMNO/BN belum sedar lagi kah? Tekanan hidup itu natijah slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, membela rakyat dan entah apa lagi.

Aku percaya PRK Kajang itu usaha Pakatan rakyat untuk menggantikan UMNO/BN di Puterajaya. Jika fikiran masih sempit dan mata masih sirna dengan UMNO/BN, nasib engko lah.

Jika UMNO/BN ada hujjah maka PKR juga ada hujjah.
Hidup DSAI
Hidup Pakatan Rakyat
PRK Kajang selangkah ke Putrajaya.

Tanpa Nama berkata...

Rasul pesan jgn membazir sahabat shaitan tak kiralah parti mana. Asobiah itu ialah menyokong kumpulannya walaupun melakukan kesalahan ... Fikir2kanlah

Tanpa Nama berkata...

SEBENAR NYA UMNO TELAH 50 TAHUN LEBIH MELAKUKAN PEMBAZIRAN, RAKYAT HIDUP SUSAH, ADA YANG KAIS PAGI MAKAN PAGI, TETAPI JIKA ADA PERKARA UNTUK PERUBAHAN SPT YG AKAN DI BUAT PILIHANRAYA KAJANG INI, BIAR PUN MEMBAZIR HARI INI TETAPI AKAN BERMANAFAAT UNTUK 50 TAHUN AKAN DATANG. SEPATUT NYA BILA UMNO DAH MELALUI KEKALAHAN YG BERTIMPA2 MEREKA AKAN SEDAR DAN MENUKAR CORAK HIDUP BAIK PEMIMPIN ATAU PUN PENGIKUT NYA, LIHAT LAH JIKA CARA INI BN DAN UMNO MEMIMPIN MAKA PEREPUTAN CEPAT BERLAKU SPT MANA MANTAN pm MAHATHIR MENYATAKAN SUDAH REPUT HINGGA KE USUS,. PERCAYA LAH KATA2 BELIAU.

Tanpa Nama berkata...

Jgn usik pasal rosmah. Apa salah dia kan dia semuanya guna duit tabung dia.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Bahalol cakap bazir duit , tak sedar bagi gaji buta mentedarah duit rakyat siang malam sampai buncit dengan duit komisen tu tak bazir wang.

Bodoh betul , memalukan nama keluarga saja !!!

Tanpa Nama berkata...

dah jadi kebiasaan parti ketuanan melayu semalaysia. bila nak masuk kat orang lain membazir tapi bila masuk ke poket nya diam seribu bahasa.

Tanpa Nama berkata...

Tang orang lain membazir konon. Dua kediaman rasmi PM pada tahun 2012 belanja air dan letrik RM 3.2 juta, kata Shahidan Kassimdi parlimen. Itu belanja dalam kempen wasatiyyah(sederhana). Perbelanjaan lain-lain belum dikira lagi (belum diumumkan).