Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari
KUALA LUMPUR 30 JAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.
“Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.
“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”
“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.
Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.
“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”
“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).
Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.
“Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!
“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,” ujarnya.
Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.
“Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.
“Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah,” ujarnya.
Perhatian di kawasan luar bandar
Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.
“Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.
“Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar,” kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.
“Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar,” ujarnya lagi. -KD
PRK DUN KAJANG: WAJARKAH?
Ramai berkata PRK DUN Kajang tidak wajar kerana membazir wang rakyat. Ramai berkata ADUN yang meletakkan jawatan sebagai mengkhianati amanah rakyat. Ramai anak muda dan pemimpin parti pembangkang yang berkata akan memulaukan kempen PRK. Ramai yang berkata mana boleh Anwar menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak?
Dan Azmin Ali berkata, jangan menggelabah, itu adalah tindakan taktikal PKR untuk mengambil alih Putrajaya.
Maka, ada yang bertanya, apa pendapat saya?
Saya tiada masalah dengan pilihan raya kecil. Jika kerusi sudah kosong, maka adakan pilihan raya. Bagi rakyat peluang untuk berpesta demokrasi memilih wakil yang mereka anggap layak. Yang menjadi harapan saya ialah supaya pilihan raya kecil itu berjalan dengan licin, adil dan bebas.
Saya tiada masalah dengan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang. Jika beliau sudah tidak mahu berkhidmat atau merasakan ada pemimpin yang lebih baik daripada beliau, letaklah jawatan. Yang menjadi masalah kepada saya adalah sekiranya beliau melompat parti.
Saya juga tidak ada masalah jika anak muda dan pemimpin pembangkang hendak pulaukan pilihan raya kecil ini. Itu adalah pilihan masing-masing. Yang menjadi masalah pada saya ialah sekiranya pilihan raya kecil tidak diadakan dalam masa 60 hari setelah ada kekosongan.
Saya tidak nampak kenapa Anwar tidak boleh menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak. Perlembagaan membenarkan. Yang perlembagaan tidak benar ialah menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serentak.
AKHIRNYA, saya tiada masalah jika YB Azmin kata itu adalah tindakan taktikal PKR untuk ke Putrajaya. Yang saya bimbang ialah sekiranya tindakan itu merupakan satu kesilapan teknikal. -fb Prof Mohd Agus
5 ulasan:
Professor yang bijak matang dan berakal saja memahami permainan politik gagasan pakatan rakyat yang berjaya memajukan Selangor.
Professor Kangkung masih senyap akibat kembong perut memakan Kangkung basi.
Tahniah Aziz Bari dan Agus.
Aa...aa..lah,yg ramainya nak main politik bukan berpolitik!...bila ramai yg main politik harubiru jadinya,punah ranah negara...harta negara dibelanja mcm harta pusaka dari bapak dia je...hutang negara rakyat yg kena tanggung.!
kalau tanya orang BN dan umno memang dia orang kata membazir dan macam2 lagi, Realiti nya dia orang takut kalah lagi dan dalam keadaan ekonomi malaysia dan suasana hari ini tidak menyebelahi mereka sebab itu menjerit tak keharuan kerana perasaan takut, lagi pulak kerana susuk tubuh Anwar yang jelas selama ini telah di uji dengan segala fitnah dan tuduhan, itu lah yang macam histeria puak2 kangkong dan proffesor kangkung menidakkan PRK ini. sehinggakan mereka merasakan bahawa perlembagaan malaysia tak wujud. takuttttttttttt sungguh. hadapi lah ini lah yang dikatakan Kebenaran tetap teserlah dan kebathilan akan terrhapus.
Si bari ni xboley pakai pandangan die,bias..kenyataan prof agus lebih matang,jelas dan kita dapat bezakan antara fakta dan pendapat peribadi beliau..membazir tetap membazir macam2 mane pun..satu lagi,nape pemimpin pas (yg bertaraf ulamak) macam tidak setuju dengan prk ni?pelik,demi seorg bernama ai.....
ORG YG KATA PRK MEMBAZIR WANG RAKYAT MEMANG PENDEK AKAL.
YG BETUL2 DGN PENUH KEGILAAN TK INGAT SIANG MALAM TK INGAT AKHIRAT YG TELAH MEMBAZIR WANG RAKYAT BERBILLION2 ADALAH..... ORANG PENDEK (ROSMAH) ... hihihhi
Catat Ulasan