15 Nov 2013

[ANUGERAH TERTINGGI NEGARA] Najib, PM Paling Boros!


Najib, PM paling boros?

PKR semalam mendedahkan bahawa kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7.2 bilion untuk bayaran kepada khidmat perunding sejak lima tahun lalu. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen mendedahkan angka itu melalui jawapan bertulis yang diperolehinya daripada Parlimen, sekaligus memberi maksud bahawa jika diperhalusi, bayaran kerajaan kepada perunding adalah berjumlah RM4juta sehari.

Perbelanjaan yang amat besar ini tentunya menimbulkan persoalan siapakah sebenarnya yang sedang mengurus kerajaan sekarang, kakitangan kerajaan atau perunding luar ini?

Ia juga menimbulkan persoalan mengapakah perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan untuk membayar khidmat perunding ini sedangkan negara sudah pun mempunyai kakitangan kerajaan yang bukan saja besar, kira-kira 1.4 juta orang saiznya tetapi juga di dalam perkhidmatan kerajaan juga terdapat mereka yang berpengalaman, berilmu pengetahuan, berkelulusan tinggi dan sebagainya.

Oleh kerana wang RM7.2 juta ini wang rakyat, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjelaskan bagaimana wang sebanyak itu boleh dibelanjakan dan pecahannnya. Apakah sebenarnya jenis perkhidmatan yang diberikan oleh perunding luar ini?

Lebih bertanggungjawab sekiranya Najib atau kerajaan dapat menjelaskan secara detail menyenai perkara ini di Parlimen supaya ia dapat dibahas dan diperdebatkan kewajaran atau sebaliknya perbelanjaan sebesar itu telah diperuntukkan oleh kerajaan hanya untuk bayaran kepada perunding saja.

Dengan hutang negara yang kian meningkat, terbaru dilaporkan sudah pun mencecah lebih RM622 billion, subsidi gula ditarik dan rakyat diminta mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, perbelanjaan sebanyak ini hanya untuk khidmat perunding luar saja, tentunya menunjukkan "kegilaan" melampau kerajaan yang ada sekarang dalam membelanjakan wang rakyat.

Selama ini kita hanya mendengar bayaran RM70 juta setahun untuk APCO yang memberikan khidmat perunding media kepada Perdana Menteri dan terbaru ini pula dilaporkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia oleh perunding luar McKinskey and Co bernilai RM20 juta, rupa-rupanya ketaksuban kerajaan kepada perunding luar ini jauh lebih besar lagi.

Khidmat perunding luar ini mungkin mencakupi beberapa perkhidmatan yang tidak terfikir oleh kita semua, tetapi dilakukan semata-mata kerana Najib mahukan kerajaan yang dipimpinnya benar-benar berbeza dengan Perdana Menteri sebelumnya.

Penggunaan khidmat perunding luar ini turut juga memperlekeh khidmat dan keupayaan kakitangan kerajaan sedia ada dan seolah-olah mereka tiada keupayaan langsung menjalankan tugas, terutamanya berkaitan penyelidikan, penyediaan kertas kerja dan mewujudkan program-program baru untuk kerajaan.

Apakah kakitangan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib ini hanya layak melakukan kerja-kerja fotostat dan diangkut ke sana ke mari untuk meramaikan program-program politik sahaja?

Dengan perbelanjaan sebanyak itu, sudah tentu juga kebanyakan syarikat yang dilantik memberi khidmat perunding itu adalah dari luar negara atau sekurang-kurangnya dari Singapura, tentulah tidak mustahil juga unsur-unsur asing seperti CIA turut juga meresap dalam kerajaan.

Mungkinkah khabar angin yang didengar oleh Mahathir bahawa terdapat dua orang ejen CIA dalam Jabatan Peguam Negara merupakan sebahagian daripadanya?

Tidak dinafikan bahawa angka RM7.2 bilion hanya untuk bayaran kepada khidmat perunding luar saja adalah suatu jumlah yang besar dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Ia jelas menunjukkan pemborosan yang luar biasa dan tiada taranya telah dilakukan oleh Najib sejak menjadi Perdana Menteri walaupun saban tahun hutang negara terus meningkat jumlahnya.

Jika dikira dengan pelbagai perbelanjaan lainnya yang juga luar biasa seperti bil ulititi Seri Perdana berjumlah RM2.5 juta, kos rumah terbuka RM2.88 juta, kos lawatan ke luar negara berpuluh juta, kos minyak dan penyelenggaran jet bernilai ratusan juta dan pelbagai kos lainnya yang turut dalam lingkungan puluhan atau ratusan juta nilainya, Najib sebenarnya layak dinobatkan sebagai Perdana Menteri paling boros sekali dalam sejarah negara.

Dalam tempoh lima tahun yang sudah berlalu, pelbagai pendedahan mengenai kos dan perbelanjaan yang terpaksa dibayar oleh pembayar cukai hanya untuk memuaskan nafsu dan kehendak beliau sebagai Perdana Menteri. Bayangkanlah berapa puluh bilion lagi akan dibelanjakan untuk tempoh lima tahun akan datang? – shahbudindotcom


RM7.2 bilion bayar perunding: PKR desak penjelasan kerajaan


Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum.

"Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013.

Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat.

"Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari.

"Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata 13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan mengambil sikap telus dalam perkara ini serta mendedahkan semua butiran daripada pembayaran kepada perunding swasta tersebut.

"Lebih banyak ketelusan diperlukan.

"Kami menyeru semua kementerian mendedahkan secara sepenuhnya jumlah yang dibelanjakan untuk syarikat perunding swasta dan nama syarikat perunding terbabit," katanya.

Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai peranan penjawat awam yang terdiri seramai 1.42 juta ketika kerajaan berbelanja besar membayar perunding swasta.

"Isunya di sini ialah pengabaian peranan penjawat awam dalam kerajaan sedangkan kita mempunyai lebih sejuta penjawat awam.

"Perkara ini sangat membimbangkan, kami desak kerajaan beri penjelasan.

"Kami mahu butiran, nama perunding dan berapa banyak yang dibelanjakan,” katanya pada sidang media sama.

Isu perlantikan perunding luar bukan kali pertama dibangkitkan oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kerana DAP turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu.
-TMI



14 Nov 2013

Dr.Mursi: Pemerintah Kudeta Perlu Dihapuskan & Dihadapkan Ke Muka Pengadilan


Kumpulan pembela Presiden Mursi mengadakan sidang akhbar semalam, Rabu (13/11/2013). Dalam sidang tersebut ini, disebutkan bahawa Presiden Mursi mengirimkan pesanannya kepada seluruh rakyat Mesir. Berikut ialah pesanan tersebut:

Rakyat Mesir yang mulia, aku ingin menyampaikan kepada kalian gambaran peristiwa yang terjadi pada tanggal 3 Julai. Peristiwa itu adalah sebuah pengkhianatan kepada rakyat. Apa yang terjadi adalah sebuah kudeta tentera.

Kudeta adalah sejenis kejahatan yang melanggar undang-undang dan peraturan dalam menggerakkan tentera. Kudeta adalah perbuatan mengkhianati Allah swt. dan Rasul-Nya ketika menteri pertahanan melakukan sumpah jabatannya. Kudeta juga perbuatan mengkhianati rakyat, kerana telah memecah rakyat Mesir padahal mereka adalah satu keluarga.

Mesir tidak akan kembali pulih sebelum semua akibat kudeta dihapuskan; semua orang yang terlibat dalam pembantaian diadili. Mereka harus mendapatkan hukuman qisas yang mendatangkan keridhaan Allah swt.

Sejak tanggal 2 Julai, aku telah diculik di markas jabatan kepresidenan. Kemudian pada tanggal 5 Julai aku dipindahkan secara paksa ke salah satu pangkalan tentera. Di tempat itu aku hanya sempat bertemu dengan Katerine Ashton (Uni Eropa), delegasi Uni Afrika, dan delegasi hakim yang melakukan pemeriksaan tapi aku menolak menjawab pertanyaan mereka.

Sejak saat itu aku tidak bertemu dengan siapapun sampai tanggal 4 November ketika aku dibawa ke gedung Akademi Polis. Aku tidak pernah bertemu dengan pimpinan tentera, media, dan siapapun. Kalau ada yang menyatakan aku bertemu dengan pihak-pihak tertentu, itu tidak ada buktinya.

Aku memberikan salam hormat yang tulus kepada seluruh rakyat yang telah melakukan tentangan terhadap kudeta ini. Sampai saat ini mereka masih memperlihatkan keteguhan yang tidak ada duanya di dunia. Walaupun ada juga yang tidak mempercayainya, seperti tidak mempercayai adanya matahari yang bersinar.

Akupun masih teguh dan sabar kerana semangat dari para demonstran di jalanan. Maka, bergabunglah dalam membela hak-hak negeri ini, jangan bergabung dalam membela individu siapapun dia dan apapun kedudukannya.

Masa kekuasaan kudeta akan segera berakhir. Pemerintahan kudeta mulai roboh. Roboh kerana keteguhan rakyat Mesir. Aku turut mendukung para syuhada dan keluarganya. Aku pastikan, darah mereka tidak akan hilang sia-sia. Darah merekalah yang telah melukis jalan bagi negeri ini.”


Sementara itu, Mohamed al-Damati, salah seorang peguam Mursi yang ditemui berkata: "Rancangan presiden ialah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kudeta, dan ini terserah kepada pihak peguam di dalam jangkamasa yang terdekat."

Mursi walaubagaimana pun belum menyetujui mana-mana peguam untuk mewakilinya di dalam pengadilan di mahkamah yang telah ditetapkan bersambung pada 8 Januari nanti.

Rory Challands, wartawa Al Jazeera di Kaherah berkata: "Beliau (Mursi) masih tegas menyatakan bahawa makhamah itu tidak sah dan tidak mempuyani apa-apa kuasa untuk melakukan apa yang mereka sedang lakukan.

Laporan Palsu: NST Minta Maaf & Bersetuju Bayar RM120,000 Kepada Empat NGO


Laporan 'gugat kestabilan': NST akan mohon maaf

Hari ini dianggap sebagai kejayaan untuk kewartawanan yang bertanggungjawab apabila harian arus perdana New Straits Times (NST) terpaksa tunduk kepada tuntutan empat NGO untuk meminta maaf kerana menyiarkan laporan palsu.

Permohonan maaf itu sebahagian daripada syarat ditetapkan oleh gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH 2.0, kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan badan penyelidik Merdeka Centre, untuk menggugurkan pertuduhan mereka.

NST juga bersetuju membayar RM120,000 kepada empat pihak itu, untuk laporan lebih setahun lalu yang mendakwa badan-badan itu terlibat dalam rancangan menggugat kestabilan kerajaan BN.


"Kerosakan telah berlaku pada masa itu... Saya harap perkara ini tidak menjadi tabiat NST untuk menulis laporan palsu dan kemudian minta maaf selepas itu," kata pengerusi bersama BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan kepada pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Permohonan maaf bukan penghujungnya. Kami mahu melihat kewartawanan yang bertanggungjawab."

NST bersetuju menyiarkan permohonan maaf pada halaman 3 akhbar itu dalam tempoh 14 hari, kecuali Sabtu.

Ia juga akan menarik balik laporan itu dalam portal atas taliannya dan menyiarkan permohonan maaf yang sama.

Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong bersetuju menarik balik saman itu selepas bertemu dengan peguam kedua-dua pihak.

Laporan NST di muka depan pada 21 September tahun lalu menuduh BERSIH dan NGO lain merancang konspirasi untuk menggugat kestabilan kerajaan BN. -mk

Husam Berjaya Kekalkan Injunksi Halang Parpukari Tabur Fitnah


Naib Presiden PAS berjaya kekal injuksi terhadap penulis blog Parpukari

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berjaya mengekalkan perintah injuksi Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada April lalu terhadap penulis blog Parpukari agar tidak terus melemparkan kenyataan fitnah kepada Husam.

Panel tiga hakim Makamah Rayuan Putrajaya diketuai Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan penulis blog itu atau nama sebenarnya Mohamad Salim Iskandar membayar RM5,000 kepada Husam.

Husam berjaya mengekalkan injuksi terhadap Mohamad Salim, 40, daripada terus menerbitkan artikel fitnah bertajuk "Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!" pada Februari tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Yazid Mustafa memerintahkan injuksi tersebut ke atas Mohamad Salim.

Perbicaraan saman Husam terhadap penulis blog Parpukari itu akan didengar pada Januari tahun hadapan.

Husam memfailkan saman terhadap Parpukari dan menamakan Mohamad Salim sebagai pemilik blog.

Katanya, penulis blog itu telah memaparkan gambarnya memiliki hubungan dengan wanita yang bukan isterinya.

Mohamad Salim turut mendakwa Husam sebagai parasit dalam PAS yang kemudiannya ditepis Husam dengan mendakwa artikel itu satu penipuan dan fitnah bertujuan untuk memburuk-burukkannya sebagai pemimpin PAS.


Husam dalam injuksinya meminta ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk bernilai RM5 juta.

Mohamad Salim dalam pembelaannya menafikan dia memiliki dan menulis di blog itu.

Husam diwakili peguam Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim Zaki sementara Mohamad Salim diwakili Parvinder Kaur Sandhu. -TMI

ULASAN GB

Selepas papagomo, padijantan, kini parpukari.

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Dan di dalam satu ulasan GB yang lain GB telah nukilkan

Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta.

Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta!

Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, kita akan menyaksikan papagomo pasti hancur binasa!

Bukan saja papagomo, sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno.... mereka pasti binasa

Mahkamah Mesir Perintahkan Tempoh Darurat Ditamatkan


Kaherah - Mahkamah Mesir, pada Selasa (12/11) waktu tempatan, memerintahkan agar status keadaan darurat negara ditamatkan dua hari sebelum jadual sebenar pencabutan status tersebut.

Status darurat dikuatkuasakan tiga bulan untuk menumpaskan demontrasi gerakan Islam. Pengadilan tata usaha negara menyatakan dalam amar keputusannya bahawa menurut perhitungan keadaan darurat akan berakhir pada Selasa, demikian pejabat berita Mesir MENA melaporkan.

Kementerian Dalam Negeri dan tentera menyatakan, mereka akan terus menguatkuasakan darurat sampai mereka menerima pemberitahuan secara rasmi.

"Angkatan bersenjata secara rasmi belum diberitahu tentang keputusan mahkamah itu, dan akan tetap meneruskan darurat sehingga malam dalam beberapa jam," kata kementerian dalam satu pernyataan yang dikutip pejabat berita AFP.

Presiden sementara Mesir yang dilantik pihak tentera, Adly Mansour menyatakan, keadaan darurat pada 14 Ogos kerana kekerasan melanda Mesir setelah polis membubarkan dua protes besar yang didirikan para pendukung presiden yang digulingkan Mohamed Mursi.

Pengusiran tersebut menimbulkan ratusan korban jiwa.

Keadaan darurat dan jam malam semula akan berlaku selama sebulan sejak 14 Ogos tetapi pemerintah memperpanjangnya hingga dua bulan pada 12 September.

Sebelum keputusan pengadilan Isnin (11/11), jam malam dikuatkuasakan antara pukul 01.00 dan pukul 05.00 waktu tempatan. Menurut perlembagaan sementara yang ditandatangani oleh Mansour, perpanjangan masa keadaan darurat akan memerlukan referendum.

Keadaan darurat memberikan kekuasaan lebih besar kepada tentera yang berada di jalan-jalan untuk menangkap, khususnya pada saat jam malam.

"Dalam praktik, keadaan darurat hanya digunakan untuk jam malam dan kekuatan menangkap bagi tentera," kata Ketua Hak Asasi manusia di Mesir, Heba Morayef.

"Ini simbolisme Kementerian Dalam Negeri tampak memiliki keyakinan ini, bahawa undang-undang represif merupakan pencegah," katanya.

13 Nov 2013

[VIDEO] Anggota Polis Dipenjara Seumur Hidup Kerana Menculik


Alor Setar: Tiga lelaki, termasuk seorang anggota polis, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini setelah didapati bersalah menculik seorang lelaki bagi mendapatkan wang tebusan RM40,000 di Bedong, Sungai Petani tahun lepas.

Koperal Mat Rani Zakaria, 51, dari Negeri Sembilan serta dua pekerja tempat cuci kereta iaitu Mohamad Shukri Ibrahim, 33, dan Jeffri Abdullah, 29, didakwa menculik mangsa, 24, yang bekerja sendiri, di depan sebuah hotel di Bedong pada 15 Mac 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab turut menjatuhkan hukuman 10 sebatan setiap seorang ke atas Mohamad Shukri dan Jeffri manakala Mat Rani terlepas kerana faktor usia.

Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata pembelaan kesemua tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata mereka tidak menafikan menahan dan membawa mangsa ke sebuah hotel di Klang, Selangor serta meminta RM40,000 daripada abangnya.

“Ketiga-tiga tertuduh, dalam pembelaan mereka, mengatakan mereka meminta duit itu sebagai ‘kautim’ untuk tidak membawa mangsa ke Bukit Aman selepas mereka menemui dadah dalam kereta mangsa,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohd Fadli Shuib yang mewakili Mat Rani meminta hukuman anak guamnya diringankan kerana tertuduh memiliki rekod yang baik sebagai anggota polis.

Bagaimanapun, Mohd Zaki berkata beliau tidak dapat menerima alasan itu kerana sebagai anggota polis, Mat Rani sepatutnya memahami kesan tindakannya.

“Seorang anggota polis tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian, dia sepatutnya melindungi orang ramai,” katanya.

Sementara itu, peguam T.Jayaraj yang mewakili Mohamad Shukri dan Jeffri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana mangsa dalam kes ini tidak dicederakan.

Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani. – BERNAMA

?

[VIDEO] Bukan Dengan Dr.Morsi Saja, Dengan Ust Hadi Pun Kudeta Fitnahkan Juga


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menafikan laporan akhbar pro kerajaan rejim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa beliau ialah Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.

Beliau berkata, walaupun beliau dan PAS mendukung demokrasi dan menentang kudeta di Mesir namun adalah tidak munasabah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslimin.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dan berita ini adalah bohong dan sangat mendukacitakan. Adalah tidak munasabah saya yang duduk di timur jauh melibatkan diri secara langsung dengan apa yang berlaku di Mesir.

"Kita tidak masuk campur (krisis Mesir) cuma hak asasi manusia kita sokong bukan sahaja PAS tapi parti lain di barat yang mendukung demokrasi mahu hak rakyat dikembalikan.

"Mereka nak heret kita terlibat dengan Ikhwan itu adalah tidak benar kerana kegiatan Ikhwan terlibat dengan Asia Barat dan orang Asia Barat di Eropah, jadi tak munasabah nak letak saya sebagai setiausaha agung," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.

Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang juga menyifatkan laporan tersebut sebagai provokasi untuk mengganggu hubungan PAS dengan pihak luar.

"Ini satu berita provokasi untuk menyulitkan kita dalam hubungan antarabangsa," katanya.

Justeru, tegasnya PAS sedang mengkaji tindakan guaman yang boleh diambil ke atas akhbar tersebut.

"Saya telah hubungi rakan-rakan di Asia Barat termasuk rakan di UK untuk menafikan berita ini dan kita serah juga kepada pihak guaman untuk mengambil tindakan sewajarnya," tegasnya yang juga Adun Rhu Rendang.

Pada 22 Oktober 2007, Tuan Guru Abdul Hadi memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Daily Mirror dalam akhbar dan juga web mereka, secara terang-terangan menyiarkan gambar Datuk Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al-Qaeda, dan sedang ditahan di Guantanamo Bay. -HD


Wanita Kristian Ini Menutup Aurat & Merasai Ketenangan Yang Tak Pernah Dirasa Sebelumnya


Wanita Kelantan menutup aurat, tergerak hati saya’

KOTA BHARU: "Saya menghantar anak saya ke Pasti kerana saya merasakan bahawa pendidikan agama yang menjamin masa depan anak saya," kata Maria Solastri, seorang warga negara Indonesia beragama Kristian yang menghantar anak lelakinya di sebuah Pasti dalam kawasan Kota Bharu.

Beliau dijemput berucap berkongsi pengalaman dalam Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' Kampung Puteh, dekat sini yang dirasmikan oleh Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Suami Maria berbangsa Tionghua berasal dari Johor dan sekarang menetap di Kelantan.

Menurut beliau lagi, kehidupannya sebelum ini seperti penganut Kristian lain yang hidup dalam keadaan sosial dan berpakaian tidak menutup aurat.

"Tetapi apabila saya datang ke Kelantan dan melihat wanita Kelantan menutup kepala dan aurat sempurna, tergerak hati saya untuk melakukannya.

"Apabila saya berpakaian seperti ini saya dapat merasa suatu ketenangan yang belum pernah saya rasa,"
ujarnya yang memukau perhatian yang hadir.

Sebelum itu Dr Ramli dalam ucapannya berkata bahawa kurikulum yang digubal dan digunakan oleh Pasti mendapat pengiktirafan antara kurikulum pendidikan pra sekolah yang terbaik dalam negara.

Majlis Ihtifal Pasti Al-Bhaidha' yang berusia setahun itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna hampir 50 orang kanak-kanak, pelbagai persembahan, pertandingan fesyen dan cabutan bertuah. -HD?

ULASAN GB

Mungkin pengalaman wanita Krisitian ini dapat meneggerakkan hati, bukan saja kaum hawa bukan Islam yang lain, tetapi untuk kaum hawa yang beragama Islam (yang belum menutup aurat sepenuhnya) juga, untuk mcuba menggunakan pakaian yang menutupi aurat... dan rasakan ketenangan sepertimana dialami olehnya.

Batman Bin Suparman Dihukum Penjara 33 Bulan Kerana Mencuri


Namanya boleh super hero tapi kelakuannya seorang penjahat, itulah yang terjadi terhadap seorang lelaki Singapura bernama Batman bin Suparman yang menjadi selebriti media sosial baru-baru ini.

Batman bin Suparman, yang berarti “Batman anaknya Suparman” dalam bahasa Melayu, dijatuhi hukuman penjara selama hampir tiga tahun pada hari Isnin kelmarin (11/11/2013) kerana melakukan pelbagai kesalahan, termasuk pencurian, pecahrumah serta mengambil dadah.

Penganggur berusia 32 tahun ini ditangkap pada 19 Ogos lepas lalu, setelah video pihak keselamatan memperlihatkan dia menyelinap ke sebuah kedai di malam hari pada dua kesempatan yang berasingan.

Ia juga dituduh mencuri kad ATM adiknya dan melakukan penarikan sebesar S$500 yang wangnya digunakan untuk mengambil heroin.

Batman, yang dijatuhi hukuman sejumlah 33 bulan penjara, menjadi sensasi media sosial setelah kad pengenalannya beredar secara online.

Meski pun penjahat, sebuah halaman “Batman bin Suparman Fan Club” di laman jejaring sosial Facebook telah mengumpulkan lebih 11,000 likes.


12 Nov 2013

Anggota BN Tempelak Ahmad Maslan Kerana Salahguna Kuasa


MCA: Ahmad Maslan, bukan tugas GLC sokong Utusan

MCA mempersoalkan arahan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan supaya syarikat berkaitan kerajaan lebih banyak beriklan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

Menggelarkan langkah itu sebagai salah guna kuasa, Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu berkata, bukan tugas kerajaan untuk memberikan subsidi atau menyebelahi mana-mana organisasi media swasta seperti Utusan.

Katanya, jika harian berbahasa Melayu, Cina dan Inggeris lain boleh bersaing menarik lebih pembaca dan sekali gus iklan, beliau tidak nampak kerana Utusan harus menikmati keistimewaan daripada dana kerajaan.

"Ini juga penghinaan kepada kecekapan dan profesionalisme mereka," kata Gan dalam kenyataan.

Ahmad kelmarin dilapor berkata, beliau sudah menulis surat kepada pemimpin tertinggi GLC berkenaan supaya membelanjakan bajet iklan mereka kepada akhbar berbahasa Melayu khususnya yang dimiliki Umno iaitu di Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut Ahmad, perbelanjaan 3.7 peratus daripada 35 GLC utama untuk bajet pengiklanan di Malaysia terlalu amat sedikit jika dibandingkan dengan "perjuangan Utusan, Berita Harian ini untuk negara". -mk

Umno dikecam guna GLC bantu Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengecam tindakan Umno menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya mengiklankan produk mereka dengan akhbar Utusan Malaysia kerana GLC bukan milik mutlak kerajaan.

Pemimpin PKR itu berkata, GLC adalah milik rakyat Malaysia dan bukan hanya berperanan menjaga kumpulan tertentu, malah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyalahgunakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

"Beliau perlu ingat sebagai timbalan menteri yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh rakyat untuk berkhidmat kepada mereka, beliau perlu meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sim berkata, GLC diberikan mandat untuk menjaga kepentingan negara bukan hanya kepentingan Umno atau menjaga Utusan Malaysia sahaja.

"GLC diberikan mandat untuk menjaga kepentingan negara bukan hanya Umno sahaja.

"Pemimpin politik sentiasa datang dan pergi, tapi GLC akan kekal untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, Utusan Malaysia menjadi akhbar yang hilang kredibiliti dan integriti sejak ia diambil alih oleh Umno.

"Akhbar itu hilang integriti dan kredibiliti sejak ia diambil alih Umno pada 1969, walaupun terdapat kerisauan dan bantahan daripada pekerja sendiri ketika itu," katanya.

Beliau turut menyarankan Utusan Malaysia supaya mengikut contoh akhbar berbahasa Melayu seperti Sinar Harian yang beritanya tidak berat sebelah dan mempunyai jumlah pembaca yang tinggi.

"Satu lagi akhbar harian berbahasa Melayu, Sinar Harian pula kekal dengan laporan tidak berat sebelahnya dan mendapat jumlah pembaca tinggi serta peningkatan dalam jumlah iklan.

"Kebebasan dalam laporannya mendapat kepercayaan pembaca merentas bangsa," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno itu sering berdepan kes saman daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Antaranya adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin daripada PAS.

Uusan Malaysia ialah akhbar berbahasa Melayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad.

Menurut laporan Audit Bureau of Circulations pada 2004 jualan harian akhbar Utusan Malaysia adalah sebanyak 256,247 naskhah tetapi pada 2009 jualan harian akhbar itu menjunam ke 169,548 naskhah sehari.
-TMI

Joemar Pula Sedang Dicari Polis, Pegang Duit Rompakan RM400K

Polis buru rakan tembak pegawai Ambank

KUALA LUMPUR - Susulan penangkapan suspek utama dalam kes rompakan dan bunuh di Ambank cawangan Subang Jaya, polis kini memburu rakan jenayahnya dikenali sebagai 'Joemar' yang disyaki menyimpan sebahagian besar hasil rompakan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ,Joemar yang dipercayai warga Indonesia juga bersubahat merancang rompakan dengan suspek utama.

"Joemar bukan pengawal keselamatan dan dia diburu bagi mengesan semula wang rompakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah dari Perspektif Islam, di Maktab Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Khalid juga berkata, polis sudah mengenali identiti sebenar suspek utama itu dan mengesahkan lelaki berusia 35 tahun tersebut berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Suspek sebelum ini menggunakan nama dan kad pengenalan palsu untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan sebuah syarikat kawalan keselamatan di ibu negara.

Lelaki itu diberkas oleh polis kira-kira pukul 7 pagi semalam di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor selepas diburu sejak 23 Okt lalu.

Mengulas tangkapan lelaki itu, Khalid berkata polis tidak menemui wang rompakan pada suspek.

"Ini bermakna, kita hanya menemui hasil rompakan berjumlah RM20,000 yang ditemui bersama tiga ahli keluarga suspek sebelum ini. Kita juga sedang mengesan senjata api yang digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya.

Hasil siasatan awal, suspek mengaku menggunakan kad pengenalan palsu yang dibeli daripada seorang lelaki Indonesia di Malaysia, katanya.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan berhubung penjualan kad pengenalan palsu ini termasuk harga yang ditawarkan walaupun kad pengenalan palsu ini tidak boleh diakses oleh peranti biometrik," katanya.

Sehingga semalam, polis menahan 12 orang termasuk suspek utama berhubung kes itu.

Dalam kejadian rompakan itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika mangsa membuka peti besi di dalam bilik kebal bank tersebut.

Mangsa yang berkerja 16 tahun dengan bank itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata Bangsar antara kawasan yang dikenal pasti akan dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan peruntukan telah disediakan dalam Bajet 2014.

"Ini memandangkan Bangsar ketika ini merupakan kawasan tumpuan dan penjenayah memang mengambil kesempatan di kawasan seperti ini dan kita turut meningkatkan kehadiran polis di kawasan ini," katanya. - Bernama


Lakaran Wajah Suspek Kes Tembak Ahmad Rafli Diedar


Kuantan: Polis mula mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Ab Malek sebentar tadi.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifudin Ab Ghani berkata, lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah Mohd Raffli.

"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya dalam sidang media tadi.

Beliau berkata, lakaran itu 70 peratus tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi.

"Suspek bertubuh sasa, berkulit sawa matang, rambut dan misai beruban.

"Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunya maklumat supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 095132222 atau bilik gerakan IPD Kuantan di 095142999," katanya. -hm


Isk.. Isk.. Penjenayah Itu Campak "Pump-Gun" Ke Dalam Longkang...


Polis hari ini menemui senjata api yang dipercayai diguna dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas. Gambar ehsan NST.

Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru, kata sumber itu kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya penemuan senjata api itu hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam.

Dalam kejadian 23 Okt lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di bahagian muka oleh suspek yang juga pengawal keselamatan bank itu ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan.

Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama wang rompakan berjumlah RM450,000.

Lelaki itu diberkas oleh polis pagi semalam di Kota Tinggi, Johor. - Bernama

ULASAN GB

Baru pagi semalam GB mempertanyakan begini:

Dan kita tidak pasti samada senjata yang digunakan oleh suspek untuk menembak Norazita di dalam rompakan di AMBANK tersebut telah berjaya dirampas.


Tiba-tiba keluar berita sebelah petang semalam bahawa pump-gun & sekotak peluru telah di temui. Ia dicampak ke dalam longkang oleh si musibat itu.

Kita tak tahu nak cakap apa lagi.

. Mujurlah ia belum/tidak ditemui oleh orang lain.

Cerita dah macam separa-logik, tetapi mujurlah senjata itu telah ditemui oleh polis. Pakar forensik boleh meneruskan siasatannya berdasarkan cap jari yang ada di pump-gun berkenaan.

Walau Ditekan & Ditindas, Ikhwanul Muslimin Semakin Popular & Kukuh


Kaherah - Dr. Manshur Abdul Ghafar, seorang pakar undang-undang dari Pusat Pusat pengajian Undang-undang menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin bertambah populer dan kuat akibat dari tekanan yang dialaminya. Hal yang sama telah terjadi dan terbukti sepanjang sejarah jamaah ini.

Menurut Abdul Ghafar, selama 80 tahun Ikhwanul Muslimin juga selalu mendapatkan pukulan hebat yang menyebabkan banyak kalangan mengira sebagai akhir riwayat jamaah ini. Tapi yang terjadi malah sebaliknya, jamaah ini semakin membesar dan meluas.

Dalam wawancara dengan televisi Al-Arabia, Abdul Ghafar menyangkal perkiraan bahwa Ikhwnul Muslimin telah tamat saat ini. Beliau menyatakan bahawa Ikhwan mempunyai dasar sosial yang sangat kuat. Beliau membuktikan bahwa walaupun hampir semua pemimpinnya telah masuk penjara, tapi demonstrasi-demonstrasi menentang kudeta masih saja berlaku setiap hari. Demonstrasi-demonstrasi dilakukan oleh rakyat biasa yang ingin mengungkapkan aspirasinya yang sama dengan Ikhwan.

Menurutnya, jumlah pendukung Ikhwan mungkin saja akan berkurang saat ini. Tapi dapat dipastikan para kader Ikhwan akan tetap memegang sikap dan prinsipnya.

Kerana ideologi tidak mengenal mati. Sejarah membuktikan walaupun pimpinan dan kader pimpinan Ikhwan ditangkap, ditahan, dihukum mati, disita asetnya, dibubarkan dan dilarang organisasinya, tapi mereka tetap bekerja.

ULASAN GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Demikianlah sunatullah, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apabila sesebuah pertubuhan itu ditekan dan dizalimi, ia bukan bertambah lemah tetapi akan menjadi bertambah kukuh dan padu. Bukankah emas dan permata yang ditenyeh dan digilap itu akan lebih bercahaya dan berkilau?

11 Nov 2013

Mazlan Aliman Menang Lagi, MP Sekijang Buat Permohonan Maaf Kerana Memfinah


MP Sekijang mohon maaf kepada Mazlan



Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Anuar Abdul Manap (kanan) hari ini membuat permohonan maaf di mahkamah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (kiri).

Anuar yang juga Ahli Parlimen Sekijang dan seorang lagi defendan iaitu Ketua Penerangan MBFM Kelantan Wan Zawawi Wan Zain membuat permohonan maaf di hadapan Hakim Rusila Yup setelah mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Mereka menarik balik kenyataan yang menuduh Mazlan Mazlan menyelewengkan wang RM30,000 yang dimenangi peneroka Felda Kemahang 3.

Mereka menuduh juga Mazlan sebagai penakut, pembohong, tidak bermaruah kerana dari jenis tidak tahu malu dan tidak jujur kerana menyelewengkan wang RM30,000.

Selain menarik balik kenyataan tersebut, mereka juga bersetuju untuk membayar ganti jumlah dalam jumlah yang akan ditentukan kemudian.

Kenyataan itu dikeluarkan Anuar ketika berucap di hadapan Wisma Felda, Jalan Semarak, dekat sini, pada 28 Disember tahun lalu.

Ekoran kenyataan itu, Mazlan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 Februari lalu dan perbicaraannya bermula hari ini.

"Saya sangat berasa malu dengan tuduhan tersebut sebab itu saya kemukakan saman.

"Tapi hari ini nama baik dan reputasi saya dibersihkan di mahkamah dan saya sangat bersyukur dengan keputusan ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Kes Felda Kemahang 3, Tanah Merah ialah 354 peneroka menyaman Felda Palm Industries Sdn. Bhd. kerana menipu bawah (KPG) dalam urus niaga penjualan hasil kelapa sawit.

Tuntutan saman itu difailkan oleh kesemua peneroka itu pada 22 September 2002 melalui peguam Wan Rohimi Wan Daud.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada peguamnya Harris Abdullah, Mazlan berkata beliau langsung tidak berniat hendak bermusuh dengan MBFM sebaliknya mengalu-alukan sebarang kerjasama yang boleh menambah baik kehidupan peneroka Felda.

"Saya harap dengan keputusan mahkamah ini saya dan Majlis Felda boleh duduk semeja membincangkan isu-isu Felda.

"Bagi saya musuh yang sebenar ialah mereka yang mengambil kesempatan ke atas peneroka.

"Kenapa ada di kalangan anak-anak peneroka menjadi mangsa kepada sikap piahk yang mementingkan poket mereka ini?

"Saya mahu duduk semeja berbincang mengenai isu-isu Felda dengan MBFM mengenai isu rumah generasi kedua, pemilikan tanah dan sebagainya," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Mazlan juga menyifatkan kemenangan hari ini sebagai kejayaan berganda selepas menang saman malu bernilai RM380,000 ke atas kerajaan pada 25 Oktober lalu.

Mahkamah Tinggi Pahang memutuskan kerajaan perlu membayar ganti rugi am RM300,000, ganti rugi tauladan RM50,000, ganti rugi kos RM20,000 dan faedah penghakiman ke atas RM350,000 sebanyak lapan peratus bermula dari tarikh saman dimulakan pada 18 Ogos 2010.

"Saya anggap kejayaan hari ini sebagai kejayaan yang sangat besar bagi saya dan Anak dan saya merakamkan penghargaan kepada peguam Harris dan Wan Rohimi serta rakan-rakan seperjuangan," katanya. -HD