13 Nov 2013

Batman Bin Suparman Dihukum Penjara 33 Bulan Kerana Mencuri


Namanya boleh super hero tapi kelakuannya seorang penjahat, itulah yang terjadi terhadap seorang lelaki Singapura bernama Batman bin Suparman yang menjadi selebriti media sosial baru-baru ini.

Batman bin Suparman, yang berarti “Batman anaknya Suparman” dalam bahasa Melayu, dijatuhi hukuman penjara selama hampir tiga tahun pada hari Isnin kelmarin (11/11/2013) kerana melakukan pelbagai kesalahan, termasuk pencurian, pecahrumah serta mengambil dadah.

Penganggur berusia 32 tahun ini ditangkap pada 19 Ogos lepas lalu, setelah video pihak keselamatan memperlihatkan dia menyelinap ke sebuah kedai di malam hari pada dua kesempatan yang berasingan.

Ia juga dituduh mencuri kad ATM adiknya dan melakukan penarikan sebesar S$500 yang wangnya digunakan untuk mengambil heroin.

Batman, yang dijatuhi hukuman sejumlah 33 bulan penjara, menjadi sensasi media sosial setelah kad pengenalannya beredar secara online.

Meski pun penjahat, sebuah halaman “Batman bin Suparman Fan Club” di laman jejaring sosial Facebook telah mengumpulkan lebih 11,000 likes.


6 ulasan:

Awanama berkata...

Rasa terpanggil melihat tulisan jawi dlm k/p Spura. Di Malaysia hanya cakap saja memperkasakan tulisan jawi. Cubalah contohi negara jiran tu yg PM nya bangsa Cina. Majoriti rakyatnya jua cina.

Awanama berkata...

Kita tatau apa jadi dengan life dia, sy ada sorang member yg dianiaya, disuntik dadah secara paksa oleh ex bf dia, kasihan mmg ruined life dia, homeless drug addict, family dia tak nak dia, bila sy dengar lagu Ed Sheeran, the a team, sy sedih sgt teringat dia, sy tatau dia kat mana skug ni, sy cuma mampu doakan dia. Put yourself in their shoes guys, hows that? Bukan semua orang rela hati jadi drug addict, wallahualam

Awanama berkata...

mengapa pula kad pengenalan aaron aziz tak ada tulisan jawi ? (sila gugel untuk gambar)

Zul Putera berkata...

sangat setuju dgn komen anda anonymous, bernas dan mulia...

Awanama berkata...

Kadang2 bila tertangkapnya seseorg kerana dibuktikan buat kesalahan, & dimasukkan ke penjara dsbnya, boleh menjadi sebab musabab dia jadi baik. Apa lagi kalau di penjara atau pusat serenti dsbnya ada program kelas agama, sosial , masyarakat dll.

Cuma, kalau seseorg tu tak juga terdidik, agak malang & kasihan kat dia.

Awanama berkata...

Kalau terlampau minat sangat dgn batman dan superman, jgnlah sampaikan u kasih nama anak sebegini. Pemberian nama sangat penting dalam islam so please take serius dlm pemberian nama.