Polis hari ini menemui senjata api yang dipercayai diguna dalam pembunuhan pegawai Ambank ketika rompakan di bank itu bulan lepas. Gambar ehsan NST.
Menurut sumber polis senjata api jenis 'pump gun' itu ditemui di dalam sebuah longkang di Jalan Subang 2, Taman Perindustrian Subang, tidak jauh dari lokasi kejadian.
Selain pump gun, polis juga menemui sekotak peluru, kata sumber itu kepada Bernama, di sini hari ini.
Katanya penemuan senjata api itu hasil soal siasat ke atas suspek utama yang diberkas oleh polis semalam.
Dalam kejadian 23 Okt lepas, Norazita Abu Talib, 37, maut selepas ditembak di bahagian muka oleh suspek yang juga pengawal keselamatan bank itu ketika mangsa membuka peti besi di bilik kebal bank berkenaan.
Suspek kemudian melarikan diri bersama-sama wang rompakan berjumlah RM450,000.
Lelaki itu diberkas oleh polis pagi semalam di Kota Tinggi, Johor. - Bernama
ULASAN GB
Baru pagi semalam GB mempertanyakan begini:
Dan kita tidak pasti samada senjata yang digunakan oleh suspek untuk menembak Norazita di dalam rompakan di AMBANK tersebut telah berjaya dirampas.
Tiba-tiba keluar berita sebelah petang semalam bahawa pump-gun & sekotak peluru telah di temui. Ia dicampak ke dalam longkang oleh si musibat itu.
Kita tak tahu nak cakap apa lagi.
. Mujurlah ia belum/tidak ditemui oleh orang lain.
Cerita dah macam separa-logik, tetapi mujurlah senjata itu telah ditemui oleh polis. Pakar forensik boleh meneruskan siasatannya berdasarkan cap jari yang ada di pump-gun berkenaan.
9 ulasan:
Pump gun peluru dah abis kot? Pakai pump air bole ke tembak?
Balastic expert boleh pastikan samada senapang tu betul atau tidak...... Setiap peluru yang keluar dari sesuatu senjati apa ada tanda-tanda seperti cap jari manusia..... Kita tunggulah keputusannya....
Tak payah berprasangka buat masa ini.
Alhamdulillah dah jumpa senjata tu, lepas GB komen terus jumpa..... Syabas PDRM makin cekap dan pantas.
Harap-harap bukan senjata PDRM yang hilang dulu
Lama juga MBSJ / MPSJ tak cuci longkang..... Kalau tidak mungkin lama dah jumpa. Majlis silaambil perhatian mengenai kebersihan longkang dan parit. NYAMUK macam juga pembunuh tu boelh membunuh......
Apo2 la .
Terkini pulak kat BH kata si pembunuh dipukau jarak jauh (telepaty) oleh perancang sebenar, skrg sdng cari si perancang tu le, termasuk le duit rompakan tu dah di tngan si perancang (aku pun tak paham apa yg BH tulis, ni yg aku faham, berbelit2).
Tengokle nanti, bicara punya bicara, last2 ..
Tak pasal-pasal MPSJ lak yang kena sebab tak cuci longkang...Kui..kui
Jimpa dgn sekotak peluru...
Ai pegi keje bw sekotak peluru yea...
Malaysia bolehland...
Boleh dapatkan pengesahan drp syrkt kawalan keselamatannya tentang senjata dan sekotak peluru tu. Byk betul bekalan peluru yg dibawa ye?
BH keluarkan cerita pukau pulak. Kalau cerita pukau ni dtg drp penyangak itu, boleh ke diterima bulat2. Tak ke rasa kita di Malaysia ni asyik kena tipu saja dek pendata.g asing.
Telepathy korok dia. Indon yg gemok, kaki pendek & muka lebar ni patut ditembak pada muka beberapa kali oleh suami & mak bapak Norazita.
Catat Ulasan