12 Nov 2013

Anggota BN Tempelak Ahmad Maslan Kerana Salahguna Kuasa


MCA: Ahmad Maslan, bukan tugas GLC sokong Utusan

MCA mempersoalkan arahan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan supaya syarikat berkaitan kerajaan lebih banyak beriklan di akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

Menggelarkan langkah itu sebagai salah guna kuasa, Naib Presiden MCA Gan Peng Sieu berkata, bukan tugas kerajaan untuk memberikan subsidi atau menyebelahi mana-mana organisasi media swasta seperti Utusan.

Katanya, jika harian berbahasa Melayu, Cina dan Inggeris lain boleh bersaing menarik lebih pembaca dan sekali gus iklan, beliau tidak nampak kerana Utusan harus menikmati keistimewaan daripada dana kerajaan.

"Ini juga penghinaan kepada kecekapan dan profesionalisme mereka," kata Gan dalam kenyataan.

Ahmad kelmarin dilapor berkata, beliau sudah menulis surat kepada pemimpin tertinggi GLC berkenaan supaya membelanjakan bajet iklan mereka kepada akhbar berbahasa Melayu khususnya yang dimiliki Umno iaitu di Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Menurut Ahmad, perbelanjaan 3.7 peratus daripada 35 GLC utama untuk bajet pengiklanan di Malaysia terlalu amat sedikit jika dibandingkan dengan "perjuangan Utusan, Berita Harian ini untuk negara". -mk

Umno dikecam guna GLC bantu Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengecam tindakan Umno menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya mengiklankan produk mereka dengan akhbar Utusan Malaysia kerana GLC bukan milik mutlak kerajaan.

Pemimpin PKR itu berkata, GLC adalah milik rakyat Malaysia dan bukan hanya berperanan menjaga kumpulan tertentu, malah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyalahgunakan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

"Beliau perlu ingat sebagai timbalan menteri yang diberikan tanggungjawab dan kepercayaan oleh rakyat untuk berkhidmat kepada mereka, beliau perlu meletak kepentingan rakyat terlebih dahulu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sim berkata, GLC diberikan mandat untuk menjaga kepentingan negara bukan hanya kepentingan Umno atau menjaga Utusan Malaysia sahaja.

"GLC diberikan mandat untuk menjaga kepentingan negara bukan hanya Umno sahaja.

"Pemimpin politik sentiasa datang dan pergi, tapi GLC akan kekal untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata, Utusan Malaysia menjadi akhbar yang hilang kredibiliti dan integriti sejak ia diambil alih oleh Umno.

"Akhbar itu hilang integriti dan kredibiliti sejak ia diambil alih Umno pada 1969, walaupun terdapat kerisauan dan bantahan daripada pekerja sendiri ketika itu," katanya.

Beliau turut menyarankan Utusan Malaysia supaya mengikut contoh akhbar berbahasa Melayu seperti Sinar Harian yang beritanya tidak berat sebelah dan mempunyai jumlah pembaca yang tinggi.

"Satu lagi akhbar harian berbahasa Melayu, Sinar Harian pula kekal dengan laporan tidak berat sebelahnya dan mendapat jumlah pembaca tinggi serta peningkatan dalam jumlah iklan.

"Kebebasan dalam laporannya mendapat kepercayaan pembaca merentas bangsa," katanya.

Akhbar Utusan Malaysia milik Umno itu sering berdepan kes saman daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Antaranya adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin daripada PAS.

Uusan Malaysia ialah akhbar berbahasa Melayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad.

Menurut laporan Audit Bureau of Circulations pada 2004 jualan harian akhbar Utusan Malaysia adalah sebanyak 256,247 naskhah tetapi pada 2009 jualan harian akhbar itu menjunam ke 169,548 naskhah sehari.
-TMI

7 ulasan:

Awanama berkata...

Ini kah tahap pemikiran menteri dengan CGPA 3.85?
Agaknya kalau rendah lagi jadi macam Pak Dan Perlis 2.2 juta tu tu belanja berhemah dan terendah di dunia, bila dia collect data tu..... Nak collect data denggi pun berbulan-bulan. Tak sangka cekap butul.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Makin bnyk umno mlahirkan mnteri yg bodoh yg tak dpt mmbezakan mana kerajaan dan parti.
Saya amat takut akhirnya mlysia sebuah ngara yg akan mundur suatu hari nanti.

Awanama berkata...

maslan bonggok,kerja dia hanya memperkayakan kroni2 BN dari duit rakyat,diani pencacai telor najis

Awanama berkata...

Inilah Timbalan menteri yang paling baghal dan dunggu sekali walau mrngaku dapat GPS 3+ masa ditadika.
Tak ada satu usul pun dari mulut baghal ini yang dapat memberi gambaran yang dia ada ide memberi kebaikan pada rakyat.
Napalah benar sanagt kata mamakutty hanya yan bodoh je masuk umporno.

Awanama berkata...

dpt duit iklan boley la tampung kos bayar saman... bila ler ko nk bankrupt utusan woii!! satu lg gua tgk encik maslan ni rupa x la mcm org pandai. rupa mcm pak turut, langsung xda karisma bai..

Awanama berkata...

Yang membantu dalam kerja fitnah, samaada media atau persaorangan, kemudiannya didenda, Allah Perhatikan tujuan asal kerja fitnah itu. Adakah tujuannya demi kesatuan ummah? Politik semata-mata? Sakit hati pendapatnya yang salah tak diterima? Atau fitnah orang dikira, kerja cari makan?
Apabila denda dibayar, SAHlah, apa yang diberitakan itu, FITNAH. Amatlah buruk fitnah ni sebab, kesannya berpanjangan. Dosa berpanjangan, selagi ada orang yang percaya fitnah yang disampaikan.
Patutkah kerajaan yang dikatakan Islam, membantu media yang sudah didenda berulang kali, dibantu? Sekali-kali tidak, sebab ini akan membuat seolah-olah, fitnah orang dapat habuan. JANGAN BANTU PEMBUAT FITNAH, KALAU INI KERAJAAN ISLAM!!!

Awanama berkata...

Mr. Ahmad, we all mahu untung, bukan rugi if i iklan kat utusex yg sekarang news dia hanya jadi pembungkus nasi lemak, lap kaki dan pengganti tisu. I confirm akn rugi dari dulu kini dan selamanya.

so mr. Ahmad jangan lu anggap rakyat malaysia ini bodoh, senang ditipu macam umat mrlayu.